bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Testimonial 7 naga - Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramu...

31 May 2011

Paul Scholes Bersara, Tapi Tidak Tinggalkan Man Utd.


Scholes bersara dari Manchester United
MANCHESTER: Pemain tengah Manchester United, Paul Scholes mengumumkan persaraannya, hari ini, seterusnya menamatkan spekulasi sama ada beliau akan meneruskan untuk beraksi bersama juara Liga Perdana Inggeris pada musim depan.
``
“Ia bukan keputusan yang saya ambil mudah, tetapi merasakan ini adalah tempoh sesuai untuk saya berhenti bermain bola sepak. Selepas menjadi sebahagian daripada pasukan yang membantu mencapai rekod kemenangan ke-19 bagi juara liga...ia adalah satu kebanggaan,” kata Scholes dalam laman web kelab itu, www.manutd.com. - REUTERS  Cerita lanjut klik sini.


Komen Isac;

Hah... Apa lagi sesiapa yang "perasan" diri tu bagus sangat main bole pergilah memohon untuk mengganti tempat Scholes...

Glamer...tu main dengan Manchester United....

Masuuk....

Wanita Masa Kini Masih Belum Tentu Selamat Jika Ditinggalkan Bersama Atok???


Bekas pengerusi bank Mesir ditahan atas dakwaan serangan seksual

2011/05/31


NEW YORK: Bekas pengerusi sebuah bank utama di Mesir ditahan atas dakwaan serangan seksual terhadap pekerja di hotel Manhattan, beberapa minggu selepas bekas Ketua Pengarah Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn atas dakwaan serupa. 

Polis berkata, Mahmoud Abdel Salam Omar ditahan di Hotel Pierre pada awal pagi tadi.



Ahli perniagaan berusia 74 tahun itu dituduh melakukan penderaan seksual ke atas pekerja hotel itu dan memegang badannya ke dinding dalam bilik di hotel berkenaan.



Polis berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad lalu. - AP 


Komen Isac;

Mengapalah agaknya lelak-lelakii yang berumur hujung 50 an ke atas sejak kebelakangan ni semakin ramai yang melakukan salah-laku seks??? Bukan sahaja di luar negara malah di dalam negara juga...

Adakah mereka yang lahir sebelum, pra dan pasca merdeka ini kurang didikan agama?

Adakah selepas 54 tahun merdeka, penjajah juga yang mahu disalahkan???

Mungkin ramai yang akan bersetuju jika penulis katakan kepimpinan melalui teladan...

Jika semakin ramai pemimpin yang ditangkap kerana melakukan kesalahan seks tetapi mereka sebaliknya menunding jari terhadap mereka yang membuat laporan, bukankah ini memberikan contoh dan teladan yang buruk kepada generasi muda?

Ibarat ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.

29 May 2011

Deja Vu??? Nasruddin Tantawi Akan Meninggalkan Pas???



Jika dilihatkan pada Datuk Zaid Ibrahim yang pernah menggunakan Utusan Malaysia semasa pemilihan pucuk pimpinan PKR tempohari akhirnya terpaksa meninggalkan parti gabungan Pakatan Rakyaat tersebut... Adakah perkara yang sama akan berlaku kepada Nasruddin???

Deja Vu akan berlaku??? Ataupun Kerajaan Perpaduan???

Kita tunggu......

Lagi Video Seks Pemimpin-pemimpin Pembangkang "Ditelanjangkan" Oleh BN???

Klik sini.

Memang senang bila menunding jari kepada orang lain...

Selalunya pembangkang suka mencari salah orang lain...Tetapi mereka juga juga selalu terlupa untuk menjaga kain mereka sendiri .........

Bak kata pepatah, "Berkokok berdegar-degar, ekor penuh tahi".

Ironinya mana-mana pemimpin di dunia maupun di negara ini jika dikaitkan dengan skandal seks pasti akan meletakkan jawatan, tetapi tidak buat Anwar...

Begitulah kebalnya "Pemimpin anugerah Tuhan" ini...

27 May 2011

Ibupejabat PKR Bakal Dilelong???



Walaupun ianya bangunan yang disewa tetapi menurut ceritanya kos rekabentuk dan hiasan dalamannya sahaja menjangkau angka RM 3 Juta...Klik sini.

Banyaknya duit dia orang ni ya...

Tetapi, bukankah lebih molek jika wang sebanyak itu digunakan untuk membiayai pembelian bangunan ktersebut. Pastinya itu lebih baik kerana ianya menanbah asset parti selain mengelakkan pergantungan kepada sipemilik. Jika berlaku sesuatu seperti kontrak terbatal ataupun bangunan tersebut dilelong siapakah yang rugi? Itu belum lagi termasuk kos terpaksa berpindah-randah dan imej parti...

26 May 2011

Dijajah British Lebih Baik Daripada Diperintah PKR???



Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan biasiswa kerajaan hanya sebanyak 1500 tempat setahun. Pecahannya pula adalah seperti berikut;

1) Pelajar cemerlang 300 tempat (20%)
2) Bumiputera Sarawak 5%
3) Bumiputera Sabah 5%
4) Pelajar miskin 10%
5) Mengikut komposisi kaum 60%

Bekas Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Saudara Abas Awang yang kini menjawat jawatan Ketua Biro Pelajaran PKR mahukan kesemua peruntukkan tempat untuk belajar ke luar negara tersebut diberikan atas faktor merit.

Dalam kata lain persetan dengan bumiputera Sarawak!!! Persetan dengan bumiputera Sabah!!!  Persetan dengan golongan miskin!!! Persetan dengan orang Melayu!!!

Maksudnya negara ini hanya untuk orang-orang yang pandai dan kaya-raya.... Ironinya mereka yang kaya-raya ini kebanyakkannya daripada keturunan Cina dan dan kelas atasan India yang mempunyai segala-galanya, boleh mengadakan apa sahaja kemudahan untuk anak-anak mereka lebih berjaya dan cemerlang dengan guru-guru tusyen dan sekolah-sekolah yang baik, bahan rujukkan yang mencukupi, komputer dan lain-lain

Mereka ini yang sebenarnya mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke seberang laut dengan belanja sendiri... Mereka yang ada diantaranya tidak membayar cukai pendapatan, mencuri subsidi kerajaan, penyeludup, along, pegedar dadah dan lain-lain....

Tun Mahathir dulupun jika tidak diberikan biasiswa oleh British mungkin masih menoreh getah di Kedah pada usia 85 tahun ataupun setakat pencen guru sahaja....

Penulis tertanya-tanya jika tanpa DEB dan kuota peluang pelajaran untuk kaum bumiputera, bolehkah Saudara Abas Awang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti dan menjawat jawatan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan.  Betullah kata Tun Mahathir, "Melayu mudah lupa".

