bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Sep 2015

Cadangan Buat DS Najib, Tempayan Air Buat Rakyaat Johor dan Royalti Kepada Kerajaan Kelantan!!!


Mengapa DS PM biarkan Guan Eng menggunakan kempen murah dengan memberikan diskaun tong/tempayan air buat rakyaat Johor???

Penulis rasa dengan sentimen akar-umbi di Johor yang agak kurang baik dengan pemecatan TS Muhyiddin dan keadaan kekurangan air yang meruncing....Daripada dibiarkan Guan Eng yang terus-terusan mendapat populariti murah ada baiknya jika baki dana RM 2.6 billion dapat DS Najib gunakan untuk membantu rakyaat Johor dalam membeli tong/tempayan air. Walaupun mungkin harganya tidak seberapa, setidak2nya....mereka akan kisah kerana pemimpin tertinggi negera juga bersimpati dengan nasib mereka.

Selain daripada itu penulis mahu mencadangkan agar DS Najib dapat mempertimbangkan untuk memberikan royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan untuk ditadbir-urus berbanding memberikannya terus kepada rakyaat negeri Kelantan melalui wang ikhsan sebelum ini.

Selain hubungan yang semakin baik di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri, pada pandangan penulis  ini lah masanya hubungan baik dan salah-faham sesetengah rakyaat Kelantan terhadap kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno dapat diperbaiki.

Selama ini pun kerajaan pusat begitu konsisten dengan dasarnya membantu negeri dan rakyaat Kelantan melalui bantuan pentadbiran pada setiap tahun, terbaru sambungan Lebuhraya Pantai Timur sehingga ke Kota Bahru, pembinaan pusat pentadbiran jabatan2 kerajaan persekutuan yang baru di Tunjong dekat Wakaf Che Yeh yang antaranya termasuk pembinaan kompleks mahkamah, terminal makanan negara, jabatan-jabatan persekutuan yang baru, dan pelbagai lagi pejabat yang akan dibina oleh kerajaan pusat bagi merancakkan ekonomi negeri Kelantan ini. Pembinaan jambatan Yahya Petra II yang baru siap, pembesaran lapangan terbang Pengkalan Chepa, Jambatan Tok Bali, Terminal Pendaratan Ikan dan tembok penahan Tok Bali, Universiti Malaysia Kelantan, membangunkan rumah2 murah untuk rakyaat Kelantan, membantu RM 700 juta untuk menaik-taraf sistem talian paip air dll.

Antara posting2 penulis yang berkaitanboleh klik sini, sini, sini, sini, sini, sini dan sini.

Pada pandangan penulis  masalahnya cuma kerana pendekatan kerajaan pusat/Umno yang sering disalah-tangap oleh rakyaat Kelantan mungkin kerana kerajaan negeri terdahulu yang begitu memandang serong hubungan Pusat/Negeri.

Malah jika diperhatikan, sebenarnya anak negeri Kelantanlah yang paling ramai menjawat jawatan2 di sektor awam dan juga GLC2 milik kerajaan, jestru melebelkan kerajaan pusat menganaktirikan rakyaat dan negeri Kelantan hanyalah suatu persepsi salah dan perlukan penilaian semula yang lebih adil.

Penulis percaya jika pendekatanya betul digunakan dan penerangan yang sesuai diberikan hubungan pusat dengan kerajaan negeri serta rakyaat Kelantan akan dapat diperbaiki dan diperbetulkan. Dengan kekuatan DAP semakin meningkat hari demi hari, percayalah...bahawa kerajaan pusat pimpinan Umno perlukan setiap sokongan yang mereka perlukan demi untuk menyekat DAP dari menuju ke Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3