bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Dec 2015

Berniaga Online - Jika Pensyarah Berkelulusan PhD Boleh, Mengapa Anda Tidak???



Cadangan Dato' Ahmad Maslan Dan MITI ada benarnya.

Dalam iklim ekonomi yang mencabar, kita juga selain merungut ada baiknya membuka minda dan mengambil peluang terhadap rezeki yang terhidang. Dalam ekonomi dunia yang dinamik di mana ada masalah di situ juga terdapat peluang terhidang dan peluang untuk diteroka dan dimanipulasi ataupan untuk kita mengambil faedah daripadanya.

Berniaga online misalnya, jika tidak dicadangkan oleh Dato Ahmad Maslan pun telah ramai yang menceburinya. Dari mereka yang berniaga secara tetap mahupun yang berniaga secara "part time". Ianya  telahpun menjadi "trendy" dalam masyarakat Malaysia dan ramai yang telah menceburinya daripada surirumah, pekerja pejabat malah pensyarah berkelulusan PhD pun ada yang menceburinya.

Jutawan perniagaan online seperti Irfan Khairi juga bukanlah suatu nama asing bagi rakyaat Malaysia...

Jestru pada pandangan penulis tawaran MITI yang mahu memberikankan bantuan dengan memberikan krusus dan khidmat nasihat sewajarnya peluang ini direbut dan bukannya dicerca dan ditolak mentah2.

Janganlah semua benda mah dipolitikkan....

Daripada menyebar berita palsu dan fitnah di media2 baru....berniaga online dapat juga menambah pendapatan keluarga.




24 Dec 2015

Siapa Taja Mahfuz Bayar Saman RM 200k ?



Siapa yang tolong Mahfuz bayar saman fitnah RM 200k?

Jika duit sendiri, mana sumbernya?

Hasil menabung?

Guna dana politik?

Ada penaja?

Kesihan org politik, duit habis bayar saman....

Sumber klik http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/fitnah-mahfuz-kena-bayar-dr-hassan-ali-ganti-rugi-rm200000.html

21 Dec 2015

Tolak Kerjasama Pas dan Umno Maksudnya Menyokong DAP?



Jika anda menolak kerjasama ini....

Bererti anda bersedia menerima DAP memrintah negara dan sama lah seperti rakyaat Palestin menerima Israel dan dalam masa yang sama membiarkan Gaza diganyang Zionis.

19 Dec 2015

DAP Tolak Dasar Kerajaan, Tapi Galakkan Orang Cina Tuntut BR1M???

Semua dasar kerajaan X betul....

Bagi duit ambil......

Malah ada orang kata ramai orang berketurunan Cina yang ambil BR1M ni sebenarnya berpendapatan lebih RM 3000 sebulan....

Pakai kereta besar2....Maklumlah bekerja sendiri X ada pay slip....

Kalau X istihar dengan income-tax, X bayar cukai pendapatan....

Siapa nak tahu, ya tak????

Sumber klik sini.

Sepatutnya jika DAP benar2 perjuangkan rakyaat dan "kisah" harta negara...Mereka perlu menjadi warganegara yang bertanggung-jawab dan membawa perkara ini kepada pihak yang berwajib.

18 Dec 2015

Casino Baru di Johor Realiti Atau Fitnah???


Macam2....cerita sekarang ni.....

Selalunya cerita tu mcm "ye..ye...orr...." aje.....

Sampai kita tak X tahu....betul ke fitnah....

Penulis cuma mampu berdoa....agar perkara tersebut X akan berlaku....

Yang dekat Genting tu pun kalau boleh kita nak buang....Tak kan.....nak tambah satu lagi....

Harta dari hasil yang haram X ke mana....Percaya lah pada Allah s.w.t.

Lagipun X kanlah cuti hujung hujung minggu dari hari Ahad dah ditukar kepada hari Jumaat di Johor....Tup..tup ....tertegak pula casino di Johor, gara2 X mahu wang penjudi2 mengalir ke casino baru di Singapura???

Sumber klik sini.

17 Dec 2015

Mengapa Perjanjian Tun M Dengan Syarikat Konglemerat Berat Sebelah???



Ini baru YTL dalam kes ERL.

Bagaimana pula dengan konsessi2 lebuhraya?

Pemilik konsessi IPP2.....

Prasarana terpaksa mengambil-alih Putra, Star dan Monorail yang asalnya projek penswastaan di era pemerintahan Tun M.

Malah banyak "bailout" yang dilakukan oleh Tun M di zamannya. Antaranya klik sini.

