bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Aug 2010

Hak Istimewa Bumiputera - TG Hj Hadi Tidak Bersetuju Dengan Tony Phua!!!

Hak keistimewaan Bumiputera perlu dikekalkan: Hadi
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HakkeistimewaanBumiputeraperludikekalkan_Hadi/Article
2010/08/06

MARANG: Hak dan keistimewaan Bumiputera khususnya orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, realiti pada masa ini ialah golongan Bumiputera majoritinya masih miskin dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"(Beri) kepada siapa yang berhak, majoritinya adalah Bumiputera yang miskin, yang bukan Bumiputera tidak seramai Bumiputera," katanya selepas melancarkan buku karyanya bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, sempena Jubli Perak Maahad Darul Al-Quran di Rusila di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada DAP, agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Abdul Hadi berkata bahawa kaum lain yang miskin juga wajib mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Katanya tindakan Pua itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan parti pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau turut menganggap kenyataan Tony lebih bersifat peribadi. - BERNAMA


Komen Isac;

Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah....

Sebelum ini pun dah 2-3 kali pemimpin-pemimpin Pas yang menolak ataupun menegur tindak-tanduk pemimpin-pemimpin DAP, tetapi akhirnya mereka terpaksa tunduk kerana sememangnya DAP adalah "anak emas" kepada Pakatan Rakyaat.

Apapun MB Selangor telahpun menyatakan sokongannya terhadap cadangan Tony Pua itu jadinya ianya bukan lagi pandangan peribadi beliau, sebaliknya ia telah menjadi keputusan "resmi" kerajaan negeri Selangor.

Jadi jika Mahfuz kata Khairi Jamaludin sebagai "lembab" dalam isu "saman ekor", bolehlah kita katakan Pas juga "lembab" dalam isu ini.

3 comments:

  1. Salam Bro ISAC,

    Terima kasih atas sokongan anda.

    Sudah sudahpun link dan follow blog ini...

    Teruskan usaha melanyak fuckatan haram!!!

    ReplyDelete
  2. Percaya dia kepada perlembagaan penjajah? Itu salah satu asas perjuangan menentang BN dan termaktub dalam fatwa songsang dia sendiri.

    agbr47: Sudah tukar ke?

    ReplyDelete
  3. Jangan jadi macam isu arak di Selangor. Bagai nak rak gaduh tapi lepas tu shake hand dan senyap.

    Aku yang bingai
    Artis: Benci Tapi Tak Boleh Lupa di Tendang Terajang

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3