bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

27 Feb 2014

Gempar!!! Anwar Sibuk Dengan PRK Kajang:Tup-tup Khalid Ibrahim Jadi MB Campuran Selangor???

Ketua Umum PKR memberi reaksi bahawa beliau tidak tahu menahu pasal perjanjian itu semasa ditemui wartawan di Kajang petang Rabu beberapa jam selepas ia ditandatangani Khalid di Jabatan Perdana Menteri dengan disaksikan Datuk Seri Najib dan timbalannya Tan Sri Mahyuddin Yassin.


"Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini, Khalid maklumkan kepada saya daripada masa ke semasa.

  
"Tetapi tidak yang terakhir ini. Saya tidak tahu," katanya.


Katanya setakat ini Menteri Besar itu baru beri ' gambaran umum'.

Bila beliau beri secara terperinci saya boleh ulas," kata Anwar.

"Secara prinsipnya kita bersetuju dapat selesaikan masalah air dengan segera," katanya.

Komen Anwar itu telah mencetuskan pelbagai andaian.Antaranya mungkin beliau ' termalu' Selangor akhirnya terpaksa angkat bendera putih kepada kerajaan pusat dalam isu berkenaan selepas tunnjuk keras kepala hampir lima tahun.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Samada itu satu lagi bukti bahawa Anwar memang kaki "kencing"??? Ataupun dia pulak dah "dikencingkan" oleh Tan Sri Khalid....

Dalam politik ni tak boleh nak kira sangat.... Semua nya X mustahil....

Mana tahu sedang DSAI sibuk2 dengan PRK Kajang, tup-tup Khalid Ibrahim umum jadi MB campuran Selangor???

Semua orang bijak2...

Mana nak tahu kan..... Selama ini yang kita lihat... TS Khalid aje yang kena "tekan" supaya meletakkan jawatan MB, beliau pun mungkin ada perancangan lain...

Plan B, Plan C, Plan S ???? :)

Mat Yo Kembali ke Kem Latihan Untuk Perkuatkan Harimau Malaya!!!

Kelana Jaya: Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha akhirnya memutuskan untuk menangguhkan umrah apabila muncul untuk menyertai latihan bersama skuad kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

Kehadiran penyerang yang turut dikenali sebagai Mat Yo itu pastinya menceriakan pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee kerana memudahkannya membuat persiapan mengharungi aksi persahabatan dengan Filipina di Stadium Selayang, 1 Mac nanti, seterusnya berdepan Yaman pada aksi terakhir Kelayakan Piala Asia, 5 Mac ini.

“Segala masalah Mat Yo sudah selesai dengan cara baik selepas dia menghubungi pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal.

“Mat Yo mengambil keputusan untuk bersama pasukan dan sanggup menangguh umrah ke satu tarikh lain. Dia menunjukkan reaksi matang dan itu satu pengorbanan besar. Isu Mat Yo menarik diri daripada skuad kebangsaan kini selesai.

Sumber klik sini.


Komen isac;

Semoga skuad Harimau Malaya dapat melangkah lebih jauh!!! Perlu diingat misi ke Piala Asia bukan mustahil kerana pasukan ketiga terbaik kumpulan juga akan layak ke pentas Akhir Piala Asia.

Itulah antara pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang ahli sukan...

Terpaksa mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri, keluarga dan ibadat...

Di samping mendoakan kemaraan pasukan Harimau Malaya marilah kita juga sama2 berdoa agar Mat Yo dan keluarga dapat mengerjakan ibadah umrah dengan sempurna dan dipermudahkan... Amin...

26 Feb 2014

Tips Bijak Berbelanja 3: Pilih Barangan Yang Lebih Murah...

Lagi tip bijak berbelanja: Bandingkan harga barangan yang anda mahu beli. Contohnya seperti kicap. Mungkin rasanya agak kurang sedikit. Tapi kicap tetap kicap,,,, Lagipun X ada lah beza sangat pun....

