bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

25 Feb 2014

Saman RM 2 Juta Ahli PKR Untuk Tutup Mulut TG Hj Hadi ???

AIDCNews – 25/2/14 – Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata isu saman yang dikemukakan calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Terengganu, Mohd. Shamsul Mat Amin ke atas Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh dielakkan dan dapat diselesaikan di luar mahkamah jika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu menyelesaikannya.
Zaid dilaporkan Utusan melahirkan kehairanan mengapa Anwar yang diangkat sebagai Ketua Pembangkang bertindak mendiamkan diri dan tidak mengarahkan Mohd. Shamsul menarik balik saman terbabit sehingga maruah Presiden PAS tercalar apabila diperintah mahkamah membayar saman berjumlah RM2 juta kepada calon PKR itu.

Menurutnya, fenomena ini menunjukkan kecelaruan dan perpecahan dalam kerjasama politik antara komponen pakatan pembangkang khususnya membabitkan PKR dengan Pas.
“Isu ini tidak harus dilihat secara sempit. Ini lebih besar iaitu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan yang serius di antara PKR dengan PAS. Dari segi moral tindakan wakil PKR di Terengganu menyaman Presiden PAS hanya menunjukkan kecelaruan dalam pakatan.

Web berkaitan klik sini.


Komen Isac;

Rasanya belum pernah terjadi dalam sejarah BN, ahli komponen parti menyaman presiden/pemimpin tertinggi kompinen parti yang lain.

Telah terang lagi bersuluh, bahawa ahli PKR langsung X hormat ataupun "tak umpamankan" Presiden Pas.

Adakah saman tersebut sebenarnya bertujuan untuk menakut2 Presiden Pas supaya beliau X berani mempertikaikan isu yang diperjuangkan Pas seperti Hudud misalnya???

Ataupun untuk mengelakkan Presiden Pas menuntut jawatan MB Selangor dari kalangan ADUN Pas???

Atau adakah supaya Presiden Pas terpaksa berharap bantuan kewangan daripada PKR untuk melangsaikan saman ataupun agar tuduhan tersbut ditarik-balik ???

2 comments:

  1. krisis air di Slangor sepatutnya sudah dapat diatasi sekiranya kerajaan negeri Selangor dibawah Mentri Besar Selangor Kalit Ibrahim dan Punaisehat Negeri Selangor Anwar Ibrahim.Punaisehat NegeriSelangor Anwar Ibrahim seorang yang dianggap world class leader dikalangan PKR sahaja. Nasihat Kerajaan Pusat diambil sepi oleh MB Selangor dan Punaisehat Selangor ...oleh kerana ego , sombong bodoh dan bodoh mengurus negeri Selangor krisis air berlaku di Selangor....Gaji MB Selangor naik 300% dan Gaji Punaisehat Negeri Selangor Rm1 tapi klaim elaun 15 juta setahun dan semua gaji adun naik 200% ...cukai perkhidmatan ,cukai Tanah dan cukai pintu naik 200% di Selangor tapi krisis air mencengkam rakyat Selangor....pada rakyat Selangor cukup2 lah kamu diperbodohkan oleh punaisehat negeri Selangor...Rakyat Kajang buka mata lu piker lah sendiri...

    ReplyDelete
  2. Bukan tak hormat Ydp pas,agaknya "Kerana mulut poket terkopak".Inilah kuasa Allah.Fikir-fikirlah sendiri.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3