bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Jul 2011

Ambiga Bakal "Khalid Ibnu Walid" Baru???


Siapa yang tak mengenali Khalid Ibnu Walid r.a. ??? Bagai singa lapar apabila memerangi tentera Islam di zaman kekufurannya dan sebaliknya menjadi "pedang Allah" apabila memeluk Islam.

Mungkin itulah yang diangan-angankan oleh Nik Aziz terhadap Ambiga. Walaupun sebelum ini beliau menyokong kuat gerakkan memurtadkan orang Melayu, menentang kuasa mahkamah Syariah.. Tetapi yang ditentang Ambiga mungkin Mahkamah Syariah Umno dan yang murtad tupun bukanya ahli Pas. Dan yang lebih penting walaupun 8 tuntutan Bersih tidak jelas dan meragukan, itu adalah untuk kepentingan Pembangkang!!! Dan apa yang penting adalah kuasa!!!

Masa akan menentukan siapakah yang benar!!!

30 Jul 2011

Berita Buruk Untuk Lelaki Malaysia???

Mengikut perangkaan terbaru, lelaki di Malaysia lebih ramai daripada wanita...klik sini.

Nampaknya sesiapa yang berangan-angan nak menuruti jejak Salleh Yaakob, melepaslah jawabnya....

Anugerah Pelajar UITM Sempena Nama "Politikus Bengap"?


Mungkin ini satu lagi nama yang boleh dicalonkan untuk anugerah pelajar UITM??? 

Ambiga Saran SPR Supaya Bertindak Lebih Keras Dengan Pembangkang Dalam Kempen Pilihanraya???



Polis pun dia tak hormat... X ada permit pun masih nak buat perhimpunan haram.... Kononnya mencadangkan supaya SPR boleh buat laporan polis jika berlaku 'Tak benar SPR tak ada kuasa'Menjawab kenyataan Wan Ahmad, Ambiga, sebagai penceramah kedua, memetik Seksyen 27E Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk membuktikan bahawa SPR sebenarnya mempunyai kuasa lebih luas daripada tanggapan suruhanjaya tersebut.

NONEMenurut Ambiga, seksyen itu memberi kuasa kepada pasukan penguatkuasa SPR sewaktu kempen pilihan raya untuk "memastikan bahawa undang-undang bertulis berhubung dengan pilihan raya dipatuhi".

Beliau berhujah bahawa SPR juga mempunyai kuasa di bawah undang-undang sedia ada, untuk memanggil pihak-pihak berkuasa lain untuk membantu suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya.

Oleh itu, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa pendakwaan, ia mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan polis atau meminta pihak berkuasa lain mengambil tindakan, apabila berhadapan dengan kes-kes penyelewengan.

Mengikut rekod SPR Pembangkang yang selalu tidak mengikut arahan dan undang-undang semasa berlaku sesuatu PRU/PRK. Masih berkempen selepas jam 12 malam, mendirikan pondok panas, ceramah tanpa lesen dan juga "rasuah politik".

Minah ni mentang-mentang peguam, cakap pusing-pusing, bukan dia tidak nampak apa yang dilakukan oleh Pembangkang, tetapi semua tu dia tutup dua2 mata, sebaliknya hanya menunding jari kepada Kerajaan BN.




29 Jul 2011

Asrama Pusat Yayasan Selangor Bakal Ditutup!!! - Kerajaan Negeri Selangor Bakal Bankrap???


Oh...Bukan sebab nak bankrap rupanya.... Sebab utama kerana tanah tapak kedua2 asrama tersebut bernilai tinggi rupanya....

Saranan penulis, jika benar ianya adalah disebabkan oleh nilai komersil dan tuntutan pembangunan... Buatlah asrama ganti di tempat lain... Penulis percaya majoriti yang tinggal di asrama-asrama tersebut terdiri daripada anak-anak orang-orang Melayu.

Jika benar PKR tidak ketepikan nasib orang-orang Melayu berbuatlah sesuatu...Kecualilah jika Tan Sri Khalid Ibrahim pun sememangnya anti Melayu.


Tian Chua - Ada Bukti Video Beliau Mengetuai Serangan Terhadap Polispun, Masih Nak Menipu???

Inilah YB contoh yang korang bangga-banggakan... Memperbodoh-bodohkan orang Melayu...

Lepas ni siapa pulak yang akan mati dilanggar dan dilenyek oleh kereta Mercedesnya....

Terang-terang ada bukti video beliau mengepalai sekumpulan penunjuk-penunjuk perasaan Bersih 2.0 mahu menyerang Polis, pun mahu kjelentong lagi???

Mungkin kerana Hj Hadi dah keluarkan fatwa bukti klip video tak boleh diterima kerana CD tu pekak, bisu dan buta....

Macam cakap orang yang hidup di zaman batu pulak Hj Hadi ni...buat malu ulamak aje....

Dengan fatwa yang meragukan sebegitu, boleh menghalalkan apa sahaja yang dibuat oleh Pembangkang!!!

Kenapalah pulak X buat fatwa manusia tidak boleh naik kereta atau kenderaan model lain??? Hanya boleh gunakan Kuda, Unta dan Keledai sebagai kenderaan....

Dihadapan sekali berbaju kuning, adalah Tian Chua sedang mengetuai sekumpulan pendemonstrator Bersih 2.0  berlari untuk merempuh pihak polis.

