bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Mar 2015

Kit Siang Dakwa Tanpa Undi Cina Pemimpin2 PAS Tiada Dalam Parlimen???



Komen Isac;

PAS perlu buktikan tohmahan DAP ini tidak betul!!!

Jika PAS takut kepada ugutan DAP, sampai bila pun Hudud nak ditegakkan???


Sumber klik sini.

30 Mar 2015

Pilih Pakatan Rakyaat Melayu/Bumiputera Bakal Senasib Melayu Singapura???



Yg jelas dalam PRU 13 yang lalu bilangan undi yang diperolehi oleh Pakatan Rakyaat majoritinya datang daripada bukan Melayu/Bumiputera.

Pastinya parti yang paling dominan adalah DAP.


Jika ini berterusan tidak mustahil, gerakan yang telah dilakukan oleh Lee Kwan Yew di dalam menyisihkan orang Melayu di Singapura akan berulang.

Antara strateginya adalah;

  1. Kaum Melayu/Bumiputera dipisah2kan mengikut kaum seperti Melayu, Melayu Deli, Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Batak dll. sehingga kaum Melayu/Bumiputera kehilangan suara dan menjadi semakin kecil dan tersisih.
  2. Bawa masuk orang2 Cina dari seluruh dunia dan berikan kerakyaatan untuk menambah bilangan kaum Cina demi menguatkan kedudukan politik PAP.
  3. Merampas tanah2 kampung orang2 Melayu/Bumiputera atas nama pembangunan terutamanya di kawasan bandar untuk pembinaan rumah2 flat dan apartment.
  4. Seterusnya orang2 Melayu/Bumiputera dari kampung2 yang dirampas dipisah2kan di kawasan penempatan baru atas nama intergrasi nasional sehinggakan orang Melayu/Bumiputera tidak mempunyai kawasan Parlimen di mana mereka menjadi undi majoriti di sesebuah kawasan parlimen. Suara mereka semakin terhakis di parlimen.
  5. Menyingkirkan musuh politik tidak kira dari kalangan Melayu/Bumiputera atau kaum2 lain dan sesetengahnya dipenjara, disaman sehinga muflis dan hilang hak bertanding di pilihanraya ataupun dibuang ke negara lain.
  6. Mengamalkan pendekatan meritokrasi dalam segala bidang menjadikan Melayu/Bumiputera yang sejak di zaman penjajah telah tersisih tidak mampu bersaing dengan kaum2 lain yang lebih berpendidikan kerana tinggal di bandar2 dan mempunyai sosio ekonomi yang lebih baik.
  7. Peranan agama Islam semakin tersisih.
  8. Peranan bahasa Melayu semakin tersisih.
  9. Akhirnya Singapura yang hakikatnya merupakan tanah milik orang2 Melayu hanya tinggal sejarah.
Dan kini Singapura menjadi negara majoriti kaum Cina. Kita bukan mahu memusuhi orang2 Cina mahupun pendekatan mereka yang sememangnya hanya mementingkan survival dan ketuanan mereka. Kita cuma tidak mahu hak kita dirampas sebagaimana yang berlaku kepada Melayu Singapura. Lagipun bukan semua orang2 Cina/India yang berfikiran sebagaimana PAP/DAP yang merampas hak orang lain demi survival mereka. Malah sebahagian besar daripada mereka pun cuma termakan tipu-daya dan hasutan jahat dan tamak-haluba PAP/DAP.

Orang2 Melayu/Bumiputera masih merupakan kuasa utama di Malaysia selama mana kita bersatu, jestru belajarlah daripada sejarah.

Semoga perkara yang sama tidak berulang di Malaysia.


posted from Bloggeroid

29 Mar 2015

Lagi Pesawat Airbus A320 Kemalangan?



Dah macam ada pakatan jahat pulak....

Selepas pesawat2 Mas yang membabitkan pesawat Boeing 777 dalam kes MH370 Dan MH17, kini lepas satu2 kes yang membabitkan pesawat2 Airbus A320 pula yang mengambil tempat. Bermula dengan terhempasnya pesawat AirAsia Indonesia, German Wings dan terbaru pesawat milik Air Canada.

