bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Testimonial 7 naga - Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramu...

31 Mar 2011

Gempar!!! Bukti "Pakatan" Serang Blogger-blogger Pro Kerajaan!!!

Tak dapatkan tanduk, telinga dipulas???

Mungkin itulah perumpamaan yang sesuai....


Selama 53 tahun hendak memulas tanduk Umno/BN tetapi masih gagal.... Mereka cuba untuk "membunuh" blogger nyamuk yang ikhlas berjuang mempertahankan Umno/BN....

Jika ianya benar dan sememangnya, secara tidak langsung ianya bermaksud Pakatan Rakyaat sememangnya mengakui sumbangan blogger nyamuk walaupun sesetengah pemimpin Umno/BN sendiri tidak mengakui peranan dan sumbangan kami...Terbaru banyak blog-blog pro Umno/BN telah diserang virus Malware blog http://www.dapmalaysia.net/ juga tidak terkecuali.

Bukti DAP Memang Kaki Fitnah???

Bekas ketua DAP Nibong Tebal diarah bayar saman fitnah kepada penyelaras MCA

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan bekas ketua bahagian DAP Nibong Tebal, Sakura Teh Hock Yong, membayar saman fitnah RM375,000 kepada Penyelaras MCA kawasan Dewan Undangan Negeri Jawi, Tan Cheng Liang.

Hakim Datuk Zakaria Sam membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Lee Khai yang mewakili Tan manakala Teh, yang tidak diwakili peguam, tidak hadir.

30 Mar 2011

Desak Anwar Letak Jawatan??? Apa Beza Anwar Dengan Pemimpin Negara-negara Afrika Utara & Arab???

Video seks: Perhimpunan desak Anwar letak jawatan
30/03/2011 2:41pm
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm


KOTA BHARU 30 Mac – Lebih 200 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman, mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan video seks didakwa membabitkan beliau.

Lagi Pasal Klip Video???


Jika baru-baru ini kita digemparkan dengan pendedahan klip video seks yang kononnya membabitkan pemimpin "besar" Pakatan Rakyaat. 

29 Mar 2011

Mempertahankan Kebenaran? Meraih Simpati? Atau Kelentong Lagi???

Anwar Ibrahim berucap pada program Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati, Shah Alam, 28 Mac, 2011. — Foto oleh Choo Choy May

Pakatan Bakal Membawa Malaysia Menjadi "Negara Maju" Lebih Cepat Dari Wawasan 2020???


Maju dalam aktiviti homoseks? Maju dalam aktiviti zina? Maju dalam mengamalkan Islam Liberal? Maju dalam memfitnah? Maju dalam menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu/bumiputera seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan? Maju dalam menderhaka kepada Sultan? Maju dalam menganjurkan solat hajat dan doa untuk "menjahanamkam" lawan dan mereka yang tidak sependapat dengan mereka?

28 Mar 2011

Pakatan Anjur Solat Hajat Anti Fitnah - Jangan Sampai Senjata "Makan Tuan"???



Pas wajar berlapang dada dan bermuhasabah diri.... Kena tanya diri sendiri, terutama selepas satu demi satu "pendedahan" skandal pemimpin sekutu mereka terbongkar.... 

Selepas satu demi satu mereka yang menjadi pengasas PKR, keluar parti...

Isu Klip Video Lucah - Anwar Bakal Berundur?


Masa untuk Anwar berundur
http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8909665.asp
SHAH ALAM - Sudah sampai masa bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada kancah politik negara.

26 Mar 2011

Serupa Tak Dengan Lelaki Dalam Klip Video Lucah Yang Sedang Hangat di Pasaran???



Hilang kisah orang tengah siasat samada beliau adalah lelaki dalam klip video lucah tu atau bukan...

Tup-tup dia buat ceramah nak mengaitkan DS Najib dengan Alantunya pula...

"Pandainya......"

Klip Video Lucah, Pelaku Tak Salah - Yang Salah Tun Mahathir & DS Najib???

Itu kata Saifuddin Nasution... Maklumlah... Yang dikaitkan dengan klip video lucah tu adalah "Boss" beliau...Klik sini.

Masa Chua Soi Lek yang kena, orang pakatan kebanyakkkannya  bertepuk tangan kerana bakal mempunyai "modal" politik...



25 Mar 2011

Klip Video Lucah - Pelakon Lelaki Tersebut Sah Bukan Anwar???


Artikel Agendaily klik sini.

Anwar selalu mendakwa beliau sakit pinggang dan tengkuk yang serius.....

Itulah juga di antara alasan untuk menafikan penglibatan beliau dengan aktiviti seks "hiper' dan seks luar tabii yang sering dikaitkan dengan beliau....

