bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Testimonial 7 naga - Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramu...

30 Apr 2013

Anwar Anak-beranak Iktiraf Melayu Murtad - Pas pun Masih Sokong???



Bukti2 lain dan rujukkan klik sini.

Bukti Anwar Menerima Semua Agama Sama Taraf/Pluralisma - Anda Tetap Sokong Beliau???


Bukti2 lain dan rujukan klik sini.

Bukti Anwar Sokong Homoseks!!! Anda Tetap Sokong Beliau???


Sumber dan bukti2 lain klik sini.
Sebelum in hiruk-pikuk pemimpin2 dan penyokong Pas kononnya DAP terima Islam sebab sanggup "guna logo Pas" dalam PRU 13 jika lambang Roket dan DAP diharamkan gara-gara menipu dalam pemilihan pucuk pimpinan parti.

Tup-tup pada Sabtu, Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez meminta masyarakat bukan Islam menilai risiko yang akan berlaku sekiranya mereka mengundi PAS.

Dalam erti kata lain jangan undi Pas.

Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan juga sependapat...

Daripada mahu menggunakan loga Pas kini tidak mahu undi pulak....

Ataupun adakah mereka sebenarnya telah muak dengan DAP juga??? Yang kuat berlakon dan menipu rakyaat???

Bayangkan sekiranya DAP jadi menggunakan logo Pas, maka penyokong2 DAP juga barang kali tidak akan mengundi calon2 DAP kerana mereka menggunakan logo Pas.

Satu Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mahafiraun dan Kronisme???

 
Ketahuilah Tun Mahathir iaitu orang yang kita pernah gelar sebagai Mahazalim dan tuduh mengamalkan Kronisme dan Nepotism itu tidak pernah membenarkan anak2 nya untuk menjadi wakil parti dalam PRU walaupun ketika itu anak2 beliau telahpun berjinak2 dalam politik iaitu Mukhzani dan Mukriz . Mahathir yang pernah menjadi PM Malaysia selama 21 tahun.
 
Mukhriz memenangi kerusi Parlimen Jerlun (P005) dalam PRU 12 (2008) iaitu hanya bertanding selepas ayahnya Tun Mahathir bersara sebagai PM pada tahun 2005.
 
Memang benarlah... Walaupun kita telah cuba yang terbaik, tetapi kita tidak akan dapat memuaskan hati semua manusia.
 
Ironinya mereka yang kononnya mengkritik beliau tidak segan silu mengamalkan nepotism.

Ustaz Azhar Idrus Nafi Fitnah Ulamak Umno Dapat RM 15 Ribu???



Sumber klik sini.

Hafsh bin Ashim meriwayatkan," Rasulullah bersabda, Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta, kalau dia menceritakan semua yang dia dengar".

Kita ni sekarang cuma bersandarkan kepada cakap2 ustaz....

Yang petah bercakap dan pandai buat lawak tu kita yang ingat bagus dan alim sangat...

Sebab itulah Islam menyuruh kita menuntut ilmu dan tidak beriktikad secara membabi buta...

29 Apr 2013

Anwar Mengalahkan Hindu???


Foto2 lain klik sini.

Mana Letaknya Hudud Jika Pakatan Rakyaat Menawan Putrajaya???



Cuma gula-gula???

Video bawah, apa kata DS Ir Nizar???




Perang Saraf - Pakatan Yakin Tawan Johor. Pengundi2 Johor Jangan Berpeluk Tubuh!!!




DAP mahu menakluki semua negeri2 terkaya di Malaysia.

Wajar buat rakyat Johor yang perihatin pada masa depan agama, bangsa dan negara untuk bangkit menentang mereka!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rafizi Bongkak??? - Cuma Ong Tee Kiat Yang Layak Lawan Saya


Mmmm.... bila Tee Kiat  tak tercalon dia kata beliau bersih...

Cuba kalau beliau tercalon... "sure" ada plak isu lain yang keluar...

Cuma penulis nak tanya... Takkan Gary Lim yang masih "hijau" tu pun ada kes jugak???

Sikitol Alaf Baru Berasal Dari Terengganu?

Jika empayar Melaka dijatuhkan gara2 sikitol berdarah India kacukkan...