Adakah ianya suatu kebetulan ataupun adakah ianya sesuatu yang dirancang? Seperti perang perniagaan misalnya?


Sumber klik; http://m.www.astroawani.com/berita-dunia/pesawat-air-canada-mendarat-cemas-di-halifax-56669
posted from Bloggeroid

27 Mar 2015

Sah DAP Keluar Pakatan Rakyaat???



Itu DAP Sarawak sahaja.....

Mereka mungkin mahu menjadikan PR Negeri Sarawak sebagai medan ujian agaknya....


Jika DAP dan PKR masih boleh meningkatkan kerusi mereka tanpa sokongan PAS di Sarawak, X mustahil PAS pula bakal diterajang keluar dari Pakatan Rakyaat sebelum PRU 14 nanti....

Sumber klik sini.

Apa Dosa Rosmah Sehingga Beliau Halal DiFitnah Sesuka Hati???


Apa Salah Rosmah.....


  1. Difitnah kononnya beliau berada ditempat mayat mendiang Altantunya diletupkan terbukti fitnah kerana beliau ketika itu sedang meraikan anak2 yatim.
  2. Beliau X pernah menipu bagi pihak Najib.....sebagaimana isteri seorang pemimpin besar yang kononnya jam tangan yang hilang diambil oleh seorang wanita cina...masih berada dalam simpanan.
  3. Rosmah tidak pernah mengada2kan cerita kononnya Najib diracun arsenik.
  4. Rosmah tidak pernah mengada2kan cerita kononnya Najib bakal disuntik virus HIV.
  5. Rosmah tidak pernah mengada2kan cerita kononnya Najib bakal dibunuh.
  6. Rosmah tidak pernah bertanding apa2 jawatan dalam Umno mahupun dalam mana2 PRK dan PRU.
  7. Rosmah tidak pernah meminta jawatan untuk menjadi MB Selangor.
  8. Rosmah X pernah menjadi alabi/saksi bohong bagi pihak Najib sebagaimana isteri seorang pemimpin pembangkang tu....
  9. Yelah....isteri pemimpin pembangkang tu bertudung....patuh suruhan agama..... Tapi macamana pulak orang yang patuh agama boleh berkali2 menipu dan terlibat dengan fitnah....Tidakkah itu memberikan imej yang buruk terhadap agama Islam???


posted from Bloggeroid

26 Mar 2015

MP PKR-Batu Pahat Kena Tipu!!! Beli Telur Ayam RM6.80 Untuk10 biji???


KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyifatkan harga RM6.80 bagi sepuluh biji telur ayam adalah tidak munasabah.

Timbalan Menterinya,  Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pihaknya memerlukan bantuan agar pengguna membuat aduan kepada kementerian supaya tindakan dapat diambil.

"Saya setuju harga barang itu tidak munasabah. Contoh kalau telur, sepatutnya dalam RM3 hingga RM3.50 bukan RM6.50 dan sardin dari RM2 jadi RM5.

"Ini adalah harga yang tidak munasabah. Sebab itu, kita perlukan kerjasama Yang Berhormat untuk buat aduan. Supaya kami dapat buat penguatkuasaan kerana saya sendiri rasa harga itu tak munasabah," katanya ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan dari Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) yang mendakwa terpaksa membayar RM6.80 bagi 10 biji telur ayam ketika menemani isterinya berbelanja.

"Saya teman isteri belanja barang dapur. Dia kata harga telur ayam RM6.80 sepuluh biji. Maknanya sebiji telur 68 sen. Kemudian, beli sardin kecil yang dulunya berharga RM2.50 sekarang RM5.50 setin.

“Harga ini belum GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Umumnya harga sudah naik sebelum GST. Selain mekanisme biasa, apa mekanisme yang luar biasa yang boleh difikirkan kementerian?," ujarnya.

Sumber klik sini.


Komen Isac;


  1. Mungkin kena tipu.
  2. Mungkin juga beliau menipu.
  3. Tak pun kalau beli telur Omega/Organik...Memang lah mahal.....




posted from Bloggeroid

25 Mar 2015

Siapa Di Antara 136 Ahli Parlimen Islam Malaysia Yang Bakal Terbatal Syahadahnya???

