bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Tips untuk berjaya - Sambil-sambil 'berwhatsapp' (istilah yang guru BM saya tidak pernah ajar) dengan rakan-rakan lama tiba-tiba terkeluar isu kedai milik Melayu yang perlu d...

15 Apr 2013

Mendengar Denyut Nadi Rakyaat, "1/3 Calon Parlimen dan 50% Calon DUN BN Adalah Muka Baru"!!!


KUALA LUMPUR, 15 April — Barisan Nasional (BN) akan meletak ramai muka baru dalam menghadapi pilihan raya paling sengit kali ini, di samping beberapa menteri digugurkan antaranya Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, kata satu sumber.

The Malaysian Insider difahamkan BN akan membariskan muka-muka baru sebanyak 50 peratus daripada 505 kerusi negeri yang dipertandingkan dan satu pertiga daripada 222 kerusi Parlimen untuk menghadapi pilihan raya umum 5 Mei ini.

Menurut sumber, perubahan calon BN ini adalah yang paling drastik dalam sejarah sejak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan mandatnya pada 1982.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menulis di akaun Twitternya dengan berkata “1/3 calon Parlimen dan 50% calon DUN BN adalah muka baru.”

Dalam pada itu, parti komponen BN akan membuat pengumuman senarai calon hari ini manakala pengerusi perhubungan negeri pula akan mengumumkan senarai penuh pada esok hari.

Sebelas peratus daripada calon BN pada Pilihan Raya 2013 adalah wanita, kata sumber lagi.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini menyerahkan senarai penuh calon kepada parti komponen dan pengerusi perhubungan negeri parti pagi ini.

Sumber klik sini.


Komen Isac:

Syabas DS Najib dan barisan kepimpinan BN!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3