Satu berita baik ialah jika nantinya lelaki di dalam klip video tersebut terbukti adalah beliau.... Ini bermaksud segala penyakit tulang belakang dan tulang tengkuk serius yang dihidapi Anwar, telahpun pulih....

24 Mar 2011

Klip Video Lucah - Anwar Punyai Dua Personaliti?

Chegubard yang mengaku menonton klip video lucah tersebut dua kali, memberitahu berdasarkan kepada susuk-tubuh dan gerak-geri lelaki di dalam klip video lucah yang sedang hangat diperkatakan, beliau percaya lelaki  tersebut bukan Anwar. Klik sini.



  

Video Lucah "Anwar" - Perlukan Penubuhan Suruhanjaya Diraja???


Bekas Ketua Pemuda UMNO Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengakui dia bersama Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' atau 'Datuk Trio' dalam sidang media di Impiana KLCC sebentar tadi.

23 Mar 2011

Tidak Konsisten - Bukti Karpal Memang Dah Nyanyuk Ataupun Sememangnya Berat Sebelah!!!


Tangkap segera Datuk T, gesa Karpal
Mac 22, 11 7:00pm

Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.

 

22 Mar 2011

Lagi Bukti Rakyaat Didahulukan!!!

Pesara skim KWSP diberi kemudahan perubatan percuma
March 22, 2011
PUTRAJAYA, 22 Mac — Penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan mereka layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma.
Keputusan kerajaan yang berkuatkuasa mulai tarikh semasa itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 di sini hari ini.
“Ia sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berjasa,” katanya.
Najib berkata pelaksanaan pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP itu, hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang dibersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan, atau Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.
Ia bagaimanapun tidak merangkumi mereka yang meletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri, kata Najib. — Bernama

Komen Isac;
Kini kakitangan awam sudah boleh tersenyum lega... Sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah beberapa kali gaji asas mereka diselaraskan sehingga menyamai atau lebih baik daripada kakitangan swasta....
Guru-guru juga boleh menarik nafas lega kerana dengan pendapatan yang baik "jawatan tersebut" kini juga semakin dihormati dan "digilai" oleh para remaja....
Malah dengan gaji yang lumayan, caruman KWSP, bayaran gratuity (selepas pencen) dan terbaru perubatan percuma, pastinya menjadikan kehidupan mereka lebih selesa dan terjamin.
Maka sudah semestinyalah kakitangan awam perlu mempertingkatkan mutu kerja mereka agar menjadi contoh yang baik kepada genarasi muda di samping mendapat penghormatan daripada rakyaat.

Cekalnya Mereka...

CEKAL... Wanita warga Jepun dari bandar Minamisanriku ini gigih membawa bekas berisi air yang diambil dari sungai berhampiran untuk kegunaan membasuh pakaian selepas tempat tinggal mereka musnah dilanda gempa bumi bermagnitud 8.9 yang mengakibatkan tsunami, baru-baru ini. - Foto AP/Yomiuri Shimbun, Kunihiko Miura. Mar 22, 2011 12:59 pm

Panas!!! - Video Seks "Anwar" Hanya Bom Asap???


2011/03/21

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Videosekspemimpinkananpembangkangdidedah/Article

KUALA LUMPUR: Satu rakaman video seks didakwa seorang pemimpin utama pembangkang bersama seorang wanita muda dipercayai warga asing didedahkan kepada media, pagi tadi.

Wartawan pelbagai agensi dan syarikat media dibenarkan menonton klip video selama hampir 20 minit itu merangkumi empat segmen secara berperingkat di Carcosa Seri Negara, mulai 9.45 pagi.

Ia dipertontonkan kepada media menerusi komputer meja (PC) di sebuah bilik khas sebelum meminta wartawan menyerahkan semua barangan seperti pen, buku nota, telefon bimbit dan kamera selain turut diperiksa seluruh badan.


Komen Isac;

DSAI sememangnya dikenali kerana mempunyai banyak "tipu-muslihat" politik.... Jadi tidak mustahil jika klip video tersebut sengaja diada-adakan untuk mengalih perhatian rakyaat terhadap isu "DNA" yang sedang beliau hadapi....

"Bom asap" biasanya akan "hilang" begitu sahaja.... Terutamanya jika klip video yang sengaja diada-adakan oleh "mereka sendiri" akhirnya terbukti palsu dan bukannya "Anwar". Yang akan dipersalahkan pastinya Umno/BN yang kononnya menjadi dalang!!!


21 Mar 2011

Mungkin Jika Malaysia Dibom Sebegini, Baru Pakatan Rakyaat Puas Hati???


BEBERAPA kenderaan tentera Gaddafi musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam selepas terkena bedilan serangan udara tentera bersekutu awal pagi, semalam. Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis.Tentera bersekutu bedil 112 Tomahawk dalam serangan awal pagi semalam.