Perjalanan dan perjuangan untuk melihat hudud dilaksanakan di negeri Kelantan sebenarnya masih  lagi panjang dan jauh. Beberapa akta dan fasal dalam Perlembagaan harus dipinda di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Dua perkara yang perlu dipinda ialah Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu.

Secara matematiknya jumlah ahli parlimen Islam yang di dalam Dewan Rakyat, berjumlah 136 orang secara keseluruhan. Walaupun untuk meminda dua akta ini hanya memerlukan sokongan “simple majority” atau 112 orang ahli parlimen bersetuju bagi membolehkan ianya diluluskan tetapi kekangngan parti, kecetekkan ilmu dan iman bakal jadi penentu.

Jumlah 112 undi untuk membolehkan perlembagaan dipinda nampak kecil tatapi bukan mudah hendak dicapai.

136 orang ahli parlimen Islam itu merangkumi :

1) Ahli parlimen UMNO –  87 orang

2) Ahli parlimen PBB – 10 orang

3) Ahli parlimen Bebas, Khalid Ibrahim – 1 orang

4) Ahl parlimen PAS – 21 orang

5) Ahli parlimen PKR – 15 orang

(tidak termasuk Anwar Ibrahim yang kini di penjara)

6) Ahli parlimen DAP – 2 orang

( Ariff Sabri, Raub dan Zairil, Bukit Bendera)

Jadi siapa ahli parlimen Islam yang berani tidak mahu mengundi hudud di parlimen?

Hakikatnya Pas terbahagi dua iaitu golongan Ulamak dan Professional yang diragui ilmu agama dan pegangan mereka. Malah mereka dilihat lebih taat kepada DAP berbanding Presiden Pas. Jestru undi dari MP Pas juga masih belum solid.

2 ahli parlimen DAP iaitu Ariff Sabri dan Zairil pula pasti akan taat kepada pucuk pimpinan DAP. Sementara itu, kesemua 15 ahli parlimen PKR juga dijangka tidak akan mengundi untuk menyokong hudud diluluskan di parlimen.

Undi MP Umno dan gabungan BN pula dilihat agak solid jika Presiden parti memberikan green light. Malah kebanyakkan MP Umno/BN dilihat menyokong hudud kecuali beberapa kerat yang dilihat agak liberal mungkin kerana faktor cetek ilmu ataupun datang daripada keluarga kahwin campur. 

Walaupun PKR sebagaimana DAP telah melahirkan hasrat tidak menyokong pembentangan Hudud di Parlimen, Anwar dilihat bernasib baik kerana tidak perlu mengundi. 

Yang pasti berani mengundi menolak Hudud, walaupun mengetahui perlaksanaan hukum tersebut adalah wajib, boleh membawa kepada terbatalnya kalimah syahadah seseorang itu dan boleh membawa kepada kufur. Waliyazubillah.

posted from Bloggeroid

24 Mar 2015

Gempar!!! Nizar Tidak Berbohong Bahawa Pas Tak Perjuangkan Hudud???



Masih ingat lagi kenyataan DS Ir Nizar yang dgn nada sambil ketawa menjawab satu pertanyaan di dalam sidang DUN Perak sekitar 2008 bahawa di manakah dalam perlembagaan Pas ada menyatakan Pas akan menegakkan Hudud? Apabila seorang Adun BN bertanyakan bilakah PR mahu menegakkan Hudud.

Nampaknya Nizar rupa2nya tidak berbohong....dan setidak2nya buat Pas Perak.


posted from Bloggeroid

Kit Siang Desak Tubuhkan Kerajaan Campuran Untuk Halang Perlaksanaan Hudud???

Belang sebenar DAP sudah semakin terserlah....

Mengapa Hudud cadangan Pas yang cuma akan mewajibkan perlaksanaannya terhadap orang Melayu dilihat sebagai suatu ancaman besar kepada survival DAP???  Beliau sebenarnya mahu menghalag Melayu/Bumiputera  daripada bersatu!!!

LKS takut  isu Hudud ini akan menjadi titik-tolak, buat orang2 Melayu/Bumiputera kembali bersatu dan jika ini berterusan segala usaha DAP selama ini yang hidup di atas api perkauman sempit dengan memainkan isu kaum Cina boleh memerintah Malaysia dikalangan orang Cina dan sebaliknya berusaha memecah-belahkan undi Melayu/bumiputera akan berakhir dengan kegagalan.

