bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Apr 2013

Jika Pas Benar2 Perjuangkan Islam Mengapa Semakin Ramai Umaknya Tinggalkan Parti???


ALOR SETAR: Tindakan ramai ulama PAS meninggalkan parti itu membuktikan PAS kini telah jauh tersasar daripada tujuan asal penubuhannya. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, berkata kesalahan besar PAS ialah kerana berkawan dengan DAP yang jelas menolak Islam. 
"Nasib orang Melayu menjadi lebih malang apabila PAS bekerjasama dengan DAP yang jelas menolak Islam dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui pakatan pembangang.


"Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) hendak mempergunakan DAP untuk tawan Putrajaya," katanya berucap di hadapan kira-kira 10,000 orang di pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) Parlimen Pokok Sena di Hutan Kampung, dekat sini, malam tadi. 

Dr Mahathir berkata DAP akan terus dengan agendanya hendak mendominasi dan memerintah negara ini, dan parti itu tidak seperti MCA dan MIC yang mahu berkongsi kuasa dan bekerjasama dengan Umno dalam menubuhkan kerajaan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3