Lagipun kalau dah X ada duit nak buat mcm mana kan? Lagipun bak kata orang tua2, "beringat sebelum habis". Buat penulis kicap Adabi dan Jalen pun apa kurangnya. Perbezaan harga pun sampai lebih 70% tu....







Sumber klik sini.

25 Feb 2014

Saman RM 2 Juta Ahli PKR Untuk Tutup Mulut TG Hj Hadi ???

AIDCNews – 25/2/14 – Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata isu saman yang dikemukakan calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Terengganu, Mohd. Shamsul Mat Amin ke atas Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh dielakkan dan dapat diselesaikan di luar mahkamah jika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu menyelesaikannya.
Zaid dilaporkan Utusan melahirkan kehairanan mengapa Anwar yang diangkat sebagai Ketua Pembangkang bertindak mendiamkan diri dan tidak mengarahkan Mohd. Shamsul menarik balik saman terbabit sehingga maruah Presiden PAS tercalar apabila diperintah mahkamah membayar saman berjumlah RM2 juta kepada calon PKR itu.

Menurutnya, fenomena ini menunjukkan kecelaruan dan perpecahan dalam kerjasama politik antara komponen pakatan pembangkang khususnya membabitkan PKR dengan Pas.
“Isu ini tidak harus dilihat secara sempit. Ini lebih besar iaitu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan yang serius di antara PKR dengan PAS. Dari segi moral tindakan wakil PKR di Terengganu menyaman Presiden PAS hanya menunjukkan kecelaruan dalam pakatan.

Web berkaitan klik sini.


Komen Isac;

Rasanya belum pernah terjadi dalam sejarah BN, ahli komponen parti menyaman presiden/pemimpin tertinggi kompinen parti yang lain.

Telah terang lagi bersuluh, bahawa ahli PKR langsung X hormat ataupun "tak umpamankan" Presiden Pas.

Adakah saman tersebut sebenarnya bertujuan untuk menakut2 Presiden Pas supaya beliau X berani mempertikaikan isu yang diperjuangkan Pas seperti Hudud misalnya???

Ataupun untuk mengelakkan Presiden Pas menuntut jawatan MB Selangor dari kalangan ADUN Pas???

Atau adakah supaya Presiden Pas terpaksa berharap bantuan kewangan daripada PKR untuk melangsaikan saman ataupun agar tuduhan tersbut ditarik-balik ???

Masalah Air di Selangor Cakap X Serupa Bikin?



Kini Projek Langat 2, baru kerajaan PKR Selangor nak terima setelah tertangguh lebih 5 tahun....

Dulu bagi berbagai2 alasan....kata Kerajaan Pusat tipu lah....

Air cukuplah....

Sekarang terima pulak....

Walaupun dah agak lambat....

Yang susahnya rakyaat.....

posted from Bloggeroid

24 Feb 2014

Bagaimana Mahu Memohon Rumah Mampu Milik di Kota Baharu???

Foto: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (kanan) melihat model pembinaan rumah mampu milik dan kos rendah pada Majlis Pelancaran Program Rumah Mampu Milik dan Pecah Tanah Projek Rumah Mampu Milik di Badang di Kota Bharu hari ini. - Foto Bernama

Penulis ada terjumpa website untuk membuat permohonan sila ke Webite Permohonan Rumah Awan Kos Rendah/Mampu Milik Kerajaan Negeri Kelantan klik sini.

22 Feb 2014

Pengguna Perlu Bijak Berbelanja Siri 2: Warung Sarapan Pagi Harga Patut???


Kedai sarapan pagi "harga patut" di Kg Jawa, Segamat. 

Dua cawan teh tarik, segelas teh ais, tiga mangkuk soto ayam/nasi/bagedil kecil, tiga keping keladi goreng, tiga keping bagedil daging (tambahan besar) & satu keping tempe goreng cuma berharga RM 16.80. 

Murah bukan? 

Semoga tokey kedai tu dimurahkan rezeki....

Bersarapan dekat warung berhampiran JBA Segamat, teh ais, mee goreng dan telor goreng pun dah RM 6.50. Mahal kan??? 

