bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Testimonial 7 naga - Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramu...

31 Jul 2014

Dr Zuhdi Hero Baru Pas???



http://www.mykmu.net/?p=45672

Secara tiba-tiba sahaja nama Dr. Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) disebut-sebut namanya dan gambarnya pula dicari-cari. Pensyarah Sains Politik Universiti Malaya itu, tiba-tiba sahaja menjadi orang terkenal malah jauh lebih terkenal daripada Mat Sabu dan Mahfuz Omar apabila dia bukan sahaja disebut-sebut oleh akar umbi PAS yang sudah lama menantikan seorang MESSIAH tetapi juga oleh DAP yang amat bimbang kemunculan seorang PEMBERANI yang akan menyanggah bukan sahaja tindak tanduk DAP, tetapi juga yang lebih penting, boneka DAP sendiri iaitu Anwar Ibrahim.

Zuhdi Marzuki mungkin tidak mengetahui bahawa perbualannya dengan beberapa orang pemimpin utama PAS dalam Group WhatsApp akan dibocorkan dan kemudian dia sendiri menjadi perhatian dan mangsa kecaman.




Komen Isac;

Selepas sekian lama pemimpin2 hanya di lihat X ubah umpama lembu dicucuk hidung kepada PKR dan DAP.........Kemunculan Dr Zuhdi pastinya sangat2 dinanti2kan.....

Beliau mungkin X selantang Mahfuz Omar, Khalid Samad, Din Vespa dan Mat Sabu.....Tetapi keberaniannya mencetuskan idea bernas demi survival Islam dan Bumiputera pastinya amat2 dinantikan oleh akar-umbi PAS.....
posted from Bloggeroid

29 Jul 2014

Mat Sabu dan Mahfuz Desak Presiden Pas, Suruh Berhenti???



Sumber klik; http://www.agendadaily.com/arkib/arkib-agenda-daily/berita-muka-hadapan/319-muka-hadapan/12350-nik-aziz-bersuarategur-pemimpin-pas-pertikai-hadi-sokong-khalid-mb-selangor.html

Timbalan Presiden PAS Mat Sabtu dan Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar sudah berani secara terbuka pertikai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sokong Tan Sri Khalid mahu beliau kekal Menteri Besar.

Malu memang memalukan ibarat menampar bos sendiri di khalayak ramai...dua pemimpin PAS yang dikatakan pro-Anwar itu menyifatkan kenyataan Hadi pada pada sidang akhbar di Ruslia,Terengganu Jumaat bukan pendirian parti tetapi pandangan peribadi.


Komen Isac;

Apa lah nak jadi dgn Pas.....TP dan anak buah pun boleh sound President!!!

Ingat TG Hj Hadi tu Presiden boneka ke???

Mungkin inilah kerja golongan Syiah dan Anwarinas dalam Pas.

Kita tunggu sahaja apa kesudahan episode ini nanti.....


posted from Bloggeroid

28 Jul 2014

TS Khalid Cabar Anwar Kalau Nak Jawatan MB Adakan Pilihanraya Negeri - Ada Bran???



Sumber klik; http://www.astroawani.com/news/show/minta-semula-mandat-rakyat-jalan-terbaik-tukar-mb-khalid-ibrahim-40817

Biasalah..... Anwar sememangnya sinomim kerana pandai mengambil kredit hasil-usaha orang lain.

Lihat sahaja siri2 demonstrasi jalanan tahun 60an & 70an dulu.....Sebenarnya banyak suara2 yang mendakwa pemimpin2 pelajar zaman tersebut seperti Tan Sri Sanusi Junid, Ibrahim Ali, Hadi Awang DLL yang sebenarnya mereka yang lebih banyak berusaha tetapi DSAI lebih bijak mengambil kredit.

Begitu juga dengan pengwujudan ABIM....

DSAI juga pernah mendakwa pengwujudan Pusat Islam, Universiti Islam, Bank Islam, dasar penerapan nilai2 Islam dll di zaman Tun M adalah idea beliau. Sejauh mana benarnya rasanya para pembaca boleh menilaikan sendiri.

