bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Testimonial 7 naga - Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramu...

29 Sep 2015

Anwar Bakal "Dikorbankan" Untuk Buka Jalan Buat Pakatan Harapan Ke Putrajaya???



Yang rakyaat tak tahu, walaupun telah dan sedang mendapat rawatan daripada 17 orang doktor pakar daripada hospital2 tempatan dakwa Nurul Izzah, ianya belum cukup untuk merawat Anwar??? Sumber klik sini.

Nurul Izzah kini pergi ke AS untuk memohon bantuan agar AS mengenakan tekanan terhadap kerajaan Malaysia klik sini.

Dunia pernah melihat bagaimana Anwar memprovok dan memanipulasi agar beliau dipukul di dalam tahanan agar rakyaat bersimpati terhadapnya sekitar tahun 1998. Menunjukkan seolah-oleh beliau adalah mangsa.

Mata lebam, pakai kolar pendakap tengkuk dan berpura2 lemah dan sehingga perlu dipapah ketika berjalan dikhalayak....

Isterinya pula menipu kononnya beliau telah diracun menggunakan racun arsenik ketika di dalam tahanan...dan bakal disuntik dengan virus HIV.....

Tidak dinafikan bahawa manipulasi sememangnya kepakaran Anwar.....

Sejak dari zaman pelajar lagi beliau telah terlibat dalam demonstrasi Baling, beberapa siri demonstrasi lain....menjatuhkan pemimpin2 dan rakan2 sekutu ketika di dalam BN, beberapa siri demonstrasi reformasi 1998/1999.....demonstrasi Bersih 1, 2, 3 & 4, Blackout 505, 40 ribu pengundi2 hantu dll.

Apa akan jadi sekiranya sesuatu terjadi kepada Anwar ketika beliau di dalam penjara sekali lagi???

Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap mendiang Teoh Beng Hock, walaupun beliau merupakan saksi terhadap penyelewangan yang mungkin telah berlaku, kematiannya pula menguntungkan pihak yang sedang disiasat tetapi Kerajaan dan SPRM pula yang dilabel sebagai "pembunuh" dan dilayan sebagai pesalah.

Jestru, saranan penulis, pihak Kerajaan dan pihak berkuasa perlulah memberikan kawalan yang ketat terhadap Anwar kerana jika berlaku sesuatu atau sebarang kejadian yang tidak diingini ke atas beliau kerajaan dan pihak berkuasa pasti akan dipersalahkan dan bakal digunakan untuk memancing/meraih simpati/undi rakyaat sehingga membolehkan Pakatan Harapan merampas Putrajaya.

Mereka langsung tidak mempuntai kedibiliti dan kekuatan untuk memenangi PRU tetapi sebaliknya hanya menggunakan situasi dan mencari salah BN dalam usaha menonjolkan diri mereka, meraih simpati dan undi rakyaat, ini kah kerajaan yang kita inginkan???

Tepuk dada, tanya selera......Jangalah sampai kita terlalu diperbudak dan diperbodohkan....

27 Sep 2015

Kalau PR Ada RM 2.6 Billion - Lebih Banyak Kerosakan Dapat Dilakukan???



Itu lah agaknya yang akan mereka buat...

Selagi negara ini X mereka kuasai selagi itu lah sakit hati....

Sejak 16 September 2008 lagi mereka dah buat perancangan dan berbagai fitnah kononnya dapat "membeli" 40 wakil rakyaat BN untuk membolehkan PR membentuk kerajaan di peringkat pusat.

Berapa banyak Himpunan Bersih yang ditaja oleh NGO2 milik yahudi yang sudah mereka usahakan...

"Bantah PPSMI", "Occupy Dataran", "Bantah Kilang Lynas" dll.

Dakwaan BN gunakan 40 ribu pengundi2 Bangla dalam PRU 13, demonstrasi 505 kononnya berlaku blackout dan penyelewangan peti undi semasa PRU 13.

Membawa isu Mara, IMDB, Kapal selam, Alantunya dll....

Sesetengah kes dibawa sehingga ke luar negara demi untuk merosakkan imej negara.


25 Sep 2015

Kerja Cari Salah Pemimpin Umno Bala Besar Yang Bakal Melanda X Nampak?


Akhir2 ini Tok Mat Maslan antara pemimpin yg teruk "diserang".....

Setiap katanya akan disanggah... Kalau beliau X kata pun.... akan difitnah!!!
Contoh kenyataan yang kat atas tu....

Kalau ya pun beliau ada mengatakan sebegitu.... (tersilap cakap)  Niatnya baik... Menceritakan pasal kos segelas air.... Yang harganya melambung2....apabila siap utk dihidang.  Jika penjual X mahu menurunkan harga,  penguna2 ada alasan untuk membuatnya sendiri dirumah

Susu pekat ataupun krimer pun menggunakan gula.....

Jika 👆👆👆hanyalah fitnah? X pasal2 yg menyebarkannya mendapat  dosa yg lebih berat...

Hakikatnya bahan utama susu isian pekat dan krimer pekat manis adalah gula pasir (tebu yg diproses) dan lemak minyak kelapa sawit,  dua bahan yang jika diambil berlebihan tidak bagus utk kesihatan.

Jestru kenapa perkara kecil pun kita nak jadikan isu???