Sejarah Melayu Baru dilihat cuba dijatuhkan oleh sikitol berdarah Melayu terengganu??? 

Kenyataan terbaharu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu bekerjasama dengan PKR dan DAP adalah untuk memecah undi Melayu.

Gara2 gagal merampas pucuk pimpinan negara dan sokongan Melayu/Islam, Pas kini sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa. Walaupun Islam, Melayu dan kestabilan negara menjadi taruhannya.

Jika ianya benar jelaslah Hudud selama ini hanyalah "gula2" Pas untuk mengabui mata kita semua.

Sumber klik sini.

Gempar!!! Lagi Pemimpin Kawasan Pas di Kelantan Kembali ke Pengkalan Jalan???


Oleh Ali Mat

PASIR PUTEH -- Bekas pengarah strategik Pas kawasan Pasir Puteh, Zakaria Yaacob hari ini mengisytihar sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal, Redzuan Stapha.

Zakaria, 71, berkata perjuangannya bersama Pas sejak 1990 sudah berakhir setelah mendapati Pas terkeluar daripada landasan perjuangan Islam.

Justeru, beliau berikrar untuk berkempen agar pengundi memilih Redzuan pada pilihan raya umum ke-13, Ahad depan.

Redzuan akan menentang calon Pas Tuan Mazlan Tuan Mat.

"Dahulu saya bertegang urat mempertahankan gabungan Umno dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) sebagai kufur namun tergamam dan terkunci mulut apabila Pas sendiri sewenang-wenangnya bersaudara dengan DAP yang secara terang menentang Islam," katanya ketika ditemui di Kampung Changgai di sini.

Zakaria berkata biarlah pemimpin dan penyokong Pas mencemuhnya selepas ini kerana beliau tekad melihat semua DUN dan Parlimen Pasir Puteh dimenangi BN.

Beliau turut merayu rakyat menyokong saranan beberapa tokoh agama yang pernah berjuang dalam Pas, supaya Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada arena politik berasaskan beberapa faktor termasuk kesihatan. 

Sumber klik sini.

28 Apr 2013

Bagaimana Jika Ada Ahli Pas Yang Tangguhkan Haji Meninggal Dunia???

X sempat nak buat haji walaupun nama dah naik...

Gara2 patuh arahan parti supaya menagguhkan haji...

Siapa yang nak menaggungnya???

Haji Hadi kah? Dr Harun Din Al Hafiz kah?

Atau Nik Aziz kah???

Menghadiri Pengkebumian TKP Datuk Shaharuddin Ibrahim Hanyalah Kempen Politik Buat Husam???

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas Datuk Husam Musa yang dalam ceramahnya di Presint 3, Putrajaya, malam kelmarin, mendakwa pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah KDRM, Datuk Shaharuddin Ibrahim ada kaitan dengan rasuah kerajaan.

Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu. 


Husam katanya patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara. 

"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai Kastam tersebut dengan rasuah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman di sini hari Sabtu.


Komen Isac;

Itulah cara Pakatan Rakyaat berkempen...

Mereka tidak mampu berbuat sesuatu untuk rakyaat, strategi kempen mereka hanyalah melemparkan fitnah2 jahat dan tidak bertanggung-jawab.


Calon Pas Utamakan Perpaduan Tolak Nik Aziz?

Calon PAS bagi Parlimen Tenggara, Mohd Said Jonit dan calon PAS DUN Pasir Raja, Lt. Kol (B) Nazari Mokhtar dah ikut rombongan calon Parlimen BN, Datuk Halimah Sadique dan calon BN DUN Panti, Datuk Baderi Dasuki. Sumber klik sini.

Calon UMNO DUN Kubu Gajah Perak Hasbullah Alias bersama calon Pas Nazri Din

Dia orang ni nak buat kerajaan perpaduan ke? Nak ganti Ustaz Nasha???
Nak kena buang ke???

Jasa UMNO - Dapat Juga Nik Aziz Bersolat Jumaat di Dalam Masjid Besi Putrajaya!!!


Nik Aziz hadir bersolat Jumaat (26/4/2013) di Putrajaya semalam untuk menunjukkan sokongan kepada Husam Musa.