Beliau juga mendakwa ekonomi di zamannya menjadi menteri kewangan begitu baik sedangkan umum tahu beliau nyaris membuatkan negara bankrap gara2 mahu meminjam dengan IMF tetapi nasib bail Tun M sempat menghalangnya.

Terbaru beliau mahu mengambil "kredit" kejayaan mengekalkan negeri Selangor di tangan PR dengan menggantikan TS Khalid dengan isterinya untuk jawatan MB.
Mungkin tuntutan TS Khalid tersebut ada asasnya ...

Jestru biarkan rakyaat yg buat keputusan....
posted from Bloggeroid

Gara2 Lantik Azizah MB Selangor, Anwar Bakal Ke Penjara Tanpa Simpati???



KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertegas mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau hairan kenapa Abdul Khalid mahu digugurkan sedangkan menteri besar Selangor itu menunjukkan prestasi yang baik sebelum ini.

"Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?

“Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi menteri besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/isu-mb-selangor-nik-aziz-pertahankan-hadi-awang-40746?cp


Komen Isac;

Nampaknya apabila TG Nik sendiri yang selama ini dilihat kuat menyokong segala tindak-tanduk Anwar pun kini sudah X lagi menyokongnya....Segala harapan hanya tinggak kepada DAP....

Adakah TG Nik Aziz pun sudah buka mata dan tersedar dengan segala penipuan yang Anwar telah lakukan?

Adakah retak menanti belah?

Adakah umat Islam akan kembali bersatu???
posted from Bloggeroid

27 Jul 2014

Lathefa Koya Dedahkan Sebab Utama Anwar Mahu Azizah Ambil-Alih Jawatan MB Selangor???

Pemimpin lantang PKR Latheefa Koya dikesan melancarkan serangan keras terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu ditukar parti itu dengan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Bagaimanapun, serangannya itu hanya disindir mudah oleh setiausaha akhbar kepada menteri besar Arfa'eza Abdul Aziz sebagai “lawyer datang bulan”.

“Cuba tanya lawyer(peguam) datang bulan itu berapa Selangor contribute (sumbang) kepada NGO dia?” tulis Arfa'eza di Facebook.

Sumber klik http://m.malaysiakini.com/news/270005.html


Komen Isac;

Sebab utama gugurkan TS Khalid supaya PKR boleh menggunakan dana kerajaan Negeri Selangor untuk menaja NGO2 anti Kerajaan Pusat???

Bayangkan sekarangpun kerajaan Selangor telah dibebankan untuk menaja NGO2 anti kerajaan pusat....Bagaimana nanti jika TS Khalid tiada lagi kuasa untuk memantau dan mentadbir kewangan Selangor...

Nampaknya silap2 haribulan mahu tergadai negeri Selangor ini nanti selepas era TS Khalid.
posted from Bloggeroid

26 Jul 2014

DAP Cuba Pancing Kiki?





Itulah DAP....

RBA mereka antara yang kuat "menghentam" Kiki dalam isu video....

Kini mereka nak tunjuk baik pulak....Dengan menawarkan khidmat guaman percuma....

Pendekatan sama yang mereka lakukan untuk menarik orang2 Melayu masuk agama Kristian.....

Hulurkan bantuan.....

Siapa tahu jika mereka berjaya Kiki akan menjadi calon DAP dalam PRU 14 nanti....

Begitulah halusnya pendekatan yang mereka gunakan.....

posted from Bloggeroid

25 Jul 2014

Masak!!! Haji Hadi Tolak Perlucutan Jawatan MB TS Khalid???


Bagus lah..... Pemimpin2 Pas dan PKR sendiri telah buka mata...

TG Hj Hadi kata perlucutan tersebut tidak wajar kerana TS Khalid tiada melakukan kesalahan seperti kes salah-guna kuasa, pecah amanah.....

