bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Mar 2011

Desak Anwar Letak Jawatan??? Apa Beza Anwar Dengan Pemimpin Negara-negara Afrika Utara & Arab???

Video seks: Perhimpunan desak Anwar letak jawatan
30/03/2011 2:41pm
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm


KOTA BHARU 30 Mac – Lebih 200 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman, mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan video seks didakwa membabitkan beliau.

Dalam perhimpunan kira-kira pukul 11 pagi ini di hadapan Istana Balai Besar dekat sini, mereka turut mendesak kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi memastikan siasatan dibuat lebih baik dan terbuka.
 
Mereka turut membawa pelbagai jenis banting sambil melaungkan 'Anwar berundur' dan 'Anwar pembelot'.
 
Aktivis masyarakat, Mohd. Noor Ismail yang mengetuai perhimpunan itu ketika ditemui berkata, dua tuntutan tersebut dibuat untuk memastikan rakyat dapat mengetahui perkara sebenar berkaitan video tersebut.

"Kami meminta Anwar letak jawatan secara terhormat dan suruhanjaya ditubuhkan terhadap video seks itu yang didakwa membabitkan pelacur dari luar negara.

"Demi agama Islam dan maruah Melayu, Anwar perlu meletak jawatan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa tanpa memberikan apa-apa alasan," katanya. – Utusan


Komen Isac;

Desakkan sebegini tak akan membawa ke mana-mana....

Walaupun berjuta yang menghadirinya... Anwar pasti akan mempunya alasannya yang tersendiri...

Itulah pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang....

Bila kena pada batang hidung orang lain terutamanya Umno/BN... Terus "hukuman" dijatuhkan... Sebaliknya jika kena pada batang hidung sendiri... "Menikus" ataupun lantang menyalahkan orang lain...

 

1 comment:

  1. desakan apapun takan menjadi,,inilah tanda akhir zaman telah muncul Dajjal yg menjelma menjadi anwar bin ibrahim utk menjahanamkan umat islam di malaysia.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3