Dalam masa yg sama kita X kisahpun DAP menjual lot yg diperuntukan untuk membina Masjid di Bayan Mutiara.

Kawasan tapak yang dikhaskan untuk dibina rumah murah pun,  kerajaan negeri Penang dah jual.  Kata nak membela rakyaat???  Adakah ini sebenarnya taktik untuk menghalau orang Melayu keluar  dari Pulau Pinang?

Kita juga X kisah... apabila bekas pemimpin2 PAS yanh mempermainkan hukum Islam apabila masih tingal serumah dengan isteri2 mereka walaupun terang2an  melangar sumpah baiah cerai taklik talak tiga???

Apa yang nak jadi dengan masyarakat Islam Malaysia hanya mempersoalkan bab ranting dan tidak mengindahkan pasal survival agama dan bagsa malah juga hukum agama?

Parti Amanah Salahkan Pas Punca Pakatan Rakyaat Berpecah, Mahukan Sumpah Baiah Baru???


Owh... Mereka yang melanggar sumpah baiah cerai taklik jika khianat....Pas pula yang nak disalahkan???

Jadi jika Pas bersetuju untuk bernaung di bawah Pakatan Harapan Rakyaat, pemimpin2 Pas perlu berbaiah cerai taklik jika tinggalkan PHR???

Bunyinya bukan macam harapan rakyaat....

Dah macam "Parti Haprak Rakyaat" aje....

23 Sep 2015

Masih Sekatil dengan Pengkhianat, Adakah Masih Ada Maruah Buat Pas?



Masih lagi dalam kerajaan negeri  Selangor dan masih lagi dalam Pakatan Rakyaat atas alasan Tahaluf Siyasi dengn PKR masih utuh....

Walaupun PKR masih bersama dengan DAP..... Walaupun PKR dah menerima MP lompat PAS,  Kamarudin Jaafar.

Walaupun PKR juga menerima Parti Amanah yg dianggotai oleh bekas MP/ADUN PAS yang melanggar baiah cerai taklik,  jatuh talah 3 buat isteri jika meninggalkan PAS.

Jestru blia PAS mengatakan dia masih sekutu PKR yang jelas juga sebenarnya telah khianat,  masih ada lagi kah maruah PAS untuk diperjuangkan?

22 Sep 2015

Parti Politik di Malaysia Hanya Indah Khabar Pada Nama???

Satu hari beberapa buah parti di Malaysia  membuka gerai pameran di sebuah bandar bertujuan utk mendaftarkan pengundi2 baru disamping merekrut ahli parti.  Seorang telah pemuda disapa oleh wakil2 parti tersebut;              

Wakil Parti Keadilan Rakyaat; "Sertailah parti kami,  kami perjuangkan keadilan".   
Pemuda; "Supaya satu keluarga dan kroni boleh monopoli semua jawatan siapa menentang akan disingkirkan?" .        

Wakil Pas;  "Jadilah ahli Parti Islam Se Malaysia ,  kita  perjuangkan hukum hudud".           Pemuda; "Tetapi mengapa boleh berpakat dengan mereka yang terang2an  menentang Hudud?".    
                     
Wakil DAP,  Parti Tindakan Demokratik; "Parti kami perjuangkan demokrasi".          
Pemuda; "Demokrasi apa jika jawatan2 penting dimonopoli oleh 2 keluarga dan siapa menentang tidak boleh mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti?". 

Wakil Parti Amanah Negara, "Kami perkuangkan Amanah, Progresif, Peduli".
Pemuda; "Apa lagi amanah yang tinggal jika baiah cerai taklik talak tiga pun sanggup dilanggar? Khianat dengan sumpah dengan Allah!!!"

Wakil Umno, "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu; Kami perjuangkan agama, bangsa dan negara.  Alif, ba ta".  
Pemuda; "Tetapi mengapa setelah 58 tahun merdeka,  walaupun Walau pun, PM Melayu, TPM Melayu, Menteri MITC, Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Ketua Hakim Negara, Peguam negara, Panglima ATM Melayu, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah SPRM, Pengerusi MARA adalah Melayu....Mengapa Melayu/Bumiputera cuma kuasai 20% ekonomi negara, masih ketinggalan dalam segenap segi dan agama Islam terus2an dihina?"


Wakil Umno, "Kalau diambil tindakan terhadap golongan ini nanti akan, kerajaan dilabel sebagai X demokratik....Kalau kerajaan atau orang Melayu/Buiputera bertindak balas pula mereka akan dikatakan sebagai rasis...Bila mereka yang buat...kononnya atas dasar kebebasan hak bersuara...atas nama kebenaran...transperensi dll...malah ini diburukkan lagi dengan adanya sesetengah orang Melayu sendiri yang menyokong mereka.

Sejarah orang Cina dan orang India telah menjangkau lebih 5 ribu tahun, sememangnya agak sukar untuk bertanding dengan mereka kerana orang2 Melayu baru 58 tahun mendapat kemerdekaan selepas 456 tahun dijajah dan dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan yang baik, peluang melibatkan diri dalam bidang perniagaan, hubungan luar negara dll. 

Bayangkan dengan kerajaan yang diterajui oleh orang Melayu/bumiputera yang memberikan banyak peluang dan ruang kepada orang Melayu/bumiputera dalam segenap hal pun kita masih tertinggal dalam serba-serbi berbanding kaum lain, apa yang akan berlaku sekiranya teraju negara ini didokong oleh DAP??? Apa lagi yang bakal tinggal???"