Jestru sebagai pengguna di dalam keadaan ekonomi yg X menentu ini pandai2lah kita memilih warong/restoran yg kita nak pergi. 

Buat pengetahuan pembaca warong sarapan pagi di Kg Jawa, Segamat ini sememangnya terkenal dengan menu sotonya. 

Kalau anda berkunjung ke Segamat jangan lupa singgah!!! 

Biasanya kena dtg seawal 7:30pg sebab kalau lewat orang terlalu ramai dan sesetengah menu pun dah habis selain tiada tempat nak duduk dek kerana terlalu ramai pelanggan.

Dinukil dari sini.

21 Feb 2014

PRK Kajang: Tak Perlu Undi Anwar???



Yelah....Kalau nak mencampuri pentadbiran Selangor, sebagai penasihat ekonomi RM 1.00 pun dia dah boleh dah.

Kalau benar X nak jadi MB, kenapa nak suruh Adun sebelum ni beri laluan kepada beliau? Itu buang duit rakyaat aje namanya!!!

Yang peliknya lepas solat Jumaat tadi dah berkempen kat Kajang. Klik sini.


posted from Bloggeroid

Anwar Juga Sertai Khalid Ibrahim Berkempen di Surau Saujana Impian, Kajang???



Ini foto Anwar ketika sedang berucap.



posted from Bloggeroid

PRK Kajang - Tan Sri Khalid Ibrahim Sudah Mula Berkempen???

MB Selangor di Surau Saujana Impian cerita bab air, latihan untuk belia yang tiada pekerjaan tetap dll.

Kajang bertuah akan dpt MB baru...Katanya siap dapat nasi free lagi.... Lagi tadi ...



Pihak SPR sepatutnya memantau parti2 yang berkempen di luar waktu yang dibenarkan. Demi menjaga keharmonian dan supaya undang2 dipatuhi dan dihormati.

posted from Bloggeroid

20 Feb 2014

Pengguna Perlu Bijak Berbelanja Siri 1: Bandingkan Harga Barangan di Kedai2 dan Pasaraya!!!


Pengguna kenalah bijak berbelanja. Dalam keadaan inflasi yang tinggi sekarang apa kata jika banding2 kan harga barang??? Berikut beberapa barangan yang penulis rasa lebih murah berbanding sesetengah pasaraya di Segamat. Barangan dengan harga ini boleh didapati di Pasar Borong Taman Yayasa , Segamat. 

Beras Basmathi serendah RM 45.00 untuk 10 kilo. Susu pekat F&N serendah RM 2.90 setin dll. Tapi setiap pasaraya tak semua barangan harganya paling rendah berbanding pasaraya yang lain. 

Contohnya biskut Cream Cracker Hup Seng tu boleh dibeli dengan harga lebih rendah iaitu hanya RM 3.69 sepeket berbanding RM 3.90, di kedai Hwa Tai di Kip Mart Segamat. Sekitar hujung tahun lepas penulis juga pernah membeli juz Trister pada harga hanya RM 4.99 sebotol di Tesco dan Pasaraya Jetson di Sri Alam, Pasir Gudang. 

Selamat berbelanja dgn bijak!!!

Gunakan kuasa kita!!!

Nukilan klik sini.

19 Feb 2014

Apa Nak di Hairankan Bila Anwar Masuk dan Berucap Dalam Gereja???









Tengoklah sendiri... Kalau X puas cari....Ada banyak lagi kat internet...

Syarikat Telefon Mudah-alih Bodoh!!! Nama Individu Pula Yang Mahu Disenarai Hitam???

Foto: Sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan artikel ini.

Kepala hotak dia orang lah!!!

Penulis mendapat panggilan dari wakil syarikat telefon mobile/internet mudah alih...

Dia beritahu bahawa penulis ada berhutang sejumlah wang dengan sebuah syarikat syarikat telefon mobile/internet mudah alih yang beliau wakili... 

Jika tidak dibayar nama penulis akan disenarai hitamkan!"

Suka2 aje nak "blacklist" nama orang ya???

