bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

13 Sept 2015

Foto2 Himpunan Baju Merah Sudah Bermula - Palsu???




KENYATAAN KETUA POLIS KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur, 13 Sept. 2015 - Berikutan sebaran berita dan gambar di laman media sosial berkaitan sekumpulan mat rempit berbaju merah sedang berkumpul dan berkeliaran dari Jalan Chow Kit kemudian ke Pavilion dan kawasan Bukit Bintang, Polis Kuala Lumpur ingin menegaskan dan menafikan kesahihan berita dan gambar tersebut. Berita dan gambar-gambar tersebut adalah tidak benar sama sekali dan Polis Kuala Lumpur mendapati tiada kumpulan berbaju merah berkumpul atau berkeliaran di bandaraya ini. Tiada sebarang penutupan jalan disekitar Kuala Lumpur terutamanya jalan-jalan yang menuju ke Plaza Low Yat.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan pengesahan daripada mana-mana balai polis berhampiran, dan tidak mempercayai atau terpengaruh dengan penyebaran gambar dan berita yang tidak berasas tersebut. Tindakan tegas akan diambil mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan ke atas mana-mana inidividu yang dipercayai menyebarkan maklumat yang berunsurkan hasutan dan menakut-nakutkan orang ramai.
Polis Kuala Lumpur akan sentiasa memastikan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur akan terus terjamin. Setiap maklumat dan informasi yang diterima perlulah disahkan serta diperoleh daripada sumber yang benar atau pihak berkuasa.

YDH CP Dato' Tajudin bin Md. Isa
Ketua Polis Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3