Samada pendekatan Tun M benar atau salah...Tetapi bahangnya sedang dirasakan oleh kita semua...

Agak ironi PM yang kononnya terhebat dalam sejarah Malaysia sebaliknya dilihat lebih banyak mengutamakan kroni berbanding rakyaat....

Sumber klik sini.

16 Dec 2015

Tun M Peroleh Derma RM 1.196 Trilion ???


Wow!!!

Semua PM Umno ni dapat dana billion2 ke?

Lagibtuduhan tanpa bukti???

X ada pulak pegawai bank atau pegawai bank negara yang nak dedahkan bukti???

Ya lah transaksi akaun peribadi PM pun ada yang dedahkan.....Walaupun mendedahkan butiran tranksaksi dan akaun peribadi seseorang, pelaki boleh dihukum penjara....

Tuduhan RM 42 Billion lesap disebabkan salah-lakupun sehingha ini  X disertai dengan  sebarang bukti!!!

Kalau beginilah caranya politik Malaysia....

Cuma main tuduh2.....

Mampus lah.....Negarawan seperti Tun M sepatutnya memberikan contoh yang baik....

Sekarang dah kena kat batang hidung sendiri macam mana???

Jangan jadi seperti ketam...yang mengajar anaknya berjalan lurus.

Sumber klik sini.

15 Dec 2015

Sarawak Report Fitnah Rosmah Pula???




Majils beramah-mesra dengan wakil2 kelab UMNO di luar negara yang hadir PAU pun difitnah kononnya Rosmah mempengerusikan program parti...

X kan lah....bagi chance org datang dari jauh berjumpa dengan isteri PM pun salah....Kalau tengok foto tu...wakil2 pelajar tu pun kebanyakkanya wanita....

Apa lah   Sarawak Report ni....

Itu pun orang percaya....

Sumber klik sini.

14 Dec 2015

GST Bagus Untuk Negara Tetapi Kerajaan Berlaku Zalim Pada Golongan Pertengahan???

GST tu memang bagus, terutamanya untuk mempastikan para peniaga membayar cukai perniagaan, para pengusaha "black economi" juga tidak terlepas tetapi sepatutnya cukai pendapatan buat golongan pekerja dikurangkan atau dimansuhkan sama-sekali.

Sebab dalam pengamalan yang dilakukan sekarang kita sebagai pembayar cukai terasa seperti dikenakan cukai 2 kali. Seolah2 dianak-tirikan oleh keraaan.

Bayangkan jika pendapatan kita selepas ditolak pengencualian utk diri sendiri, isteri, anak2 dll. adalah RM 100k, cukai pendapatan 11.9% adalah RM 11.9k, bakinya adalah RM 88.2k.

Lepaa tu setiap kali berbelanja dan berurusan dengan syarikat yang mempunyai perolehan RM 500k setahun kecuali untuk barangan makanan kita akan dikenakan pula cukai GST 6% bagi setiap pembelian.

Kerajaan nak tangkap peniaga X bayar cukai tetapi rakyaat golongan pertengahan yg "kena"!!! Kena tax 2 kali!!!

Berlaku ketirisan subsidi petrol, ketjaan hapuskan subsidi petrol rakyaat pertengahan juga yg kena...

Kerjaan nak elakkan penyeludupan barangan keperluan seperti tepung, beras bersubsidi, gas LPG, minyak masak dll...di sempadan negara rakyaat golongan pertengahan juga yg akhirnya menjadi mangsa.....subsidi ditarik-balik....



Bayangkan sudahlah subsidi banyak dihapuskan tetapi  dicukai dua kali!!!

Kerajaan perlu berbuat sesuatu jika tidak mahu kehilangan sokongan daripada golongan pertengahan!!!

13 Dec 2015

Pandainya.....Cepat Betul Guan Eng Ni Belajar!!!



Beliau tahu foto Allahyarham TG Nik Aziz bersarapan nasi berlauk di warung menjadikan TG semakin dekat di hati pengundi2....kerana sifatnya yang rendah diri.....zuhud....

Beliau tahu foto DYMM Sultan Johor bersarapan mee di warung menjadikan DYMM Sultan semakin dekat di hati rakyaat....


Apapun rakyaat dan pengundi2 kenal yang mana satu berlakon dan yang masa satu ikhlas.....

Mereka kenal siapa Guan Eng yang sebenarnya!!!

Jangan sesekali tertipu dengan lakonan beliau sebagaimana orang2 Melayu Singapura tertipu dengan lakonan hebat Lee Kwan Yew.




Sekali tu aje lah pakai songkok....

Dah menang haram....

Presiden Melayu pun sekali tu aje lah....



