bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Aug 2010

Zaid Ibrahim Kalah Lagi???

Mahkamah: Kamalanathan MP Hulu S'gor yang sah

http://www.malaysiakini.com/news/139220
Ogos 5, 10 10:54am

Mahkamah Pilihan Raya hari ini membenarkan permohonan ahli parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan bagi membatalkan petisyen yang difailkan oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Hakim Datuk Azahar Mohamed dalam penghakimannya berkata petisyen yang difailkan itu adalah cacat kerana tidak mematuhi keperluan mandatori.
Beliau sehubungan itu mengisytiharkan Kamalanathan sebagai ahli parlimen Hulu Selangor yang sah.

Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri memfailkan petisyen berkenaan pada 24 Mei lalu supaya keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu dibatalkan atas alasan ia dicemari rasuah.

Ini dalam bentuk sogokan dan janji kepada pengundi oleh pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pengundi sekiranya mereka menyokong Kamalanathan.

Pada pilihan raya kecil itu, Zaid, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Wilayah Persekutuan, kalah kepada Kamalanathan dari MIC dengan majoriti 1,725 undi.


Komen Isac;

Dah kalah tu terima aje lah...

1 comment:

  1. Biasalah tu tak terima kekalahan....Pengikut
    Anwar perangai pun macam Anwar tak boleh terima bila dipecat Tun Mahathir....pasal dialah negara jadi haru-biru macam sekarang.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3