21 Sep 2015

Siapa Yang Memulakan Isu Perkauman Bersih 4.0 Atau Himpunan Melayu???

Itulah nasib Melayu...Walau pun, PM Melayu, TPM Melayu, Menteri MITC, Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Ketua Hakim Negara, Peguam negara, Panglima ATM Melayu, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah SPRM, Pengerusi MARA adalah Melayu....Tapi "orang lain" boleh sewenang2....menghina dan menginjak2 maruah dan kesabaran Melayu....

Kalau diambil tindakan nanti dikata X demokratik....

Kalau kita bertindak balas dikata rasis...Bila mereka buat...kononnya atas dasar kebebasan hak bersuara...atas nama kebenaran...transperensi dll...








20 Sep 2015

Mengapa Seorang Bankrap Menjadi Ayam Sabung Tun M???



Khabarnya dia seorang bankrap.  Rujuk "Free Malaysian Today" 

Jestru adakah kerana dia akan lebih mudah disuruh2 kerana ""he got nothing to loose?" 

dan jika berjaya,  hutang akan diselesaikan??? 

Khabarnya beliau ada kaitan dengan buku  "50 Dalil Mengapa Anwar X Boleh jadi PM". 

Jika benar sekali ianya akan dikaitkan dengan Tun M. 

Adakah ini semuanya suatu kebetulan? 

19 Sep 2015

Walaupun Main Wayang Tamil Mahasiswa Pro Pembangkang Tetap Kalah Besar!!!

Mahasiswa pun dia orang ni nak kencing gunakan "trick" yang sama berkali2!!!

Sumber klik sini

Artikel berkaitan sebelum ini klik sini.

18 Sep 2015

Nama Sahaja Parti Amanah Rakyaat - Tapi Berasaskan Khianat???


Anehnya.... ramai Tok-Tok Lebai yang berbondong-bondong memasuki "Parti Amanah Rakyaat"  walaupun jelas parti ini dipimpin oleh pemimpin2  yg tidak amanah. 

Hanya "amanah"  pada nama??? 

17 Sep 2015

Bersumpah/Baiah Pun Boleh Dilanggar... Apa Lagi Amanah Yang Tinggal???


Kalau sekadar bersumpah X mahu buat sesuatu tetapi buat juga....Boleh lah ditebus sekadar dengan membayar kifarah...

Ini sanggup berbaiah/sumpah akan cerai isteri secara taklik, gugur talak 3 dengan nama Allah sekiranya tinggalkan PAS.... Mana boleh boleh tarik balik???

Lepas tu boleh buat bodoh macam diri X bersalah.....

Nak menipu Allah ke???

Apa lagi sifat amanah yang tinggal dalam diri???

Kalau Allah pun berani ditipu, jangan kata amanah rakyaat akan dijaga dengan baik???

Astargfirullah....


Taat betul dengan DAP!!!

16 Sep 2015

Nik Abduh Tidak Sertai Perhimpunan Baju Merah???


https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1236999932993008
[16/09 21:45]  

Katanya Nik Abduh dlm flight balik dari Penang ke KB,  baliK dari program di Pdg Merbuk Kedah.  Ada kawan yg hadir perhimpunan baju merah tadia kata ada announcement  di Pdg Merbuk di KL tadi kata Nik Abduh ada di sana... Salah padang rupanya... 😅

Himpunan Rakyaat Bersatu Berjaya Menarik Sokongan Pas???


Kehadirian beberapa pemimpin dan ahli2  Pas memberikan sedikit sinaran  bahawa Melayu/Bumiputera yang merupakan tunjang negara ini boleh bersatu!!!

Semoga harapan penyatuan ini akan berlaku juga satu hari nanti!!!

Maaf!!!

Pembetulan kerana salah Informasi!!!

Foto Nik Abduh👆👆👆 atas tu sebenarnya semasa membantah GST.

Sumber klik bawah;

https://www.google.com/search?q=nik+abduh+himpunan+bantah+gst&hl=en-GB&source=android-browser&biw=360&bih=315&prmd=niv&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0CAcQ_AUoAmoVChMIst6vy9L7xwIVA0mOCh0cwQdo#imgrc=-_df22pOEVreOM%3A

Himpunan Baju Merah X Seramai Bersih 4.0 ?

Wayang Tamil Meraih Simpati Pilihanraya Kampus Oleh Mahasiswa Pro PR Kini Kembali???

Kenapa penulis tanya??? 

Sebab selama ini pun... setiap pilihanraya  kampus akan ada sahaja dakwaan daripada calon2 pemimpin Pro M yang mewakili PR akan berlakun kononnya diugut bunuh.... dipukul kononnya diculik dan bermacam2 lagi dakwaan...  Rupanya semunya palsu!!! 

X percaya kita soroti pemilihan yg lepas2...

klik bawah;

http://www.penaminang.com/2014/09/inilah-kualiti-pemimpin-pelajar-pro-m.html?m=1

http://keris7lok.blogspot.my/2012/09/pengerusi-promenipu-um-dipukul-calon.html?m=1

http://www.penaminang.com/2013/11/bila-presiden-persatuan-mahasiswa-islam.html?m=1

http://www.penaminang.com/2013/11/gelagat-abang-abang-senior-pro-m-yang.html?m=1

http://gerakan13.blogspot.my/2012/09/sandiwara-pro-mahasiswa.html?m=1


15 Sep 2015

DS Najib dan Ds Rosmah Bercuti Sambut 16 Sept di London???