11 Dec 2015

Taja Melayu Liberal - Sahkan Kenyataan Najib Orang Melayu Perlu Tolak DAP???




DS Najib dalam ucapan pembukaan PAU menegaskan bahawa orang Melayu cuma ada 2 pilihan iaitu BN yang ditunjangi oleh UMNO ataupun  PH yang ditunjangi DAP.

Siapa yang kononnya mendakwa bahawa DAP tidak boleh memerintah Malaysia sila lihat bagaimana DS Ir Nizarudin telah menjadi MB pertama boneka keada DAP di Perak sekitar tahun 2008-2009 yang lalu.

Bahkan dengan pendekatan DAP yang sejak akhir2 ini mengrekrut Melayu2 Liberal untuk menyertai mereka, jangan terperanjat jika Melayu masih berpecah-belah, suatu hari nanti kita akan mempunyai PM Melayu daripada parti DAP. Tapi PM boneka lah....

Jika tidak mempunyai kepentingan peribadi, mengapa Guan Eng beriya2 sangat menaja aktiviti Melayu Liberal yang ditolak oleh majoriti Melayu/Islam Malaysia???

Sumber klik sini.

10 Dec 2015

Boleh ke Najib Menongkah Arus???


Macam kata DS Najib....Dia selama ini terlalu baik....taat kepada ketua, X menjatuhkan orang lain waima dengan musuh2 yang X henti2 mefitnah beliau pun beliau sentiasa boleh bersabar....Sifat yang mungkin diwarisi daripada moyangnya yang lebih rela  membawa diri ke Pahang gara-gara X mahu berbalah dengan kaum kerabatnys disebabkan berlaku pertelingkahan akan siapakah yang lebih layak menjadi Raja Gowa di Sulawesi walaupun beliau merupakan calon utama.

X menghairankan sifat lembut dan tidak sukakan perbalahan juga pendekatan yang digunakan oleh DS Najib selama ini.

Dalam suasana politik sekarang, berlembut terhadap musuh sering kali dianggap sebagai lemah, lihat sahaja fitnah yang bertali-arus yang telah dilemparkan bukan sahaja ke atas batang tubuh DS Najib malah terhadap isteri dan keluarganya ianya X pernah reda.

Jika dahulu serangan datang dari luar tetapi kini apabila kedudukan pembangkang kelihatan berpecah dan agak lemah, sesetengah pemimpin2 Umno juga sedang cuba untuk menangguk dia air yang keroh.

Harapan penulis agar DS Najib tabah di dalam menghadapi badai yang melanda...Apa pun beliau perlu lebih tegas di dalam menghadapi kemelut yang melanda dan jangan teragak2 dalam mengambil tindakan dan mengenali siapa kawan dan siapa lawan.

Jangan teragak2...untuk menyaman mereka yang memfitnah beliau ataupun di dalam mengambil tindakan terhadap musuh2 di dalam selimut.

Tetapi sebagai seorang "putera raja" yg berhati lembut dan mulia, boleh kah beliau bertindak sebagaimana Tun Mahathir "menyingkirkan' musuh2 politiknya dari luar dan dalam Umno selama lebih dua dekat??

Mudah2an sahaja situasi semasa menjadi "pengajaran" yang berguna buat DS Najib.

Sumber klik;http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/no-retreat-no-surrender-ucapan-perasmian-pm-pukau-perhimpunan-agung-umno.html

Saranan Kumpulan G25 Halalkan Khalwat Bukti Umno Tolak Hudud???



Itu provokasi mereka yang takutkan akan berlakunya penyatuan UMNO dengan PAS!!!

Alasan mereka senang....

Kerana kumpulan G25 dianggotai oleh VVIP yang pernah menjawat jawatan2 tertinggi di dalam perkhidmatan awam....maka mereka ini adalah orang UMNO.....

Satu lagi sebab mereka ni ada title Dato' dan Datin2....Macam lah orang2 PAS, PKR, PAN waima DAP X ada yang mempunyai title2 tersebut....

Mudah sungguh alasan dan bukti2 yang mereka kemukakan  untuk menyalahkan UMNO....

Hakikatnya inilah yang membuktikkan UMNO/BN tidak bersikap pilih-kasih di dalam melantik warganegara Malaysia ke jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam kerana UMNO/BN tidak melihat kepada kecenderongan politik seseorang.

Tetapi mungkin itulah juga sebabnya rahasia2 kerajaan selalu bocor......

dan digunakan untuk bahan politik pembangkang....

8 Dec 2015

Sibuk Nak Jatuhkan Najib, MuhyiddinTerlupa Nak Berkabung???