20 Mar 2011

Tahukah Anda Ada 55 Buah Janakuasa Nuklear di Jepun???

Loji nulear di Lingkaran Api Pasifik


WALAUPUN pernah melalui detik hitam yang menyaksikan Hiroshima dan Nagasaki musnah bak padang jarak padang tekukur dek bom atom, namun ia bukan menjadi titik noktah untuk menghentikan Jepun daripada membangun teknologi nuklear di negara itu.

Bukan mahu pisang berbuah dua kali lantaran mengetahui risiko yang bakal diterima sebaliknya, negara Matahari Terbit itu menjadikan sumber tenaga nuklear sebagai platform untuk membangunkan tanah air mereka.

Malah, walaupun menyedari duduk letaknya negara mereka dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik yang cenderung dilanda gempa bumi, namun ia bukan penghalang untuk mereka memanfaatkan khazanah uranium itu sebaik mungkin.

Hingga kini, Jepun sudah memiliki 55 loji nuklear sekali gus antara yang terbanyak di dunia. Sebanyak 10 buah syarikat diberi mandat untuk mengendalikan loji tersebut antaranya Tokyo Electric Power Company (TEPCO), Kyushu Electric Power Company (Kyushu Electric), Chubu Electric Power Company (Chubu Electric) dan Tohoku Electric Power Company (Tohoku Electric).

Sumber tenaga elektrik

Menurut Persekutuan Syarikat Tenaga Elektrik Jepun (FEPC), kesemua loji tersebut mampu menawarkan output total penggunaan tenaga elektrik sebanyak 49,467 megawatt (MW).

“Walaupun menyedari bahaya tenaga nuklear, sumber itu tetap menjadi pilihan utama bagi membekalkan jumlah tenaga yang besar dan murah untuk jangka masa panjang. Sehingga kini, loji-loji nuklear di Jepun dapat membekalkan 30 peratus keperluan elektrik negara,” kata Pengerusi FEPC, Tsunehisa Katsumata.


GEMPA bumi dan tsunami yang melanda pantai timur Jepun menyebabkan kemusnahan harta benda yang teruk.

Mengimbau sejarah nuklear di negara itu, ia memulakan penyelidikan dalam program tenaga nuklear pada tahun 1954 berbekalkan peruntukan sebanyak 230 juta yen (RM8.69 bilion).

Undang-undang Asas Tenaga Atom dunia secara tegas mengehadkan penggunaan teknologi nuklear hanya bagi tujuan kebaikan sejak tahun 1955.

Undang-undang itu bertujuan untuk memastikan tiga prinsipal kaedah demokrasi, pengurusan yang bebas dan telus merupakan asas kepada aktiviti penyelidikan nuklear di samping kerjasama di peringkat antarabangsa.

Jepun mula mengimport reaktor kuasa nuklear pertamanya dari UK, Tokai-1 iaitu reaktor sistem penyejukan (Magnox) yang dibangunkan oleh GEC dengan kapasiti 160 megawatt. Ia mula beroperasi pada Julai 1966 sehingga Mac 1998.

Kejayaan itu menjadi pencetus kepada pembinaan lebih banyak loji nuklear baru di Jepun yang sehingga kini mencecah angka 55.

Bagaimanapun, keghairahan Jepun terhadap teknologi nuklear direntap baru-baru ini apabila gempa bumi berukuran 9 magnitud yang melanda negara tersebut menyebabkan siri letupan di loji nuklear Fukushima Daiichi.

Bencana tsunami yang mengorban lebih 10,000 nyawa itu menyaksikan berlaku kebocoran pada loji tersebut sehingga wap radiasi dibimbangi boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa 128 juta orang di negara Matahari Terbit.

Ketua Pihak Berkuasa Keselamatan Nuklear Perancis (ASN), Andre-Claude Lacoste berkata, berdasarkan perbandingan skala krisis nuklear antarabangsa, tragedi di Fukushima dianggap lebih teruk daripada Three Mile Island, namun tidak seburuk kejadian di letupan di Chernobyl.

“Kami dapat merasakan bahawa sekurang-kurangnya ia berada pada Tahap Lima dan berkemungkinan mencecah Tahap Enam. Saya mengatakan demikian selepas bercakap dengan rakan seangkatan dari Jepun,” jelas Lacoste kepada AFP.
GAMBAR fail menunjukkan insiden siri letupan di loji nuklear Fukushima Daiichi milik TEPCO akibat daripada gempa bumi baru-baru ini.

Bagaimanapun, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengeluarkan maklumat rasmi bahawa kejadian kebocoran loji nuklear di Jepun itu diklasifikasikan sebagai Tahap Empat mengikut Skala Kejadian Radiologi Nuklear Antarabangsa iaitu berkisar di kawasan itu sahaja.
Berdasarkan rekod, kejadian letupan di Chernobyl, Ukraine (1986) berada pada Tahap Tujuh apabila mengorbankan 32 orang anggota bomba serta hampir 9,000 nyawa akibat impak ke atas kesihatan selepas letupan berlaku.