Jestru jika anda mahu memberikan negara ini untuk diperintah oleh PKR, adalah lebih baiklah jika kita kembali sahaja dijajah oleh British.... Siapa tahu mungkin ada anak-anak Melayu yang diberi peluang untuk mewakili kelab-kelab bolasepak Inggeris seperti Manchester United, Arsenal, Chelsea, Liverpoor dan lain-lain.

Mahu Berlumba Dengan Polis Peronda???

Anggota polis bergambar bersama kereta peronda Proton Inspira semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Proton Inspira kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Kecermerlangan Proton di Shah Alam, Rabu. Proton Holdings Berhad telah menyumbang sepuluh unit Proton Inspira 1.8L (manual) kepada PDRM. - foto BERNAMA


Walaupun mungkin tidak setanding dengan kereta-kereta BMW, Mercedes, Audi, Volvo, volkswagen, Peugeot dan lain-lain... Tetapi penulis percaya ianya pasti lebih baik daripada kereta-kereta peronda sediada. Kereta peronda Proton Perdana yang pihak polis kita miliki juga rasanya telah agak berumur...

Semoga lebih banyak pihak swasta dan syarikat-syarikat konglemerat yang menjalankan tanggung-jawab sosial mereka...

25 May 2011

Harga Petrol Ron 95 Kekal!!! Tapi Sampai Bila???

Harga petrol Ron 95 kekal setidak-tidaknya buat masa in...Terimakasih kerajaan BN!!! Bukti kerajaan mendahulukan rakyaat.

Tapi sampai bila kerajaan boleh bertahan? Jika harga pasaran minyak dunia terus melambung....

Jestru mekanisma lain perlu difikirkan bersama agar kita sama-sama dapat melalui masa "susah" ini...


DAP dan PKR Bakal Berkubur???

Jimadie Shah Othman
Mei 25, 11
2:16pm
 
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) positif masih ada sinar harapan untuk usaha perpaduan PAS-Umno kerana hasrat itu masih terbenam di lubuk hati sebahagian pemimpin kanannya.

Enggan menyatakan sokongan terhadap mana-mana calon timbalan presiden PAS, presidennya Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kedua-duanya 'OK'.

"Nasharudin OK. Tuan Ibrahim OK. Masing-masing ada perspektif berbeza dan masing-masing. Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud," katanya.


Komen Isac;

Pastinya Ustaz Nasha dan Datuk Tuan Ibrahim dilihat lebih popular berbanding Mat Sabu. Walaupun dalam politik semuanya tidak mustahil, tetapi pastinya ahli-ahli Pas mahukan calon yang bukan sahaja bersih, tetapi juga perlu kelihatan bersih.

Bila ini berlaku dan jika ditakdirkan oleh Allah s.w.t. "penggabungan" dua parti terbesar Melayu bukan lagi sesuatu yang mustahi... Ibarat hanya menghitung hari....

Pastinya DAP dan PKR boleh diibaratkan seperti "cacing dalam kepanasan".

Cadangan Pengharaman Seumur Hidup Untuk Pengarah Syarikat dan Syarikat?

Ya cadangan pengharaman sijil "Halal" seumur hidup terhadap pengarah syarikat dan syarikat-syarikat yang menggunakan bahan-bahan bercampur DNA babi dalam sumber-sumber makanan, peralatan yang diragui status halalnya dan juga kebersihannya dirasakaan amat berpatutan.... Klik sini.

Syarikat-syarikat yang menggunakan sumber-sumber ini tanpa sikap tanggung-jawab juga sewajarnya dikenakan tindakkan yang sama.


24 May 2011

Kerajaan Negeri Kelantan Membela Nasib Rakyaat???

SEBAHAGIAN Orang Asli suku kaum Termiar Pos Belatim, Gua Musang yang hadir ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu mendengar perbicaraan permohonan Penghulu Pos Belatim, Rosli Along dan Angah Along serta Hassan Alang mendapat perintah menghalang Kerajaan Kelantan daripada memberi hak milik sebahagian tanah adat Orang Asli kepada Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Kelantan. Hakim Azman Abdullah semalam menetapkan 16 Jun ini keputusan bantahan awal dibuat Peguam Negara berhubung permohonan itu. - Foto Syamsi Suhaimi (Berita Harian)


Cakap tak serupa bikin???

Bukti Pas di Kelantan Mengamalkan Pemerintahan Liberal?

Memang mudah untuk menunding jari.... UMNO/BN tak Islamik...Taughut!!! APCO!!! Alantunya!!!

Dasar mulut tak ada insuran.....

Dekat akhirat esok jawablah sendiri....

Lihat gambar di sebelah ni, inipun salah Umno ke???

Jika beberapa bulan dahulu negeri Kelantan dikejutkan dengan pendedahan aktiviti pelacuran di Kota Bahru... Hari ini perbuatan menjolok mata pula....

Memadu kasih di tempat awam di Kelantan pula.... Klik sini.

Adakah ini sebagai bukti Pas semakin liberal?

Kenapa tak tangkap sahaja pelaku ataupun diberikan nasihat???

Nak buat macam mana mungkin kerana pemimpin-pemimpin sekutu di Pakatan Rakyatpun perangainya lebih kurang sama ...

Bak kata pepatah, "bapa borek, anak rintik".

Ron 95 Bakal Naik RM 0.20 Bulan Hadapan???

Artikel penuh klik sini.

Kerajaan perlu bertindak bijak umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tidak berserak...

Jestru pengstrukturan gaji rakyaat perlulah juga dibiarkan agar ianya berubah mengikut pasaran global agar rakyaat tidak terhempit dengan kenaikan demi kenaikan barangan keperluan lain dan pengurangan subsidi oleh kerajaan

Persoalannya, apabila gaji pekerja-pekerja nantinya terus meningkat tinggi adakah barangan eksport kita masih berdaya saing di pasaran antarabangsa?

Bagaimana pula nasib para petani dan golongan pekerja bawahan?

Sudah pasti ianya bukan suatu perkara yang mudah untuk diselesaikan dalam sekeelip mata...


23 May 2011

DAP Memang Kaki Fitnah???


Dah terbukti... Klik sini.

Itupun masih ramai orang-orang Melayu dan bumiputera yang "buta" mata hati mereka...

Jangan Cemburu Ye!!!

 
Pengurus Manchester United Alex Ferguson bersama trofi Liga Perdana Inggeris, dijuarai kali ke-19, selepas pertemuan Blackpool di Old Trafford, semalam. — Foto Reuters

22 May 2011

Alfatihah....Buat Kesemua Mangsa Yang Terkorban...


Sebahagian daripada 500 orang menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat dekat sini, Ahad. Kesemua jenazah telah disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding Batu 14 , Hulu Langat. Foto: Chua Kok Hwa/THE STAR


Mudah-mudahan roh kesemua 16 orang anak-anak yatim yang terkorban dicucuri rahmat....Amin.