Terlupa agaknya....
Jestru...X perlulah nak kempen rakyaat Johor wajib sokong TS Muhyiddin.....yang kononya ditindas....

Jika beliau di pihak yg benar X ada masalah jika siapa pun nak sokong....Tapi X perlulah salah gunakan semangat kenegerian....

Yg jelas dalam keghairah TS Muhyiddin menjatuhkan DS Najib beliaupun terlupa sebagai anak Johor apa lagi pemimpin besar dan disegani dari negeri Johor...beliau sepatutnya sedang berkabung...kerana kemangkatan Tunku Laksamana Johor....

7 Dec 2015

Selepas Singkirkan PAS Kini DAP Bakal Singkirkan PAN Pula???



Sebabnya DAP kini mempunyai ramai calon Melayu untuk di ketengahkan dalam PRU 14 nanti.....

Jadi buat apa nak "bela" Parti Amanah Negara" lagi.....ramai bekas boss2  penjawat Awam yang senada dengan DAP???

Sumber klik sini.

4 Dec 2015

Pulau Pinang Perlukan Ketua Menteri Baru Untuk Selesaikan Isu Banjir???


Guan Eng dah "surrender" dan dia mengaku bahawa X dapat selesaikan isu banjir.... Klik sini.

Atas tu pulak propaganda bodoh pada tahun 2014, daripada mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar yang kini merupakan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik, yang membuat dakwaan 40 tahun banjir, selesai dalam 9 bulan.  Sumber klik sini.

So apa lagi???

Lantik aje lah Ng Wei Aik jadi KM baru!!!

3 Dec 2015

Makan Elaun Buta!!! - Pakatan Harapan Tidak Serius Tolak Budget 2016???


Konon nak sabotaj budget.....

Kali pertama gagal....Pas berkecuali....kecuali 3 orang yang membelakangkan parti...


Lepas tu masa undi selepas sesi penerangan/pembentangan/perbahasan diparlimen.....cuma 18 aje yang mengundi???

Yang lain mana??? DAP 37, PKR 29 dan Amanah 6???

Makan elaun wakil rakyaat buta ke???

Sumber klik sini.

2 Dec 2015

37 Ribu Tandatangan Bebaskan Anwar Termasuk Sokongan Penganas Kiram???




Pertama......Kempen utk mengutip sejuta tandatangan terbukti gagal.....

Kedua.....Mana pergi 300 ribu ahli PKR ??? X nak tandatangan utk sokong Boss ke???

Walaupun 37 ribu tu jumlah yang jauh tersasar daripada sasaran kempen....X kan itu pun dah termasuk undi/tandatangan daripada penganas2 Kiram???






1 Dec 2015

Perjumpaan NGO Dengan Obama Secara Tertutup - Bukti Mereka Ditaja Amerika Syarikat???


Bukti bahawa NGO2 terbabit yang selama ini menganjurkan rapat2 umum dan demonstrasi demi untuk merosakkan imej negara sememangnya di taja oleh Amerika Syarikar???

Umpama, "telunjuk lurus, kelingking berkait".

Patutlah NGO2 ini banyak duit untuk menganjurkan aktiviti2 mereka....

Ada penaja rupanya....

Malah ada yang mendapar tajaan agensi2 NGO Yahudi malah....dari Freemason pun ada???

Sebagai negara kecil, kita terpaksa berbaik2 dengan Amerika jika X mahu menjadi seperti Iraq, Libya, Syria dan banyak lagi negara Islam yang telah dipadang jarak padang tetukur kan oleh AS.

Walaupun bukti2 jelas mereka banyak terlibat dengan kekacauan dalam negara...tetapi kita masih tetap....kena berbaik2 dengan mereka....

Sumber klik sini.

30 Nov 2015

Tokong Penang Rasa Tergugat, Lantik Adik Jadi SU DAP Penang???


Macam Belanda dapat tanah.....

Habis semua anak beranak dia yang pegang....

Penang dah jadi macam kepunyaan dia pulak....

Jangan sampai orang Penang halau balik Melaka sudah lah....

Sumber klik sini.

Penjualan EDRA Energy Milik 1MDB Satu Lagi Bailout Kerajaan BN Yang Meneruskan Budaya Tu M???



Ha...ha.....ha....

Tajuk berita yang x dapat nak dimanipulasi.....X dapat nak dijadikan tajuk...

