bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Mar 2011

Kumpul 10 Tahun Punya Saman Mana Mampu Nak Bayar???

Penulis berharap pihak polis trafik dan kerajaan dapat menguatkuasakan diskaun untuk saman-saman tertunggak ini secara berperingkat-peringkat.

 Pihak pihak polis trafik dan kerajaan sepatutnya menjalankan operasi sebegini pada setiap hujung tahun dan bukannya dikumpul sehingga 10 tahun baru nak kutip dan minta rakyaat bayar sekaligus!!!

Yelah kalau kumpul saman selama 10 tahun, jika setahun ada 5 saman, 10 tahun dah 50 wooo !!! Mana nak cekau duit??? Kalau satu RM 300, 50 saman dah RM 15 ribu!!!

Kalau kaya tu ok lah jugak.... Kalau miskin, apa yang nak digadai?

Pihak polis trafik dan kerajaan mungkin boleh memberikan peluang satu - tiga bulan untuk selesaikan saman-saman untuk tahun 2010 dan begitulah seterusnya... Supaya tidak terasa terlalu berat.

Selain ianya sebagai suatu usaha untuk mendisiplinkan pengguna-pengguna jalanraya, dapat mengumpul dana untuk negara, kerajaan juga pastinya tidak mahu kelihatan zalim terutaman PRU 13 tingal kurang dari tiga tahun sahaja lagi!!!

Jika ini dapat dilakukan barulah selogan "Rakyaat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" mencapai maksudnya.



7 comments:

  1. adakah menjadi t/jawab rakyat untuk bersusah payah cek dekat web atau h/p untuk tahu ada saman ? .
    Kenapa Pihak berkuasa gagal untuk menyampaikan saman kpd pesalah ?.
    saman ekor perlu dihentikan . kalau salah terus keluar saman . Itu lebih adil .KDN dibawah Tok Hisham kena perihatin sikit . sesia ajer kita undi dia ...

    ReplyDelete
  2. Kesian Rakyat.
    Kalau nak saman, saman la..
    Setiap tahun kutip saman...
    Tahan roadtax dulu. selesai bayar saman, baru boleh perbaharui roadtax untuk setiap TAHUN.

    Dalam kes ni....
    kerajaan tidak bijak.
    Kalau diswastakan, lagi parah rakyat.
    Al-maklum la.. Swasta tugasnya meMAKSIMUMkan UNTUNG.
    Parah... Rakyat. kalau macam ni..
    Kerajaan kena fikir seribu kali demi kepentingan rakyat.

    Kalau hendak mendidik Rakyat.. bukan dengan cara saman ekor dan anggota JPJ menyorok dalam semak seperti mencari musuh.
    Apakajadah cara ini. Ini bukan mendidik.. macam RAKYAT adalah musuh kepada anggota PDRM (kerajaan) pulak.

    FIKIR.. FIKIR la.. kerajaan ooo..
    Sebelum rakyat bosan dengan perangai JPJ dan pihak swasta yang mengutamakan keuntungan.

    ReplyDelete
  3. Jawapan yang bagus ialah, kalau dah tau tak kaya kenapa bawa kete macam pelesit, langar lampu merah, potong dilaluan berkembar.

    dia akan jawap: itu aku punya pasallah ko apa kisah.

    kalau seseorang tu boleh tak dapat 1 saman dalam satu tahun, tu makna pemandu yang berdisplin. kalau banyak tu taraf pelesit.

    ReplyDelete
  4. Kalau tak nak kena saman jangan langgar undang2. Sendiri buat sendiri tanggunglah.

    ReplyDelete
  5. Tapi setahu sy, xblh bayar rodtax selagi saman xjelas..

    ReplyDelete
  6. Anon 2 March 2011 12:52,

    Kawan dulu masa baru beli kereta... Pakai kereta proton Knight... Bawa kereta pun X lebih 115km/jam. Setakat lebih 5km/jam biasanya X kena saman.

    Tapi apabila selalu bekerja luar kawasan.... Perjalanan jauh... Balik kg dari Johor ke Kelantan.... Kereta pulak dah semakin bagus... Jalan pun cantik terutama di lebuhraya....

    Bosan bro... Tekan pedal minyak pulak masih boleh pergi lagi....

    Jangankan mereka yang bawak kereta import, ramai anggota polis bila bawa kereta sendiri, kereta wira atau waja pun X bawak 110km/jam.

    Itu belum lagi Inspira, perdana, Honda, Camry, Volvo, BM dan Mercedes...

    ReplyDelete
  7. pertama elak melakukan kesalahan.
    keduan lepas kena saman terus bayar .
    jadi lah pengguna jalan raya yang bertimbang rasa.....ada faham......melakukan kesalahan traffik suka....saman x nak bayar...poraaahhhh....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3