bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Mar 2011

Antara Pemimpin Pas Yang Masih Waras???

Amerika digesa henti campur tangan
http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8828551.asp


View ImageSHAH ALAM - Negara luar, khususnya Amerika Syarikat diminta segera berhenti mencampuri krisis di Libya kerana dilihat menodai hak dan kedaulatan negara lain.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, sebarang bentuk campur tangan asing khususnya di negara-negara bergolak Timur Tengah termasuk utara Afrika bertujuan menakluki kekayaan hasil minyak negara itu.

Beliau menegaskan, kelebihan Libya sebagai negara pembekal yang menepati sebahagian besar keperluan minyak dunia mencetuskan rasa ‘cemburu’ negara Barat.



“Sejak dulu, Barat begitu cemburu terhadap kedudukan Libya disebabkan kualiti minyak yang dihasilkan negara itu,” katanya dalam satu kenyataan di Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, rakyat Libya berhak membangunkan negaranya sendiri serta mampu menguruskan kezaliman pemimpinnya, Muammar Gadaffi tanpa memerlukan campur tangan asing.

“Dunia sewajarnya menghormati kedaulatan sesebuah negara. Biarpun negara mereka sedang bergolak, ia bukan alasan untuk pihak asing pantas menerpa untuk mencampuri urusan mereka seperti krisis di Iraq dan Kuwait sebelum ini. Sehingga hari ini, daerah-daerah itu tidak aman dan Amerika sehingga kini masih bertapak kukuh di Iraq dan Kuwait walaupun kononnya telah mengisytiharkan pengunduran sistematik,” katanya.


Komen Isac;

Dalam keghairahan pemimpin-pemimpin Pas "mengharapkan" agar rakyaat bangkit menentang kerajaan Umno/BN sebagaimana yang berlaku di negara-negara Islam di Timur Tengah dan Afrika mereka terlupa bahawa siapakah yang rugi bila negara-nagara Islam tersebut kacau-bilau, siapakah yang akan menderita dan siapakah yang menangguk di ait yang keruh...

Ini semua gara-gara mereka mengharapkan dapat memegang tampuk  kuasa jika Umno/BN dijatuhkan sekiranya rakyaat negara ini bangkit "meniru" apa yang berlaku di negara-negara Asia Barat dan Afrika.

Ini semua hanyalah sifat tamak haloba dan keghairan untuk merampas kuasa... Pas terlupa yang tanpa disengajakan mereka telah menampakkkan siapakah diri mereka yang sebenar...

Bagi Nasrudin pula, ini bukan pertama kali beliau menongkah arus... Persoalannya sampai bila TG Nik Aziz dapat bersabar dengan tingkah-laku beliau???

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3