Sebelum ini apabil TNB sama2 terlibat di dalam bidaan untuk membeli Edra, telah terdengar cakap2 yang mengatakan ianya satu lagi "bailout" di mana kali ini TNB akan "dipaksa" untuk membeli Edra sebagaimana Petronas pernah "dipaksa" untuk membeli syarikat kapal milik anak Tun M di zaman Tun M berkuasa dahulu.... Antara "bailout" di zaman Tun M boleh rujuk sini.

Jestru apabila CGN dari China memenangi bidaan  dengan jumlah keseluruhan bidaan berjumlah RM 17.26 billion melalui RM 9.83 billion secara tunai dan pemindahan hutang berjumlah 7.43 billion dan sebaliknya bidaan yang dikemukakan oleh TNB hanyalah sebanyak RM 15 billion ada pula yang sengaja menggelapkan jumlah RM 7.43 billion bayaran untuk pemindahan hutang untuk menunjukkan kononnya pembelian tersebut hanyalah RM 9.83 billion sahaja. 

Timbul pula cerita kononnya 1MDB melupuskan Edra dengan harga yang amat rendah dan menafikan syarikat nasional iaitu TNB yang menawarkan harga yang lebih tinggi. 

Begitulah permainan mereka yang mahu memporak-perandakan negara....bila tajuk "bailout" X boleh diguna.....

Mereka mendakwa pula tarif elektrik akan naik dan adalah merbahaya apabila kepentingan negara akan dimonopoli oleh syarikat asing.

Realitinya TNB masih pengeluar utama tenaga di negara ini iaitu sebanyak 50%, MALAKOF 24% manakala EDRA yang baru dibeli oleh CGN dari China hanya menguasai 14%. Jadi apa yang monopolinya???

Pendek kata apa yang kerajaan buat semua X kena.

Hakikatnya penulis percaya jika tidak kerana "sabotaj" pihak2 yang memburuk2kan 1 MDB, 1MDB pasti akan dapat menjual EDRA dan lain2 syarikat dan assetnya pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding sekarang.

Pastinya pelabur2 asing dan dalam negara juga tahu situasi 1 MDB sekarang, dengan keadaan 1 MDB yang terdesak....harga yang mereka perolehi sekarang tentu jauh lebih rendah berbanding jika pelabur masih melihatnya sebagai syarikat milikkan penuh kerajaan yang mempunyai reputasi tinggi dengan sokongan penuh daripada kerajaan dalam bentuk jaminan harga maupun dasar-dasar kerajaan dan prospek masa hadapan yang cerah....

Jestru tidakkah mereka yang selama ini menghentam 1 MDB sebenarnya telah mensabotaj 1 MDB dan negara X kiralah sama ada ianya disengajakan ataupun tidak???

Dituduh sebagai pengkhianat X nak terima.....

Sumber klik sini.

29 Nov 2015

PRU 14, UMNO Akan Rampas Kelantan ???



Itu yang Tok Pa cakap....

Tetapi pada firasat penulis UMNO akan bersedia untuk membantu PAS dalam mengempur PAN di Kelantan.....dalam usaha untuk menyekat Pakatan Harapan....

Sumber klik sini.

28 Nov 2015

Dilarang Masuk ke Sabah, Tak Dilucut Kewarganegaraan pun Dah Untung?



Masa Tian Chua pergi ke Manila sejurus sebelum Lahat Datu diserang pengganas Kiram....Tian Chua X mengaku apabila dikaitkan dengan mereka...

Sekarang ni pula beliau dikatakan terlibat mengatur perjumpaan Nurul Izzah dengan anak Kiram III, jurucakap pihak pengganas yang menyerang Lahat Datu sehingga menyebabkan ramai anggota keselamatan gugur.

Tak kan setakat nak menafikan aje beb....Kalau Nurul Izzah tu.....bila dah X boleh nak lepaskan diri....boleh jugak dia menagis..mengalir air mata...bagai...nanti ada jugak yang simpati.

Si Tian Chua??? 

Sumber klik sini.

25 Nov 2015

Penulis Setuju Dengan Parti Amanah, PAS IS!!!


Adoi... X habis2 Amanah nak menikam PAS.

Sudahlah berlaku khianat..

Bukan sekadar khianat terhadap PAS malah terhadap Islam apabila melanggar sumpah baiah gugur talak 3 lepas tu kata memadai dgn memberi makan 10 fakir/miskin... Mmm sekarang fitnah PAS pulak...

Bagi penulis memang PAS diresapi IS,  tetepi itu dulu.... semasa pemimpin2 Amanah masih di dlm PAS di mana  pemimpin2 inilah yg lantang memfitnah dan melabel org yg X sehaluan dgn mereka sebagai tidak islamik dan rasuah.  Menuduh tanpa dibawakan bukti dan saksi.