Betul jugak tu.....Ini ada org tu.....pemimpin yg ada video seks pun dia boleh buat tak reti...

Wartawan tanya banyak2 ....Takut X dapat jawab....Dia boleh ugut, " U tanya I saman".

Apa yg berlaku semoga membuka mata rakyaat Malaysia dan jangan mengikut membabi buta.....

Terutamanya dalam cubaan mejatuhkan kerajaan hanya berdasarkan hasutan dan cerita2 tohmahan dan fitnah tanpa membawa sebarang bukti.

posted from Bloggeroid

Tragedi MH17 Buktikan DAP Sememangnya Musuh Dalam Selimut???



Foto: orang ramai yang majoritinya rakyaat asing terus meletakkan jambangan bunga dan anak patung di depan Kedutaan Malaysia di Kiev sebagai penghormatan kepada 298 penumpang dan anak kapal MH17 yang terbunuh apabila pesawat berkenaan ditembak jatuh di timur Ukraine Khamis lalu. - Foto Leslie AndresJul 21, 2014 9:08 pm Berita Harian Online


Dunia menunjukkan sokongan ke atas Malaysia kerana menjadi mangsa tragedi ini....

Krew syarikat2 penerbangan melahirkan simpati mereka antaranya;





































Tetapi lain pula yang ditunjukkan oleh pemimpin, penyokong2 dan ahli DAP sebaik mendengar insiden yang berlaku. Di bawah adalah di antara kenyataan mereka yang tidak sensitif dengan kesedihan rakyat meratapi tragedi MH17 dan sebaliknya masih mahu mengambil keuntungan dengan mempolitikkan isu ini;




Tindakan mereka ini telah menyebabkan ahli politik DAP itu dikutuk oleh salah seorang keluarga mangsa MH17 :




Yang ini pula kebiadapan Yuki Tan, isteri kepada Ng Wei Aik, ahli politik DAP Pulau Pinang.


YUKI TAN dalam Facebooknya telah memuat naik status:“Malaysia Negara Menggerunkan, Apa Jenis Negara Yang Tidak Berguna Ini” dalam Bahasa Mandarin.


Kurang ajar dan sungguh biadap.




Kita rakyat Malaysia mahukan keadilan kepada mangsa MH17 yang ditembak jatuh tanpa rasa belas kesihan.

Sumber klik sini.

Alahmak....Dah terlupa pulak saya nukil daripada blog mana..... Buat yang empunya blog sila tinggalkan komen supaya blog tuan dapat dilink kan.

24 Jul 2014

Cuba Perbudakkan Tuanku Sultan Selangor - Halau Aje Khalid Dari Selangor!!!


Sumber klik sini.

Pakar Perlembagaan Dr Aziz Bari Cuba Perlekeh Kuasa Sultan Selangor???

Sultan Selangor tidak berkuasa menolak apabila calon menteri begsar yang dipilih parti majoriti kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari ini.

Menurut Aziz perkara sama berlaku di Sarawak apabila ketua menterinya Pehin Seri Abdul Taib Mahmud digantikan Tan Sri Adenan Satem dan apabila Datuk Seri Najib Razak menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

"Peranan istana dalam perkara ini bersifat istiadat dan formal. Seseorang harus memahami makna 'budi bicara' yang digunakan perlembagaan negeri, merujuk kepada keadaan di mana tiada pilihan jelas antara calon yang diberikan," kata Aziz mengulas krisis pentadbiran Selangor dan kedudukan Khalid sebagai menteri besar.

Sumber klik sini. 


Komen Isac;

Beliau cuba untuk menyamakan kuasa DYMM Tuanku Sultan Selangor dengan kuasa YDP Negeri Sarawak, satu jawatan yang dilantik berbanding dengan DYMM Sultan Selangor yang mewarisi kuasa memerintah kerajaan negeri melalui keturunan???