Kagum dengan rakyat Jepun

Sementara itu, pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Perisian dari Universiti Hosei di daerah Kanto, kira-kira 20 kilometer dari Tokyo berkongsi pengalaman melalui saat-saat sukar akibat tragedi berkenaan.

Melalui laman sembang Yahoo Messenger, Fauziah Zainuddin, 36, memberitahu Kosmo!, pihak berkuasa Jepun terpaksa membuat catuan elektrik bagi menjimatkan penggunaan tenaga di seluruh negara.

“Apabila bekalan elektrik terputus, berkemungkinan besar air juga tiada. Itu yang merisaukan kami sekeluarga. Apatah lagi saya mempunyai anak kembar yang baru berusia setahun lebih.

“Cuma, terus-terang saya kagum melihat sikap rakyat Jepun dalam berhadapan bencana sebegini. Mereka sangat berdisiplin dan tenang menghadapinya. Malah, tidak membezakan antara rakyat asing atau penduduk tempatan dalam menghulurkan bantuan,” jelas Fauziah yang belajar di Jepun sejak September 2009.


Kembali bangkit

 

Dalam pada itu, di sebalik kemusnahan besar yang dialami Jepun akibat bencana alam sedemikian, mereka diyakini mampu untuk kembali bangkit dan meneruskan survival kehidupan pada masa akan datang.

Mengulas perkara itu, Dekan Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Infrastruktur, Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Prof. Dr. Roslan Zainal Abidin berkata, ia bergantung kepada kemampuan sesebuah negara dan bantuan antarabangsa.

“Berdasarkan pengalaman mereka, negara Jepun tidak akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

“Teknologi dan kepakaran yang dimiliki secara tidak langsung akan dapat membangunkan semula ekonomi negara dalam tempoh kurang daripada lima tahun,” ujar Roslan sambil menambah bahawa bencana itu juga akan menyebabkan berlakunya perubahan ke atas rupa bentuk muka bumi di kawasan yang terlibat secara khusus dan perubahan peta dunia amnya.

Artikel Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR dan di ambil dari sini.






JEPUN diyakini mampu untuk kembali bangkit dan meneruskan kehidupan selepas mengalami bencana alam yang meragut ribuan nyawa dan merosakkan infrastruktur negara itu.


19 Mar 2011

Dua Juta Blogger Bukti Rakyaat Malaysia Bebas Bersuara!!!



IBRAHIM (duduk empat dari kanan), Chamil (tiga dari kanan) dan Firdaus (lima dari kanan) bergambar bersama para peserta pada majlis penutup program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kewujudan lebih dua juta blogger di negara ini membuktikan kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara sekaligus menolak tanggapan sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan hakikat itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman berkata, blog yang dikenali sebagai media baru itu membolehkan rakyat melontarkan pandangan dan kritikan terhadap sesuatu isu.

"Sebelum ini, ramai yang mempersoalkan kerajaan tidak mengamalkan kebebasan bersuara (media). Jumlah blogger yang semakin ramai kini membuktikan kerajaan memberi ruang kepada masyarakat untuk melontarkan pendapat masing-masing.

"Saya lihat blog di negara ini memiliki acuan tersendiri dan ia berbeza dengan amalan negara lain kerana media kita mengikut lunas perlembagaan dan perundangan," katanya.

18 Mar 2011

Gara-gara Janakuasa Nuklear Jepun Bakal Mengundang Bencana - Doremon Lari ke Putrajaya???


Foto 1: Belon Panas Doremon Berada Di Angkasa Putrajaya, Kuala Lumpur. (Dipetik dari Akhbar Sinar Online)




SEBAHAGIAN belon udara panas memenuhi ruang udara di Putrajaya sempena Hot Air Ballon Fiesta 2011 di Putrajaya yang bermula dari 17-20 Mac ini. 17 Mac 2011. - Utusan/ZAKI AMIRUDDIN



Komen Isac;

Itu sebenarnya "Doremon" belon panas.... Sempena Fiesta Belon Panas 2011. Samada Belon panas Doremon tu datang dari negara Jepun ataupun tidak, tidaklah pulak penulis ketahui.

Semoga masalah kebocoran janakuasa nuklear di Jepun itu dapat diatasi secepat mungkin kerana bahananya bukan sahaja akan membinasakan Jepun malah mungkin kesannya kan dialami oleh seluruh dunia.

Kerajaan Pas Kelantan Pertimbang Penjualan Tiket Loteri - Tapi BN Dipersalahkan???