Dia yang tidak selidik betul2 samada nombor kad pengenalan yang diguna untuk sesuatu pemohonan tulin/milik pemohon kita pulak yang disalahkan.

Nak suruh buat report polis akuan bersumpah bagai!!! 

Nama syarikat pun X rajin kita dengar.... Apa kejadah langgan perkhidmatan mereka.... Dah lah kita dok kat kampung... Ada signal ke???

Suruhanjaya Multimedia buat apa lah agaknya ya???

Tidor ke???

Sampai bila pengguna mahu dibiarkan "dirompak" oleh syarikat2 gergasi??? Tanpa pembelaan???

Dah 17 tahun penulis gunakan nombor 019 - Celcom bermula dengan kod 010 lagi... Bila lah pulak penulis ada mohon no hp dari syarikat mobile phone yang tak terkenal ni???

17 Feb 2014

Gempar!!! Anwar Kembali Sakit X Boleh Berjalan???

Foto: Hiasan.

Anwar yang kononnya sakit belakang....

Dr Thomas Hoogland Pakar tulang mendakwa Anwar sukar bongkok, pergerakan pinggang terhad.

KUALA LUMPUR: Pakar tulang belakang yang merawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jerman pada 2004, mengesahkan Ketua Pembangkang itu masih mengalami sakit belakang.

Ia menyebabkan Anwar sukar untuk membongkok dan mengehadkan pergerakan belakang dan bahagian leher beliau.

Dr Thomas Hoogland, menjelaskan perkara itu ketika dipanggil sebagai saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, beliau membedah Anwar pada 6 September 2004 di kliniknya di Munich, Jerman. Anwar berada selama tiga minggu bermula tarikh itu hingga 27 September 2004.

Tiga bulan selepas itu pada Febuari 2005, Anwar sekali lagi datang ke kliniknya dan beliau mendapati Anwar masih mengalami sakit belakang.

Hoogland berkata, Anwar mengalami kemerosotan tulang belakang, yang memberi kesan kepada kaki dan tangan pesakit. Saksi itu berkata semakin lama saraf terganggu, semakin besar kemungkinan ia akan menyebabkan kehilangan fungsi berikutnya.


Menurut diagnosisnya, laluan saraf pada (lumbar) cakera tulang belakang Anwar yang dikenali sebagai C5 dan C6 semakin mengecil.

Malah, fungsi tulang belakang Anwar juga semakin merosot menyebabkan kehilangan sebahagian fungsi pada lumbar tulang belakang keempat dan kelima, dan juga kemerosotan saraf, kata Dr Hoogland.

“Ada masalah stenosis pada cakera C5 dan C6. Beliau mengadu sakit pada bahagian belakang.

“Kerosakan saraf, stenosis mengehadkan pergerakannya, dan kerosakan kepada sendi (tulang belakang) juga menyebabkan masalah berterusan,” kata Dr Hoogland.

Ketika ditanya samada masalah itu akan berulang semula, Hoogland berkata ia pada kadar 5 hingga 20 peratus.

Hoogland berkata, kemerosotan tulang bukan satu proses semula jadi, tetapi ia adalah perkara biasa.

Menurutnya lagi, Anwar mempunyai masalah untuk membongkok ke hadapan dan melakukan pergerakan, justeru itu beliau menasihati Anwar supaya melakukan solat secara berhati-hati dan perlahan.

Kenyataan tersebut diberikan oleh beliau ketika memberi keterangan di mahkamah semasa perbicaraan Liwat II, laporan perubatan dan pembedahan yang dijalankan pakar itu turut ditandakan sebagai bahan bukti.
 
 Susah bergerak ya... Cer tengok video di bawah;



16 Feb 2014

DAP Komunis Alaf Baru???



Foto: Hanya gambar hiasan tiada kena mengena dengan artikel ini.