Untuk Lebih Berjaya, Skuad Harimau Malaya Perlu Belajar Daripada Korea Selatan!!!



(GAMBAR atas) pemain negara kecewa selepas gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 Zon Asia. (Gambar bawah) Pemain Singapura meraikan kejayaan mereka melayakkan diri apabila wisel penamat di tiup di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - FOTO Osman Adnan. Jul 28, 2011 11:39 pm



KETUA pasukan dan penyerang negara, Mohd Safee Sali dikawal ketat pemain pertahanan Singapura, Mustafic Fahrudin dalam perlawanan pusingan dan peringkat kedua kelayakan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - FOTO Mohd Yusni Ariffin. Jul 28, 2011 9:47 pm



PULUHAN ribu penyokong Harimau Malaya memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura malam ini. - Foto Yazit Razali
Jul 28, 2011 9:10 pm



Wajah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menceritakan kesudahan perjuangan Harimau Malaya apabila seri 1-1 (agregat 4-6) dengan Singapura pada kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional
Bukit Jalil, malam tadi.



Penyerang kembar kepada Safee Sali, pemain Harimau Malaya yang diketepikan kerana kecederaan Norshahrul Idlan Talha ditenangkan oleh isterinya ketika menonton perlawanan semalam dari bangku penonton.


Komen Isac;

Tahniah buat Singapura kerana berjaya melangkah kepusingan ketiga, walaupun kemenangan tersebut mereka perolehi hasil menggunakan 5 tonggak "import" dan "tipu-muslihat" iaitu melambat-lambatkan permainan... Apapun itu adalah strategi mereka, lagipun itulah kehidupan sebenar di luar sana, kita sendiri perlu bijak kerana "musuh" akan berbuat apa sahaja untuk "mengalahkan" kita. Jestru jangan alpa dan gunakanlah juga segala kelebihan yang kita ada, "tipu-muslihat", perancangan serta strategi yang ampuh untuk berjaya!!!

Buat Harimau Malaya, anda belum "cukup baik"!!! Itu adalah hakikat!!!

Datuk Raja Gopal juga wajar dipersalahkan, bukan bermaksud untuk digugurkan tetapi sebagai teguran.

Siri kelayakkan Piala Dunia bukannya seperti perlawanan Piala Suzuki AFF maupun kejohanan-kejohanan lain di mana perlawanan-perlawanan diatur secara liga. Sesuatu pasukan boleh melakukan kesilapan kerana peningkatan dalam perlawanan-perlawanan seterusnya berupaya menutup kesilapan terdahulu.

Tetapi kelayakkan Piala Dunia memerlukan pemain-pemain supaya sentiasa bersedia!!! Jika pembaca masih ingat, pada kelayakkan Piala Dunia 1990 di mana skuad kita telah mengalahkan Korea Selatan di Kuala Lumpur hasil jaringan  Dollah Salleh melalui tandukkan, dalam perlawanan timbal-balik di Seol, Korea Selatan keseluruhan skuad yang kalah di Kuala Lumpur telah mereka gugurkan dan diganti dengan pemain-pemain lain. Hasilnya mereka menang dengan jaringan yang besar dan kita telah kempunan ke pusingan seterusnya.

Apabila jurulatih Ong Kim Swee "menunjukkan" kepada kita bahawa  9 pemain senior yang "diketepikan"  dari skuad Nasional, telah bermain dengan baik untuk Pilihan Malaysia ketika menentang Chelsea tempohari, sewajarnya ia dijadikan berita baik buat skuad negara. Ini kerana mereka dilihat mampu mengisi kekosongan skuad Nasional sekiranya diperlukan. Walau bagaimanapun setelah melihat pertahanan pasukan utama negara "gagal" berfungsi dengan baik ketika menentang Arsenal, Liverpool mahupun perlawanan pertama menentang Singapura di Jalan Besar, kita masih tidak mahu belajar daripada kesilapan lalu.

Perlu diingat Muhammad Muslim, Fadli Sas dan Mahali Jasuli sebenarnya mungkin telah "burn out" kerana mereka telah tidak henti-henti bermain dalam Liga Malaysia, bersama skuad Olimpik mahupun pasukan utama Harimau Malaya. Jestru apabila tanda-tanda sebegini telah dilihat sewajarnya bekas pemain-pemain senior yang menunjukkan kesungguhan dan berada pada tahap prestasi baik seperti Nurhafiz Zamani Misbah, Subramaniam, Amri Yahya dan lain-lain bekas pemain senior lain, yang wajar diberikan peluang. Pemain yang tidak cergas sepenuhnya seperti Aidil (Zafuan Abdul Radzak) walaupun merupakan pemain paling berpengalaman skuad negara ketika ini, wajar direhatkan kerana sebarang kecederaan lain bakal menambah-burukkan kecederaan sediada beliau ia juga boleh merencatkan prestasi skuad negara.

Belajarlah dari kesilapan lalu, untuk lebih berjaya kita tidak boleh terlalu sentimental, sememangnya kita berterimakasih kepada jujulatih dan skuad yang telah membawa pulang Piala Suzuki AFF dan skuad yang memenangi pingat emas sukan Sea sebelum ini. Walaubagaimanapun perjuangan skuad Harimau Malaya bukan hanya terletak kepada skuad sediada, kini kita ada banyak pilihan pemain jestru gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya. "Jangan dah terantuk baru nak tergadah".