Walaupun Sultan dan Raja-raja Melayu raja Raja Berpelembagaan....Pastinya dari segi sejarah, adab dan pertimbangan.....Mereka sudah pasti lebih berkuasa berbanding seorang yang Dipertua Negeri. Dalam konteks perlantikan seorang MB, pastinya sorang Sultan mahupun Yang Dipertua Negeri mempunyai hak budibicara untuk membuat pilihan ataupun sekurang2nya memilih daripada beberapa calon dan bukan dipaksakan ke atas baginda.

Apa kata kita mengimbau sejarah dengan merujuk kepada posting "Bumiyang" terdahulu??? Klik sini.




posted from Bloggeroid

Mentaliti Macai Pakatan Rakyaat Sekadar Tahap Longkang???


Sampai warna "kotak hitam" pun X kenal/tahu.....Kesihaannnn........


Posted from Bloggeroid

23 Jul 2014

Pasca MH17: Pelaboran Kerjaan Malaysia Terhadap Anak Melayu Sememangnya Berbaloi???





Siapa kata orang Malaysia X pandai bahasa Inggeris dan Russia? Ini jawapannya;

Penyerahan kotak hitam MH17 kpd msia.... wakil msia biasa2 saja bukan menteri bukan CEO tp ex MRSM yg juga letf kolonel medic/engineering. Fasih berbahasa Russia. Siapa kata kita x mampu berunding dgn pihak pemisah Ukraine sbb x ada org pandai berckp bahasa Russia? Dia berdiri di tgh2 dgn berani dikelingi pihak pemisah Ukraine berhadapan dgn ketua no 1nya.

Untuk rekod setiap tahun Kerajaan BN melalui biasiswa JPA dan Mara menghantar pelajar2 terbaik kita melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama ke Russia, Perancis, Jerman, Belgium, Korea, Jepun dan beberapa buah negara bukan bahasa Inggeris yg lain. Selain untuk para pelajar menuntut ilmu, teknologi, mempelajari budaya pendedahan dan pengalaman....Nampaknya pendekatan ini sememangnya berbaloi!!!
posted from Bloggeroid

MH 17 - Hasad Dengki Rakyaat Sendiri Lebih Bahaya Berbanding Musuh???



Musuh dalam selimut lebih bahaya berbanding puak pemisah Ukraine???

Kalau kerajaan lambat dan X berjaya menangani isu ini mcm2 kejian dan kata2 nista yg dihamburkan.....

Bila kerajaan berjaya.....dituduhnya memberi rasuah......

Sikitul alaf baru???
posted from Bloggeroid

22 Jul 2014

Pemimpin2 Yang Kononnya Memperjuangkan Nasib Rakyaat???



Ironi bukan?



posted from Bloggeroid

Gempar!!! Azmin pun Kecam Amalan Nepotisme Anwar???



Penulis jumpa kat Whatapps group....

Kalau benar mcm tu.....Baik dihapuskan aje jawatan Ketua Umum PKR...

Kalau X pun.....Kuburkan aje parti yang merosak dan memecah-belahkan negara tu!!!


posted from Bloggeroid

Kalau Orang Lain Katanya Nepotism, Tapi Kalau Sendiri Namanya Rezeki.....



Tun Mahathir yang pernah digelar oleh Anwar mengamalkan nepotisme dan kronisme......Anak2nya X pernah memegang sebarang jawatan tinggi politik apa lagi jadi calon PRU apa lagi menteri sepanjang perkhidmatannya sebagai PM paling lama di Malaysia.

Ironi bukan?

posted from Bloggeroid

Gempar!!! Azizah dan Azmin Bakal Kempunan Jawatan MB Baru Selangor???

Katanya selepas beberapa siri perbincangan rasmi dan tidak rasmi di kalangan ahli Pakatan Rakyat, PAS akhirnya bersetuju menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, lapor The Malaysian Insider.

Pengarang analisis dan rencana portal itu, Zulkifli Sulong, bagaimanapun, melaporkan tiada persetujuan dicapai antara PAS, DAP dan PKR sama ada presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau timbalannya Azmin Ali yang akan menjadi menteri besar baharu.