Umum tahu, apabila undi Melayu/Bumiputera terpecah, undi kaum Cina akan menjadi kuasa penentu dan di negeri2 di mana undi2 kaum Cina mewakili sekitar 20-40 peratus seperti Perak, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dll. peluang untuk DAP mendominasi negeri2 tersebut sangat cerah sehinggakan fenomena ini sekiranya berterusan maka mereka akan mampu untuk mengambil-alih pemerintahan di Putrajaya.

Ini dapat dilihat dalam trend keputusan PRU 12 dan 13 di mana, DAP telah berjaya meningkatkan bilangan kerusi Parlimen mereka dari sekitar 28 kerusi pada PRU 12 kepada 38 kerusi pada PRU 13 iaitu kenaikan 36%.

Jestru alasan dan seruan untuk mewujudkan suatu kerajaan campuran demi untuk memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia hanyalah suatu helah politik LKS.

Siapakah yang selama ini memeinkan isu2 perkauman dan menentang perlembagaan?

Siapakah yang selama ini menekan undang2 negara dan melebelnya tidak adil? Menonjolken institusi diraja sebagai pembaziran? Taraf bumiputera sebagai tidak adil???

Tidakkah menentang segala yang di atas yang juga termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia sebagai suatu pengkhiatan dan boleh membawa kepada penderhakaan???

Jadi di manakah logiknya DAP mahu mempertahankan Perlembagaan Malaysia?

Jestru cakap2 dan seruan LKS tidak lain hanyalah bertujuan mempertahankan politik sempit DAP yang mahu memecah-belahkan perpaduan orang Melayu/Bumiputera kerana mereka sedar sebagai kaum peribumi dan pengundi2 majoriti di Malaysia, kaum Melayu/Bumiputera akan terus memerintah negara ini kecuali undi mereka dapat terus dipecahkan seperti di dalam PRU 12 dan 13 yang lalu.

Adakah DAP akan berjaya memanipulasi sokongan kaum Melayu/Bumiputera agar menyokong mereka sebagaimana Lee Kuan Yew melalui PAP melakukannya pada tahun 1965 yang lalu, tepuk dada dan tanya selera pengundi2 Melayu/Bumiputera !!!

Sumber klik sini.




posted from Bloggeroid

23 Mar 2015

Pasma Ganti Pas Dalam Pakatan Rakyaat Semakin Menjadi Kenyataan???




Khabarnya kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyaat sedang menghampiri hari2 terakhirnya....


Dato Pahrolrazi pun sudah keluar dari Pas samada ini hanya kebetulan ataupun sememang strategi PASMA untuk menggantikan PAS di dalam Pakatan Rakyaat, sama-samalah kita tunggu.

Apapun pada pandangan penulis penyingkiran ini (jika berlaku) bakal membawa hikmah buat Islam di Malaysia khasnya dan Melayu/Bumiputera amnya kerana sebagai sebuah parti neutral, PAS bakal lebih bebas untuk menarik sokongan MP-MP Melayu/Islam terutamanya di dalam memperjuangkan isu Hudud dan isu2 lain yang memperjuangkan hak2 Melayu/Bumiputera.

Sumber klik sini. 

22 Mar 2015

Untuk Tegakkan Hudud Pas Perlu Keluar Pakatan Rakyaat-TG Hj Hadi ??



Mungkin itu hanya interpertasi penulis.

Tetapi jika melihatkan kepada kenyataan TG Hj Hadi yang menegaskan bahawa Pakatan Rakyaat hanyalah suatu ikatan yang longgar dan dua lagi parti komponennya yg terbesar iaitu DAP dan PKR sememangnya mempunyai satu perjanjian untuk menghalang perlaksanaan hukum Hudud, pemahaman penulis ini rasanya tak tersasar jauh.

Jestru tidak keterlaluan rasanya ada baiknya semua ahli dan penyokong2 Pas khususnya dan semua umat Islam amnya menggesa agar adalah suatu yang lebih molek buat Pas meninggalkan Pakatan Rakyaat jika benar2 mereka ikhlas mahu memartabatkatkan hukum Hudud bukan hanya setakat di Kelantan malah du Malaysia.