Harapan penulis, jangan diulangi kesilapan yang sama, dalam skuad Olimpik Harimau Malaya!!! Harimau Malaya perlu bangkit!!!




28 Jul 2011

Tembelang Pecah!!! Peneroka Saman Felda Yang Untung Peguam???


Artikel lanjut klik sini.

Sebenarnya tak guna menyaman Felda sebab termaktub dalam perjanjian peneroka, bahawa mereka tidak boleh menyaman "tangan yang menyuap nasi kemulut mereka", iaitu Felda maupun Kerajaan.

Memang mesti kalah punya!!! Dalam kes terpencil di Felda Kemahang, kekalahan Felda adalah disebabkan peguambela lambat atau tidak hadir ke mahkamah.

Yang jelas Felda tidak bersifat "kuku besi" walaupun dilindungi oleh "perjanjian peneroka", para peneroka boleh membuat aduan terhadap jawatankuasa timbang-cara sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai Felda di dalam menetapkan harga belian hasil daripada kebun yang mereka usahakan.

Mungkin tidak semua tetapi biasalah... Para peguam yang tidak beretika akan melakukan apa sahaja untuk "menjana tembolok dan gaya hidup mewah mereka" waima membela pembunuh-pembunuh kejam.... dan suspek-suspek penjenayah yang kononnya dizalimi oleh pihak polis. Dapat hidup gelamour bak artis dan apabila telah terkenal boleh lah bertanding dalam pilihanraya dan mendabik diri kononnya membela rakyaat...

Dalam kes peneroka Felda ini, pastinya kemungkinan itu tidak terkecuali. Yang penting "masyuk".

27 Jul 2011

Keadilan dan Kekebalan Hanya Untuk Ketua Pembangkang???



TIMBALAN Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, ditemani isteri ketika keluar dari Mahkamah Rendah Syariah, Timur Laut, hari ini selepas menghadiri kes perbicaraan khalwat dengan seorang wanita juga penjawat awam berumur 29 tahun (gambar kecil). - Foto Ramdzan Masiam. Jul 26, 2011 3:34 pm

 
Mengapa ketika Timbalan Ketua Setiausaha in ditahan dan dibicarakan tiada pula orang yang berpiket meminta 4 orang saksi yang jelas melihat mereka bermukah atau jika gagal mengemukakan saksi-saksi tersebut tuduhan terhadapnya perlu digugurkan???
 
Kenapa jika ianya berlaku terhadap Anwar dan pemimpin-pemimpin Pas, boleh pula mereka ini semua mahu lepaskan diri menggunakan alasan agama???
 
Adakah anda seorang yang adil dan bertindak wajar??? Ataupun adakah anda seorang yang bersyubahat di atas segala tipu muslihat mereka?

26 Jul 2011

Bilik Soal-siasat Dah Canggih - Tapi Apa Jaminan Saksi/Tertuduh Tak Terjun Tingkap???

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali (kanan) dan Penolong Kanan Siasatan, Idris Zainuddin memberi penerangan kepada media tentang Bilik Rakaman Bervideo (VIR) yang baru untuk digunakan oleh agensi itu bagi menemuduga saksi atau suspek kes rasuah di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, Selasa. - Foto Norafifi Ehsan/The Star


Komen Isac;

Bukannya nak mencari salah SPRM, tetapi sekadar menasihat... Dah baguslah tu ada bilik soal-siasat yang dipasang kamera video. Walau bagaimanapun di setiap pelusuk pejabat SPRM juga perlu diletakkan cc TV bahkan di dalam bilik tahanan juga. Maklumlah sekarang ini ramai peguam-peguam yang suka membela penjenayah kerana upahnya tinggi!!!

Jangan sampai "kes" lebam bijik mata berulang!!! Jangan sampai ada saksi/tertuduh terjun tingkap ataupun dibunuh oleh pihak ketiga dalam bangunan SPRM dan mereka yang dipersalahkan!!!

Belajarlah dari pengalaman silam!!!

Bila Peguam-peguam Pakatan Mahu Membela Pembunuh Kejam Norway???

Suspek serangan Norway direman lapan minggu
2011/07/26 (BH)



SEORANG wanita meletakkan jambangan bunga di depan gereja besar Oslo bagi memperingati mangsa yang terbunuh dalam kejadian pengeboman dan tembakan di gereja itu, Jumaat lalu. Kira-kira 100,000 orang berarak ke lokasi kejadian sambil membawa kuntuman bunga ros bagi menunjukkan sokongan terhadap mangsa kejadian yang meragut 76 nyawa itu. - Foto REUTERS. Jul 26, 2011 8:30 am



OSLO: Mahkamah Oslo hari ini memerintahkan Anders Behring Breivik direman lapan minggu selepas mengakui menyebabkan kematian 76 orang dalam serangan bom dan senjata, Jumaat lalu.

Pada masa sama, ribuan rakyat Norway membawa jambangan bunga dengan membanjiri tengah ibu negara Oslo bagi menyatakan perpaduan ketika negara bersedih dengan kejadian pembunuhan beramai-ramai itu. Malah, ayah Behring Breivik turut melahirkan perasaan sedih dengan menyatakan bahawa anaknya itu sepatutnya menamatkan riwayatnya sebaik kejadian itu.

Berita penuh klik sini.