21 May 2011

Hakikat Yang Pahit Untuk Ditelan.... Akhbar Pembela Melayu "Dibunuh" Dibumi Sendiri!!!


Apabila kepentingan diri dan laba singkat yang dikejar.... Anak Melayu hilang jati diri.... Bukan setakat anak Kera yang disusukan... oleh Melayu Pakatan.... Malah "anak sendiri" dibenam dan dilemaskan di dalam besin.....

20 May 2011

Mahu Ditemani Gadis-gadis Indon Yang Cantik-cantik???


Selebriti antara wanita yang berwajah menarik dipilih menganggotai pasukan polis Indonesia. — Foto ihsan detikhots (Malaysian Insider)


Tapi kena tidor di Lokaplah ye....

18 May 2011

Zaid Gesa Pihak Polis Dedahkan Identiti Pelaku Seks Dalam Video... Demi Kredibiliti Mereka..


Komen Isac;

Bukti dah ada.... Kenapa tak didedahkan.... Selalunya kalau ada kes-kes sebegini pembangkanglah yang lebih lantang meminta pelaku "ditelanjangkan" kononnya demi kebaikan rakyaat....

Kenapa sekarang cakap lain pula? Kenapa pula sekarang ni sibuk hendak menjaga aib pelaku seks tersebut?

Jenayah telahpun dilakukan... Buktipun dah ada di depan mata.... Kita bukan negara "penjenayah"... Jestru tindakkan perlu diambil...

17 May 2011

Tuduhan Cubaan Rogol Pengarah Urusan IMF - Juga Difitnah Oleh Umno???


PENGARAH Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn (tengah) dibawa keluar dari balai polis di New York, hari ini. Dia dituduh melakukan serangan seksual termasuk cubaan merogol seorang pekerja hotel di bandar raya ini dan mungkin melenyapkan impiannya untuk dipilih sebagai Presiden Perancis. - Foto AFP. May 16, 2011 12:09 pm


Mungkin itulah yang mahu Anwar dan Pakatan Rakyaat momokkan kepada bukan sahaja rakyaat Malaysia, malah kepada semua penduduk dunia... Biasalah.... Buat apapun kerana mengikuti nafsu serakah yang dipacu syaitan.... Yang dipersalahkan adalah Umno...




Liwat II - Mengapa Nik Aziz Begitu Yakin Anwar Tidak Bersalah???

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pagi tadi diperintah bela diri berhubung tuduhan meliwat agar banyak bersabar sambil berkata kezaliman akan kalah juga akhirnya....

Bagaimana Nik Aziz begitu yakin? Adakah beliau mempunyai "karamah" yang biasanya dimiliki oleh para Wali Allah s.w.t.?

Dalam kes Liwat II hanya ada dua kebarangkalian, jika Anwar tidak bersalah ianya bermaksud liwat sama sekali tidak berlaku dan Saiful telah memfitnah Anwar!!! Maka Saiful telah membuat suatu dosa besar kerana memfitnah Anwar dan dosanya hanya akan terampun jika  Anwar memaafkannya..

Sebaliknya jika liwat benar-benar berlaku, Anwar telah melakukan dosa besar dan hukuman bagi kesalahan meliwat lelaki bukannya setakat memohon keampunan Saiful tetapi adalah hukuman mati kerana melakukan seks diluar tabii dan diluar fitrah manusia, selain perlu memohon kemaafan dari Allah s.w.t.

Kecualilah jika  Nik Aziz mempunyai "karamah" dan mengetahui Anwar sememangnya benar-benar tidak bersalah, telah terfitnah dan terinyaya, jika tidak adalah tidak wajar untuk beliau mengeluarkan suatu kenyataannya yang mendahului mahkamah seperti di atas....

Bayangkan jika Anwar sememangnya meliwat Saiful, tidakkah ini bermaksud Nik Aziz seolah-olah telah memfitnah Saiful sebagai pemfitnah dan pembohong? Selain menafikan hak Saiful untuk mendapatkan pembelaan?

Dalam kes seperti ini hanya Allah s.w.t. yang sesungguhnya maha mengetahui dan biarlah mahkamah yang membuat keputusan....

16 May 2011

Anwar Diperintahkan Membela Diri, Pemimpin-pemimpin Pas Menjauhkan Diri???

Mana pemimpin-pemimpin Pas ??? Klik sini. Tak nampak batang hidung pun...

Pemimpin-pemimpin besar DAP pun tak datang...

Adakah ini bermaksud mereka mahu tunggu identiti lelaki dalam klip video lucah itu dikenal-pasti terlebih dahulu???

Rasanya itulah yang semolek-moleknya.... Jangan sokong tak tentu pasal, pastikan sokongan biar bertempat...

Anwar Diarah Membela Diri - Bukti Mahkamah Korup? Atau Tindakkan Provokasi??


Perangai macam Yahudi... Orang lain semuanya salah.... diri sendiri sahaja lah yang hebat...yang betul...yang "maksum"...

Selepas proses pertuduhan ditangguhkan dengan segala tipu-daya lebih 30 kali, tertangguh  hampir tiga tahun...

Apabila diperintah membela diri, beliau menuduh makamah berat sebelah...

Inilah manusia yang kononnya mahu membawa keadilan kepada seluruh rakyaat Malaysia...Yang kononnya orang lain tidak adil...berlaku ketirisan.... ketidak-telusan dan lain-lain...

Sedangkan keadilan hanyalah jika diri sendiri boleh berbuat sesuka-hati, boleh memfitnah dan mentohmah tanpa peduli....Keaadilan hanya buat diri sendiri dan menafikan keaadilan buat rakyaat marhaen macam Saiful...

Komennya disini sepatutnya melayakkan beliau dipenjara kerana menghina mahkamah...

Tapi itulah yang beliau sebenarnya mahukan, sengaja mencetus provokasi dan sentimen demi meraih simpati rakyaat kononnya beliau adalah "mangsa" fitnah....

Adakah Ahli dan Pemimpin-pemimpin Pas Sememangnya Bodoh???


Mengapa penulis katakan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Pas??? Kerana PKR mana ada ahli!!! 400,000 ahlipun tipu....Jadi yang terus-terusan kena tipu oleh Anwar dan keluarganya adalah ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Pas yang selama ini begitu mendewa-dewakan Anwar...

Nyawa Anwar dan Keluarga Terancam???

Ulangan Episod Penipuan Racun Arsenik dan Suntikan HIV 1998!!!

Biarkanlah diri anda terus-terusan ditipu!!!

Jangan letakkanlah minda dan akal anugerah Allah s.w.t. kepada anda ke tahap otak keledai...

