BEBERAPA kenderaan tentera Gaddafi musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam selepas terkena bedilan serangan udara tentera bersekutu awal pagi, semalam. Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis.Tentera bersekutu bedil 112 Tomahawk dalam serangan awal pagi semalam.
Kami tak pernah gentar: Gaddafi
TRIPOLI: Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis melancarkan peluru berpandu Tomahawk dan membuat serangan udara terhadap beberapa sasaran di Libya awal pagi semalam, mencetuskan kemarahan pemimpin negara Arab itu, Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan kawasan Mediterranean sebagai ‘medan perang.’
Jet pejuang Perancis lewat kelmarin memulakan serangan dalam operasi ‘Odyssey Dawn’ itu yang bertujuan menguatkuasakan zon larangan terbang di ruang udara Libya selaras resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diluluskan Khamis lalu.
Operasi berkenaan yang menyaksikan kereta kebal dan kereta perisai tentera Gaddafi dibedil, adalah campur tangan ketenteraan antarabangsa terbesar di rantau Arab sejak pencerobohan ke atas Iraq pada 2003.
Beberapa jam selepas tindakan permulaan oleh Perancis, kapal perang dan kapal selam AS dan Britain melancarkan 112 peluru berpandu Tomahawk ke arah 20 sasaran di kawasan pantai Libya dalam kegelapan sebelum fajar bagi membolehkan jet pejuang tentera bersekutu memasuki ruang udara Libya tanpa tentangan.
Seorang pegawai Majlis Keselamatan Negara AS yang tidak mahu namanya didedahkan berkata sistem pertahanan udara Libya lumpuh akibat serangan bertalu-talu misil Tomahawk berkenaan.
Selain melancarkan misil, Tentera Udara Diraja Britain turut menghantar beberapa jet pejuang Tornado GR4, manakala AS menghantar 19 pesawat termasuk pengebom halimunan B2, untuk membuat pengeboman ke atas Libya.
Dalam reaksi pertamanya terhadap serangan berkenaan, Gaddafi berkata tindakan AS, Britain dan Perancis itu adalah satu keganasan terhadap Libya.
“Kami akan mempertahankan negara ini daripada musuh asing yang mahu mengeksploitasi pergolakan di sini.
Komen Isac;
Bila dah jadi macam inipun masih ramai Rakyaat Libya yang "tidak sedar-sedar".... Satu lagi negara Islam bakal senasib dengan Iraq dan Afghanistan....
Ironinya ada rakyaat negara kita yang seolah-olah sedang berusaha menjemput campur tangan asing ke nagara ini...
Mungkin bagi mereka," jika aku tak dapat berkuasa.... biarlah sama-sama berputih mata...."
Kepada rakyaat Malaysia, "tepuk dada tanyalah selera".

KITA SAMA2 BERDOA SEMUGA TUHAN MEMBUKA HATI SEMUA UMAT MELAYU UNTUK BERSATU ATAS SATU DASAR MELAYU ISLAM,INSYALLAH KITA AKAN SELAMAT, INGATLAH KITA MASIH SAMA WALAUPUN PAKAI BAJU YANG BERBEZA WARNA,MASIH PUNYA SATU HATI
ReplyDeleteBagi kaum peribumi memang kita tak ingin perkara sebegini terjadi di tanah air tercinta ini...kecuali beberapa kerat sampah politik serta pengikut pengikutnya yang hulu hilir keadaan politik dunia....Bagi kaum kaum pendatang...mereka sememangnya menunggu nunggu saat ini....mereka tak rugi apa apa...malahan dapat menguasai tanahair ini dengan kehilangan kerajaan pimpinan peribumi akibat serangan tersebut....Fikir fikirkan lah....
ReplyDelete