Zulkifli yang juga bekas Ketua Pengarang Harakah turut mengesahkan PAS tidak akan mencalonkan individu dari partinya sebagai MB walaupun parti Islam itu dan DAP masing-masing memegang 15 kerusi dewan undangan negeri di Selangor berbanding 14 dipegang PKR.

“Kita pada dasarnya bersetuju dua perkara iaitu menukar Khalid dan penggantinya bukan PAS tetapi kita masih belum sepakat siapa pengganti itu,” kata pemimpin kanan PAS berkenaan kepada The Malaysian Insider.

Akibat tekanan kalangan Pakatan Rakyat, PKR dilaporkan bersetuju menukar Khalid selepas Aidilfitri dan sumber parti mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih isterinya untuk jawatan itu.


Foto: YB Ir. Mohd Haslin Hassan dalam bulatan hijau.

Foto: YB Ir. Mohd Haslin Hassan ketika melawat jeti Tanjung Sepat sebelum jeti tersebut 
runtuh dan menyebabkan beliau mengalami kecederaan ringan sekitar Jun 2013 yang lalu.

Sumber klik sini.


Komen Isac:

Sejarah pernah mencatatkan ayahanda kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, iaitu Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah menolak calon2 MB yang dicadangkan oleh Umno kerana Al Marhum mahukan seorang calon MB yang bukan sahaja bersih....tetapi mestilah kelihatan bersih....

Bahkan perlantikkan sebegitu bukannya asing buat negeri Selangor kerana menurut cakap2 orang politik DS Khir Toyo juga berpeluang menjadi MB atas sebab yang sama.

Adakah sejarah akan berulang sekali lagi???

Adakah Tuanku Sultan Selangor rela ber MB kan Wan Azizah yang dikatakan calon "boneka" ataupun Azmin yang hubungannya dengan Anwar diragui???

Jika ya ....Walaupun mungkin Pas tidak menamakan calonnya sebagai MB.... Apakah mustahil buat Tuanku Sultan Selangor memilih calon MB pilihannya sendiri???

Calon berpendidikan tinggi seperti YB Ir. Mohd Haslin Hassan, calon muda yang pastinya enegertik, pragmatik, dinamik dan kelihatan bersih pastinya bukan sesuatu yang mustahil bukan???  

Jika benar....Penulis juga akan tumpang gembira kerana bekas junior dan kawan lama yang tidak pernah berjumpa sejak tamat pengajian di kolej dilantik menjadi MB Selangor....


21 Jul 2014

Kearah Liberalisasi Ala Pakatan Rakyaat - Baju T Guna Kalimah Allah Semakin Berleluasa?



Nak salahkan siapa???

Dekat Selangor pulak tu.....



posted from Bloggeroid

Azizah pun Pandai Tikam Belakang??? Khalid Bakal Disingkirkan???



Umum tahu dalam PKR ada dua kem....

Wan Azizah dan Azmin.

Khalid sejak sekian lama disokong oleh Wan Azizah untuk menyekat pengaruh Azmin.

Nampaknya semangat nepotisme dan kronisme dlm PKR terlampau kuat sehingga Wan Azizah terpaksa mengorbankan orang kuatnya untuk mendengar arahan Anwar.

Kalau dahulu.....semua cerita yang baik2 dijaja pasal TS Khalid kini pulak semua cerita yg tak baik....

Mungkin itulah adat politik di Malaysia yang dipraktikkan oleh PR.....

Kesihan Khalid perjuangannya untuk menyekat pengaruh Azmin dlm PKR kini hanya dilihat tidak lebih sebagai perjuangan peribadi apabila "ketuanya" sendiri kini "menikamnya" dari belakang.


posted from Bloggeroid

20 Jul 2014

Bukti Anwar Akui Sokongan Najib Terhadap Palestine Mungkin Sebabkan MH 17 Ditembak???