15 May 2011

Prof Bari Pilih Mat Sabu Berbanding Ustaz Nasha - Demi Survival Anwar???

Mengapa Prof Bari pilih Mat Sabu berbanding Ustaz Nasha untuk jawatan Timbalan Presideen Pas?

Mat Sabu adalah dari kalangan Ilmuan agama? Jawapannya tidak.

Mat Sabu lebih baik moralnya? Umum lebih mengetahuinya.

Mat Sabu seorang oenyantun? Tidak suka caci-maki dan sumpah seranah??? Umum juga mengetahuinya...

Yang jelas Ustaz Nashaaruddin tidaak memihak dalam kes klip video seks yang sedang heboh sekarang ini, baginya umum perlu mengetahui siapa identiti lelaki sipelaku tersebut.

Jika nanti terbukti dia bukan Anwar maka Pakatan Rakyaat akan menjadi lebih kukuh dan sebaliknya jika lelaki tersebut adalah Anwar Pas pastinya tidak mahu terpalit sama.

Jestru mengapa Ustaz Nasha dilihat seolah-olah "diserang" oleh proksi Anwar dan sebahagian pemimpin Pas sedangkan apa yang beliau perjuangkan adalah demi demi untuk kebaikkan Pas?

Antara Menyebarkan Aib dan Melindungi Penzina Mana Lebih Dahsyat???



Pada pandangan penulis bukan setakat orang awam, malah ada di kalangan ilmuan Islam dan Ulamak juga yang nampaknya kurang faham apa yang dimaksudkan dengan larangan mendedahkan keaiban seseorang... dan apa yang dikatakan bersyubahat melindungi kesalahan seseorang...

Adakah ia bermaksud kita akan membiarkan dosa dan noda terus-terusan berlaku??? Bagaimanapula dengan jenayah lain? Juga jangan dihebahkan sehingga pelaku boleh lepas bebas?

Jika ya, tidakkah ini akan meletakkan kita sama-sama bersyubahat ataupun rakan syubahat???

Sebab itulah penulis selalu katakan betapa perlunya para ulamak dan ilmuan Islam beritihaj samaada bukti-bukti video, foto dan forensik boleh diambil sebagai bukti dalam perlaksanaan undang-undang Syariah.

Seperti yang penulis selalu persoalkan mengapa ketika batang tubuh Najib dan Rosmah diserang dengan tuduhan yang tanpa disertakan dengan empat saksi, bukti video maupun foto tulen, para ilmuan dan ulamak terutamanya dari Pas hanya mendiamkan diri walaupun dalam Islam itu jelas merupakan fitnah!!!

Malah mereka langsung tidak melarang pemimpin-pemimpin mereka dan sekutu parti mereka memainkan dan mengeksploitasikan isu tersebut!!!

Tetapi apabila timbul pendedahan lelaki dalam klip video seks dikatakan mirip pemimpin utama PKR, Nik Aziz terus mengeluarkan hujah bahawa sesiapa yang mengaibkan pemimpin tersebut tidak akan dapat mesuk ke syurga.

Sepatutnya Pas juga berminat untuk mengetahui identiti sebenar lelaki dalam klip video seks tersebut kerana jika dapat dibuktikan lelaki tersebut bukanlah Anwar, bukan setakat imej beliau dapat dibersihkan malah ianya akan meningkatkan lagi imej pakatan mereka. Sebaliknya jika lelaki tersebut sememangnya Anwar, maka Pas sepatutnya bersyukur kerana dapat mengenali siapakah beliau yang sebenarnya.

Janganlah berikan isyarat yang salah iaitu seolah-oleh Islam melindungi pesalah!!! Apapun pada pendapat penulis isu ini telah terlampau dipolitikkan.

Sepatutnya tidak kira siapapun pelaku dalam klip video seks tersebut, pelaku wajib dihukum kerana buktinya telah ada dan diketahui umum selain untuk menjadi pengajaran pan pedoman kepada kita semua.

14 May 2011

Menceritakan Keaiban Anwar Tak Masuk Syurga - Di Mana Nik Aziz Bila Najib dan Rosmah Difitnah???

Artikel penuh klik sini.

Apabila Najib dan Rosmah difitnah oleh Anwar, PKR, DAP malah oleh sebahagian pemimpin-pemimpin Pas tanpa empat saksi, tanpa bukti video, tanpa bukti foto, di manakah Nik Aziz???

Mengapakah beliau tidak mengeluarkan kenyataan serupa? Bukankan nanti ada yang beranggapan kenyataan beliau ini berbau politik? Ataupun beliau hanya akan merpertahankan sekutu politik walau apapun caranya???

Nik Aziz sendiri dilihat tidak berani untuk menafikan lelaki di dalam klip video seks tersebut adalah Anwar, apabila beliau menggunakan istilah mengaibkan dan bukannya memfitnah!!!

Sesuai dengan peredaran masa dan teknologi, para ulamak sewajarnya beritihaj samada bukti video, foto dan forensik boleh atau tidak diambil sebagai bukti.

Masih ingat kisah Nabi Yusuf a.s. ketika beliau difitnah menggagahi Zulakha? Tidakkah bukti forensik iaitu tempat dan keadaan koyakkan pada baju beliau  telah dijadikan bukti dan akhirnya menyelamatkan beliau???

Malah bukankah Saidina Umar r.a. juga dikatakan pernah menggunakan bukti-bukti forensik di dalam penghakiman beliau?

Majoriti Rakyaat Malaysia Akan Kudung Kaki?



Yang buat kajian ini pun takkan lah main kira harung aje.... Kalau setiap rakyaat Malaysia mengambil gula sehingga 22 sudu sehari... Dah tentu semua kena diabetik. Kena kencing manis dah kena potong kaki...

Bagi diri penulis setakat minum air manis 3-4 kali sehari paling banyakpun takat 8 sudu....

Ini mesti statistik yang dikira termasuk jumlah gula yang diseludup keluar daripada sempadan negara...

Almaklum, gula di negara-negara lain di Asia Tenggara ini jauh lebih mahal.....

Sebab itulah sebenarnya penulis bersetuju dengan langkah kerajaan untuk menarik-balik subsidi secara berperingkat. Walau bagaimanapun peruntukkan tersebut perlulah dikembalikan kepada rakyaat dengan cara yang lebih berfaedah... Bagaimana? Siapa sasarannya kenalah kita sama-sama fikirkan dan berikan cadangan kepada kerajaan.

12 May 2011

Turunkan Cukai Pendapatan!!! - Pengistiharan Pendaftaran Palsu dan Mengelak Cukai Wajar Dikenakan Hukuman Berat!!!

Golongan pekerja di Malaysia dan golongan majikan yang "amanah" di lihat sebagai mereka yang tertindas di negera ini.