Sumber klik; guyhttp://www.bharian.com.my/node/42528?m=1
posted from Bloggeroid

Perlaksanaan Hudud - Melayu Akan Dilabel Pengganas???


Sejak tahun 1998 apabila gerakan Reformasi yang diasaskan untuk memperjuangkan kebebasan Anwar Ibrahim dalam kes salah guna kuasa dan Liwat 1, orang Melayu/Bumiputera akan dituduh rasis setiap kali bercakap berkaitan ketuanan Melayu, hak bumiputera waima hal berkaitan agama Islam sehinggakan perkataan Allah cuba digunakan secara bersama oleh pihak gereja dan malahan agama2 lain juga telah berani untuk menyebarkan dakyah dan menjalankan gerakan memurtad umat Islam terutamanya orang2 Melayu.

Penulis X sabar menunggu reaksi pihak2 kiasu apabila MP-MP Melayu/Islam bergabung tenaga untuk meluluskan perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan.

21 Mar 2015

Bagi PKR Hudud Hanya Berguna Untuk Melepaskan Anwar???



Kalau benar2 lah mereka ni mahukan Anwar dibicarakan menggunakan Qazaf, hukum Hudud. Mengapa X sokong perlaksanaannya di Kelantan???

Lepas tu jadikan pula Hudud hukuman tertinggi mahkamah Malaysia???

Kerana sebagaimana yang kebelakangan ini ramai mempertikaikan kerajaan BN/Umno kononnya terlalu melebihkan Melayu, dan Islam bukan hanya hak orang2 Melayu, hukum hudud juga bukan hanya wajib ke atas orang Melayu/Islam tetapi semua rakyaat Malaysia!!!

Mungkin inilah golongan yang dilabelkan oleh Al Quran, mengambil sebahagian hukum (yang memenangkan mereka) dan meninggalkan yang lain (yang berat bagi mereka).

Semoga kita dihindari daripada sifat munafik sebegini.

Guan Eng Sokong GST - Naikkan Tarif Air 16.7% Bermula 1 April ???


Cakap pusing2....Kononnya tentang GST kerana pentingkan rakyaat...

Naikkan tarif air atas alasan supaya rakyaat lebih menghargai air???

Memang sadis..... Tapi bagi Macai....mereka percaya berguling2....

Sumber klik sini.

20 Mar 2015

Melayu dan Islam Senasib - Terpinggir di Bumi Sendiri???


Kalau selama ini Melayu sahaja yang X boleh silap cakap....

Pantang silap dituduh rasis....

Baru kini TG Hj Hadi sedar bahawa bukan sekadar orang Melayu/Bumiputera yang dilayan sebagai warga  kelas kedua bahkan Islam juga sentiasa dipandang serong oleh bukan Melayu....

Sumber klik sini.

17 Mar 2015

Ni Sedang Berpakat Nak Gulingkan Najib Ke?



Owh.....perasmian LIMA rupanya...

Boss DSN pun ada sama.....


posted from Bloggeroid

Anak Bapak - Masa Tabur Fitnah dan Menghasut X Ingat???


Masa memfitnah dan menghasut X ingat anak....X ingat agama....X ingat dunia....

Dah kena tangkap...Baru nak menangis....Kononnya pihak berkuasa pulak yang jahat dan menginaya....beliau dan keluarga...


Ini bukan nya pertama kali beliau bertindak sedemikian....

Nak  kata kesilapan kerana masih mentah..... Dah matured pun anak pun dah ramai...





Buat sidang media di Indonesia kononnya kapalselam Malaysia X boleh menyelam. Apa motifnya???






posted from Bloggeroid

BN Difitnah Buat Milo Palsu??



Masak BN......asyik kena fitnah!!!


posted from Bloggeroid

16 Mar 2015

Siapa Yang Sebenarnya Menjual Roh Kepada Syaitan???


posted from Bloggeroid

Beli Jet Peribadi Baru - Kerajaan Perlu Tangani Fitnah!!!



Penulis bersetuju dengan YB KJ.

Masyarakat sekarang memang sukakan fitnah.....Pembohongan tanpa bukti....bila diucapkan berkali2 orang akahirnya akan mempercayainya.