PENYERANG yang membunuh 93 orang di Oslo, Anders Behring Breivik (baju merah) meninggalkan bangunan mahkamah dengan kenderaan polis selepas dihadapkan bagi lanjutan tempoh penahanannya. Breivik akan ditahan selama empat minggu dan dilarang daripada sebarang jenis komunikasi dengan orang luar ketika polis menjalankan penyiasatan terhadap perbuatannya. - Foto AFP. Jul 26, 2011 10:24 am



Komen Isac;



Kalau di Malaysia semua penjenayah mereka pertahankan dan bela!!! Mana tidaknya mungkin penjenayah adalah majikan nombor satu mereka??? Untuk menonjolkan diri sebagai jaguh!!! Kononnya pembela rakyaat!!!

Begitulah layanan orang lain kepada orang Islam dan mereka yang menerima mereka...

Sejarah telah membuktikan bahawa orang bukan Islam akan dilayan dengan adil sekiranya mereka ditadbir oleh pemerintah Islam tetapi sebaliknya umat Islam akan tidak henti-henti ditindas dan "dibunuh" jika mereka berada dibawah permerintahan kufar.

Tetapi di Malaysia, di negara yang kita rela kongsikan bersama kaum-kaum lain... Kini terdapat segelintir orang Melayu Islam sendiri yang berusaha bermati-matian untuk memberikan tampuk kuasa kepada bukan Melayu dan Bukan Islam.

Anda fikirlah sendiri!!!

Dalam PRU 13 nanti, walaupun Umno masih memenangi majoriti kerusi parlimen, tanpa kerusi MCA, MIC dan parti-parti komponen yang lain, Pakatan akan memenangi majoriti mudah dan akan membentuk kerajaan!!!

Ironinya wakil parlimen Melayu/Bumiputera/Islam dalam Pas dan PKR tidak akan dapat menandingi jumlah kerusi yang diperolehi oleh DAP dan Ahli Parlimen bukan  Melayu/Bumiputera. Hasilnya, negara yang penduduk majoriti adalah kaum Melayu/Bumiputera/Islam akan diperintah oleh kaum minoriti!!! 

Pastinya nasib kaum majoriti bakal ibarat, "hanya melukut di tepi gantang".


25 Jul 2011

Mat Sabu dan Anwar Sama-sama Tak Mahu Kalah???


Pemimpin sebegini yang kononnya berjiwa rakyaat??? Klik sini. Yang menyokong mereka ni dah buta mata hati agaknya...

Inilah jadinya apabila penyokong-penyokong mudah diperbodohkan dan diperkotak-katik minda mereka...

Lunch Time???











Ikan  jerung paus ini spesis jerung paling besar dalam keluarga jerung... Tapi ia tidak agresif dan lebih penting tidak memakan manusia...

PRU 13 - Kenaikkan Harga Barangan Keperluan Harian, Pembangkang Tunjukkan BN Jalan Keluar?

Media Pro Pembangkang sudah mula memalu gendang perang dengan memainkan propaganda menjelang PRU 13 tentang kenaikkan harga barangan harian untuk memancing dan membangkitkan kemarahan rakyaat terhadap Kerajaan BN!!! Klik sini.



Saranan penulis, jangan hanya pandai memanipulasi keadaan... Jika mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib rakyaat, apa kata kerajaan pimpinan pembangkang di empat negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor, mengawal dan memberikan subsidi kepada barangan keperluan harian.

Ianya bukan sahaja akan memberikan manfaat kepada rakyaat di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka, malah akan dapat membantu rakyaat di negeri-negeri lain yang berjiran dengan mereka.

Pastinya jika ini dapat dilakukan, peluang Pembangkang untuk "merampas" negeri-negeri lain khususnya yang berjiran dengan mereka dalam PRU 13 adalah sangat cerah!!!

Bahkan penulis percaya ramai blogger-plogger pro kerajaan juga sedia untuk beralih arah menyokong mereka jika ini dapat dilakukan.

Apapun disebabkan cakap-cakap mereka hanyalah propaganda dan retorik semata-mata, itu semua pastinya tidak akan mampu untuk mereka lakukan... Apa tidaknya, lihat sahaja negeri-negeri di bawah Pembangkang, tanpa suntikkan dana daripada Kerajaan Pusat satu apa pembangunan pun tidak mampu mereka lakukan.

Yang mereka tahu hanyalah membangkang, memfitnah, mainkan proganda, ucapan-ucapan retorik dan menghasut rakyaat menentang kerajaan sediada untuk memenuhi nafsu serakah mereka...


24 Jul 2011

Bila Melibatkan Pembangkang, Terbukti Menipupun Rakyaat Percaya???



Nasihat penulis, telah terang lagi bersuluh.... Takkan pemimpin sebegini pun mahu kita pertahankan???

Apakah bersama-sama mempertahankan pemimpin yang sebegini, andainya kita gugur maka mati kita mati syahid???

Kepada rakyaat jangan jadi bodoh!!! Kepada pemimpin sebegini jangan mempersendakan tahap intelektual rakyaat!!!

23 Jul 2011

Biomatric Pekerja Asing Bakal Digunakan Untuk Kad Pengenalan Pengundi-pengundi Hantu???

Penulis berasa terkejut dan terperanjat... Tetapi itulah di antara sembang-sembang yang penulis curi dengar daripada perbualan beberapa anak-anak muda Melayu.