Semakin banyak pendapatan kita semakin banyak pula yang perlu dibayar sebagai cukai kepada kerajaan. Bayangkan Jika pendapatan kita tinggi, cukai yang bakal dikenakan adalah setinggi 26%. 

Dalam kata lain hampir 30 peratus daripada pendapatan akan dipulangkan semula kepada kerajaan. Tidakkah ini memeras namanya??? Sekali imbas kerajaan akan dilihat tak ubah seperti kongsi gelap berlesen!!! Tak banyak bezanyapun dengan membayar duit perlindungan kepada kongsi gelap.... 

11 May 2011

Kifarah Membunuh Obama Bin Laden???


LEBIH daripada 100 kenderaan pelbagai jenis tenggelam selepas berlaku limpahan air dari sungai Wolf berhampiran Jalan McMiller di Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat hari ini berikutan peningkatan paras air tertinggi dicatatkan di Sungai Mississippi. - Foto AP. May 11, 2011 10:12 am

Biarkan Pas Terus Bersama Pakatan Rakyaat!!!


Biarkan sahaja mereka.... Rakyaat terutamanya orang-orang Melayu/Islam sedang melihat ke mana arahnya perjuangan sebenar mereka....

Rakyaat telah semakin cerdik... Mereka melihat, menilai dan akan menterjemahkannya dengan kertas undi...

 

Kerajaan BN dan PR Sama-sama Bongok??? Rumah Ternakkan Babi di Kawasan Komersial???



Kalau penternakkan burung Walid ataupun burung layang-layang di kawasan komersial ataupun kawasan rumah kedai "dibolehkan" dan tidak dihalang oleh pihak penguasa tempatan, mengapa bela babi tak boleh???

Tidak dinafikan bahawa industri ini memberikan pulangan yang baik kepada pengusaha, bayangkan satu unit rumah kedai tiga tingkat boleh mengutip hasil sarang burung di antara RM 50 - 70 ribu sebulan. Pihak incomtax jangan pulak lupa kutip cukai!!!

Tetapi bagaimana pula dengan kekotoron najis burung, bau busuk dan kenderaan awam yang selalu diberakkan oleh burung-burung ini? Siapa yang perlu bertanggung-jawab? Pihak penguasa tempatan kah? Kerana mereka yang membenarkannya? Atau pihak jabatan pertanian?

Bagaimana pula dengan orang awam dan pekedai-pekedai lain yang berniaga, tinggal berdekatan dan berurusan di kawasan tersebut? Tidakkah bau busuk dan najis burung "menyiksa" mereka?

Bagaimana pula dengan wabak selsema burung yang mungkin boleh diakibatkan oleh kebersihan yang tidak terurus ini?

Jika hal yang sedemikian boleh dibenarkan mungkin suatu hari nanti ada pula yang membela babi di kawasan yang sama...

Mengapa tidak industri ini hanya dibenarkan di kawasan kebun dan tanah-tanah pertanian???

Kerajaan BN mahupun Pakatan Rakyaat nampaknya sama-sama "bongok"  dalam hal ini.

Undi PKR Nasib Anda Umpama Pak Kaduk Ayamnya Menang Kampung Tergadai???



Cerita lanjut klik sini.

10 May 2011

Cubaan Bunuh Anwar??? Siapa Pulak Yang Mensabotaj Helikopter Muhyiddin di Sarawak???

Seperti biasa...

Bila merasakan diri tertekan...

Maka akan keluarlah berbagai-bagai cerita untuk mengalihkan perhatian daripada "masalah sebenar" yang dihadapi oleh Anwar...

Melepaskan "bom asap" untuk mengalih perhatian...

Dahulu semasa kes Liwat II tercetus, terus dia berlindung di Kedutaan Turki kononnya menerima ugutan bunuh... Sebelum tu semasa dipenjara beliau menyebarkan fitnah kononnya telah diracun dengan racun arsenik oleh Tun Mahathir...Juga kononnya bakal disuntik dengan virus Aids...

Mungkin kerana "kelentong Anwar dan Azizah" dah tak laku....Jadi kali ini pemandunya pula yang disuruh "berbohong"??? klik sini. 

Maaf penulis dah tak percaya... Macam cerita "pengembala dengan serigala", bila dah selalu sangat kena "kencing" macamana nak percaya lagi...

Jika mahu mendapatkan sokongan cara bobrok sebegini, Umno juga pastinya boleh menunding jari kepada Pakatan bila helikopter Muhyiddin terhempas dan mengorbankan juruterbangnya di pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Tetapi cara licik sebegitu bukan cara Umno/BN......


Bila Penggelar "Anwar Ajuburi" Bakal Menjadi Timbalan Presiden Pas??? Future Mursyidul Am???



Sedang mendahului pencalonan... Jika ini yang dimahukan oleh ahli-ahli Pas, apa yang boleh kita buat...

Kelihatan sama elok sama padan.... Jika nak dibandingkan dengan Anwar....

Masing-masing pernah dipalitkan dengan skandal....

Yang jelas, sebagai pemimpin-pemimpin pembangkang... Walaupun skandal yang dikaitkan tersebut adalah benar sekalipun mereka boleh dengan sinis menuduh itu semuanya angkara jijik dan bengek Umno/BN...

Mereka difitnah... Cuba diaibkan....


Pengikut-pengikut, ahli-ahli  dan penyokong-penyokong mereka pula akan percaya 100% sambil bertakbir Allah Hu Akbar!!!

Hebat!!! Betul-betul hebat.... Nabi Muhammad s.a.w. penghulu sekelian Rasulpun pada zaman baginda tidak mendapat layanan "baik" sebegini....


Bayangkan jika nanti beliau menjadi "Mursyidul Am" Pas suatu hari nanti....


Dengan ceramah-ceramah yang bersumberkan sumpah-seranah...caci-maki... fitnah dan tohmahan...






9 May 2011

Esok Gula Naik Lagi 20 Sen!!! Lagi Langkah Tidak Popular Kerajaan BN???



Esok gula naik lagi...

Pastinya harga minuman dan kuih-muih juga akan turut naik....

Itu satu hal... Tapi sehingga ke hari ini kerajaan masih gagal mengawal ketirisan yang berlaku terhadap barangan bersubsidi.

Saban hari ada sahaja mereka yang ditangkap, kerana menjual barangan bersubsidi seperti diesel, minyak kelapa sawit, tepung, gula, LPG dan lain-lain samada ke luar negara ataupun kepada golongan bukan sasaran.

Cara terbaik jika rakyaat tidak mahu sama-sama membenterasnya dan kerajaan tidak mempunyai cukup kakitangan adalah dengan menarik balik semua subsidi terhadap barangan keperluan tersebut.