 Fitnah... fitnah....  fitnah....

Sedang DS berada dengan rakyaat di Sarawak dan esok akan meraikan 16 September  dengan rakyaat Sabah.


Guan Eng Sengaja Biarkan Penang Banjir Sebab Nak Tunjuk Kepada Rakyaat Johor Penang Banyak Air?


Kononnya datang Johor sebab simpati dengan rakyaat Johor yang mengalami masalah kekurangan air....

Bagi diskaun tong/tempayan plastik bagai....

Mass Selangor ada masalah air....Kerajaan federal jugak yang kena bantu...

Hutang syarikat air Penang, kerajaan federal jugak yang kena bantu...

Pandai betul main politik...

Yang ironinya...bila kampung Melayu dilanda ribut kerajaan federal yang kena bantu.....dia lepas tangan. Klik sini.

Cadangan Buat DS Najib, Tempayan Air Buat Rakyaat Johor dan Royalti Kepada Kerajaan Kelantan!!!


Mengapa DS PM biarkan Guan Eng menggunakan kempen murah dengan memberikan diskaun tong/tempayan air buat rakyaat Johor???

Penulis rasa dengan sentimen akar-umbi di Johor yang agak kurang baik dengan pemecatan TS Muhyiddin dan keadaan kekurangan air yang meruncing....Daripada dibiarkan Guan Eng yang terus-terusan mendapat populariti murah ada baiknya jika baki dana RM 2.6 billion dapat DS Najib gunakan untuk membantu rakyaat Johor dalam membeli tong/tempayan air. Walaupun mungkin harganya tidak seberapa, setidak2nya....mereka akan kisah kerana pemimpin tertinggi negera juga bersimpati dengan nasib mereka.

Selain daripada itu penulis mahu mencadangkan agar DS Najib dapat mempertimbangkan untuk memberikan royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan untuk ditadbir-urus berbanding memberikannya terus kepada rakyaat negeri Kelantan melalui wang ikhsan sebelum ini.

Selain hubungan yang semakin baik di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri, pada pandangan penulis  ini lah masanya hubungan baik dan salah-faham sesetengah rakyaat Kelantan terhadap kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno dapat diperbaiki.

Selama ini pun kerajaan pusat begitu konsisten dengan dasarnya membantu negeri dan rakyaat Kelantan melalui bantuan pentadbiran pada setiap tahun, terbaru sambungan Lebuhraya Pantai Timur sehingga ke Kota Bahru, pembinaan pusat pentadbiran jabatan2 kerajaan persekutuan yang baru di Tunjong dekat Wakaf Che Yeh yang antaranya termasuk pembinaan kompleks mahkamah, terminal makanan negara, jabatan-jabatan persekutuan yang baru, dan pelbagai lagi pejabat yang akan dibina oleh kerajaan pusat bagi merancakkan ekonomi negeri Kelantan ini. Pembinaan jambatan Yahya Petra II yang baru siap, pembesaran lapangan terbang Pengkalan Chepa, Jambatan Tok Bali, Terminal Pendaratan Ikan dan tembok penahan Tok Bali, Universiti Malaysia Kelantan, membangunkan rumah2 murah untuk rakyaat Kelantan, membantu RM 700 juta untuk menaik-taraf sistem talian paip air dll.

Antara posting2 penulis yang berkaitanboleh klik sini, sini, sini, sini, sini, sini dan sini.

Pada pandangan penulis  masalahnya cuma kerana pendekatan kerajaan pusat/Umno yang sering disalah-tangap oleh rakyaat Kelantan mungkin kerana kerajaan negeri terdahulu yang begitu memandang serong hubungan Pusat/Negeri.

Malah jika diperhatikan, sebenarnya anak negeri Kelantanlah yang paling ramai menjawat jawatan2 di sektor awam dan juga GLC2 milik kerajaan, jestru melebelkan kerajaan pusat menganaktirikan rakyaat dan negeri Kelantan hanyalah suatu persepsi salah dan perlukan penilaian semula yang lebih adil.

Penulis percaya jika pendekatanya betul digunakan dan penerangan yang sesuai diberikan hubungan pusat dengan kerajaan negeri serta rakyaat Kelantan akan dapat diperbaiki dan diperbetulkan. Dengan kekuatan DAP semakin meningkat hari demi hari, percayalah...bahawa kerajaan pusat pimpinan Umno perlukan setiap sokongan yang mereka perlukan demi untuk menyekat DAP dari menuju ke Putrajaya.

14 Sep 2015

Penghijrahan Pemimpin2 Pas Kedalam PKR dan PAM Sebenarnya Suatu Rahmat???

Berbandung2....yang masuk Parti Amanah Negara dan X kurang pula yang berpindah kepada parti PKR.

Pada pandangan penulis...X payah lah Nik Abduh ataupun pemimpin2 tertinggi Pas nak rasa terkilan....

Sepatutnya buat kenduri kesyukuran sebab, musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan selama ini telah mejelmakan diri dan dapat dikenali. Perkara ini lebih kerana serigala berbulu ayam2 ini sudah tiada lagi di dalam parti dan X boleh lagi nak merosakkan parti dari dalam.