Berbanding Pas yang cuma membina 3 buah masjid sepanjang pemerintahannya di Kelantan, Umno dilihat gigih membina surau2 dan masjid2 di segenap pelusuk negara.

Hudud Bagi Pas Hanyalah Umpama Umpan Untuk Meraih Undi???


Setiap kali nak pilihanraya ataupun ketika sokongan tterhadap Pas dirasakan telah agak kendur maka sandiwara memperjuangkan hudud tidak kembali dimainkan...

Sumber klik Antara Haji Hadi, Ayam dan Hudud | Terengganu Today

Published with Blogger-droid v2.0.10

27 Apr 2013

Nurul Izah Dah Naik Gila Atau Memang X Memperdulikan Papa Nya???



Kadang2...orang bijak pandai dan ada Master pun buat silap....


Ada ke patut, satu negara pun dah tahu Papa Gomo cuma gempak dan beliau dah disahkan X akan bertanding di Permatang Pauh. Borang pencalonan pun X hantar...

Pelik kan X kan siapa akan lawan Papa dia pun dia tak ambil "port" ???

Takkan sibuk sangat berkempen, sampai X sempat baca surat akhbar, blog dan media web? Tak tengok dan dengar berita TV/radio?

Adakah Izah memang X kisahkan Papanya "selamat" atau tidak???

Sumber klik sini. (Ceramah Perdana bertajuk ‘Pas For All’ di Putrajaya malam tadi)

Nurul Izah Dah Naik Gila Atau Memang X Memperdulikan Papa Nya????


Kadang2...orang bijak pandai dan ada Master pun buat silap....



Ada ke patut, satu negara pun dah tahu Papa Gomo cuma gempak dan beliau dah disahkan X akan bertanding di Permatang Pauh. Borang pencalonan pun X hantar...

Pelik kan X kan siapa akan lawan Papa dia pun dia tak ambil "port" ???

Takkan sibuk sangat berkempen, sampai X sempat baca surat akhbar, blog dan media web? Tak tengok dan dengar berita TV/radio?

Adakah Izah memang X kisahkan Papanya "selamat" atau tidak???

Sumber klik sini. (Ceramah Perdana bertajuk ‘Pas For All’ di Putrajaya malam tadi)

JAWI Anti Islam dan Cuba Sabotaj Husam di Putrajaya???

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyaman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kerana memfitnah jabatan itu telah memecat beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) sebuah surau di Putrajaya.

Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali pada sidang media di Putrajaya Jumaat, berkata, dakwaan itu yang dibuat oleh Husam di sebuah laman sosial  adalah tidak benar.

 “Pihak kami memang ada memanggil AJK surau berkenaan dan saya telah menasihatkan bahawa masjid dan surau adalah rumah Allah yang harus dijaga kesuciannya dan tidak boleh dinodai oleh sesiapa.


 “Saya juga mengingatkan mereka mengenai surat pekeliling yang saya edarkan kepada semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan pada September 2011 berhubung larangan masjid atau surau digunakan untuk tujuan politik.


“Saya tidak memecat sesiapapun. Kenyataan itu adalah satu fitnah. Saya sudah mengarahkan pegawai JAWI membuat laporan polis dan kami juga akan menyaman Husam,” katanya.



Komen Isac;

Bila semua nak dipolitikan inilah jadinya...Sebagai pemimpin parti Islam Husam sewajarnya tidak menuduh tanpa periksa ataupun cuba mengambil kesempatan...

Maklumlah beliau akan bertanding di Putrajaya...

Takut2 nanti bila dah disaman angkara keceluparan sendiri, JAWI pulak yang akan dituduh mensabotaj karier/peluang beliau di Putrajaya. 

Jangan tuduh JAWI anti Islam kerana Husam mewakili parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, sudah lah...

Penulis cuma nak tanya Husam apa jadi kepada projek kambing yang beliau ketuai beberapa tahun yang lalu dan dah berapa ribu ekor yang berjaya dihasilkan? 

Nik Aziz Lancar kan Surat Sokongan Palsu Yusof Qardawi di Putrajaya???



Sebelum surat sokongan  "palsu" Yusof Qardawi terhadap  Anwar itu dilancarkan. ..Dato YB Zul telah pun menjangkakan ianya akan dsebarkan....