Akibat hasutan pembangkang yang telah meracuni fikiran mereka, tanpa usul-periksa mereka menuduh pendaftaran/pemutihan pekerja-pekerja asing yang sedang berlangsung sekarang bakal digunakan oleh BN untuk mempertahankan tampuk kuasa. Bakal digunakan sebagai pengundi-pengundi hantu!!!

Percayalah jika kerajaan tidak berusaha untuk membuktikan bahawa perkara ini hanyalah suatu fitnah, semakin ramai rakyaat akan "diracuni" fikiran mereka dan implikasinya amat buruk bukan sahaja untuk BN tetapi juga buat rakyaat dan negara!!!

Jestru penulis berharap kerajaan BN wajar mempunyai unit "propagandanya" yang cekap demi untuk menangkis propaganda yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

Percayalah pembohongan mereka adalah ibarat api yang kecil, tetapi sekiranya tidak ditangani dangan baik dan dibiarkan, ia bakal mengundang malapetaka!!! Kerajaan perlu menangani sesuatu isu dengan baik kerana jika tidak ianya pasti akan disalah-tafsir dan dimanipulasi oleh pembangkang.

Polis "Bunuh" Baharuddin Terbukti Fitnah???


Lepas satu demi satu fitnah Pakatan Rakyaat berkaitan dengan layanan buruk polis terhadap pihak pedemonstrasi terbukti hanyalah penipuan!!!

Bukti klip video menunjukkan tiada kerasan dilakukan oleh pihak polis terhadap Allahyarham Baharuddin.

Ironinya rakyaat terutamanya penyokong-penyokong Pakatan Rakyaat lebih percayakan fitnah yang dicipta oleh pemimpin-pemimpin mereka.... Bukti lanjut klik sini.

Gempar!!! Rakaman CC TV Lelaki Mirip Mat Sabu Langgar Kereta Peronda - Bukan Mat Sabu???



Mat Sabu mungkin tidak mahu kalah dengan Anwar... Jika pakar video Korea dan Amerika mengesahkan lelaki dalam klip video seks  99% adalah Anwar pun Anwar boleh dengan bersahaja menafikannya, dan rakyaat pula percaya...

Mungkin itulah sebabnya Mat Sabu mahu menyaman pihak polis kononnya beliau sememangnya dilanggar oleh anggota polis. Bukti CC TV tersebut boleh sahaja beliau dakwa lelaki tersebut hanya lah lelaki mirip beliau tetapi "bukan" beliau dan mungkin sahaja polis sengaja membuat sendiri rakaman tersebut...

Samada rakyaat mahu diperbodohkan lagi atau tidak, kita ikuti sahaja apa yang bakal berlaku ...


22 Jul 2011

Keputusan Suruhanjaya, Mendiang Teoh Bunuh Diri - Kadang-kadang Kebenaran Sememangnya Pahit!!!



Adik mendiang Teoh Beng Hock, Lee Lan kelihatan sedih pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini selepas laporan suruhanjaya siasatan diraja diumumkan. — Foto oleh Choo Choy May 

Begitulah juga dengan penipuan demi penipuan yang dibawakan oleh pembangkang...

Terbaru bukti cc TV membuktikan Mat Sabu jatuh sendiri tidak dilanggar seperti yang didakwa.

Takkan demi memuaskan hati mereka (keluarga mendiang) orang yang tidak bersalah mahu dihukum???

Jangan membiarkan diri anda terus-terusan dimanipulasi oleh pembangkang???

21 Jul 2011

Tahniah Pas!!! - Dapat Timbalan Presiden Kaki Temberang!!!


Patutlah gelarannya pun "Mat Sabun"... Kuat temberang rupanya....Kalau diikutkan kepada rakaman cc TV, motosikal yang beliau membonceng tu yang melanggar kereta peronda polis. Dah nak jadi mat rempit agaknya???

Nasib baik polis baik hati tidak mendakwa mereka ni sebagai menyerang polis!!! Kalau tidak sah masuk lokap...

Walau apapun...dengan PKR diketuai olah "Raja Auta/Temberang" Kebangsaan bagus juga Pas mempunya seorang kaki kelentong... Kalau tidak dah tentu Pas kena "jual" hidup-hidup.

Apapun inilah pemimpin parti yang mendakwa mahu memertabatkan Islam....

Alangkanh baiknya jika sesiapa yang berbohong dalam bab-bab agama ni "disambar" petir aja... Supaya senang rakyaat hendak mengenali mereka....

Teoh Beng Hock Bunuh Diri - Suruhanjaya Diraja.

http://www.malaysiakini.com/news/170594
Jul 21, 11 2:56pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.

Katanya, suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan", kata Nazri dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini.

Bagaimanapun, Nazri menambah, pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh.
NONE


Laporan prosiding suruhanjaya diraja setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panelnya yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Februari dan berakhir pada 10 Mei lalu.

Laporan hasil siasatan suruhanjaya itu telahpun diserah kepada Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada bulan lepas.


Komen Isac;

Dia orang ni nak spin apa lagi??? Yang untung nya tetap DAP...

Nik Aziz Perlu Berguru Lagi Atau Sememangnya Beliau Menolak 20 Sifat Wajib Allah s.w.t.???







Yang penulis pernah diajar oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang tak mempunyai "title" Tok Guru, sebab akan lahirnya Nabi Muhammad s.a.w. ke alam inilah maka ia (alam)diwujukan oleh Allah s.a.w.