Kalau dilihatkan bagaimana tindak-tanduk seaetengah pemimpin2 DAP menghasut rakyaat berketurunan Cina sehingga berlaku peristiwa 13 Mei tidak mustahil jika mereka sebenarnya adalah komunis alaf baru yang telah menyusup masuk ke dalam parti2 politik apabila sedar rakyaat telah menolak perjuangan secara gerila.

Melihatkan bagaimana sesetengah pemimpin DAP sekarang yang begitu mengagung2 kan Chin Peng, sangkaan tersebut seolah2 sememangnya benar.

Apa lagi apabila mereka selama ini hanya pandai membangkang apa sahaja yang dilakukan dan juga menghasut rakyaat untuk membenci kerajaan....

posted from Bloggeroid

Anwar Halalkan Operasi Lalang???

15 Feb 2014

Cara Pas Mahu Memartabatkan Islam???



Inilah juga yg akan berlaku jika PR memenangi PRU 14 nanti....

Menteri Melayu pun bakal melukut di tepi gantang....

MP Melayu PKR pun cuma minoriti.....

Jangankan Hudud....Nak buat sesuatu yg lebih untuk org Melayu/Bumiputera pun X boleh!!!

posted from Bloggeroid

14 Feb 2014

Perbezaan Di Antara Pas Dengan Umno???



Demi Kesejahteraan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) membaca surah Yassin selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, semalam yang bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia. - Foto Bernama





Berbanding Pas yang menganjurkan solat hajat supaya PM DS Najib pecah perut.

Parti yang kononnya berkempen PRK dan PRU tidak mencerita dan membongkar aib lawan....Demi untuk kepentinga diri dan parti mereka....

13 Feb 2014

Gempar!!! PLUS Bakal Naikkan Kadar Toll 100% ???



Tajuk ni memang sengaja buat gempak....

Memang penulis sengaja mahu tarik perhatian pembaca....

Apapun rasanya tak ramai yang tahu.... 51% ekuiti saham PLUS adalah di bawah UEM yang dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah, sebuah syarikat pelaburan 100% milik negara.

49% ekuiti sahamnya pula milik KWSP.

Jestru segala keuntungan daripada kenaikkan harga toll sebenarnya akan dipulangkan kepada rakyaat terutamnya golongan pekerja dalam bentuk keuntungan simpanan caruman KWSP mereka dan juga pulangan dalam bentuk cukai perniagaan yang dibayar oleh UEM dan juga ekuiti yang merupakan milikan negara melalui pemilikannya oleh Khazanah.


12 Feb 2014

Kenaikan Tol Hanya Mengkayakan Kroni???





Pakatan Rakyaat selalu sahaja menyalahkan kerajaan UMNO/BN bila tol naik harga dan kononnya perjanjian hanya mengkayakan kroni....

Sumber klik sini.

Tetapi apa yang rakyaat X tahu....mengambil Lebuhraya Kesas sebagai contoh, PKNS mempunyai 30% ekuiti. Malah dalam setiap perjanjian konsessi lebuhraya di dalam negeri Selangor PKNS juga merupakan antara pemegang saham terbesar...

Dengan ekuiti sebanyak itu mereka pasti boleh mempengaruhi keputusan menyurat ahli lembaga pengarah.

Pihak Kontraktor yang selalunya merupakan syarikat yang mencadangkan sesuatu projek itu, selalunya akan menjadi salah sebuah syarikat yang memegang saham majoriti di samping PKNS yang mewakili negeri Selangor (dalam konteks KESAS Highway).

Selain pihak pembiyaya pinjaman dari sumber dalam negara yang akan terlibat selalunya PNB, Tabung Haji dan KWSP ataupun pihak bank, jestru siapkah kroni yang didakwa oleh PR hendak dikayakan oleh kerajaan Umno/BN???

Dalam konteks Lebuhraya Kesas, PNB iaitu sebuah syarikat pelabur yang mentadbirkan dana/modal Melayu/Bumiputera malah ada juga beberapa instrumen pelaburannya yang dibuka kepada seluruh rakyaat Malaysia juga merupakan salah satu institusi pelaburan yang memegang saham terbesarnya.