Adakah TG Nik Aziz yang diterima sebagai ulamak besar oleh penyokong2 Pas tetlebih dahulu telah menyemak sesahihan surat tersebut???


Published with Blogger-droid v2.0.10

3 Calon YB Pakatan Dalang Pencerobohan Pengganas Kiram Bakal Didakwa Sebaik Tamat PRU 13???



ALOR SETAR - Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.  

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.   "Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.

Sumber klik sini Nasional - Sinar Harian

Bayangkan apa yang akan berlaku jika mereka berjaya merampas Putrajaya nanti.

Dah macam cetita Zoro masa penulis kecik2 dulu...

Published with Blogger-droid v2.0.10

26 Apr 2013

Nik Abduh dan Jamalul Kiram III - Diarahkan Allah Untuk Merampas Sabah dan Putrajaya???

Lain macam aje bunyinya...

Dah macam dapat "wahyu" lah pulak.... Tapi X mengaku jadi nabi mahupun rasul....

Kalau mengaku senang kita nak "menjatuhkan hukum"...

Adakah mereka mendapat ilham ataupun karamah sebagaimana Wali2 Allah s.w.t. ???

Tingginya martabat dia orang ni???

Tapi takkan wali Allah menganjurkan kepada perpecahan sesama saudara se Islam???

Rujukan klik sini.

Gempar!!! DAP Terima Logo Pas Sebab Pas Tidak Islamik???

Nik Aziz dan majoriti pemimpin2, penyokong2 dan ahli2 Pas merasakan kesediaan DAP untuk menggunakan logo parti mereka dalam PRU 13 sebagai kesediaan DAP untuk menerima Islam...

Macamlah penerimaan penggunaan logo mereka salah satu dari Rukun Iman...Rukun Iman Ke "Tujuh"???

Kenyataan terbaru Karpal membuktikan bahawa mereka menerima Pas tetapi masih menolak Islam. 

Dalam kata lain mereka pasti bahawa Pas tidak seislam mana... Sebab itulah mereka boleh menerima Pas... 

Buktinya Pas "memutuskan" tali persaudaraan sesama Islam. Itu bukan ajaran Islam...

Pas mengunakan taktik caci-maki, fitnah dan tohmah dan umpat-keji dalam kempen dan ceramah mereka. Itu juga bukan cara Islam.

Walaupun mengistiharkan Pas parti Islam, akhlak dan tingkah-laku sesetengah pemimpin2 nya juga diragui...

Artikel berkaitan klik sini.

Asal Lucah dan Seks Salah Umno/BN ???



Nak salahkan siapa???

Dalangnya ada di sini.

PRU 13- Berhemahnya Penyokong2 Pakatan Rakyaat???

Jurukamera kena sergah sehingga meninggal klik sini.

Penyokong Umno kena pukul klik sini.

Bilik gerakkan Umno kena bom klik sini. dan sini

Blogger Pro Umno disabotaj??? klik sini.

Dan bermacam-macam lagi...

Cubaan Merampas Putrajaya???TKP Kastam Ditembak Mati di Putrajaya!


Sumber klik sini Semasa - Sinar Harian
PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini.

Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya.

Selama ini ada pihak2 yang meracuni pemikiran rakyaat supaya membenci pihak polis. Uniform pegawao kastam pula tiada banyak bezanya...

Mungkinkah ini hasil kerja pihak tertentu yang cuba "merampas" Putrajaya???

Innallillah. ...Alfatihah. ..


Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada Tempat Untuk Pejuang Islam Tulen Dalam Pas???

BEKAS Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (kiri) dan Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali (kanan) berbual semasa hadir pada majlis taklimat dan pemakluman draf asas memorandum kepada Majlis Raja-Raja berhubung isu "Pertahankan Kesucian Nama ALLAH" oleh Sekretariat mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMAJan 30, 2013 4:22 pm

Mengapa kedua2 pejuang ini "diketepikan" daripada parti dan terpaksa menggunakan NGO untuk mempertahankan Islam???


Masih bolehkah Pas mendabik dada mengaku bahawa mereka parti yang memperjuangkan Islam???