Bagi penulis buat apa mahu disedihkan pemergian mereka yang sanggup menipu demi matlamat peribadi. Bayangkan sudah baiah cerai taklik talak tiga pun mahu bermain "taichi". Siapalah yang mereka ni nak tipu agaknya.....

Juga buat apa meratapi rakan parti komponen yang menghantar musuh dalam selimut???

Semoga Pas kini kenali siapa sebenarnya lawan dan kawan dan dapat bersama2 Umno untuk menguatkan ukhwah perpaduan Melayu/Islam.

Sumber klik sini. 

13 Sep 2015

Foto2 Himpunan Baju Merah Sudah Bermula - Palsu???




KENYATAAN KETUA POLIS KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur, 13 Sept. 2015 - Berikutan sebaran berita dan gambar di laman media sosial berkaitan sekumpulan mat rempit berbaju merah sedang berkumpul dan berkeliaran dari Jalan Chow Kit kemudian ke Pavilion dan kawasan Bukit Bintang, Polis Kuala Lumpur ingin menegaskan dan menafikan kesahihan berita dan gambar tersebut. Berita dan gambar-gambar tersebut adalah tidak benar sama sekali dan Polis Kuala Lumpur mendapati tiada kumpulan berbaju merah berkumpul atau berkeliaran di bandaraya ini. Tiada sebarang penutupan jalan disekitar Kuala Lumpur terutamanya jalan-jalan yang menuju ke Plaza Low Yat.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan pengesahan daripada mana-mana balai polis berhampiran, dan tidak mempercayai atau terpengaruh dengan penyebaran gambar dan berita yang tidak berasas tersebut. Tindakan tegas akan diambil mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan ke atas mana-mana inidividu yang dipercayai menyebarkan maklumat yang berunsurkan hasutan dan menakut-nakutkan orang ramai.
Polis Kuala Lumpur akan sentiasa memastikan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur akan terus terjamin. Setiap maklumat dan informasi yang diterima perlulah disahkan serta diperoleh daripada sumber yang benar atau pihak berkuasa.

YDH CP Dato' Tajudin bin Md. Isa
Ketua Polis Kuala Lumpur.

Bersih 4.0 Ditaja Gorge Soros RM 2.4 Juta, Tapi Himpunan Baju Merah Pula Dihina???


Banyak tu RM 2.4 juta.  Jangan kata semuanya seketeriat yang kelepet. 

Memandangkan Bersih 4.0 dihadiri oleh 90% kaum Cina yanh termakan hasutan DAP untuk jatuhkan kerajaan pimpinan Melayu/Islam,  penulis boleh faham jika mereka ini tidak dibayar.  Tapi bagaimana pula dengan 10% keturunan Melayu,  jangam kata mereka ini kena tipu sahaja???  Umpama rakyaat Turki yang ditipu untuk menjatuhkan pemerintahan Sultan Abd Hamid 2, dari Empayar Otthamaniah  demi untuk menabalkan Mustafa Kamal Antartuk sebagai pemerintah pilihan barat? 

Akhirnya negara2  Islam berpecah-belah,  menjadi lemah dan mudah dijajah??? 

Sejarah sedang berulang dan kita sedang membantu pengwujudan negara Singapura 2, mahu menggadai Malaysia untuk dijadikan negata diperitah kaum majoriti Cina yang akan meminoriti dan meminggirkan orang Melayu dalam jangka masa panjang? 

12 Sep 2015

Penyingkiran PAS Memberi Peluang Untuk Mengenali Kader2 Anwar Yang Selama Ini Menyusup???



Menyusup masuk dalam organisasi2 kerajaan, dalam parti2 politik dalam NGO2 dll.

Jika dahulu ianya cuma khabar2 angin, sekarang ianya telah terang lagi bersuluh kader2 yang menyusup demi menjayakan agenda Anwar Ibrahim. Kumpulan yang cukup sinonim dengan gelaran Anwarinas. Ibarat sirih pulang ke gagang?

Sumber klik sini.

Menara Kren Jatuh di Masjidil Haram 87 Orang Terkorban.



INALILLAH....Semoga semua mereka ditempatkan dikalangan orang yg beriman.

Sumber klik sini. 

 
posted from Bloggeroid

11 Sep 2015

Cuba Singkirkan Azmin, Bukti DAP Kuasai Pakatan Rakyaat???



Patutlah bila cerita pasal BN, DAP selalu memomokkan kaum Cina kononya ianya hanya dikuasai oleh Umno.

Patutlah DAP selalu menyerang dan memburuk2 kan dasar2, pentadbiran, GLC dan agensi2 pentadbiran yang ditunjangi khususnya oleh BN/Umno....

Rupanya mereka memang mahu menunjangi pemerintahan negara ini. Lu fikir lah sendiri. Menonjolkan seolah2 diri mereka lah yg terbaik.

Sumber klik;https://aidcnews.wordpress.com/

posted from Bloggeroid

10 Sep 2015

DAP Hasilkan Pemimpin Pemfitnah Umno Beri Peluang Anak Penoreh Getah Untuk Memimpin!!!