Walau bagaimanapun, gaji pekerja perlu dinaikkan dan petani serta pekebun kecil juga akan terpaksa menjual hasil mereka dengan harga yang lebih tinggi untuk menampung keperluan mereka kerana harga barangan keperluan semuanya naik. Struktur penggajian dan pengagihan ekonomi perlu disusun semula sekiranya kerajaan mahu menarik balik keseluruhan subsidi.

Ini adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan bersama... Jika tidak "jutawan pencuri subsidi" adalah mereka yang paling beruntung!!! Dan kerajaan pula akan terus-terusan dilihat sabagai berlaku zalim terhadap rakyaat...

Masa Makan Tengahari???


Lapar punya pasal, daging dicampak ke dalam air pun masih diterkam oleh Pak Belang...

Sumber Yahoo/Associated Press

Safety First!!! - Monyet Pun Pandai...



Walaupun dua tangan sepatutnya dah cukup untuk menampung berat badannya, monyet yang tak berakal ini melilitkan ekornya sebagai langkah keselamatan...

Menikmati pemandangan keindahan mahluk ciptaan Allah... (Sumber Yahoo/Associated Press)

8 May 2011

Anwar Kata Kononnya Umno Perbodohkan Rakyaat! Tapi Siapa Yang Tipu Pasal 16 September???



Memang mudah untuk menunding jari kepada orang lain....Sebab itulah mungkin mengapa orang-tua-tua mewujudkan pepatah seperti, "lempar batu sembunyi tangan".

Yang pasti kita semua masih lagi ingat tentang penipuan terhebat abad ini, "Rampasan Kuasa/Lompat Parti 16 September".




Bukti Anwar Sahaja Yang Betul!!! - Lelaki Anugerah Tuhan???


Orang tua-tua kata... Kalau 2-3 orang yang kata kita tak betul..... Masih ada peluang yang kita ni sebenarnya ok, cuma mereka aje yang dengki...

Tetapi kalau dah ramai sangat kawan rapat kita yang menjauhkan diri daripada kita dan mengatakan kita sememangnya tak betul... Bukankah kita sepatutnya melihat diri sendiri dan perbaiki mana yang salah???

7 May 2011

Umno Perbodohkan Rakyaat - Anwar

Anwar kata Umno memperbodohkan rakyaat...

Tetapi siapakah yang "berpura-pura" baik depan rakyaat? Orang lain semua kononnya jahat, perompak dana negara, peribadi bobrok dan lain-lain...

Tetapi siapakah yang dituduh meliwat? Melanggan pelacur?

Bukan menuduh, tetapi rakyaat juga perlukan kepastian....

Anwar perlu membuktikan bahawa tuduhan tersebut hanyalah fitnah!!!

Pas juga perlu "membekukan" kerja-sama sehingga siasatan membuktikan Anwar benar-benar tidak bersalah...

Jika tidak bukankah tidak manis untuk tok-tok alim berkupiah berkongsi pentas ceramah dengan "pelakun video seks' jika nantinya Anwar dibuktikan bersalah???

Beringat sebelum kena... Buat baik berpada-pada...

Wajah Terbaru Anwar - Mungkin Bakal Dijadikan Bukti???



Tengoklah puas-puas... Mungkin suatu hari nanti gambar ini boleh dijadikan bukti....

6 May 2011

Bukti Pas Memperjuangkan Islam??? Jangan Kata Melayu, Bumiputera Sarawakpun Bakal Tersisih!!!

Kabinet Bayangan Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak : YB Wong Ho Leng - DAP
Menteri Sumber Asli : YB Wong Ho Leng - DAP
Menteri Hal Ehwal Tanah NCR : YB Baruk Bian - PKR,
Menteri Kewangan : YB Chong Chieng Jen - DAP
Menteri Kerajaan Tempatan : YB Ling Sie Kiong - DAP
Menteri Pelancongan : YB See Wee How - PKR
Menteri Pembangunan Luar Bandar : YB Chew Chiu Sing - DAP
Menteri Perindustrian : YB Yap Hoi Liong - DAP
Menteri Kesihatan : YB Dr Wong Hua Seh - DAP
Menteri Pembangunan Sosial : YB Violet Yong - DAP
Menteri Kemudahan Awam : YB Wong King Wei - DAP
Menteri Pembangunan Infrastruktur : YB Chew Wang Ser - DAP
Menteri Pertanian : YB Ting Tze Fui - DAP
Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar : YB Fong Pau Teck - DAP
Menteri Hal Ehwal Pengguna : YB David Wong Kee Won - DAP
Menteri Hal Ehwal Islam : YB Ali Biju - PKR dan Encik Adam Ahid - PAS.


Komen Isac;

Samada Pas sememangnya bodoh ataupu DAP yang teramat cerdik. Inilah contoh pemerintahan yang didhambakan oleh Pas???

Menyerahkan pemerintahan kepada DAP??? Supaya nasib orang Melayu dan bumiputera terjamin!!! Agar hukum hudud dapat dimartabatkan!!!

Mengapalah penyokong-penyokong  dan pemimpin-pemimpin Pas semuanya buta mata hati???

Kepada bumiputera Sarawak, inilah sebenarnya matlamat DAP!!! "Merampas" kuasa dan meminggirkan penduduk peribumi!!!

Masih tak nampak strategi licik mereka???

Nampaknya Baru Bian dan Pas sebenarnya secara sedar atau tidak bakal "menjual" tampuk pemerintahan negeri Sarawak kepaada DAP.

Pengkhianat Islam - Sensitif Bila Digelar Pengkhianat???

Bila pengkhianat marah dikatakan mereka itu pengkhianat...Mungkin itu bermaksud mereka ini (pengkhianat) masih  boleh diperbaiki, disedarkan dan kembali kepangkal jalan...

Cuma jangan mereka ini mengikuti resam orang gila, yang tak mengaku diri mereka gila. Kalau macam tu susah... Tak ada harapan nak sembuh...

Penulis ucapkan syabas kepada Tuan Mufti ini dan semoga beliau akan terus menyatakan yang hak dalam usaha untuk menjadi "Ulamak Jantan", ulamak perwaris para nabi.

Pastinya jalan meniti kebenaran dan jalan untuk mencari redha Allah s.w.t  adalah jalan yang penuh berliku dan tidak lekang daripada cabaran dan rintangan.

Kepada mereka yang tidak mahu dilebel "pengkhianat Islam" cerminlah diri sendiri....Bermuhasabahlah diri... Jika masih yakin apa yang mereka kerjakan itu diredhai Allah s.w.t.  teruskanlah..... Jika tidak kembalilah kepangkal jalan...

Adat manusia kita memang selalu membuat kesilapan, tetapi apa yang penting kita perlu berani mengakui kesilapan diri dan kembali ke landasan yang benar..

Awas Perogol 71 Tahun !!! Dalam Rumah Sendiripun Belum Tentu Selamat!!!