25 Apr 2013

Antara UEM "Gadai" Tanah Kepada Robert Kuok Dan Dosa Guan Eng Kepada Rakyaat Pulau Pinang!!!

Guan Eng yang mendakwa kononnya kerajaan DAP negeri Pulau Pinang di bawah pimpinannya kononnya lebih "telus" telah menjual tanah kerajaan di Bayan Mutiara kepada Ivory Properties cuma pada harga RM240 kaki persegi secara "direct deal" atau pun rundingan terus kepada pemaju tersebut.

Seperti akan terlupa apa yang telah dibuatnya di Pulau Pinang, beliau mendakwa RM334 sekaki persegi yang dibeli oleh Robert Kuok adalah terlalu rendah...

Pelik bukan? Di Pulau Pinang yang tanah lebih terhad, RM240 sekaki persegi mereka katakan tinggi, sebaliknya tanah di Nusajaya yang merupakan bandar baru, RM334 sekaki persegi dikatakannya murah!!! Mereka dakwa tanah milik UEM Berhad (UEM) itu sepatutnya dijual pada harga RM720 sekaki persegi.

Mengapa Guan Eng mahu bersusah payah memikirkan perihal tanah milik syarikat konglemerat bumiputera yang kononnya dijual pada harga yang murah sedangkan beliau sendiri telah menjualkan tanah2 milik kerajaan negeri ataupun rakyaat Pulau Pinang pada harga yang lebih murah???

Samada Guan Eng terlupa hakikatnya beliau telah menjual tanah di Bayan Mutiara pada harga terlalu murah... Ataupun beliau sebenarnya mengakui, bahawa negeri Johor sebenarnya lebih selamat berbanding Pulau Pinang buat rakyaat asing jestru tanah di Nusajaya pun sepatutnya jauh lebih mahal daripada Pulau Pinang. Guan Eng Akhirnya Mengaku Johor Lebih Selamat Berbanding Pulau Pinang???

Adakah ini juga bermaksud tindakannya memburuk2kan negeri Johor di luar negara dahulu sebenarnya dilakukan atas sebab sifat dengki dan cemburu beliau terhadap kemakmuran negeri Johor.

Sumber klik sini dan sini.

Bukti Ahli-ahli Pas Sudah Mula Menolak TG Nik Aziz???


Inilah yang sepatutnya... Muslim are brothers.... Even all human kind also are brothers... We are from the same root... Adam and Eve... 

Tapi Nik Aziz yang sememangnya mendedami Umno sehingga pernah melebelkan mereka kafir pasti tak akan suka penyokong2nya mesra BN. Artikel berkaitan klik sini.


Nik Aziz - Jika PR Menang Pas Tetap Laksana Hudud???


Cakap boleh lah... Ianya tidak pernah dipersetujui oleh pucuk pimpinan PR, macam mana nak laksanakan...

Pas pun cuma bertanding 70 kerusi berbanding 222 kerusi Parlimen. Kalau mengikut rekod yang lepas2 mereka cuma memenangi kurang daripada 25 kerusi.

Jadi inikah yang dikatakan Pas "menipu" untuk PRU dibolehkan demi untuk memenangi undi???

X tahu lah... Tapi bagi penulis, apa guna berjanji jika kita tahu ianya tidak boleh dilaksanakan...
Tidakkah itu menipu namanya???

Gempar!!! Fitnah Jahat Pakatan Rakyaat Terhadap SPR Di Hari Penamaan Calon Terbongkar???


Kalau anda lihat dengan teliti diniatkan lillah hi taala untuk mencari kebenaran, Kedua2 banner ini sebenarnya adalah banner yang sama. Lihat betul2...

Liuk bentuk foto tersebut ditiup angin adalah sama dan sebenarnya kedua2nya adalah gambar yang sama. Cuma satu kecil dan satu besar... 

Lihat pula banner atas "top left" (bulatan merah) apasal ada bekas pokok seperti kena edit??? Ada pulak kabel sekali. Kaki banner besar sebelah kiri itu tidak jejak ke tanah.  Pelik kan??? Kaki banner tergantung!!!

Yang bawak sepanduk kecil tu pulak... Kaki  sepanduk X sama panjang....Pernah jumpa orang bawak sepanduk macam tu??? Kan X setabil...