Itulah wajah sebenar DAP. Mereka suka menyerang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN. Malah jika berita ini benar sehingga sanggup memalsukan dokumen2 dalam usaha mereka untuk memfitnah Kerajaan, GLC2, badan2 kerajaan dan apa sahaja yang berkaitan dgn kerajaan Umno/BN.

Sebaliknya Umno/BN memberi peluang buat anak penoreh getah untuk merubah nasib. Bukan sedikit yang telah berjaya...

Walau bagaimanapun DAP melalui RBA berusaha memberikan perspektif yang buruk kepada seorang Timbalan Menteri ini.



Salahnya sentiasa dicari, sarananya dijadikan bahan lawak, dicaci-maki, ucapan/saranannya diada-adakan untuk difitnah dan demi untuk merendah2kan satu insan Melayu yg telah dapat merubah nasibnya.

Adakah sebab utama beliau diserang kerana beliau adalah Melayu??? Inikah watak sebenar DAP yang kononya parti majoriti kaum Cina yang memperjuangkan semua kaum?

Yang membantu kebanyakkan dari kita dan Timbalan Menterii ini adalah Umno???

Ironinya sesetengah dari kita juga kini turut sama menari apabila RBA memukul gendang tari....
posted from Bloggeroid

9 Sep 2015

Emak Makan Nasi Lemak RM 1 Dalam Komuter Anak Mahu Bayar Justo RM 2 Juta - Hasil Dana Politik???



Kayanya Nurul Izzah ni...RM 2 juta pun boleh bayar ???

Untuk buat fitnah lagi???

Emak dia berlakon cuma makan nasi lemak RM 1.00 dlm tren.... Mungkin supaya nampak zuhud...

Anak dia boleh bayar maklumat palsu dengan harga RM 2 juta??? Ingat orang X tahu ke???

Wow!!!

Banyak dapat dana politik agaknya tu...




Sumber klik sini.

Nasib Umpama Telor di Hujung Tanduk, Azmin Bertegas Mahukan Pas Kekal di Selangor???


Dengan YB Hasnul Baharudin dan YB Saari Sungip yang digantung keahlian oleh PAS dan dilihat lebih condong kepada DAP, PAS Selangor cuma memiliki 13 kerusi dengan disokong oleh TSKI.

Pun begitu, Azmin yang sedar kedudukannya goyah tanpa PAS, sedaya upaya mahu menegekalkan Pas dalam PR Selangor walaupun ditentang oleh LGE.

Secara matematiknya tanpa Pas, kedudukan Azmin bakal goyah kerana 15 adun DAP = 2 adun Pas digantung pastinya akan setia dengan DAP sekira DAP mahukan supaya Azmin digantikan. Sementara sokongan daripada adun PKR pula, belum dapat dipastikan samada kesemuanya akan menyokong Azmin jika berlaku pertembungan dengan DAP. 

Apapun untuk PR kekal memerintah, DAP perlu pastikan setiap langkah mereka sekurang2nya boleh mengekalkan undian minima daripada 29 adun untuk menyokong mereka.



8 Sep 2015

Kelayakan Piala Dunia Arab Saudi Menyamakan Kedudukan di Minit ke 73!!!


Gol Shafik Rahim hasil cut back oleh Wan Zack Haikal yang sebelum itu mendapat umpanan daripada Amri Yahya pada minit ke 70 hanya bertahan selama 3 minit sahaja.

Sayang, setelah bertahan dengan baik dan begitu berdisiplin akhirnya kita cuma dapat mempertahankan kelebihan satu gol selama 3 minit sahaja.

Ditaja Yahudi??? Transparency International atau Conspiracy International???



AIDCNews – 07/9/15 – Laman Transparency International (TI) sendiri mengakui organisasi mereka mendapat tajaan daripada National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) Foundation, milik penyangak matawang Yahudi, George Soros.
Pengakuan itu tercatat dalam laman transparency.org dalam chapter “Who supports us
Daripada sembilan senarai penaja TI, Soros merupakan penaja utama apabila dua organisasinya disenaraikan di kedudukan pertama dan kedua iaitu Foundation to Promote Open Society dan Open Society Institute (OSI) Foundation.
Blog The Unspinners menyimpulkan usaha Presiden TI, Jose Ugaz campur tangan dalam politik Malaysia mempunyai agenda tertentu.
Menurutnya, campur tangan TI itu merupakan serangan terancang CIA, NED dan Soros terhadap Malaysia selepas BERSIH 4.0.
Macam Parti Keadilan Rakyaat namanya aje adil tapi jelas parti berasaskan nepotime, parti anak-beranak. Sama juga mcm himpunan "Bersih", nama aje bersih tapi ditaja Yahudi untuk menumbangkan kerajaan Malaysia yang tidak mahu bersengkokol dengan mereka.
Patutlan dalam persidangan Transparency International di Malaysia baru2 ini Jose Ugaz beriaya2 menghentam Malaysia khususnya DS Najib yang kononnya mengambil rasuah dalam isu dana politik berjumlah RM 2.6 billion sedangkan kalau nak diikutkan statistik, negaranya sendiri (Peru) merupakan di antara negara yang kadar rasuahnya antara terburuk di dunia.  Ada agenda peribadi rupanya mamat ni....."Ditaja" oleh Yahudi!!!
Sumber klik sini.

7 Sep 2015

Parti Amanah Pimpinan Mat Sbu Tolak Hudud!!!