Seorang bomoh berusia 71 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di Ipoh, semalam selepas didapati bersalah merogol anak tirinya, tahun lalu. - Foto L Manimaran (berita lanjut). May 6, 2011 7:13 am (Berita Harian).

 
Komen Isac;
 
Faktor usia bukan penghalang!!! Habis macam mana??? Kalau di luar rumah boleh lah nak disalahkan wanita atau gadis yang dirogol kerana tidak diiringi oleh lelaki muhrim!!! Ini muhrim sendiri yang merogol wanita/gadis dibawah perlindungan mereka....
 
Umpama pagar makan padi!!! Apabila seorang lelaki itu mengahwini dan menyetubuhi siibu maka dia haram untuk menikah dengan anak yang dilahirkan oleh siwanita tadi walaupun daripada perkahwinan-perkahwinannya yang lain. Ini menjadikan silelaki ini sebagai muhrim kepada anak-anak siwanita yang dikahwininya....
 
Masih nak menyalahkan sigadis??? Bagaimana jika sigadis tidak boleh membawakan empat saksi? Maka adakah gadis tersebut akan dituduh telah berzina???
 
Maka mengikut hukum Islam beliau akan dihukum sebat 100 rotan??? Di sinilah para ulamak perlu memainkan peranan seiring dengan perkembangan teknologi!!! Ulamak perlu beritihaj samada teknologi DNA, forensik, video, foto dan lain-lain boleh atau tidak diambil sebagai saksi!!!
 
Disinilah juga halnya di mana Qazaf boleh digunakan... Gadis yang kena rogol boleh bersumpah mubahallah....
 
Mangsa juga perlukan pembelaan!!! Ini masa mereka, mana tahu esok lusa hari anda pula??? Waliyazubillah!!!!!

DAP Akan Mengekalkan Nizar "Lambai" Sebagai MB Jika Menang PRU 13 di Perak!!!



Walaupun mengakui sentimen dan sokongan rakyaat terhadap mereka telah menurun, tetapi DAP Perak masih menaruh harapan untuk "merampas" kembali Perak dalam PRU 13 nanti.

Mereka masih berkeyakinan akan memenangi 33 daripada 59 jumlah kerusi DUN yang dipertandingkan iaitu lebih dua kerusi daripada apa yang mereka menangi dalam PRU 12 lalu. Artikel lanjut klik sini.

Jestru buat rakyaat Perak yang menolak kepimpinan DAP dan Ir DS Nizar, buatlah pilihan yang bijak dengan berusaha untuk menafikan ramalan mereka ini daripada menjaadi kenyataaan.

Yang lepas biarlah berlalu.... Jangan sampai pisang berbuah dua kali...

5 May 2011

Malaysia Menghampiri Kawasan Gempa Kerana Golongan Perwaris Nabi-nabi Semakin Berkurangan???



Kini apabila negara-negara jiran dilanda gempa bumi, negara kita juga semakin kerap merasai gegarannya.

Semasa penulis kecik-kecik dahulu orang-orang tua selalu berkata, Malaysia terselamat dari gempa bumi, gunung berapi dan lain-lain malapetaka kerana di bumi ini masih ramai wali Allah dan ulamak pewaris para nabi. Walaupun tiada nas yang jelas tentang perkara ini, begitulah hormatnya orang-orang tua dahulu kepada golongan wali dan ulamak...

Ini kerana selain mengajar agama golongan ini selalunya menjadi pembimbing dan pemangkin di dalam menyatu-padukan umat Islam.

Tetapi seirng perubahan masa, kini semuanya telah berubah... Jika dahulu gempa bumi begitu asing kepada kita kini tsunami pun pernah menyapa bumi bertuah ini...

Adakah ini bermaksud golongan wali dan ulamak telah semakin berkurangan sehingga rahmat dan perlindungan Allah s.w.t . terhadap bumi dan penghuni bumiyang kita huni ini kini juga semakin terdedah kepada malapetaka?

Pastinya golongan alim dan ilmuan agama wajar memenuhi kekosongan ini dan memainkan peranan mereka untuk menyatu-padukan umat Islam/Melayu. Negara memerlukan ulamak jantan yang boleh berperanan dan bukannya hanya bersuara demi populariti dan kepentingan diri.

Mudah-mudahan ramai yang akan menyambut cabaran ini...


Anwar Diaibkan Atau Difitnah???