Jestru jurucakap kerajaan, pemimpin2 parti dan juga blogger/Facebooker perlulah mengambil tanggung-jawab untuk menyampaikan perkara yang sebenar.

posted from Bloggeroid

15 Mar 2015

Rafizi Kata Kerajaan X Adil dan Zalim?



Mungkin kerana kerajaan BN taja Melayu macam dia yang akhirnya menjadi pengkhianat negara???

posted from Bloggeroid

13 Mar 2015

Nurul Izzah Bakal Menemani Anwar di Penjara???



Bagus juga....

Boleh tolong buat umpan nyamuk....Atau tolong pukul kan nyamuk...

Sumber klik sini.

12 Mar 2015

Hakim Jual Diri Kepada Syaitan!!! Anwar Jual Diri Pada Siapa???

Habis yang asyik menipu ni....Jual diri pada siapa pulak???


Depan orang ramai...Mcm dah teruk sangat....



Orang X nampak elok aje berjoget pun boleh .....



Sumber klik sini.

11 Mar 2015

GST Terhadap Pengeluaran Wang di MEPS - Kerajaan Perlu Lebih Bijak???

Baru2 ini selepas Kerajaan membuat penegasan bahawa pembelian petrol/diesel di pam-pam minyak dikecualikan daripada GST, viral pula isu yang kononnya pengeluaran wang gaji juga bakal dikenakan GST.

Samada ianya adalah propaganda yang sengaja dimainkan oleh Pakatan Rakyaat demi kepentingan/kelangsungan politik mereka ataupun hanya oleh segelintir rakyaat yang ambil peduli itu soal lain. Yang pasti sebagai kerajaan yang memerintah kerajaan BN perlulah menangani isu ini dengan sebaik mungkin. Perkara2 terlepas pandang sebegini perlu ditangani dan diperhalusi agar tidak timbul rasa ketidak-selesaan di kalangan rakyaat yang akhirnya boleh mengakibatkan ketidak-puashatian sehingga memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyaat dalam PRU 14 nanti.

Berikut adalah diantara komen2 yang bertebaran di dalam media baru dan melalui gadget2 elektronik yang boleh membawa implikasi besar.


Sentara itu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad dikatakan berkata, GST yang akan dikenakan kepada transaksi ATM jika wang dikeluarkan melalui MEPS ialah enam peratus daripada kadar caj yang dikenakan MEPS, dan bukan berdasarkan jumlah pengeluaran wang.

"Perkhidmatan yang mengenakan fi atau yuran memang tertakluk kepada GST, contohnya seperti perkhidmatan MEPS.

"Tetapi, kalau pengeluaran wang di ATM bank sendiri tiada apa-apa caj GST," katanya kepada Sinar Harian.

Kadar caj semasa yang dikenakan MEPS kini adalah RM1 bagi setiap transaksi ATM antara bank-bank tempatan.

MEPS dalam laman webnya memaklumkan bermula 1 April 2015, pemegang kad bank tempatan akan dikenakan caj RM1.06, termasuk enam peratus GST bagi setiap transaksi.

Caj berbeza yang dikenakan kepada bank luar negara turut akan dikenakan GST.

Gambar yang dishare tu mungkin betul... Tapi ayat yang ditulis itu salah sama sekali...
Kalau tuan pakai kad maybank... Keluarkan duit kat atm maybank, takdenya dicaj 6%...
Kalau guna kad maybank cucuk kat cimb... Di situ terdapat caj MEPS RM1 bagi setiap pengeluaran... & di sini datangnya CAJ GST... 6% dari caj perkhidmatan pihak MEPS iaitu RM1+6%GST= RM1.06 bukannya 6%. Jika keluarkan duit RM1000. So kat statement akan keluar Rm1001.06.
Bukannya RM1000+6%=Rm1060.

.... 6% dari caj perkhidmatan pihak MEPS iaitu RM1+6%GST= RM1.06 bukannya 6% dari jumlah pengeluaran kita.....

Bagaimana pula charge RM 10.00 untuk servis kad ATM setahun? Juga dikenakan GST 6%??? Jadinya pemilik2 akaun bank akan dikenakan charge RM 10.60 berbanding RM 10.00 kadar semasa???