Memang pemuka2 politik....

Boleh berubah2 mengikut  keadaan.  Patutlah orang kata Mat Sabu ni Syiah,  sentiasa bermuka2 dan merahasiakan wajah sebenar dan akan hanya menunjukkan wajah sebenar apabila merasa diri selamat.

6 Sep 2015

Pembangkang Malaysia Yang Double Standard?


Ada ke pembangkang suruh Anwar letak jawatan sepanjang perbicaraan kes Liwat 2, kerana dituduh meliwat pembantunya??? 


Jadi mengapa Anwar sentiasa bermain politik yg kononnya jika menggunakan hukum hudud beliau akan didapati tidak bersalah??? Anehnya perlaksanaan Hudud, ditolak oleh beliau dan isteri (pucuk pimpinan PKR) apabila Pas membentangkan perlaksanannya di Sidang DUN Kelantan.


Sumber klik sini; http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/isu-rm2-6-billion-jangan-nak-main-desak-pm-letak-jawatan.html


5 Sep 2015

Berpendidikan Kejuruteraan, Rafizi Tak Tahu Beza Antara Kapal Pengangkut dan Kapal Induk??? Kelakarnya!!!



Mungkin Rafizi cuma pandai pasal "lembu" ??? Ataupun "mencuri" maklumat "banking" musuh politiknya???

Tetapi lumrah orang Malaysia ni, mereka mengaku semuanya serba-serbi tahu...Bila musim AF, semuanya boleh memberi komen mengalahkan guru vokal.....Bila sampai musim kejohohanan Piala AFF, semua cerita pasal bolasepak mengalahkan Sir Alex Furguson, bila cerita pasal jet pejuang macam lah mereka mempunyai pengalaman sebagai juruterbang berpuluh tahun dengan beribu jam masa penerbangan dan operasi.....Bila bercakap pasal kapal perang..... bunyi macam mengalahkan Laksamana (bersara) aje.... Malangnya jenis2 kapal pun X kenal. Mungkin kerana pada masa ini, segala maklumat dihujung jari.....Tapi kena lah mengambil inisiatif untuk mencari dan bertanya jika X tahu....Jangan main hentam "kormo" aje....Contohnya klik di sini.

Kalau kapal induk pengangkut kapal terbang (battle ship carrier) di atas tu, penulis pun X akan bersetuju..... Ini kerana kita bukannya sebuah negara penjajah yang mempunyai terlalu banyak negara jajahan takluk untuk diawasi .... Malah keluasan laut negara kita juga bukanlah besar sangat untuk menjustifikasikan pembeliannya. Ataupun negara kita adalah negara "polis dunia" yang besar pengaruhnya seperti Amerika Syarikat yang perlu menjaga pengaruhnya dengan mempunyai armada laut dan udara  di kesemua 7 lautan di dunia.

Kapal induk/perang pembawa kapal terbang yang di atas itu sesetengahnya boleh menempatkan sehingga lebih 6000 orang askar perlbagai pangkat lengkap dengan juruterbang pesawat pejuang/helikopter/pesawat AWACS dan mampu membawa sekitar 100 atau lebih buah pesawat pejuang, kapalterbang dan helikopter. Klik sini dan sini.

Pesawat2 pejuang yang dimiliki oleh negara kita pada masa sekarang ni pun kalau kesemuanya diletakkan di atas kapal induk di atas pun silap2 X cukup.... :). Tambahan pula memandangkan "runway" untuk "take off" nya pendek tidak semua pesawat pejuang sesuai digunakan di atas kapal induk terutamanya untuk berlepas. Itupun untuk kapal2 induk moden, di mana landasan tempat berlepas boleh didongakkan sedikit untuk memberikan kesan lonjakkan yang diperlukan oleh jet2 pejuang ketika berlepas. Dari segi "landing" ianya kurang bermasalah disebabkan adanya penyangkuk di bahagian belakang pesawat yang akan menyangkut jaringan safety net/cable di atas runway ketika pesaway mendarat bagi menguragkan keperluan jarak brek pesawat2.

Apa yany penulis faham kita cuma mahu membeli  sebuah kapal pengangkut....Yang kat bawah ni;


Itupun sebenarnya hasrat tersebut telah tertangguh sejak tahun 2010 lagi.....

Kapal pengangkut diperlukan untuk keperluan logistik seperti membawa bekalan, keperluan ke pengkalan2 laut milik TLDM, mobiliti dari segi membawa kenderaan dan peralatan ketenteraan seperti kereta kebal, landing barge, perisai, trak, meriam ke kawasan pertempuran dan lain2. Ianya juga boleh juga digunakan sebagai pejabat bergerak untuk kerja2 "Search and Rescue" kerana ianya boleh menempatkan (housing) pendaratan beberapa buah helikopter malah boleh juga menempatkan sebuah hospital mini dengan sekitar 60 katil. Sumber klik sini. 