Anwar ibrahim mendedahkan dalam twitternya antara sebab pesawat MAS MH17 tembak jatuh adalah kerana sokongan kuat kerajaan dan rakyat malaysia terhadap perjuangan rakyat palestin yang kini teruk di serang oleh israel.

Bila di buat semakan, benar seperti yang di jangkakan, anwar telah memadamkan twitter itu. Mungkin alasan 'akaun twitter saya di hack' sudah tidak boleh pakai lagi.

Sumber klik sini.

19 Jul 2014

Serangan Israel Ke GAZA Bakal Bersihkan Syiah Yang Dilabel Penyembelih Umat Islam Sunni???

Foto: (Hiasan) Pejuang2 Palestine.


BANGSA-BANGSA BERSATU, NY - Bukti bahawa Hamas menggunakan senjata yang lebih canggih keatas  Israel - termasuk roket yang lebih jauh kedalam jarak nya daripada dalam konflik lalu memberi pertanda baru bahawa Iran berperanan dalam mempersenjatai Hamas.

Sedang Israel berdepan dengan ancaman roket yang dilancarkan dari Gaza yang dikawal Hamas, mencapai jauh ke dalam wilayahnya, satu laporan yang dikelaskan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu menyimpulkan bahawa penghantaran senjata telah dipintas Israel ke atas sebuah bot kargo di Laut Merah Mac lalu berasal dari Iran di pelabuhan Bandar Abbas.

Pada masa itu, pegawai-pegawai Iran menafikan mengetahui sebarang  senjata, yang ditemui dalam 20 peti simpan di bawah beg simen. Iran dihalang daripada mengeksport senjata di bawah sekatan senjata yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan pada tahun 2007.

Kapten kapal, Klos-C, disoal oleh pihak berkuasa Israel. Laporan Majlis Keselamatan nampaknya tidak mewujudkan destinasi utama penghantaran senjata, tetapi kaedah menggunakan bahan-bahan binaan untuk mengaburi penghantaran senjata telah digunakan pada masa lalu untuk menyeludup senjata ke Gaza.



Tetapi satu sebab penghantaran tangan - dan laporan Majlis Keselamatan Jawatankuasa Sekatan di atasnya - yang menarik minat kini adalah bahawa di bawah beg simen dan kalangan beribu-ribu butir peluru telah terletak beberapa dozen roket M-302 . Ia adalah muatan roket jarak yang sama, lebih besar sebagaimana  laporan Israel yang dilancarkan dari Gaza dalam pertempuran semasa.


Pada hari Rabu, pegawai-pegawai Israel berkata roket M-302 mendarat di luar kota Hadera, kira-kira 70 batu ke utara Gaza. Roket itu juga telah mencapai kawasan Tel Aviv yang lebih besar, kata pegawai. M-302 mampu mencapai sasar kira-kira 115 batu. Sumber klik sini dan baca lagi  di sini


Komen Isac;

Sejauh mana kebenarannya???

Adakah selama ini tuduhan keganasan Rejim Bashar di Syria dengan sokongan Iran hanyalah mainan pihak barat untuk melaga2kan penganut2 Islam fahaman Sunni dan Syiah???

Ataupun sememangnya "tembelang" Syiah yang digelar "penyembelih" penganut2 Islam fahaman Sunni.....telah terbongkar???

Apapun hanya masa yang akan menentukan...

Tetapi tidak kah sesuatu yang pelik apabila Syiah dikaitkan dengan pembunuhan penganut2 Islam fahaman Sunni di beberapa buah negara2 Arab tetapi mereka katanya menjadi "jaguh" dengan membekalkan pejuang2 Hamas senjata2 untuk mempertahankan Palestine daripada serangan dan terus menjadi mangsa "buli" Israel???

Adakah video pejuang2 Hamas berterimakasih kepada bantuan Iran dan rampasan peluru2 berpandu yang cuba diseludup masuk ke Palestine sebenarnya hanyalah satu bentuk penipuan untuk membersihkan imej Syiah khususnya Iran yang tercalar???