Kelantan sedia mengkaji semula larangan penjualan tiket loterinya bersandarkan tafsiran penasihat undang-undang negeri mengenai isu itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, lapor TV Selangor.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari, semalam - menteri besar itu berkata tafsiran penasihat undang-undang negeri amat penting kerana isu itu turut membabitkan enakmen kerajaan persekutuan.

17 Mar 2011

Trak Panjat Bangunan Untuk Lari Dari Tsunami???



Siapa sangka air yang begitu lembut dan merupakan "rakan karib" manusia tiba-tiba nerubah menjadi "pembunuh kejam"???

Kerana Memfitnah Ummi Hafilda - Baginda Disaman!!!



NONEUmmi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda dan Malaysiakini.

Bayangkan Apa Berlaku Jika Negara Jepun Lenyap Dari Peta Dunia!!!



Jika ianya berlaku, tentu dahsyat kesannya...

Pastinya negara akan kehilangan pelaburan luar (FDI) terbesar...

Walaupun rata-rata kita merasakan ianya tidak penting, tetapi pastinya jika pelaboran sebegini merudun peluang-peluang pekerjaan untuk rakyaat juga akan berkurangan dengan begitu drastik.

Kilang-kilang milik warga Jepun di negara ini pastinya akan kehilangan punca...

Tiada lagi kereta-kereta berjenama Jepun seperti Lexus, Toyota, Honda, Nissan, Mitsubisi, Daihatsu, Suzuki dan lain-lain...

Bagi rakyaat Malaysia penggemar kereta-kereta buatan Jepun, pastinya kereta-kereta mereka akan tersadai tidak bergerak kerana kilang-kilang pembekal komponen-komponen alat ganti telah tiada lagi....

16 Mar 2011

Liwat II - Zaid Ibrahim Setaraf Perkasa???

Isu DNA: PKR kata Zaid rendahkan maruah diri, ‘sudah terlupa’
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
March 16, 2011

Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim telah merendahkan maruahnya seakan Perkasa dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) apabila meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA secara sukarela dalam liwat yang dihadapinya sekarang.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Anwar enggan menyerahkan sampel DNA kerana tidak yakin terhadap ketelusan sistem sedia ada.

“Malang sekali apabila Zaid Ibrahim terpaksa menjatuhkan maruahnya ke tahap serendah Perkasa dan GAPS dalam meneruskan dendamnya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tsunami di Jepun - Kebesaran Allah S.W.T.... Subhanaullah....



Allah S.W.T menunjukkan kekuasaannya di mana kapal-kapal besar, kenderaan darat, rumah dan bangunan, manusia serta kehidupan lain habis musnah dan bergelempangan...

Tiba-tipa pasukan penyelamat terdengar seakan-akan suara bayi kecil menangis.... Mula-mula mereka sangkakan itu hanyalah "hayalan" tetapi apabila diamati...dan secara berhati-hati mereka menyelongkar disebalik runtuhan bangunan dan sampah sarap akibat tsunami...Mereka berjumpa dengan seorang bayi perempuan yang terselamat...

Akhirnya bayi perempuan berusia empat bulan tersebut dapat disatukan semula dengan keluarganya.... Alhamdulillah....

Penemuan ini memberikan sedikit kekuatan kepada para penyelamat untuk berharap agar lebih ramai nyawa yang dapat mereka selamatkan...

Itulah ketentuan Allah S.W.T yang berkuasa melakukan sesuatu yang diluar jangkaan akal dan fikiran kita...

15 Mar 2011

Bahana Tenaga Nuklear!!!


SEORANG bayi diperiksa tahap pendedahannya terhadap radiasi di Nihonmatsu, Fukushima hari ini berikutan tragedi letupan loji nuklear no 3 di Daiichi Fukushima, semalam. - Foto AP/Kyodo. Mar 15, 2011 4:31 pm.








KEADAAN loji nuklear No 1 dan No 3 Daiichi Fukushima yang masih terbakar dan mengeluarkan asap selepas meletup semalam. - Foto DIGITAL GLOBE/REUTERS. Mar 15, 2011 12:32 pm. 



 

Radiasi loji Jepun terlepas ke atmosfera: IAEA2011/03/15

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RadiasilojiJepunterlepaskeatmosfera_IAEA/Article

VIENNA: Jepun sudah memberitahu badan pemantauan nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa bahan radioaktif terlepas "secara terus" ke atmosfera daripada tapak reaktor nuklear yang terjejas akibat gempa bumi dan ia sudah memandam kebakaran di kolam penyimpanan sisa bahan api di situ.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), merujuk maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Jepun pada 0350 GMT, menyatakan kadar dos sehingga 400 milisievert sejam dilaporkan di loji tenaga nuklear Fukushima.

Ia tidak menyatakan butiran atau perbandingan tahap radiasi tetapi menurut Persatuan Nuklear Sedunia, pendedahan terhadap dos melebihi 100 milisievert setahun adalah tahap yang boleh menyebabkan barah.