Malah jika Rafizi rajin membuat kajian, TLDM sememangnya memerlukan sekurang2nya sebuah kapal pengangkut yang baru kerana kita buat masa sekarang cuma mempunyai dua buah sahaja kapal jenis ini dan umurnya pula telah menjangkau usia 35 tahun (KD Sri Indera sakti dan KD Mahawangsa) sejak KD Seri Inderapura (berusia 45 tahun) terbakar pada 2009 penggantinya masih belum diperolehi. Sepanjang perkhidmatannya di bawah 10 orang pegawai memerintah, KD Sri Inderapura telah menyumbangkan baktinya samada di dalam misi ketenteraan, misi ketenteraan bukan perang dan juga misi kemanusiaan.  Pada tahun 2004, kapal ini telah diaturgerakkan ke Acheh bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan selepas wilayah tersebut mengalami kemusnahan teruk akibat dilanda Tsunami. 

Selain itu, KD Sri Inderapura juga turut terlibat di dalam beberapa eksesais antaranya Eksesais KERISMAS yang mula dianjurkan pada tahun 1981 pada tahun 1999 dan Eksesais Angkasa dan Samudera (Eksesais ANGSA)  yang merupakan gabungan latihan tahunan antara Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang dimulakan sejak tahun 2006.  

Pada 19 Ogos 2008, dua buah kapal dagang MV Bunga Melati 2 dan MV Bunga Melati 5 milik syarikat dari Malaysia iaitu Malaysian International Shipping Corporation Berhad- MISC telah dirampas dan anak kapalnya dijadikan tebusan di Teluk Aden berhampiran perairan Somalia oleh lanun-lanun dari Somalia.  Insiden ini telah membawa kepada pelancaran Operasi Fajar/Ops Fajar pada 30 Ogos 2008 bagi menyelamatkan tebusan yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat Malaysia dan sebilangan kecil rakyat negara asing. Sumber klik sini

Sebenarnya isu ini telah dibangkitkan sejak lebih 5 tahun yang lalu klik sini dan sini. Sewajarnya untuk seorang akauntan bertauliah yang mempunyai latar belakang pendidikan sebagai jurutera perkara sebegini bukannya sesuatu yang susah untuk beliau fahami!!!

Mungkin niatnya cuma mahu membangkitkan kemarahan rakyaat demi kepentingan politik peribadi walaupun hakikatnya tindakan beliau bakal mengorbankan keselamatan dan kedaulatan negara???

4 Sep 2015

Inikah Wajah Sebenar Kader2 Yang Dihasilkan Oleh Anwar Ibrahim???

Berbaiah...kalau keluar parti bagi ADUN/MP akan gugur takal 3, berlainan dengan sumpah untuk X mahu melakukan sesuatu perkara.....

Kalau melanggar sumpah memang lah kena kifarah sahaja..... Tapi bila kita kata, "kalau kita langgar sesuatu sumpah maka akan gugurlah cerai talak 3 terhadap isteri kita", itu sumpah yang kita sendiri cari pasal.....

Bagi penulis senang sahaja....

Jangan cuba untuk mempermainkan hukum, bertanggung-jawablah dengan apa yang telah kita buat, bak kata pepatah, "tangan yang mencincang, biarlah bahu yang memikul". Jadi lah lelaki dewasa dan mengambil tanggung-jawab. Kata nak menjadi pemimpin umat???

Lagipun ini merupakan hukum Allah, adakah anda fikir anda ni pandai sangat sehingga mahu "menipu" Allah s.w.t.??? Waliyazunillah....Nauzubillah hi minzaliq.......Ketahuilah, jika itu yang anda mahu lakukan, sebenarnya anda menipu diri anda sendiri. Rujuk sini.

Tahu tak bahawa jika masih bersama, bermaksud anda bakal bersekedudukan???

Dari muda2 jadi orang baik, X minum arak, tidak berzina.....Tiba2 bila dah tua2 in pulak umur dah lanjut nak buat perkara yang X senonoh??? Bersekedudukkan??? Adakah ianya berbaloi???



Penyusupan kader2 Anwar ke dalam semua organisasi memang hebat....Malah ada yang menyamakannya dengan cara MOSSAD, agen rahasia Yahudi.

Tetapi janganlah pula nanti orang akan kata ini lah kualiti kader2 yang dihasilkan oleh DS Anwar Ibrahim yang tahap keislamannya meragukan.......Pastinya anda tak mahu bukan???

Sumber klik sini.

Bolasepak Kelayakkan Piala Dunia: Harimau Malaya Dibelasah 10:0 !!!


Amat memalukan!!! Kita tahu dari segi fizikal kita memang kalah dengan UAE....Dari segi ranking FIFA juga kita jauh ketinggalan...

Tetapi kekalahan 10:0, seolah2 kita cuma meghantarkan sebuah pasukan bawah umur...

Untuk sebuah negara di mana bolasepak merupakan permaianan paling popular di kalangan rakyaatnya, kekalahan 10 : 0 sememangnya tidak masuk akal.

Jika begini ada baiknya pada baki perlawanan nanti, kita cuma hantar pasukan2 peringkat umur samada Harimau Muda A, B, C, pasukan Frenz United mahupun pasukan NFPD sebagai pendedahan kepada pembentukan pasukan senior masa hadapan. Kalau kalah besarpun X lah malu sangat.....



Video gol2 yang dijaringkan



3 Sep 2015

Video Kemalangan di Jalan Kuching aka Jambatan Berhampiran Kompleks SOGI Runtuh???

video

Video rakaman kemalangan di Jalan Kuching yang telah mengakibatkan kesesakan trafik dan diviralkan kononnya jambatan yang sedang dalam pembinaan runtuh....

Sengaja mahu menangguk di air yang keroh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3