bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Mar 2020

Corridor of Power - Percaturan Politik Tun M Memang Superb!!!

Jika pendapat penulis ini benar, di antara faedah yang Tun M perolehi daripada penubuhan kerajaan baru Perikatan Nasional adalah seperti berikut;

1) Anwar X jadi PM. X perlu ulasan. "Anwar lupa siapa Mahathir tetapi Mahathir x pernah lupa siapa Anwar".

2) DAP kena sepak keluar Kerajaan. Kehadiran mereka dlm kerajaan PH lebih banyak memberi mudarat. Setidak2 nya itulah yg dapat di portray kan oleh Tun M kepada rakyaat.

3) TS Muhyiddin kini mengawal kebangkitan Muafakat Nasional. Sebelum ini Kongress Maruah Melayu tajaan Tun M gagal menandingi sambutan yg diperolehi oleh Muafakat Nasional. Mahayuddin cuma proksi Tun M dalam Perikatan Nasional??? Masa akan mengesahkannya. Malah kabinet Perikatan Nasional rata2 dikuasai oleh pemimpin2 Bersatu, Umno lompat ke Bersatu dan PKR2. UMNO, PAS dan GAP cuma pelengkap senarai. Mengapa nama2 besar yang bersih dari kes2 di mahkamah seperti Tok Mat Hassan, Dr Asraf Wajdi Dusuki dan ramai lagi tercicir? 
Lihat sahaja percaturan Tun M menyusup masuk ke dalam Parti PH pada tahun 2015 apabila beliau menyertai himpunan Bersih. Walaupun sebahagian apa yang diperjuangkan oleh Bersih itu sebenarnya menentang apa yg telah dilakukan oleh beliau ketika 22 tahun mengetuai Umno tetapi akhirnya beliau berjaya menjuarai Bersih. Hebat bukan? Dalam masa yang singkat 2018 beliau sudah pun dilantik menjadi Pengerusi PH untk menentang BN dlm PRU14, mereka yang dahulunya berjuang untuk menjatuhkan beliau sejak pra 1998 sehinggalah ke tahun 2003, ada di antara pemimpin2 ini juga pernah beliau penjarakan dalam Operasi Lalang telah bertukar menjadi sekutu dan penyokong kuat. 

Dulu ada banyak artikel yang menceritakan bagaimana DS Anwar Ibrahim selain bijak berpidato mampu mengambil-alih gerakan atau rapat2 umum yang diusahakan oleh orang lain, menonjolkan diri seolah2 beliau lah ketuanya, tetapi Tun M nampaknya jauh lebih hebat. Beliau boleh masuk ke kubu lawan dan mengambil-alih tampuk kekuasaan tanpa disedari oleh musuh2 nya bahawa beliau lah yang mereka "perangi" sejak puluhan tahun yang lalu, tetapi kini diangkat menjadi ketua mereka.

Mungkin usaha yang dilakukan oleh Dato' Lokman Nor Adam yang menentang penubuhan Perikatan Nasional ada benarnya tetapi Umat Melayu yang begitu mendhambakan penyatuan telah terlalu penat untuk bergaduh sesama sendiri sehingga membiarkan DAP mendapat faedah.

4) Rakyaat x boleh lagi menuntut perlaksanaan Manifesto PH yang gagal dilaksanakan disebabkan kerajaan PH telahpun hilang hak memerintah. Malah PH telah secara teknikalnya berpecah. Jika ditakdirkan PH berjaya menjatuhkan kerajaan PN sekali pun kerajaan PH tersebut bukanlah gabungan2 parti yang asal ketika mereka memenangi PRU 14.

5) Kemungkinan kekosongan jawatan TPM pula memang disengajakan. Adakah ianya akan digunakan oleh TS Muhyidin untuk seolah2 cadangan tawaran berdamai dengan Tun M di atas nama agar Melayu terus Bersatu??? Tawaran tersebut pula akan ditawarkan kepada DS Mukriz??? Tidak mustahil bukan?  Walaupun pencapaian 1, 2, 3 & 4 sudah cukup bijak tetapi siapa lagi pemimpin2 serpihan Bersatu yang masih tinggal untuk ditawarkan ke jawatan TPM??? Tak ada bukan? Takkan Syed Saddiq pula?