Malah sering memprovok dan selalu terjadi pergeseran terutama ketika PRU dan PRK. Jadi yg ada kaitan dengan IS tu Amanah sebenarnya dan bukannya PAS.


Sumber; http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pas-dikaitkan-dengan-is-pula-1.455268

24 Nov 2015

Belum Tawan Putrajaya DAP Dah Abaikan Pengundi Melayu PKR?


Selain JKK Pas.... Ada lagi yg nak kena pecat ke???

Betulah org cakap PKR parti cauvanis yang membenci Melayu/Bumiputera walaupun mulut manis mereka mendakwa sebaliknya....

Sumber kili; http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2015/11/dr-norela-jangan-menangis-kerana-inilah.html?m=1

22 Nov 2015

DAP Nafi Taja Melayu Komunis Alaf Baru???

Ya lah.....

X kan nak mengaku ya tak???

Dulu masa BN berkuasa wakil2 rakyaat/ADUN pembangkang X dapat peruntukkan.....Dia orang bising....

Bila mereka berkuasa....lagi teruk....jangan kata wakil2 rakyaat BN X dapat peruntukkan....

JKK Pas kena buang....

ADUN PKR pun X dapat peruntukkan pembangunan....


Ya lah......mengetahui karaktor DAP, tak kan dia nak mengaku.....

Bak kata pepatah, "anjing berak tepi jalan, mana nak mengaku".

Sumber klik sini.

Mengapa DAP Dengki Sangat Jika PAS Kembali ke Pangkuan BN?



Kenapa DAP nak dengki pula???

Sebab dendam kesumat??? Sebab dengki??? Sebab mahu menghambakan Melayu/Bumiputera dalam tanahair mereka sendiri???

Takut Melayu/Bumiputera bersatu dan DAP sampai bila2 X akan dapat "merampas" tampuk pemerintahan negara???

Sebagai salah sebuah parti pengasas "Perikatan" pada tahun 1969 yang selepas itu telah ditukar nama kepada Barisan Nasiaonal, kembalinya PAS kepada BN hanyalah ibarat, "Sireh pulang ke gagang".

Jika ini menjadi realiti ianya akan membuktikan kepada rakyaat Malaysia bahawa PAS akan sentiasa ada bila mereka benar2 diperlukan dan kuasa politik Melayu/Bumiputera tidak akan dapat diganggu-gugat.

Sumber klik sini.

21 Nov 2015

Izzah Tawarkan Sabah Kepada Pengganas Kiram Untuk Bebaskan Anwar???



Tuduhan yang Nurul Izzah perlu jawab, jika tidak apa perlunya beliau meminta sokongan Jacel Kiram yang merupakan musuh negara untuk membebaskan Anwar?

Kalau meminta sokongan pemimpin2 Asean untuk memberikan tekanan.....lain lah juga ceritanya....

Adakah Sabah menjadi taruhannya???

Bila dah tertangkap.....begitu mudah nak mintak maaf..... Asyik nak mintak maaf....berapa kali nak buat silap???

Memfitnah Datuk Nong Chik sehingga beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen Lembah Pantai, terlepas apabila mintak maaf.

Memfitnah kapalselam TLDM X boleh menyelam walaupun ekspedisi menyelam telah diikuti sendiri oleh Lim Guan Eng, masih belum mintak maaf.

Bukannya budak2....asyik nak buat salah.....Dah jadi MP selama dua penggal....

Belajar sampai ke peringkat ijazah sarjana/master.....X ada sensitiviti....atau sememangnya X ada perasaan???

Apapun Nurul Izzah telah membuktikan bahawa perangainya sama dengan Anwar di mana dalam mencapai maksud peribadi, kepentingan negara boleh dipertaruhkan.

Kita X perlukan pemimpin dan warga negara seperti beliau....

Sumber klik sini.

Guan Eng Kenakan Tekanan Supaya Pemimpin/Ahli Pas Masuk Amanah???


Begitu kuat tekanan yang dikenakan oleh DAP terhadap pemimpin2 Pas supaya mereka meninggalkan PAS dan menyertai Amanah. 

Dilayan bak anjing kurap......

Bila didakwa Parti Amanah Negara (PAN) adalah tajaan DAP....Mereka X mengaku....

PAS dulupun adalah pecahan UMNO.....1951, keluar daripada Umno atas dakwaan UMNO X Islamik....

Sejak itu....banyak kali PAS telah berpecah....Hamim, Berjasa...dll.