Dengan saham PKNS + PNB mewakili 50% ekuitinya segala kenaikan dan keuntungan Lebuhraya Kesas sebenarnya dikembalikan kepada rakyaat Malaysia iaitu rakyaat Selangor dan pelabur2 di PNB.

Jadi salahkan UMNO/BN mengkayakan "kroni" ???


posted from Bloggeroid

11 Feb 2014

Semakin Ramai Yang Bersikap Kurang Ajar Sebab Kerajaan BN Lemah???



Yang ni penulis jumpa kat FB.

Betul atau tidak itu pihak yang bertanggung-jawab perlulah membuat siasatan....

Apapun jika pihak berkuasa tegas di dalam menjalankan tanggung-jawab perkara sebegini tidak akan berlaku....

posted from Bloggeroid

9 Feb 2014

Cadangan Projek di Pelentong Johor, Umpama Projek DAP di Bayan Mutiara Penang???


Penulis ada terdengar sebuah syarikat pemaju yang besar milik seorang Taikun berketurunan Tiong Hwa di Johor sedang di dalam proses memajukan permohonan untuk mengambil-alih dan memajukan sebidang tanah milik kerajaan negeri berhampiran kota Puteri, di daerah Pelentong, Johor D.T.

Katanya sebahagian dari tanah tersebut kini sedang didiami oleh penduduk2 setinggan, beberapa buah warung,, ladang tebu dan juga kawasan nelayan.

Sekiranya pengambil-alihan tersebut benar2 berlaku, pihak kerajaan negeri perlulah mempastikan agar nasib mereka yang terlibat ini terbela. Penempatan rumah murah  perlu dijadikan sebagai salah-satu syarat kelulusan dan sewajarnya diutamakan buat penduduk2 yang terlibat termasuk tapak medan selera dan juga kedai buat pemilik2 warong sediada dengan harga yang berpatutan.

Kajian untuk bayaran pampasan kepada nelayan2 yang terlibat sepanjang tempoh projek juga wajar dilakukan termasuk penempatan baru untuk jeti pendaratan dan lain2.

Berkaitan dengan pembangunan oleh pihak pemaju pula, adalah perlu ianya dilakukan secara usaha-sama (JV) dengan anak2 syarikat kerajaan negeri seperti Prisind, YPJ ataupun yang lain2 agar orang2 Melayu/Buiputera dapat sama2 terlibat di dalam projek bersekali besar ini selain menjadi pemantau kepada kebajikan penduduk2 yang terlibat dan juga kawasan berdekatan diambil-kira oleh pihak pemaju.

Lagipun pihak kerajaan negeri tidak boleh terlalu mengharapkan kepada nilai premium tanah yang bakal diterima sebaliknya perlu juga menjadi pemangkin kepada penyertaan Melayu/Bumiputera dalam projek2 bersekala besar seperti ini. 

Ye lah kita sedar, syarikat2 milik Melayu/Bumiputera di negeri Johor mungkin masih belum mempunyai kemampuan untuk menjalankan perojek2 bersekala besar secara bersendirian. Jestru pembangunan secara bersama akan memberikan peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman di samping mencapai impian kerajaan untuk memupuk integrasi Nasional.

Setelah kita mengkritik dasar2 kerajaan pimpinan DAP Penang dalam projek Bayan Mutiara tidak lama dahulu di mana nilaian premium tanah hanya sekitar RM 1 Billion berbanding nilaian tanah selepas pembangunan yang bakal menjangkau harga melebihi RM 10 Billion, janganlah kita pula yang "meniru konsep yang sama" di negeri Johor.

Harapan penulis agar pihak Pejabat Menteri Besar Johor / Y.A.B Menteri Besar Johor dapat mengambil perhatian yang serius di dalam isu yang diutarakan ini.

8 Feb 2014

Ustaz Azhar Idrus Kata Jika Orang Kafir Guna Kalimah ALLAH Mereka Boleh Diperangi???





Dengar lah sendiri...Karang (bahasa org Muo)/nanti kata penulis memandai2 pulak....