Nukilan dibawa ini dipetik daripada blog yang simpati dengan perjuangan Umno;
  • Secara purata, baik di pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang dan tak terkecuali pihak ke 3, sependapat mengatakan mendedahkan sesuatu keburukan yang boleh menjatuhkan maruah orang lain adalah salah dan boleh dikira ‘cubaan mengaibkan’. Rata-rata berpendapat mendedahkan keaiban orang lain adalah salah si sisi agama.
  • Saya secara peribadi terkeliru bagaimana sebetulnya untuk berhadapan dengan situasi seperti ini. Terkeliru bukan disebabkan mainan media kerajaan atau pun media pembangkang, tetapi terkeliru disebabkan sumber rujukan utama yang turut menyumbang kepada kekeliruan yang wujud.
  • Para ulamak sepatutnya menjadi sumber rujukan utama. Tetapi hari ini jika kita minta pandangan atau fatwa dari 10 ulamak, maka kita akan diperdengarkan dengan 10 pandangan yang berbeza. Yang menjadi mangsa adalah rakyat terbanyak yang tidak cukup ilmu untuk menilai. Ditambah pula dengan hujah-hujah dan serangan media dari ke dua belah pihak , akhirnya seluruh umat menjadi semakin keliru.
  •   
  • Bagi saya secara peribadi, keadaan dan kekeliruan yang berlaku ini adalah disebabkan oleh kegagalan para ulamak untuk berfungsi sebagai ulamak sebenar. Para ulamak gagal memberi pandangan yang benar-benar berlandaskan kepada al Quran, hadis, jumhur ulamak dan qias atau dari mana-mana sumber yang paling muktabar.
  •   
  • Para ulamak dilihat sudah terikat dengan fahaman atau kecenderungan politik dan pandangan mereka sering kali akan disesuaikan mirip dengan kecenderungan politik mereka. Mereka hilang hilang kredibiliti kerana gagal menghindarkan diri dari kepentingan dan fahaman politik yang bersifat assabiah di dalam memberikan pandangan.
  •   
  • Para ulamak politik atau ulamak ‘tidak sahih kefahaman’ ini sebenarnya lebih bersalah dari pelaku seks yang terlibat dan pihak yang mendedahkan perlakuan, mahu pun pihak-pihak yang ada kepentingan di dalam isu ini. Mereka gagal menggalas tanggungjawab sebagai ulamak dan sumber rujukan ummah yang sepatutnya berkhidmat hanya untuk agama Allah. Kaca mata yang mereka gunakan sama jenamanya dengan kaca mata orang politik. Mereka sudah ada kepentingan yang selain dari kepentingan agama yang mereka lebih utamakan.
  •   
  • Merekalah sebenarnya lebih bersalah dari sesiapa pun dalam hal ini kerana status mereka sebagai ulamak warisan para nabi. Mereka sepatutnya bertindak menjadi orang tengah, penyelesai kepada kekusutan dan melerai setiap kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat.
  •   
  • Malahan ada kalangan ulamak ini yang awal-awal lagi telah memihak kepada salah satu pihak yang sedang bertelagah, walau pun salah benar dan letak duduk perkara itu belum pun diketahui dengan jelas.
  •   
  • Tingkah laku ulamak-ulamak inilah yang menyumbang kepada kekeliruan lebih besar di kalangan rakyat.
  •   
  • Andai mereka benar-benar berfungsi sebagai rujukan muktabar dan tidak berpihak ke mana-mana pihak kecuali kepada Allah dan rasulnya, maka keadaan tidak akan menjadi sebegini terok.  
  •   
  • Jika ulamak ini bertindak mempertahankan Anwar disebabkan mahu menjaga keaiban yang telah berlaku, ia tidak menjadi masalah. Itu bergantung pada ijtihadnya sendiri. Tetapi tidakkah melindungi pemikiran rakyat keseluruhan dari keadaan ‘fitnah yang melata’ itu lebih penting dari tindakan melindungi aib seorang individu?  
  •   
  • Mana keutamaan atau ‘aulawiyyat’ dalam amalan yang sering mereka perkatakan?
  •   
  • Apakah mereka tidak terfikir akan kesan buruk lebih besar kepada umat jika pendirian memihak terlebih awal ini akan menyebabkan pemikiran masyarakat lebih bercelaru? Bagaimana jika perlakuan atau aksi jijik dan kotor ini benar-benar dilakukan oleh Anwar? Tidakkah para ulamak yang memihak ini secara automatik akan tergolong ke dalam orang-orang yang bersubahat dengan kemungkaran?
  •   
  • Apakah perbezaan antara ‘mendedah keaiban orang lain yang benar-benar berlaku’ dengan ‘mendedahkan sesuatu yang tidak berlaku’?
  •   
  • Sudah pasti ia berbeza walau pun ke dua-duanya salah. Satu akan jatuh dalam kategori mengaibkan orang lain dan satu lagi jatuh dalam memfitnah dan mendustakan.
  •   
  • Kenapa perbezaan antara mengaibkan dan memfitnah ini pun para ulamak gagal memberikan penjelasan?  
  •   
  • Mendedahkan dan bertindak terhadap sesuatu keaiban yang benar-benar berlaku masih terpulang kepada niat seseorang. Jika niat mereka semata-mata atas maksud untuk memalukan dan mengaibkan atas maksud agenda tertentu yang salah, sudah pasti mereka akan dihukum secara tunai kerana ini janji Allah. Malahan keaiban yang bakal diterima mereka, Allah janjikan dengan keaiban yang lebih besar sebelum mereka mati.
  •   
  • AMBIL CONTOH LIWAT 1. Jika benar-benar Tun Mahathir berniat jahat untuk menjatuhkan Anwar dengan cara mengaibkan dia dengan kes liwat, sudah pasti Tun Mahathir akan diaibkan oleh Allah swt dengan keaiban yang lebih besar. Keaiban ini akan diturunkan sebelum Tun Mahathir meninggal. Ini janji Allah di dalam Al Quran. Sehingga kini walau pun sudah berumur lanjut, kita lihat Tun Mahathir masih sihat dan masih belum menerima aib besar.
  •   
  • Diambil pula di sebelah pihak Anwar. Apakah keaiban yang berlaku kepada Anwar pada tahun 1998 tidak bersebab? Apakah keaiban itu tidak berlaku dengan izin Allah?
  •   
  • Allah maha adil dan tidak sesekali mungkir dengan janjinya. Sudah pasti berlakunya aib kepada Anwar bersebab kerana dunia ini adalah darul-asbab. Tidak mungkin Allah saja-saja mengaibkan seseorang itu sesuka hati.
  •   
  • Cubalah semak semula akhbar-akhbar lama. Ada atau tidak Anwar melakukan perbuatan yang mengaibkan orang lain sebelum dia menerima aib yang sebesar itu?
  •   
  • Jika kita rasional dan buat carian kita akan dapati antaranya, Anwar pernah melakukan perbuatan ‘mengaibkan Rahim Thamby Chik melalui pendedahan kes rogol gadis bawah umur’.  
  •   
  • Mungkin sebahagian hari ini masih boleh mengingati bagaimana RTC diaibkan melalui TV3 siang dan malam walau pun mahkamah ketika itu masih belum menghakimi kes beliau. Isteri dan anak-anaknya telah turut ‘teraib’ dan dipandang serong oleh masyarakat. Siapakah yang mengawal 100% TV3 ketika itu jika bukan Anwar?
  •   
  • Keaiban terkini yang dihadapi oleh Anwar adakah semata-mata atas kehendak dan nafsu manusia yang mendedahkannya semata-mata? Adakah Allah sekali lagi telah mengaibkan Anwar tanpa sebab?
  •   
  • Jika di download semua ceramah-ceramahnya di youtube, tidak ada satu ceramah pun yang ceramah beliau yang tidak mengaibkan musuh politiknya. Yang paling dahsyat dia bukan saja mendedahkan aib orang lain malah mereka  secara jijik dan kotor segala keaiban terhadap Dato Najib. Belum pernah lagi orang mereka tuduhan terhadap seseorang sehingga ke tahap mempergunakan pihak ke 3 untuk membuat akuan bersumpah palsu. Anwarlah pencetus kepada budaya akuan bersumpah fitnah dan palsu.
  •   
  • Saya secara peribadi tidak terkejut jika hukum karma tuhan yang lebih dahsyat akan diturunkan oleh Allah kepada Anwar selagi dia tidak mahu bertaubat dan berhenti dari melakukan kerja politik jijik dan kotor.  
  •   
  • Kepada para pentaksub dan penganut fahaman Anwarisma, mereka tidak akan dapat mencari punca kenapa Anwar tidak henti-henti menerima aib Allah s.w.t. Bagi mereka Anwar suci dan cuma Allah saja yang tak pasal-pasal mahu mengaibkan beliau  
  •   
  • Bolehkah para ulamak mengambil iktibar ini dari cerita seorang jahil seperti saya?
  •   
      
      
      
      
      
      
      
      
      
      
      
      
      
      
      
Untuk ke blog tersebut klik sini.


Komen Isac;

Mungkinkah ini semua berlaku kerana kemakbulan dan mustajab doa-doa dan solat-solat hajat yang dianjurkan oleh Pas?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3