bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 May 2011

Sekadar Renungan.... Sketsa Pencuri dan Curi-curi Melanggani Gadis Cina....

Sketsa 1: Polis dan Pencuri Yang Sudah Bertaubat

Polis: Anda ditahan kerana melakukan jenayah mencuri dua tahun yang lepas.

Bekas Pencuri: Itu dulu tuan, kini saya sudahpun bertaubat.

Polis: Itu bukan soalannya, yang pasti anda telah melakukan jenayah.

Bekas Pencuri: Tuan saya tak berbanggapun menjadi sorang pencuri, sebab itulah saya menutup muka semasa saya mencuri. Kerana tidak mahu dikenali. Lagipun bukankah Islam menyuruh kita jangan membuka aib saudara seagama?

Polis: Tetapi anda telahpun melakukan jenayah. Jadi anda perlu bertanggung-jawab ke atas jenayah yang telah anda  lakukan.

Bekas Pencuri: Sambil menangis dan menginsafi kesalahannya di bawa polis ke lokap menunggu hari perbicaraan.  
 
Sketsa 2: Polis Dengan Bohjan Tua Tegar.
 
Polis: Video seks lelaki yang dipercayai anda melakukan hubungan seks dengan pelacur wanita Cina telah diserahkan oleh pihak ketiga untuk siasatan kami.  

Bohjan Tua: Ya, saya mahu membuat laporan dan mahukan pihak polis menangkap mereka yang terlibat mengedar dan mengemukakan klip video seks tersebut kepada pihak polis.

Polis: Adakah anda lelaki dalam klip video tersebut? Jika tidak mengapa anda nak sibuk-sibuk?

Bohjan Tua: Lelaki dalam kilp video seks tersebut bukan saya walaupun dia mempunyai wajah yang sangat mirip dengan saya. Ini semestinya kerja mereka yang dengkikan saya dan takut saya akan menyaingi populariti mereka. Lagipun tuan tiada kuasa untuk menangkap pelaku dalam klip video tersebut. Jestru tuan perlulah menangkap mereka yang mendedahkan bukti klip video seks berkenaan atas kesalahan mengedar dan menayangkan bahan seks dan lucah.

Polis: ???

Bohjan Tua: Pelaku juga melakukan hubungan seks tersebut di tempat yang tersembunyi, suka sama suka dan jauh daripada pengetahuan orang ramai. Itu memandakan beliau tidak bermegah-megah dengan dosa yang dia lakukan. Jestru tuan perlulah melindungi aib lelaki tersebut. Bahkan ramai ulamak yang menyebelahi beliau yang sebenarnya sengaja diinayai oleh musuh-musuh beliau.... Samada lelaki dalam klip video tersebut adalah saya atau bukan ianya bukanlah masalah yang pokok. Hubungan saya dengan beberapa pertuduhan salah-laku seks sebelum ini juga tiada kaitan kerana samada ianya telah digugurkan ataupun masih dalam perbicaraan. Walau bagaimanapun salah seorang lelaki yang mengemukakan klip video seks tersebut kepada pihak polis pernah dibicarakan dalam kes rogol gadis bawah umur walaupun akhirnya beliau dibebaskan.

Polis: ???


Bohjan Tua:Berjalan sambil meninggi dada seolah-olah tidak bersalah....





Komen Isac;


Anda nilaikanlah sendiri...  Hidup memang banyak tipu-daya.....









2 comments:

  1. panass baru dilancarkan, undi di sini http://mari-mengundi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Isac,
    Cuba cerita yang ini pula:

    Sekumpulan pemuda menyerbu masuk ke sebuah masjid sambil terpekik terlolong untuk menghalang seorang Islam lain yang ingin bersumpah laknat yang mungkin akan memakan dirinya sendiri.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3