Atas faktor tuntutan semasa.... 1969, PAS menyertai Perikatan dan kemudian ditukar nama kepada BN. BN bukan asing dengan Pas sebab Pas merupakan antara parti pengasas BN.

Walau bagaimanapun pada 1977 PAS telah disingkirkan oleh UMNO, UMNO mendakwa PAS asyik mengrekrut ahli2 UMNO menyertai PAS dan PAS pula sebaliknya tidak berpuas-hati kerana pemerintahan Mageran oleh kerajaan pusat di Kelantan, di mana UMNO dilihat sebagai dalang perpecahan dalam PAS yang menyebabkan tertubuhnya Berjasa yang kemudian menyertai BN.

Adakah apa yang berlaku kepada PAS kini adalah Karma??? Sejarah berulang???

20 Nov 2015

Kenapa Mahu Sekat Nurul Izzah Masuk ke Sabah??? Lucutkan Sahaja Kewarganegaraan Beliau!!!


Jika dilihatkan track record Nurul Izzah yang sememangnya gemar menggunakan pendekatan fitnah untuk survival politik dan untuk menarik perhatian....

Perjumpaan beliau dengan anak perempuan Almarhom Sultan Kiram yang menjadi jurucakap para pengganas Kiram ketika tentera mereka menyerang Lahat Datu ianya perlukan penjelasan daripada Nurul Izzah dan siasatan terperinci dijalanka .  Jika terbukti ada agenda subersif tindakan tegas perlu dilakukan dan jangan dibiarkan nasi menjadi bubur. Apa X cukup dgn korban angkatan bersenjata kita di Lahat Datu pada 2013 yg  lalu???

Lihat sahaja bagaimana liciknya beliau memenangi kerusi MP Lembah Pantai dalam PRU 13 yang lalu dengan pendekatan menabur fitnah terhadap calon BN Raja Nong Chik.

Tidak cukup dengan fitnah teraebut beliau juga telah menjaja fitnah di Indonesia yg kononnya kapa selam Scorpane yag dibeli TLDM tidak boleh menyelam. Sanggup merosakkan imej Malaysia  di mata dunia.

Beliau sememangnya seorang yang licik dan kaki fitnah.  Jika terbukti beliau sememangnya ada hubungan dengan usaha pengganas Kiram yang mahu merampas Sabah menggunakan gerakan ketenteraan lucutkan sahaja kewarganegaraan beliau!!!

19 Nov 2015

Nurul Izzah, Gerakan Sabah "Hilang" Versi 2???



Anwar menyanyi "Sabah hilang".....

Tup2 kapal perang AS terdampar di terumbu karang di antara Sabah dengan Filipina.... Rahasia yang sampai sekarang X terungkai....

Tup2 Tian Chua dan ke Manila, Filipina untuk apa sejurus sebelum serangan Panganas Kiram ke Lahat Datu??? Rahasia yang masih belum terungkai.....

Ironinya Tian Chua dan Sivarasa juga pernah dikaitkan dengan gerakan Timur2 keluar dai Indonesia.

Tup2....Pengganas Kiram mengganas di Lahat Datu.....

Dengan dendangan baru "Sabah hilang" oleh Nurul Izzah.....adakah tragedi yang sama akan berulang???

Bagi Pakatan Harapan sebagai "fixed deposit" undi BN, bukan Sabah sahaja malah Sarawak perlu dinyahkan dari Malaysia, sebagaimana startegi PAP mengeluarkan Singapura dari Malaysia???

Sumber klik sini.

18 Nov 2015

PAS Iri Hati Pada Parti AMANAH???


Beliau dulunya antara anak didik kesayangan Allahyarham TG Nik Aziz selain Datuk Husam....

X pernah menang bertanding pilihanraya di Johor

Sekarang apa dah jadi???

X puas selepas mengkhianati PAS, kini PAS pula yang "diperli2"....

Ibarat melepaskan anjing tersepit....

Inilah bahananya bila berkiblatkan DAP.

Sumber klik sini.

16 Nov 2015

Antara DAP dan Islam, Salleh Man Pilih DAP???


Jika dilihatkan kepada perpindahan beramai2 pemimpin2 PAS yang menubuhkan PAN dan bergabung dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Amanah yang didakwa telah ditaja oleh DAP.  Ini membuktikan bukan sahaja tarbiah PAS terhadap DAP telah gagal, sebaliknya ramai pemimpin2 PAS juga telah hanyut dengan dakyah DAP. 

Membelakangkan PAS yang memperjuangkan Islam dan bersengkokol dengan DAP demi untuk mengekalkan kuasa membuktikan mereka memilih DAP berbanding Islam. 