Persoalan penulis, di antara sebab mengapa Kerajaan berubah daripada SST kepada GST adalah untuk mengelakkan ketirisan dalam permbayaran cukai perniagaan oleh para syarikat dan peniaga juga untuk mempastikan pengamal "black ekonomi" juga tidak dapat lepas daripada membayar cukai. Malah selain daripada GST bakal memberikan hasil kutipan yang lebih tinggi berbanding SST, selogan yang biasa kita dengar SST yang mengenakan charge 15% berbanding GST 6% bakal menjadikan ianya lebih baik buat rakyaat bawahan secara keseluruhan. Satu lagi persoalan mengapa semasa 
penggunaan SST (15%) servis2 ini tidak dikenakan cukai sebaliknya ketika penggunaan GST (6%) pengguna2 perlu membayar??? Alternatif lain, pihak kerajaan boleh mengarahkan pihak bank untuk menyerap kos GST di dalam charge RM 1.00 yang mereka ambil.

Perlu diingat walaupun charge MEPS ini mungkin boleh dielakkan sekiranya penyimpan2 hanya mengeluarkan wang mereka di bank2 di mana mereka mempunyai akaun, jestru pulangan/kutipan cukai kepada kerajaan juga sebenarnya rendah, mengapa kerajaan mengambil resiko untuk memburukkan imej sendiri yang bakal dijadikan modal buat Pakatan Rakyaat memanaskan sentimen menaikkan kemarahan rakyaat??? Jika GST pembelian petrol/diesel di pam boleh dikecualikan mengapa tidak GST di MEPS???

Pakatan Rakyaat akan mempropagandakan bahawa kerajaan BN sebagai penghisap darah rakyaat. Apa tidaknya kerana kebanyakkan pengguna2 ATM adalah golongan menengah dan bawahan yang mengeluarkan gaji bulanan mereka sementara orang2 kaya pula mempunyai alternatif lain seperti menggunakan pengeluran secara tunai, TT, cek dan kad kredit.

Jestru penulis ingin mencadangkan agar dapat kiranya pihak kerajaan mempertimbangkan untuk memansuhkan GST pengeluaran wang di MEPS dan juga terhadap charge RM 10.00 setahun kepada pemilik2 akaun yang menggunakan khidmat ATM.

Malah seiring dengan kemajuan teknologi hijau/pembangunan lestari/sustainable development, ada baiknya jika GST juga tidak dikenakan terhadap penggunaan perkhidmatan pembayaran melalui sistem dalam talian/online banking kerana ianya menyumbang kepada pengurangan pencemaran kerana pembakaran minyak kereta/motorsikal dapat dikurangkan.



posted from Bloggeroid

10 Mar 2015

MP PAkatan Rakyaat Sokong Anwar Atau LGBT???



Perlu hati2 kerana Anwar pun X menafikan jenayah liwat telah berlaku. Beliau X mengemukakan alabi....Mengelak dari disoal-balas. Juga gagal membuktikan air mani pertuduhan kes bukan miliknya dan bagaimana ianya boleh didapati di dalam tubuh Saiful.

Malah 2 ketua peguambela hanya mempertikaikan liwat berlaku secara suka sama suka.

Jadi menyokong Anwar mempunyai implikasi yang besar, kerana sokonga terhadap beliau yang dilihat tidak bersungguh di dalam mempertahankan diri selain dilihat seperti sengaja melewat2 kan proceses perbicaraan dengan 70 kali penangguhan boleh mengundang perasangka bahawa ahli parlimen PR memang menyokong kegiatan LGBT!!!

posted from Bloggeroid

9 Mar 2015

Alangkah Bagus Jika UMNO dan PAS Pun Juga Boleh Berdamai???



Cerita Datuk Dr Maza dan Datuk Ustaz Kazim klik sini.

Umat Islam adalah bersaudara....

Wajib bersatu....Itu apa yang dituntut oleh syariat dan ditekankan di dalam Al Quran....

Jika kita sanggup memutuskan silaturahim....Janganlah pula berbohong kononnya kita mahu menegakkan Hudud...