Bagaimana gerakan pihak pemerintah di Syria yang disokong oleh Iran dilabel sebagai "pembunuh" sedangkan pihak pemisah yang disokong oleh Arab Saudi, Turki dan negara2 Arab yang lain berserta Barat dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan Bashar.

Adakah pembrontakkan di Libya yang disokong barat dengan menjatuhkan Muamar Ghadafi baik untuk rakyaatnya??? Bagaimana pula dengan Afghanistan, Iraq dan juga Mesir???

Wallah hualam.....

Penulis pernah mendengar seorang Khatib di sebuah Masjid di Cheras, ketika memberikan khutbah Jumaat telah menyalahkan orang2 Syiah terhadap peristiwa "penyembelihan" pelarian Islam Palestine di kem2 Pelarian Sabra dan Shatila di Lubnan selepas pengunduran PLO pada tahun 1982.....Menurut khatib tersebut "pembunuh2 sebenar" di kem2 tersebut sebenarnya adalah puak2 Syiah selepas menerima senjata daripada militia Phalangist  parti politik pelampau Nasrani yang disokong dan dibekalkan senjata oleh Israel. Walaupun sejarah telah mencatat penyembelih2 tersebut adalah militia Phalangist. Peristiwa Sabra dan Shatila sila lihat sini. "Over doing" "Over killed" ???

Di akhir zaman ini cukup payah untuk membezakan siapakah dipihak yang benar.....

Terutamanya dengan banyaknya media2 baru yang menulis tanpa integriti tetapi dipercayai oleh ramai manusia.....


18 Jul 2014

Tragedi MH17: Bukti Malaysia Diserang Oleh Tangan2 Ghaib ???



Foto: PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media khas berhubung insiden pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine, di pusat media Hotel Sama-Sama Hotel, Sepang, awal pagi ini. Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kiri) dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (dua dari kanan). - Foto NSTP (berita lanjut rujuk BH Online)Jul 18, 2014 5:08 am



Negara mengalami satu lagi episod duka. Mas syarikat penerbangan milik negara yang sedang bergelut untuk keluar dari kemelut kerugian dan cerita duka kehilangan MH370 kini diuji lagi.

Jika kita lihat semula rentetan sejarah negara dengan pelbagai episod penentangan yang cuba dilakukan oleh beberapa parti politik dan NGO dalam usaha mereka untuk menaikkan kemarahan rakyaat kekada kerajaan BN sejak pra-PRU 12 lagi.....

Fitnah2 dan doktrin2 melebel kerajaan BN sebagai zalim, tiada tranparensi, tidak mengamalkan good governance, kononnya mengamalkan nepotisme, kronisme, rasuah dll.

Bagaimana parti2 politik ini menjalankan begitu banyak siri protes2 jalanraya yang didakwa ditaja oleh pihak luar.....dengan begitu konsisten dalam usaha mengekal momentum mereka menekan karajaan dari dalam.

Usaha oleh pemimpin2 politik pembangkang menburuk2kan pimpinan negara apabila mereka ke luar negara.....sehingga ada yang mempelawa campur tangan asing.....

Jestru adakah tidak mungkin apa yang berlaku terhadap Mas juga bukan suatu kebetulan dan sebaliknya adalah sambungan campurtangan dan tekanan tangan2 ghaib yang sedang meneruskan agenda mereka?

Sokongan berterusan Malaysia dalam menentang pencerobohan Israel dan memberi bantuan yang kepada beberapa negara Islam yang pernah dilanda konflik sebelum ini juga mungkin mengundang kepada tekanan yang sedang kita hadapi.



Satu persoalan yang timbul bagaimana sebaik sahaja ada berita berkaitan kemalangan pesawat MH 17 tersebar foto "superimposed" yg kononnya pesawat malang tersebut disebarkan di alam maya? Katanya foto tersebut diambil daripada siri TV popular "Lost" yang ditayangkan sedikit masa dahulu.... Kreatif tidak bertempat??? 


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3