Nur "Muhammad" telah wujud awal sebelum baginda dilahir lagi. Sebab itu jugalah Nabi kita itu digelar "kekasih" Allah.

Mungkinkan TG Nik Aziz beranggapan usia Nabi Muhammad yang hanya menjangkau 63 tahun itu tidak bersebab? Mengapakah Allah s.w.t. hanya meminjamkan kepada kita Nabi Muhammad s.a.w. pada kadar waktu yang sebegitu singkat?

Sedangkan Allah s.w.t. berkuasa memanjangkan umur umatnya sehingga ada yang menjangkau seribu tahun...

Sebaik sahaja Islam telah lengkap diturunkan, “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan telah aku lengkapkan ke atas kamu nikmat-Ku, dan telah Aku redha Islam sebagai agamamu” (al-Maidah:3) dan selepas khutbah terakhir, Rasullullah s.a.w diambil kembali.

Tidakkah semua perancangan Allah itu menunjukkan betapa sayangnya Allah s.w.t. terhadap baginda. Hakikatnya kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, perlantikannya sebagai nabi dan rasul serta kewafatannya semuanya telah berada di dalam ilmu Allah s.w.t. sejak azali lagi.

Mengapa Nik Aziz seolah-olah tidak menyedarinya???

Ada banyak blog sebelum ini yang membuat posting mendakwa Nik Aziz tidak mempercayai kepada sifat 20 wajib, 20 mustahil dan 1 mustahil Allah s.w.t. sebagaimana yang diwajibkan oleh 4 mazhab ahli sunnah wal jamaah...

Sebelumnya penulis tidak percaya... Tetapi mungkin video di atas adalah buktinya.

Yang jelas di antara  20 sifat yang wajib bagi Allah s.w.t iaitu "ilmun"  dan "ilman" yang bermaksud maha tahu dan maha mengetahui segala-galanya. Adalah bersalahan dengan sifat tersebut sekiranya Allah hanya tahu dan mengambil keputusan untuk melantik Muhammad s.a.w sebagai Nabi serta Rasul ketika umur baginda mencapai 40 tahun. Bahkan ia juga bertentangan dengan satu lagi sifat wajib Allah, iaitu Iradah = menentukan. Takkan Allah pun macam manusia menentukan sesuatu hanya apabila "mahluk" yang diciptaNya melakukan sesuatu??? Pastinya itu juga bercanggah dengan Qada' dan Qadar Allah s.w.t. Itu adalah rukun Iman tu. Tak percaya walau kepada satu daripada rukun Iman  maka keislaman boleh terbatal.


20 Sifat Allah s.w.t.


1. Wujud = ada
2. Qidam = sedia
3. Baqa' = kekal
4. Mukhalafatuhulilhawadits = bersalahan dengan segala yang baru
5. Qiyaamuhu taala binafsih = berdiri dengan sendirinya
6. Wahdaniyah = esa [ Tunggal ]
7. Qudrat = kuasa
8. Iradah =  menentukan
9. Ilmun =  tahu
10. Hayat = hidup
11. Samak = mendengar
12. Bashar = melihat
13. Kalaam = berkata-kata
14. Kaunu Qadiran = berkuasa
15. Kaunu Muridan = menentukan
16. Kaunu 'Aliman = mengetahui
17. Kaunu Hayyan = hidup
18. Kaunu Sami'an = mendengar
19. Kaunu Bashiran = melihat
20. Kaunu Mutakalliman = berkata-kata


Kita kena banyak bermuhasabah diri. Berilmu belum tentu alim, beramal belum tentu betul, tua belum tentu berilmu, mengajar belum tentu boleh dipakai!!!

20 Jul 2011

Bersih 2.0 - Lelaki Mirip Tian Chua Mengetuai Serangan Terhadap Polis???


Suatu bukti bahawa Pakatan Rakyaat sememangnya "kepala provokasi" dan "konspirasi"!!!

Hilang Kisah Kes Video Lucah Mirip Ketua Pembangkang - Kini Kecoh Aksi Lelaki Mirip Zaid Ibrahim Pula???

PEMINAT Chelsea di Malaysia mengambil kesempatan bertemu pemain kegemaran mereka sempena lawatan pasukan Liga Perdana Inggeris itu dalam siri Jelajah Asia 2011. Chelsea akan menentang Malaysia pada Khamis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Osman Adnan. Jul 19, 2011 6:54 pm


Oh jangan bimbang... Yang ini kalau betul ianya Datuk Zaid pun tidak menjadi  bahaya.... Isteri pun tak akan marah...Lelaki mirip Datuk Zaid Ibrahim dilihat juga tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan tandatangan pemain-pemain Chelsea.

Samada Datuk Zaid mahu mendakwa dia kurang buncit atau tidak itu soal lain... :)

Penulis berharap pasukan "pilihan Malaysia" berjaya untuk menjinakkan Chelsea malam esok!!!

Membela Rosmah Kerana Bumiyang Ambil Duit Umno???



Ada seorang penjunjung yang menemplak "bumiyang" kerana membela Rosmah dalam isu pembohongan pembelian cincin RM 24 Juta. Dia menghina kononnya "bumiyang" dibayar oleh Umno.