Memang agak terkilan sekiranya perjuangan Muafakat Nasional yg dilihat mendapat sambutan ramai terhenti di sini. Tetapi itulah Tun M. Ada yang menyifatkan beliau sebagai Saka Politik Malaysia. Maneuvering politiknya memang hebat, lick dan "deadly" untuk musuh2nya. Lihat sahaja berapa ramai kawan dan lawan yang terhenti perjalanan politiknya apabila bertembung dengan Tun M.

Apapun masa akan menentukan samada telahan penulis ini betul atau salah. Apa yang penting kita doakan lah yang terbaik untuk agama Islam, rakyaat dan negara. Adalah jelas ianya sesuatu yang sukar untuk menghentikan langkah Tun M kerana perangai beliau memang sudah sebegitu sejak zaman PM pertama lagi. Seorang playmaker/pencatur bidak2 politik negara secara di belakang tabir mahupun sebagai PM.

9 comments:

  1. Anything is possible, my friend... Jgn UMNO/PAS terperangkap sudah...

    ReplyDelete
  2. apa yg saudara tulis itu... Benar semuanya...

    ReplyDelete
  3. Pls move on...
    Kekalkan kerajaan sekarang hingga tamat tempoh penggal
    Ini masa untuk bekerje..
    Negara dah hancur dibawah PH...ekonomi menjunam disebabkan ketidak pandaian menteri2 yg menjaga kewangan negara..

    Kita tunggu PRU 15....Kita akan lihat pembentukan satu kerajaan yg kuat dan stabil iaitu
    BN/Muafakat Nasional...
    Pada masa tu mungkin PBBM sudah tiada....semua ahli mereka akan masuk semula ke UMNO..
    Ahli2 PKR juga akan sebahagiannya akan kembali kepada UMNO atau PAS..
    Situasi politik akan berubah....DAP mungkin dah tiada lagi (diharamkan)....Ahli2 DAP juga
    akan masuk MCA....Gerakan akan masuk semula kedalam BN..

    Masa tu tinggallah parti pembangkang hanyalah serpihan DAP, PKR dan Amanah...

    Kita doakan ini akan berlaku....Insya Allah

    ReplyDelete
  4. Yang bangsa Melayu bersatu terutama untuk mempertabatkan agama Islam. Terperangkap? InshaAllah, Allah Maha Kaya yang mengatur semua kehidupan manusia di dunia. Yang penting adanya niat untuk kebaikan.

    ReplyDelete
  5. Apa apa pun perangkap ka apa ka mainan politik ka apa ka...kat dunia seronok dng jawatan hadapan Allah nanti apa nak jawab..

    ReplyDelete
  6. Semua orang sebenarnya telah melihat secara jelas nya bagaimana pemain catur terpaksa mengorbankan beberapa porn untuk mendapatkan langkah yang lebih mantap untuk menidakkan gerakan lawan, ada ketika king dan night tetpaksa di bunuh tetspi akhirnya porn dapat menjadi king... Tun Mahathir sejujujurs saya melihat sebagai pemain catur politik terhebat abad ini, dan kita melihat semua musuh2nya tersungkur di awal kemegahan kerana lupa siapa Tun maMahath 22 tahun dahulu atau gerakan catur mereka telah di hidu oleh Tun M sebelum sempat mereka mematikan langkah Tun Mahathir.500 hari telah di gunakan oleh Tun Mahathir sebaiknya untuk menjatuhkan segala keangkuhan lawannya. TNMY hanya proksi Tun dan kenyataan tun bahawa kebinet TNMY boleh bertahan sehingga pru 15 adalah adaptasi kepada gerakan paling licik walaupun tun masih menjelejah untuk berkata sesuatu kepada rakyat bahawa dia dikhianati.
    Apa apapun inilah rencah politik pembunuh ciptaan Tun Mahathir. Kita berdoa agar Allah sentiasa memberkati dan menjaga negara bertuah ini dari kecelekaan dan penguasaan manusia2 durjana yang hanya beselindung dengan kata2 karamat keadilan untuk semua.

    ReplyDelete
  7. Siapa yang kenal Tun M dia lah PM terhebat abad ini...

    ReplyDelete
  8. Harap semua akan menjalankan tugas dengan baik

    ReplyDelete
  9. Sokong PN bukan sokong PM@Bersatu

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3