Jestru penulis percaya ia juga adalah foto menggunakan teknik "C & P".

Standard pengeditan foto ni baik sikit daripada foto yang diedit oleh Tian Chua untuk mengaitannya dengan dengan Altantunya...Foto bawah;


Sedihnya orang2 Melayu yang kononnya mahu memperjuangkan Islam percaya hidup2 fitnah2 sebegini yang sengaja dibuat untuk memancing simpati dan undi mereka....

Kononnya nak fitnah SPR X ambil tindakan...

Pas Parti Islam Yang Kita Ketahui???

Bila DAP herdik mereka terus menikus....

Isu jual arak di permis dalam kawasan majoriti Melayu, murtad, kalimah Allah Hasan Ali dipecat.

Anwarisma dan Firaun2 kecil... Dato' YB Zul dipecat.

Perpaduan Melayu/Islam Ustaz Nasha digugurkan dari Majlis Syura Pas.

Pertandingan bertindih di kawasan milik tradisi Pas oleh PKR, Pas perlu mengalah???

Langsung X "berdetik" bila dibentak, "listen, listen, listen".

24 Apr 2013

Lagi Usaha Fitnah SPR??? Siapa Yang Menangguk Di Air Yang Keroh???


Artikel penuh klik sini.

Hai macam cara nak menang punya pasal...

Harap pihak polis boleh menyiasat siapa kah dalang nya...

Karpal Marahkan Mat Taib Kerana Sindir Anwar???

Yelah...
 
Apa Karpal Ingat jika Anwar X dipecat dan beliau dapat jadi PM dia akan bersama2 dengan Karpal dalam PR???
 
Bagaimana pula dengan Chua Jui Meng???
 
Bagaimana pula dengan Kadir Seikh Fadzir?
 
 
Bagaimana pula dengan Jeffry Kitingan, Musli Oli, Dato Lajim Ukin, Dato Wilfred Bumburiang, Dato Yahya Lampong, Aspan Alias, Dato Ariff Sabri, Hatta Wahari, Zairil Khir Johari, Tamrin Ghaffar dan lain2...
 
Adakah Karpal ingat mereka ini ikhlas menyertai PR???

Hadi Galakkan Bukan Islam Pura-pura Masuk Islam Demi Politik???


Bila beliau mengatakan PM perlu Islam... Ianya tiada bezanya dengan dasar yang diamalkan oleh Umno....

Tapi jika cuma PM Islam... Takut nanti akan hanya jadi PM boneka pulak...Semua portpolio penting bagi kat orang lain....

Lepas tu bila dia kata kalau bukan Islam nak juga jadi PM kena masuk Islam.... Ini macam X betul.... Ini konsep "Perjanjian Hudaibiah" ke???

Tap pulak Rasulullah offer Abu Sufian kalau beliau nak jugak jadi Khalifah, soh dia masuk Islam....

Pelik lah TG ni....


Lagi Perbuatan Khianat Menjelang PRU 13! !!


BILIK Gerakan Barisan Nasional (BN), Parit 9, Sungai Leman, Sekinchan nyaris terbakar dipercayai dibaling bom petrol kira-kira jam 4 pagi tadi. - Foto Roslin Mat TahirApr 24, 2013 9:55 am
Published with Blogger-droid v2.0.10

DAP dan Pas Menggunakan Modus Operandi Yang Sama, PKR Bila Lagi???

2008, foto nik aziz  sedang berdoa dan menangis diedarkan dengan berleluasa kononnya Umno/BN sedang menghimpit , menekan dan menggunakan pendekatan  yang kejam untuk "merampas" Kelantan daripada Pas. Hasilnya Kerajaan Negeri Pas dapat dikekalkan.

2013, Apabila Kit Siang menyedari anaknya telah melakukan "kesalahan besar" kerana memburuk-burukkan negeri Johor sebagai tidak selamat buat pelancong2 asing ketika dia berada di luar negara. Kit Siang memerlukan talian hayat kerana ketika ini beliau bakal bertanding di Gelang Patah Johor. Cara terbaik adalah dengan "menangis" untuk meraih simpati pengundi2 Cina kononnya SSM dan SPR sebagai talibarut Umno/BN bakal mengharamkan DAP apabila keputusan pemilihan pucuk pimpinan DAP yang baru lalu dilihat seperti "diatur" apabila beberapa keputusan telah ditukar dengan alasan "silap kiraan" sebagaimana alasan yang dinyatakan oleh Guan Eng sendiri..