PRK Kajang - "Become MB Another Day"???



Lagi pemimpin Pas tolak Anwar. 

Sumber klik sini 

Itu belum dikira bahawa DYMM Sultan Selangor juga mempunyai berhak untuk setuju atau menolak usul perlantikkan beliau....

Dah macam cerita James Bond pulak, "Die Another Day".


posted from Bloggeroid

7 Feb 2014

Kalau Menangpun PRK DUN Kajang, Anwar X Akan Jadi MB Selangor?



Sumber klik http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pas-tetap-tolak-jadi-anwar-mb-selangor-1.248395

SHAH ALAM – Pas tetap konsisten dengan keputusannya menolak calon PKR di Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, isu pertukaran menteri besar Selangor adalah tidak berbangkit dan Pas merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

“Keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat. Dalam erti kata lain, Pas tidak bersetuju menjadikan PRK Dun Kajang sebagai agenda menukar menteri besar Selangor.

“Itulah dua perkara besar yang telah diputuskan dan dikemukakan melalui kenyataan rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berasaskan keputusan ini, jelas Pas mempunyai pendirian tersendiri secara jamaei dan tidak mudah diseret ke tengah dan ke tepi,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.


Komen Isac;

Jika pun Pas akhirnya berlembut.....DYMM Sultan Selangor mempunyai hak untuk memberukan kata putus.

3 nama Calon MB sekurang2nya dicadangkan untuk pemilihan DYMM Sultan. Bahkan kalau dilihatkan kepada tradisi pemilihan MB di Selangor pernah berlaku nama2 calon ditolak kerana DYMM Sultan ketika itu mahukan calon yang bukan sahaja "bersih" tetapi juga kelihatan "bersih".

Kita tunggu sahaja lah nanti keputusannya.
posted from Bloggeroid

5 Feb 2014

Selepas Teruk Kena Kutuk, Tol X Jadi Naik???

PUTRAJAYA: Kadar tol tidak akan dinaikkan pada tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, kerajaan akan membayar ganti rugi sebanyak RM400 juta kepada syarikat konsesi yang terbabit.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kebinet pagi tadi.


Komen Isac;

Sewajarnya kerajaan lebih perihatin....

Kalau siang2 dan senyap2 pergi kautim dengan pihak konsensionair benda ni X jadi isu.....

Sekarang bayaran pampasan RM 400 juta pulak yg bakal dipertikaikan.

Sewajarnya awal2 lagi kerajaan cakap duit daripada penarikkan balik subsidi petrol dan lain2 subsidi aka digunakan untuk membantu rakyaat contohnya mengekang kenaikan tol, tarif elektrik dan barangan keperluan mungkin rakyaat akan meleleh air mata.

Dalam keadaan sekarang di mana persepsi lebih penting drpd kebenaran di dalam menjamin sokongan dan meraih undi daripada rakyaat kerajaan BN perlulah lebih bijak berpolitik!!!




posted from Bloggeroid

Anwar "Calon Hantu" di PRK DUN Kajang???



Hilang kisah pengundi2 Bangla seramai 40,000 digunakan oleh Umno dalam PRU 13 yang lalu...

Kini timbul pula kisah "Calon Hantu" bakal digunakan oleh PKR???

Khabarnya demi untuk melayakkannya menjadi calon PRK DUN Kajang Anwar telah menggunakan alamat bunglow mewah di atas....

Sejauh mana benarnya... Akan terbukti di hari penamaan calon nanti.

Walaupun menggunakan alamat orang lain mungkin tak salah....Tetapi itulah alasan yang digunakan oleh PR dan Bersih di dalam menegakkan isu pengundi2 hantu....Apabila ramai pengundi2 didaftar di alamat rumah yang sama sedangkan mereka sebenarnya mereka sudah berpindah rumah.

Sekarang ni calon mereka pulak yang "menumpang" alamat....Persis "pengundi hantu" dan melayakkannya untuk menjadi "Calon Hantu".

Sumber klik sini.