“Pihak berkuasa Jepun menyatakan terdapat kemungkinan bahawa kebakaran itu disebabkan letupan hidrogen," menurut IAEA dalam satu kenyataan hari ini. - Reuters


Komen Isac;

Risiko yang perlu dibayar dengan harga yang mahal!!! Walaupun tenaga yang dihasilkannya amat murah, tetapi silap langkah akan mengudang padah!!!

Kerajaan pusat wajar mengkaji semula cadangan TNB untuk menggunakan tenaga nuklear di masa hadapan... "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".

Jika di Malaysia Injin Jet Pejuang Dilarikan!!! Ini Lagi Dahsyat, Jet Pejuang Dilarikan???

Pekerja-pekerja pasukan mencari dan menyelamat melihat keadaan pesawat pejuang Jepun Mitsubishi F-2 yang dilarikan tsunami di kawasan Matsushima, Iwate semalam. — Foto Reuters Read More


Habis semua harta benda dan nyawa melayang.... Jet pejuang pun dihanyutkan sekali...

Kalau di Malaysia ada stesyen jankuasa nuklear, bila dilanda musibah sebegini, kesannya tentu dahsyat!!! Bayangkan jika tembok-tembok konkrit yang sepatutnya setebal 2-3m tidak dibuat mengikut spesifikasi yang sepatutnya??? Pasti bencanalah jawapannya!!!

Liwat II Ditangguh Lagi!!! - Adik Bungsu Karpal Meninggal Dunia..

Hafiz Yatim
Mac 15, 11
9:54am

azlanMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diberitahu adik peguam bela utama, Karapal Singh telah meninggal dunia.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang lagi peguam bela, Sankara Nair yang berkata adik bongsu Karpal meninggal dunia pada jam 11 malam semalam.

Katanya, Karpal akan sibuk dengan urusan pengebumian sehingga Isnin kerana terpaksa terbabit dengan acara keagamaan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata dalam keadaan seumpama itu adalah sukar bagi beliau membantah. Beliau juga merakamkan takziah kepada Karpal dan keluarganya.

Hakim Mohd Zabidin kemudian bersetuju membenarkan perbicaraan ditangguhkan sehingga Isnin ini.
Berita penuh klik sini.


14 Mar 2011

Liwat II - Keadilan Buat Rakyaat Marhaen Macam Saiful Hanyalah "Cerita Dongengan"???

Yang diperdebatkan ialah bagaimana afidavit pihak pendakwaan yang mahukan sampel DNA DSAI untuk dibandingkan dengan sampel DNA "lelaki Y" boleh sampai kepada pihak media??? Klik sini.    

Mengapa ianya dijadikan alasan untuk menidakkan hak Saiful untuk mendapatkan keadilan ataupun pengadilan yang adil?

Jika tidak bersalah, mengapa pula perlu takut dan mahu "menyorokkan" profil DNA DSAI?

Jangan diperlambatkan lagi perbicaraan ini kerana rakyaat mungkin akan merasa bosan dan membuat penilaian sendiri...

Permintaan Kereta "Recond" Dari Jepun Mengalami Penurunan???



Nampaknya, para pembeli kereta "recond" Jepun juga perlu berjati-hati kerana takut-takut kereta murah yang mereka beli adalah kereta-kereta yang menjadi "mangsa" Tsunami baru-baru ini...

12 Mar 2011

Jepun Dilanda Gempa Bumi dan Tsunami... Gara-gara Doa Bala Pakatan???



GEMPA bumi mengakibat gelombang tsunami ketika melanda pelabuhan Oarai Jepun, semalam. - Foto AP Mar 12, 2011 8:32 am


GABUNGAN gambar yang dirakam menerusi siaran televisyen NHK menunjukkan bangunan musnah dibawa arus tsunami yang melanda Bandar Sendai, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud, hari ini. - Foto Reuters. Mar 11, 2011 4:42 pm



Komen Isac;

Subhanaullah... Beruntungnya kita hidup di Malaysia ...

Ironinya di Malaysia ada di atara kita yang mendoakan kemudaratan pihak lain gara-gara politik yang berbeza.... Doa bala... doa pecah perut... untuk musuh politik...

11 Mar 2011

Bila Orang Melayu/Islam Berlumba-lumba Untuk Menjadi "Yahudi dan Nasrani"???

Kempen : Mohon Polis Tangkap Blogger Ini Kerana Hina Sultan Selangor & Semua Sultan Di Malaysia!!!

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 


Syabas kepada DET atau Darul Ehsan Today yang telah bongkarkan cerita pasal penghinaan blogger Fuckatan yang hina Sultan. Cerita penuh ada di sini.