Apabila kedua2 "figure" Pas dan DAP ini dilihat berjaya dengan "lakonan" mereka, penulis tertanya2 bila pula giliran DS Anwar untuk menangis???


Gempar!!! Ceramah Anjuran BN Nibong Tebal Telah Dibom ?


PENYOKONG Barisan Nasional (BN) bahagian Nibong Tebal memerhatikan kesan letupan di perkarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di sini malam tadi. Dalam kejadian berkenaan seorang petugas pengawal keselamatan cedera akibat terkena bahan letupan di kawasan ceramah anjuran BN itu. - Foto Asman Ibrahim Apr 24, 2013 1:40 am


Komen Isac;

Bahaya ni...Kempen PRU di Malaysia telah memasuki fasa "ganas"???

Kalau ditanya kepada Tian Chua, tentu dia akan kata, "Ini sandiwara UMNO".

Ironinya, PKR yang sebenarnya selalu melontar bom asap untuk mengalih isu2 yang tidak memihak kepada mereka!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bagaimana Jika PR Diistiharkan Menang Dalam PRU 13 - SPR Pula Umum Silap Kiraan???

Kalau DAP yang buat.... X apa....

Orang Cina boleh terima....

Pemilihan DAP, Guan Eng kata "silap kira" beberapa     calon yang sebelumnya diistiharkan menang, ditarik balik.

Bila buat belanjawan, Guan Eng kata "silap taip/typo error"...

Tapi kalau agensi2 kerajaan yang majoritinya dianggotai oleh orang2 Melayu...

Jangan kata jika "buat kesilapan", tak buat silap pun mereka kata agensi2 kerajaan semuanya "barua Umno".

Itulah sifat liberal dan tidak berasaskan perkauman yang diamalkan oleh DAP!!!

Ironinya apabila pemimpin2 DAP ini memalu gendang.... Pemimpin2 Melayu/Islam dalam Pas dan PKR yang terlebih menari!!!

Anda masih nak kata DAP bukan anti Melayu???

23 Apr 2013

Kalau Diikutkan Kepada Raut Wajah Pengundi2- Boleh Menang Ke?


Sumber klik sini.

Mahfuz Omar Calon PM Jika Pakatan Memenangi PRU 13?


Opps...X kan lah percaya kot...

Kalau benar2 mesti ramai yg akan cemburu.

Cuma pastinya penyokong2 dan pemimpin2 DAP akan kecewa...


Published with Blogger-droid v2.0.10

Mampukah Ketua Puteri Segamat Mempertahankan DUN Buloh Kasap???


Hajah Norshida binti Ibrahim bakal mempertahankan kerusi BN yang dahulunya dimenangi dengan majoriti 4466. Lawan beliau nanti adalah seorang peguam Firdaus Masod yang akan bertanding dalam PRU buat kali kedua atas tiket Pas.

Walaupun pertukaran ini baik, iaitu memberikan peluang kepada pemimpin pelapis apalagi  penyandang terdahulu iaitu Datuk Othman Jais telah tercalon dan mempertahankan DUN Buloh Kasap selama 5 penggal. Tetapi meletakkan seorang yang agak "mentah" untuk bertanding dengan Firdaus bukanlah suatu tugas yang mudah.




Walaupun majoriti kemenangan dalam PRU 12 agak tinggi, tetapi sokongan terhadap PR tidak boleh dipandang ringan apa lagi jika dilihatkan kepada ramainya pengunjung2 yang datang pada malam 14/4/2013 di mana TG Nik Aziz sepatutnya hadir dalam siri ceramah politik PR di Kg Abdullah, Segamat baru-baru ini. 



Jestru kepada jentera BN daripada 13 gabungan partinya perlulah bekerja lebih keras untuk mempastikan kemenangan calon BN ini. Kepada bakal YB muda Hajah Norshida binti Ibrahim, janganlah lupa kepada mereka yang menyokong anda apabila berjaya kelak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3