bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

9 May 2011

Esok Gula Naik Lagi 20 Sen!!! Lagi Langkah Tidak Popular Kerajaan BN???



Esok gula naik lagi...

Pastinya harga minuman dan kuih-muih juga akan turut naik....

Itu satu hal... Tapi sehingga ke hari ini kerajaan masih gagal mengawal ketirisan yang berlaku terhadap barangan bersubsidi.

Saban hari ada sahaja mereka yang ditangkap, kerana menjual barangan bersubsidi seperti diesel, minyak kelapa sawit, tepung, gula, LPG dan lain-lain samada ke luar negara ataupun kepada golongan bukan sasaran.

Cara terbaik jika rakyaat tidak mahu sama-sama membenterasnya dan kerajaan tidak mempunyai cukup kakitangan adalah dengan menarik balik semua subsidi terhadap barangan keperluan tersebut.

Walau bagaimanapun, gaji pekerja perlu dinaikkan dan petani serta pekebun kecil juga akan terpaksa menjual hasil mereka dengan harga yang lebih tinggi untuk menampung keperluan mereka kerana harga barangan keperluan semuanya naik. Struktur penggajian dan pengagihan ekonomi perlu disusun semula sekiranya kerajaan mahu menarik balik keseluruhan subsidi.

Ini adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan bersama... Jika tidak "jutawan pencuri subsidi" adalah mereka yang paling beruntung!!! Dan kerajaan pula akan terus-terusan dilihat sabagai berlaku zalim terhadap rakyaat...

4 comments:

  1. byk subsidi yg di tarik balik...rakyat akan nmpk kerajaan semakin teruk...pembangkang akan ckp kerajaan zalim n mcm2 lg...ini akn jd modal politik pembangkang...n mungkin akn akibat kn BN klh PRU13 nnt...tp bg yg faham n tau rasional nye mst akn sokong kerajaan...aku dh dgr dr thn lps lg psl brg2 ni akn naik harga...xtau la nk komen..setakat ni xde effect pe2 lg...walaupun skrg ni aku xde keje tetap lg...pd rakyat malaysia semua..terutama nya MELAYU...trus kn la sokongan pd kerajaan...subsudi ditarik ade sbb nye...bkn tuk suke2...kalo BN klh parti yg mng belum tntu akn sebaik BN...negeri yg pembangkang perintah pn kelam kabut...

    ReplyDelete
  2. masalah sekarang, gaji tak naik tapi barang terus-terusan naik. Kerajaan seakan-akan kawal gaji daripada naik tapi dalam masa yang sama kerajaan kelihatan gagal mengawal harga barang naik. Ini tidak adil..tak tau lah apa yang ada dalam fikiran pemimpin kerajaan.

    ReplyDelete
  3. pengurangan subsidi secara berperingkat dan berjadual sedang dilakukan. Ia bukan idea Najib, BN, atau UMNO. Ia adalah rancangan pakar ekonomi kita bagi menjaga kebajikan negara untuk jangka panjang.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan sentiasa melaksanakan pembagunan dan menuju negara maju serta negara berpendapatan TINGGI...tetapi hakikat RAKYATnya adakah sudah berpendapatan TINGGI???Apabila negara berpendapatan TINGGI semua barang2 keperluan dan sara hidup secara automatik meningkat sedangkan RAKYAT MARHAIN terusa-terusan tidak terkejar dek pembangunan yang terlalu pantas..SUBSIDI merupakan satu2nya talian HAYAT rakyat untuk meneruskan kehidupan...RAKYAT MARHAIN tidak memerlukan NEGARA yang TERLALU MAJU sedangkan PENDAPATAN RAKYAT TIDAK SEBERAPA...Nilai mata wang sekarang sudah tidak ada bezanya dengan nilai syiling(eg:RM50 sudah macam RM5 shj)...diharap KERAJAAN dapat PRIHATIn terhadap kehidupan RAKYAT..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3