Perkara ini baru ditemui oleh Panglima dan mohon rakan-rakan menyambutnya agar tindakan keras dapat diambil terhadap blogger yang salahguna tulisannya untuk hina Sultan kita.

Apa yang ditulis ? Lihat imej di bawah

Blogger ini sangat biadap. Mengheret Sultan dalam kancah politik penuh daki dan kotoran.

Apa kata kita desak 'mamat' ini ditangkap kerana menghina Ketua Agama kita ?


Amat malang jika perkara ini dibiarkan.

Harap bloggers dan juga facebookers dapat sedarkan rakyat perangai 'biaDAP' pembangkang

yang suka tulis sesuka hati tanpa bukti.


Artikel penuh penghinaan blogger Hanief kepada Sultan ada di sini
 
Nukilan blog Paglima Perang Cyber, klik sini.
 
 
 
Firman Allah SWT
 
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمۡ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوۡمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصۡبِحُوا عَلَي مَا فَعَلۡتُمۡ نَادِمِينَ

Maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". (Surah al-Hujurat, ayat 6)



وَلَن تَرۡضَي عَنكَ الۡيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَي حَتَّي تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡ قُلۡ إِنَّ هُدَي اللّهِ هُوَ الۡهُدَي وَلَئِنِ اتَّبَعۡتَ أَهۡوَاءهُم بَعۡدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ )


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Surah al-Baqarah, ayat 120)



 

Lagi Bukti Kapal Selam Malaysia Tak Boleh Menyelam - Apa Kata Tony Pua???

Tuanku Mizan naiki kapal selam pada kedalaman maksimum
2011/03/10

KOTA KINABALU: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berpuas hati dengan prestasi dan keupayaan angkatan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia mengendalikan KD Tunku Abdul Rahman, kata Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, hari ini.

Malah, Seri Paduka Baginda, yang menaiki KD Tunku Abdul Rahman ketika kapal itu menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan hari ini, memuji keupayaan kapal selam berkenaan untuk berada pada tahap kesiagaan yang tinggi.

"Dengan penyelaman yang disertai oleh Tuanku, ini jelas menyangkal tohmahan dan juga kenyataan negatif yang menyatakan kapal selam negara tidak boleh belayar dan tidak boleh menyelam.

Artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Mungkinkah Tony Pua akan kata ini semua tak betul??? Hanya sandiwara Umno/BN??? Nurul Izzah pula akan kata Umno/BN mempergunakan institusi Raja-raja Melayu??? Biasalah.... Orang Pakatan....kalau Umno/BN semua salah.... Semua konspirasi....

10 Mar 2011

Isu Larangan Menjual Loteri Bukan Masalah Besar - Nik Aziz



Dua kali baca... Macam tak berapa betul kenyataan tu... Seolah-olah isu "judi" bukannya suatu isu besar pulak....

Akhbar Sinar wajar berhati-hati... Kalau tak kena gayanya TG Nik Aziz marah nanti...ada pulak yang pecah perut ataupun pejabat Sinar di landa banjir...

9 Mar 2011

Rakyaat Didahulukan???

Subsidi minyak akan ditambah RM4 bilion lagi

09/03/2011 5:17pm

 
KUALA LUMPUR 9 Mac - Kerajaan dijangka menambah subsidi sebanyak RM4 bilion sekiranya harga minyak global kekal tinggi melebihi AS$100 setong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia merupakan tambahan kepada RM10 bilion yang diperuntukan kerajaan pada masa ini. - Utusan



Awas!!! Si Kucing Pencuri Sedang Berkeliaran!!!

 Andai kucing boleh didakwa di mahkamah..... Dusty mungkin yang pertama akan disabitkan kesalahan... Tapi silap-silap haribulan... Tuannya yang "kantoi"...

Video si kucing "Dusty", melihat tuannya memulangkan semula barangan yang beliau (Dusty) curi kepada jiran-jiran yang menjadi "mangsanya"....Klik sini.


Yang jelas dalam sistem demokrasi, Dusty juga pastinya berhak untuk mendapatkan khidmat guaman. Pastinya segala bukti DNA yang berkaitan dengan Dusty pun cuma boleh diambil dengan kehadiran dan persetujuan beliau!!! Samada Dusty sendiri boleh mengenal-pasti atau membezakan DNAnya atau tidak itu cerita lain!!!

Karpal Singh dan Ram Karpal Singh juga mungkin berminat untuk menjadi peguambela Dusty??? Tapi mungkin hanya untuk mengejar "populariti" sebab Dusty X ada duit untuk membayar upah guaman setinggi "5 bintang"....

Itukah harga sebuah "kebenaran"??? Inikah yang dinamakan keadilan??? Keadilan yang hanya akan diperolehi jika kita "beruwang"???