Jika 2 kali Pas pernah berada di dalam UMNO mahupun dalam Perikatan/BN, mengapa pula tak boleh hendak dicuba buat kali ketiga???

Demi agama, bangsa dan tanahair!!!

8 Mar 2015

Gempar!! Wayang Mata Lebam dan Racun Arsenik Akan Di Recycle???




Datuk Zulkifli yang pernah terlibat melakukan propaganda dan fitnah2 terhadap Kerajaan BN sekitar tahun 1998 rentitan kes Liwat 1 sudah membuka pekung...bagaimana PKR mensesasi dan melakukan propaganda mereka...

Janganlah rakyaat tertipu lagi buat kali kedua...

Pihak yang berwajib juga janganlah bersengkokol dengan anasir2 PR....




7 Mar 2015

Saman Tony Pua - Hanya Saman Berpilih???



Penulis setuju beliau disaman...

Tetapi sewajarnya PM DSN juga wajar menyaman pemfitnah2 yang lain..

Seperti 40 ribu pengundi2 hantu, cincin RM 10juta, Najib terlibat bunuh Alantunya, Blackout 505, fitnah Liwat 2 dll.

Najib perlu bersihkan imej kerajaan!!!

posted from Bloggeroid

6 Mar 2015

Guan Eng Tunjuk Belang!!! - Gerakan Bebaskan Anwar X Mendapar Restu Kerjaan Penang???



Kalau ditanya...Mesti X mengaku...

Tapi itulah gambarannya....

Anwar semakin keseorangan di Penjara Sungai Buloh!!!

Sumber klik sini.

4 Mar 2015

Keselamatan Anwar di Penjara Sungai Buloh Tidak Terjamin???


Nurul Izah kata.....Banyak nyamuk..... Orang sehebat Anwar X mampu melawan nyamuk..... Ye lah...Firaun Namrud pun kalah dengan nyamuk....

Bagaimana pula dengan kemungkinan menjadi mangsa liwat di penjara???

Sudah menjadi "rahasia umum" banduan2 berkolar putih selalunya akan menjadi "habuan seks" buat sebahagian penghuni2 penjara yang lain....

Tidak pulak Nurul Izzah berkata apa2 berkaitan "keselamatan" bapanya tu ya???


3 Mar 2015

Wow!!! Azmin The Next Prime Minister???

Wah...Bergaya sungguh....Kereta pun tanpa no plat....Dah macam kereta DYMM Sultan2 dan PM aje....






Biasanya kereta ketua2 kerajaan negeri di Semenanjung masih menggunakan nombor plat...

Malah kereta2 MB Kedah, Kelantan dan Guan Eng juga masih menggunakan no plat.


Kereta MB Kedah;




Kereta MB Kelantan;





Kereta KM Penang; 




Kereta PM DS Najib yang lama.



DS Najib mengambil kereta baru (Model Honda/Proton-Perdana).



Nampaknya DS Anwar bakal kempunan nak jadi PM....

posted from Bloggeroid

1 Mar 2015

Adakah Nurul Ilham Ingat Lagi Bahawa Papa dan Mamanya Menipu Pada 1998???


Papanya berlakon kononnya X boleh berjalan...sakit belakang...di hadapan khalayak ramai sehingga perlu dipapah untuk berdiri/berjalan.....




Mamanya pula.....Berbohong kononnya Anwar diracun menggunakan racun arsenik.....dan bakal pula disuntik dengan virus HIV.....


Kini Anwar mempergunakan anak2 nya yang lain pula selepas Nurul Izzah untuk meraih simpati rakyaat???

Nampaknya Anwar ni tidaklah sehebat mana rupanya....

Dalam mahkamah beliau X nak pula buktikan bahawa beliau X bersalah....

Menghadapi soalan2 balas pendakwaraya pun X berani....

Alabi pun X dipanggilnya....

Asyik2 cuma kata konspirasi2.....

Anehnya air mani 4 inci dalam b****t Saiful tu siapa yang punya???

Itu antara persoalan yang tidak berjaya disangkal oleh Anwar mahupun berbelas2 peguambelianya....

Jestru mengapa pihak lain pula yang mahu dipersalahkan apabila Anwar tidak bersungguh2 mempertahankan diri di mahkamah???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3