Sebaliknya penulis hanya mahu menegakkan kebenaran, di mana Rosmah jelas terbukti sekali lagi telah difitnah oleh Pakatan Rakyaat.

Penulis rasa wajar pertanyaan pengunjung ditanya semula kepada beliau, "bak memulang paku buah keras". Mengapa pengunjung tersebut begitu sakit hati bila fitnah terhadap Rosmah berjaya ditepis???

Adakah beliau memang suka bersengkokol dengan pemfitnah???

Bukankah dalam Islam jika kita melihat kemungkaran, hendaklah ditegah dengan tangan, lisan ataupun hati??? Mempertahankan fitnah tak ada dalam senarai beb!!!


Keyataan Hadi Seolah2 Rasulullah s.a.w. Juga Akan Menyokong Ambiga Sekiranya Baginda Masih Hidup???


Nampaknya Hj Hadi sendiri yang "tak faham" tentang perjanjian Al Fidul. Kenyataan Hadi klik sini. kisah sebenar Hilf Al Fidul klik sini.

Pertama perjanjian tersebut berkaitan dengan jual beli. Keduanya orang yang dipertahankan oleh Rasulullah s.a.w. adalah orang-orang yang terinyaya...  Rakyaat Malaysia tidak terinyaya.

Sebaliknya rakyaat Malaysia mungkin akan terinyaya jika Pakatan Rakyaat yang memerintah!!!

Antara yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 adalah menentang fitnah politik, tetapi itulah yang dilakukan oleh pembangkang, tidak henti-henti memfitnah pemimpin-pemimpin BN. Terbaru Rosmah difitnah lagi kononnya membeli cincin berharga RM 24 Juta.

Mereka juga menuntut kebebasan media... Media sebenarnya telah terlampau bebas sehingga akhbar-akhbar, blog-blog bahkan media-media ceramah pembangkang tidak habis-habis menfitnah pemimpin-pemimpin BN. Jika diambil tindakkan terhadap mereka pihak polis dan mahkamah pula dituduh "anjing" BN...

Doa penulis agar kita semua termasuk Hj Hadi tidak termasuk ke dalam, "golongan orang-orang yang menjual murah ayat-ayat Al- Quran" amin...

Ambiga Bersih Vs Pakcik Tua Yang Miskin





Walaupun tua dan miskin tetapi beliau berjiwa besar??? Jangan tanya apa sumbangan negara kepada anda, sebaliknya tanya apa sumbangan anda kepada  negara???

19 Jul 2011

Kepentingan Harmoni Dan Kebebasan Beragama!!!



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Pope Benedict XVI di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu, di pinggir Rom, Isnin. - Foto BERNAMA



Tidak salah untuk bertolenrasi demi kebaikkan semua. Tetapi pembangkang yang mendakwa lebih bertolenrasi daripada BN telah mengedarkan gambar palsu Najib dibatis oleh Pope. Mingkin kerana Nik Aziz dilihat sentiasa "memenangkan" mereka, jadi pembangkang dilihat telah semakin berani untuk memfitnah... Matlamat menghalalkan cara...Pendekatan mereka semakin menyamai Yahudi.




Misteri Kematian Mendiang Teoh Beng Hock Bakal Diumum!!! Pembangkang Mahu Spin Apa Lagi???


Sudah lama isu ini dimainkan demi kepentingan pembangkang... Telah banyak PRK yang mereka menangi kerana mengeksploitasi dan memutar-belitkan kenyataan...

Kebenaran bakal terungkai!!! Klik sini.

Kononnya Bersih 2.0 Bukan Bermotifkan Politik???


Sedang menerima arahan??? Cakap atau berikanlah seribu dalih... Foto yang dirakam dengan ikhlas... Tidak berbohong, walaupun orang yang di dalam foto tersebut selalu berbohong!!!


18 Jul 2011

Rosmah Beli Cincin RM 24 Juta - Rakyaat Malaysia Lebih Percayakan Fitnah Pembangkang???

Gara-gara "fenomena Anwar" rakyaat Malaysia lebih percayakan fitnah. Fitnah seorang petani di Baling meninggal kerana kebuluran sekitar tahun 70an telah menyebabkan pengganas komunis keluar kononnya untuk memberikan bantuan. Komunis yang kejam dan zalim pun boleh tertipu dengan tipu muslihat Anwar.

Gambar Najib dan Mendiang Alantunya pula telah direka oleh Tian Chua (anak didik Anwar).

Laporan doktor palsu bahawa Saiful tidak diliwat telah diedarkan oleh RPK (blogger upahan Anwar).



Bukti!!! Berdasarkan kepada akhbar Utusan Malaysia yang "dipinda di atas, berita tentang Mei Fun, Khairi dan Maznah sebenarnya diterbitkan pada edisi keluaran 08/02/2008. klik sini.  Blog Paneh Miang klik sini. Sesiapa yang masih menyimpan edisi tersebut silalah paparkan untuk makluman semua. Ini adalah suatu kewajipan fitnah terhadap pemimpin wajib ditentang!!!

Cincin tersebut dibawa masuk ke dalam negara pada bulan April 2011 rujuk pada blog Apanama.klik sini. Apalah kena-mengena dengan Utusan Malaysia edisi keluaran 08/02/2008 ???

Ironinya rakyaat Malaysia lebih percayakan fitnah pembangkang berbanding kerajaan yang selama ini telah bersusah-payah membangunkan negara sehingga kita semua berada pada tahap sekarang...