8 Mar 2011

Mahkamah Tolak 3 Bukti DNA, Tetapi Gara-gara "Bulu" Anwar Boleh Kantoi???

Artikel dipetik dari Malaysiakini, "Karpal dalam hujahnya sebelum itu, berkata bicara dalam perbicaran itu perlu berikutan permohonan pihak pendakwaan yang mahu beberapa barangan seperti botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu - yang dijumpai pada sel di mana anwar ditahan semalaman antara 16 Julai hingga 17 Julai 2008 - dikemukakan sebagai barangan bukti". Artikel penuh klik sini.

Sampel DNA Dari Lokap Anwar Ditolak!!! - Anwar Bakal Terlepas???

Mahkamah: Sampel DNA diambil secara tidak sah, ditolak sebagai bukti
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
March 08, 2011


KUALA LUMPUR, 8 Mac — Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan sampel DNA telah diambil secara tidak sah dari lokap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ditahan satu malam pada Julai 2008, dan ia akan dikeluarkan daripada senarai bahan bukti kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.
Ini bermakna tuala “Good Morning”, berus gigi dan botol air mineral serta sampel-sampel DNA yang diperoleh daripada ketiga-tiga barang itu tidak boleh digunakan sebagai bukti terhadap Anwar.

“Saya memutuskan dalam kes ini, sampel-sampel DNA daripada tiga barang ini — tuala Good Morning, botol air dan berus gigi diambil menggunakan cara tidak sah daripada tertuduh . . . dan, dikeluarkan daripada sebahagian daripada bahan bukti,” kata beliau hari ini.

Beliau membuat keputusan itu di akhir perbicaraan dalam perbicaraan sama ada sampel DNA yang diambil daripada ketiga-tiga barang itu boleh diperoleh sebagai bukti.

Anwar, 63, didakwa meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Komen Isac;

Setahu penulis, mahkamah boleh meminta sampel DNA Anwar untuk dijadikan perbandingan dengan DNA dari air mani "Lelaki Y" yang dijumpai daripada dubur Saiful.

Yang pasti peguam-peguam tertuduh akan menggunakan apa sahaja muslihat untuk mengelak daripada memberikan sampel DNA Anwar.

Zahirnya pihak penuduh mestilah membuktikan kesalahan sitertuduh, dan sebaliknya pihak tertuduh tidak perlu membuktikan beliau tidak bersalah. Justeru jika tertuduh tidak rela memberikan sampel DNAnya maka, tertuduh bakal terlepas.

Mungkin pihak pendakwaraya perlu mengambil sampah-sampah yang keluar dari rumah DSAI juga air pembentungan dari rumahnya (mungkin ada bulu atau rambut tertuduh) untuk mendapatkan sampel DNA beliau. Secara lojiknya tertuduh tidak boleh melarang bukti-bukti yang diambil daripada bahan-bahan buangan yang beliau sendiri buang!!! Pihak polis dan pihak pendakwaraya wajar belajar dari siri televisyen  "CSI".









7 Mar 2011

Mendung Hitam Telah Berlalu - Masa Buat Umno/BN Untuk Bekerja Lebih Kuat!!!

Ibrahim: 'Mendung sudah berlalu bagi BN...'
Hazlan Zakaria
Mac 7, 11
2:53pm

Bukan sahaja BN kini dalam kedudukan yang lebih kuat, tetapi ia juga mampu menyerang balas dan merampas semula kerusi yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat sewaktu tsunami politik Mac 2008.

Perancangan Anwar vs Ketentuan Allah S.W.T ??? - Umno/BN Terus Kekalkan Momentum Kemenangan Sehingga PRU 13!!!


Komen Isac;

Perancangan Allah s.w.t. memang hebat dan tidak dapat dihalang maupun dikalahkan oleh sesiapa....

Jikakalau selepas PRU 12 dahulu, Pakatan berhasrat mahu meneruskan rentak kemenangan mereka melalui PRK-PRK di kawasan kubu mereka yang cuba diadakan hampir setiap bulan....dan dilihat sememangnya berjaya!!!

Bahkan demi cita-cita tersebut... Ada di antara pemimpin-pemimpin mereka yang terpaksa "dikorbankan"

Tapi kini... Walaupun ada dikalangan pemimpin mereka mengatakan pimpinan DS Najib "suey" kerana ramai ADUN BN yang meninggal dunia sejak kebelakangan ini, tetapi dari satu aspek pula dilihat, Allah s.w.t  memberikan peluang buat Umno/BN untuk meneruskan rentak kemenangan sehingga PRU Sarawak, sehingga PRU 13.....

Bukan melalui "muslihat" manusia!!! Tetapi dengan ketentuan Allah aza wajala!!!!!!

Masih lagi kita mahu menafikan mesej yang Allah s.w.t. mahu sampaikan kepada kita???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3