Soalan Buat Calon PKR di PRK DUN Kajang, Kemana Dana RM 3 Billion Telah Disorokkan???






Sumber klik sini.

Bukankah baik, jika dakwaan di atas benar, duit sebanyak itu boleh dikembalikan untuk memakmurkan rakyaat dan negara.

Agak ironi jumlah RM 3.0 billion itu hampir sama dengan jumlah kos kapal selam Scorpane milik TLDM yang selama ini dikaitan dengan komisyen dan pembunuhan Alantunya.

Apa kaitan harga Scorpane dan RM 3.0 billion yang dikaitkan dengan Anwar ini???

Balas dendam sebab dikaitkan dengan jumlah RM 3.0 billion ke???

Selain pertuduhan seks bebas dan luar tabii yang masih belum terjawab sepenuhnya, adakah pengundi2 Kajang sememangnya tidak kisah jika ADUN mereka dikaitkan juga dengan kecenderungan menyalah-guna kuasa dan pernah dikaitkan dengan pecah amanah RM 3.0 billion wang rakyaat???

Penulis sekali bukan mahu menuduh, tetapi bukankah lebih molek sekiranya segala pertuduhan2 tersebut dibersihkan terlebih dahulu....


4 Feb 2014

PRK Kajang - Bapa Ayam Lawan Pelaku Seks Bebas dan Luar Tabii ???


Betul ke ADUN PKR Hutan Melintang, Perak, YB Kesavan Subramaniam telah menghantar surat kepada Speaker DUN Perak untuk memberitahu bahawa beliau mahu keluar PKR serta-merta???

Mmmmm.....

Permaiannan politik di Malaysia ni tidak pernah "sunyi" ada aje perkembangan yang terbaru... Terutama bila nak dekat2 PRK.

Dah macam filem Tamil dan Drama bersiri Korea pulak....

Cuma yang menghairankan penulis bagaimana dakwaan pemimpin2 PR terutamanya DS Anwar Ibrahim yang bertali-arus dikaitkan dengan skandal seks bebas termasuk seks luar tabii, boleh ditolak mentah2 oleh penyokong2 tegar pembangkang....

Contoh paling jelas, bagaimana mungkin Dato' Nalla yang mengaku pernah menjadi "tukang supply perempuan" kepada DS Anwar tetap terpalit dengan gelaran "bapak ayam" sebaliknya DS Anwar tetap di lihat "bersih" malah' "suci lagi menyuncikan" oleh penyokong PR termasuklah Pas.

Dalam pada penyokong2 UMNO/BN terpinga-pinga bagaimana seorang yang dikatkan dengan skandal seks bebas dan seks luar tabii tetap diberi kepercayaan untuk memimpin parti pembangkang di Malaysia, malah merupakan calon PM ke 7 negara....

Rakyaat juga tertanya-tanya bagaimana seorang yang mengaku sebagai "bapa ayam" kepada DSAI boleh dianugerakan pingat kebesaran negara, juga telah dilantik menjadi YB Senator di Dewan Negara??? 

Malah dengarnya beliau dikatakan mungkin mewakili BN di PRK Kajang untuk menentang DS Anwar.

Rakyaat mungkin akan tertanya2 adakah "bapa ayam" dan pelaku seks bebas dan seks luar tabii memang semendapatnya tempat dalam politik di Malaysia??? Penulis tidak berniat untuk menuduh, tetapi itulah yang rata2 rakyaat sedang fikirkan.

Patutlah DSAI beriya2 mahu membuang perkataan, "para hakim mahkamah rayuan percaya kegiatan liwat sememangnya berlaku" daripada transkrip keputusan mahkamah, implikasinya memang besar. 

Ianya begitu memalukan negara selagi tidak dibuktikan sebaliknya. Setakat ini, transkrip keputusan mahkamah tersebut tidak mampu menghalang Anwar untuk terus menjadi calon PM komponen2 parti Pakatan Rakyaat.

Jadi selama2nya kah Bapa Ayam dan Pelaku Seks Bebas dan Luar Tabii akan menghiasi politik negara???


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3