Fitnah terbaru pembangkang memalsukan akhbar Utusan Malaysia untuk memfitnah Rosmah. Dakwaan yang diada-adakan oleh Chegu Bad seorang lagi anak didik Anwar








Pembangkang tiada modal untuk menyerang dan mengaibkan Najib, jestru Rosmah pula yang menjadi sasaran mereka...Tak ada isu, cerita palsu pula diada-adakan...


Bak kata pepatah, "Tidak dapat tanduk, telinga dipulas!!!!". Tak dapat Najib Rosnah difitnahkan...

Pancaran Laser Kepada Penjaga Gol Chelsea???


Biasanya apabila ada perlawanan bolasepak melibatkan pasukan negara, ada sahaja peminat yang "tak reti bahasa" masih memancarkan laser kepada pemain-pemain terutamanya penjaja gol lawan walaupun tindakkan sebenarnya tidakkan sebegitu tidak membantu pasukan Harimau Malaya. Malah pasukan negara juga akan menghadapi resiko dibatalkan sekiranya penonton tidak menghentikan tindakan mereka...

Yang peliknya bila pasukan negara menentang Arsenal dan Liverpool, tidak pula kelihatan adanya pancaran laser yang dipancarkan.

Ini menguatkan lagi spekulasi bahawa selama ini pancaran laser tersebut sebenarnya dilakukan oleh Ultraman Jepun dan tiada kena-mengena dengan penonton-penonton rakyaat Malaysia. 

Mengapa Ultraman Jepun tidak memancarkan laser kepada pejaga-penjaga gol kelab Inggeris? Tentunya kerana Ultraman Jepun pendek... Pancaran laser hanya kena pada paras dada penjaga gol dari Eropah. Lihat sahaja gambar di atas, hanya setakat paras dada Peter Chech. :)

17 Jul 2011

DAP Batuk, Pas Dah Terkencet???


Apa yang Pas mampu buat??? Bayangkan apabila Pakatan memenangi PRU 13 nanti, dengan DAP yang mempunyai majoriti dalam parlimen...

Walaupun Perdana Menterinya orang Melayu/Bumiputera samada dari Pas mahupun PKR, dimanakah kedudukan dan nasib orang-orang Melayu dan Bumiputera nanti???

Pastinya ibarat, "melukut di tepi gantang".

Bukti Pas Juga Perlukan Umno???


Selalu cakap bersar... Tapi habuk pun tak ada... Selalu mengutuk Umno... Sendiripun 2 X 5.

Ini bukti jelas bahawa jika kita benar-benar mahukan agar hukum Islam dapat ditegakkan, tiada alasan lain selain Orang Melayu/Bumiputera/Islam perlu bersatu!!!

Dalam dunia yang mengamalkan sistem demokrasi, suara majoriti umpama suara keramat..Jestru, "bangsa bodoh jenis apa yang menolak kaum nya sendiri dan bersengkokol dengan "musuh" tetapi mendakwa diri mereka berjuang untuk agama, bangsa dan negara???"

16 Jul 2011

Harimau Malaya Bocori Gawang Liverpool Dengan Tiga Jaringan!!!



Mohd Safee Mohd Sali meraikan kejayaannya menjaringkan gol menentang Liverpool di Stadium Nasional Kuala Lumpur petang tadi - Foto Reuters



Liverpool pesta gol di Stadium Nasional Bukit Jalil

2011/07/16

KUALA LUMPUR: Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpoool, mengalahkan Malaysia 6-3 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.


Foto - Fail



Berikut keputusan perlawanan antara skuad negara dan Liverpool yang baru saja tamat sebentar tadi. Separuh Masa: 1-1


Penjaring:

Malaysia: Safiq Rahim (minit ke-42), Mohd Safee Mohd Sali (79, 81).

Liverpool: Charlie Adam (26)), David Ngoc (57, 58), Maxi Rodriguez (74, 90), Dirt Kuyt (93).


Senarai Pemain:

MALAYSIA:

Mohd Sharbinee Allawee (Khairul Fahmi Che Mat), Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra, Mohammad Fadhli Mohd Shas (Mohd Rizal Fahmi), Shafiq Rahim (C) (Ismail Faruqi), Amar Rohidan (K. Gurusamy Govandar), Ahmad Fakri Shaarani (Shahrizal Mohd Saad), Abdul Hadi Yahaya (Izzaq Faris Ramlan) (Mohd Safee Mohd Sali), S. Kunalan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Muslim Ahmad.



LIVERPOOL:

Separuh Masa: Brad Jones, Jonathon Flanagan, Raul Meireles, Daniel Agger, Andy Carroll, Joe Cole, Jack Robinson, Jay Spearing, Conor Coady, Jamie Carragher (Ketua Pasukan), Charlie Adam.



Separuh Masa Kedua: Martin Kelly, Christian Poulsen, Jonjo Shelvey, Alberto Aqualini, Maxi Rodriguez, Sotirios Kyrgiakos, Dirk Kuyt, Emiliano Insua, Dany Wilson, David Ngoc, Peter Gulacsi (Martin Hansen). - BERNAMA


Apapun tahniah Harimau Malaya...18 orang pemain Malaysia telah diberikan pendedahan. Penulis percaya jika kesebelasan utama dikekalkan, Liverpool pasti tidak akan dapat menang dengan mudah.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3