bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Sept 2015

Parti Politik di Malaysia Hanya Indah Khabar Pada Nama???

Satu hari beberapa buah parti di Malaysia  membuka gerai pameran di sebuah bandar bertujuan utk mendaftarkan pengundi2 baru disamping merekrut ahli parti.  Seorang telah pemuda disapa oleh wakil2 parti tersebut;              

Wakil Parti Keadilan Rakyaat; "Sertailah parti kami,  kami perjuangkan keadilan".   
Pemuda; "Supaya satu keluarga dan kroni boleh monopoli semua jawatan siapa menentang akan disingkirkan?" .        

Wakil Pas;  "Jadilah ahli Parti Islam Se Malaysia ,  kita  perjuangkan hukum hudud".           Pemuda; "Tetapi mengapa boleh berpakat dengan mereka yang terang2an  menentang Hudud?".    
                     
Wakil DAP,  Parti Tindakan Demokratik; "Parti kami perjuangkan demokrasi".          
Pemuda; "Demokrasi apa jika jawatan2 penting dimonopoli oleh 2 keluarga dan siapa menentang tidak boleh mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti?". 

Wakil Parti Amanah Negara, "Kami perkuangkan Amanah, Progresif, Peduli".
Pemuda; "Apa lagi amanah yang tinggal jika baiah cerai taklik talak tiga pun sanggup dilanggar? Khianat dengan sumpah dengan Allah!!!"

Wakil Umno, "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu; Kami perjuangkan agama, bangsa dan negara.  Alif, ba ta".  
Pemuda; "Tetapi mengapa setelah 58 tahun merdeka,  walaupun Walau pun, PM Melayu, TPM Melayu, Menteri MITC, Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Ketua Hakim Negara, Peguam negara, Panglima ATM Melayu, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah SPRM, Pengerusi MARA adalah Melayu....Mengapa Melayu/Bumiputera cuma kuasai 20% ekonomi negara, masih ketinggalan dalam segenap segi dan agama Islam terus2an dihina?"


Wakil Umno, "Kalau diambil tindakan terhadap golongan ini nanti akan, kerajaan dilabel sebagai X demokratik....Kalau kerajaan atau orang Melayu/Buiputera bertindak balas pula mereka akan dikatakan sebagai rasis...Bila mereka yang buat...kononnya atas dasar kebebasan hak bersuara...atas nama kebenaran...transperensi dll...malah ini diburukkan lagi dengan adanya sesetengah orang Melayu sendiri yang menyokong mereka.

Sejarah orang Cina dan orang India telah menjangkau lebih 5 ribu tahun, sememangnya agak sukar untuk bertanding dengan mereka kerana orang2 Melayu baru 58 tahun mendapat kemerdekaan selepas 456 tahun dijajah dan dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan yang baik, peluang melibatkan diri dalam bidang perniagaan, hubungan luar negara dll. 

Bayangkan dengan kerajaan yang diterajui oleh orang Melayu/bumiputera yang memberikan banyak peluang dan ruang kepada orang Melayu/bumiputera dalam segenap hal pun kita masih tertinggal dalam serba-serbi berbanding kaum lain, apa yang akan berlaku sekiranya teraju negara ini didokong oleh DAP??? Apa lagi yang bakal tinggal???"

5 comments:

  1. Politik negara ini tercemar dgn budaya yg tidak demokratik... selesai pru... pembangkang masih berkempen utk ke putra jaya... tidak boleh terima kekalahan... mcm2 cubaan utk jatuhkankerajaan yg di pilih! Himpun blackout ..pengundi bangla, altantuya..fgv.. linas.. syed bukhari...dan mcm2 dimanupulasi sebagai skandal... mereka guna media sosial utk semai persepsi negatif. Bila kes dibawa kemahkamah... dan terbukti mereka menipu... dan malangnya rakyat telah pon percaya dgn pembohongan mereka.

    Di ipts yg majoriti kaum bkn melayu ..
    trend utk viral pembohongan2 ini jelas antara mereka.

    ReplyDelete
  2. Pokoknya presiden Umno perlulah seorang yang berperibadi mulia, bersih, jujur dan amanah. Bukan Botak, Bugis, Boros.

    ReplyDelete
  3. Artikel psy war yg cukup BANGANG!!..

    ReplyDelete
  4. Engkau buatlah parti sendiri...............parti tapaware.

    ReplyDelete
  5. UMNO tetap sombong dan tak mahu berubah. Nak rebah dah tapi masih megah dengan duit banyak serumah. Bila kuasa hilang dah, maruah jatuh serendah rendah barulah sedar tapi tak guna walau air mata berdarah. Nasib bangsa akan parah. Agama dihina, keturunan dipijak, kesatuan dipecah pecah. Tiada lagi melayu tonggal hanya sejarah. Duduk disimpan dlm.muzium etnik buat bacaan macam sampah.
    Bangunlah melayu!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3