Apa komen TG Datuk Hj Hadi dan Datuk Dr Haron Din Al Hafiz?  

Sumber klik sini.

15 Nov 2015

Raja Kamarul Bahrin Buat2 Bodoh Atau Memang Bodoh???


Arkitek tersohor yang merupakan antara bekas wakil rakyaat  Pas yang telah melanggar baiah cerai isteri talak tiga jika meninggal kan parti mendakwa PAS khianat....

Dakwaan kelakar yg mungkin kerana X melihat diri dalam cermin.

Dia yg khianat,  Pas pula yang dituduh.

YM Raja mungkin terlupa sejarah baginda Rasulullah s. a. w agaknya... di mana pembukaan Kota Mekah iaitu Mekah diserang oleh orang Islam adalah kerana penduduk Mekah telah melanggar Perjanjian Hudaibiah.

Penulis berharap.... perkara yang sama akan terjadi terhadap Pakatan Amanah, mengalami kekalahan yang besar.. amin.


14 Nov 2015

Lari Daripada Debat 1MDB, Tony Pua Dakwa Pas Parti Sesat???


Sikafir label PAS sesat.....

Sebenarnya PAS telah kembali ke pangkal jalan apabila meninggalkan Pakatan Rakyaat dan Tahalul Siasi dengan DAP.

Sumber klik sni.

13 Nov 2015

Pejuang Komunis dan Hero Hotel Perdana Bilik121 Terajui Gerakan Rampas Kelantan Daripada Pas???


Wow!!!

Awak ingat orang Kelantan ni semua bodoh2 ke???

Kononnya nak selamatkan kerajaan yang ditubuhkan oleh Allahyarham TG Nik Aziz.....

Dulu....Allahyarham TG Nik Aziz.....bagi pemimpin2 Pas luar negeri Kelantan bertanding di negeri Kelantan, demi untuk memberi mereka peluang memenangi kerusi pilihanraya tidak kira di peringkat DUN mahupun Parlimen. Atas sebab di zaman itu calon Pas X akan menang di negeri2 di luar Kelantan.

Sebaliknya sekarang ini pemimpin2 tersebut berbondong2 keluar daripada Pas. Sudahlah mengkhianati Pas dan dan sekarang mahu merampas Kelantan pula daripada Pas....

Ironi...memang sungguh ironi.

X ubah ibarat melepaskan anjing yang tersepit.



Sumber klik sini.

12 Nov 2015

Cerita Husam Dah Macam Filem Tamil???


Dulu...Masa Husam jadi exco, pun bagi org kawasan balak jugak....

Nga dgn Ngeh dapat balak pun katanya atas saranan Husam.

Tanah Tinggi Lojing togel dan botak pun zaman Husam....

Adakah hanya lakonan dan sandiwara dengan kawan lama???

Sumber klik;http://wak-labu.blogspot.my/2015/11/husam-saya-tak-gentar-biar-nyawa-jadi.html?m=1

Tanpa Kerajaan Perpaduan, Pas Bakal Jadi Kuasa Penentu Penubuhan Kerajaan Putrajaya PRU 14???


Nampaknya itulah yang bakal berlaku.

Cadangan penulis;

Pas masuk PRU 14 secara neutral....

Melihatkan kepada isu2 yang sedang melanda BN dan Pakatan Harapan pada ketika ini, berkemungkinan besar keputusan PRU 14 nanti akan "terikat", di mana kedua2 pihak tidak akan memperolehi majoriti mudah apa lagi untuk mendapat majoriti 2/3.

Jestru, kedua2 pakatan/barisan perlulah memancing parti Pas untuk menyertai pakatan/barisan masing2 bagi membolehkan untuk mereka menubuhkan kerajaan campuran ataupun Pas sebagai penyokong sebagaimana kerajaan negeri Perak 2009 yang disokong oleh 3 Adun bebas.

Dalam keadaan tersebut maka Pas bolehlah berpolitik dan mengunakan kuasa tawar-menawar dengan sebaik2nya....

Contohnya mahukan pakatan/barisan yang disertainya menyokong perlaksanaan Hudud... Meminta lebih banyak kerusi Menteri, Timbalan Menteri, dan wakil dalam tempatan untuk Pas dan lain-lain....

Pas perlu lah bijak dalam berpolitik dan demi untuk mencapai cita2 bagi menegakkan Hudud. Demi maruah dan jati diri setidak2nya...mereka perlu dilihat memperjuangkan apa yang mereka katakan.

10 Nov 2015

Husam, Nizar, Nga dan Ngeh Sepupu?




Sumber klik; https://aidcnews.wordpress.com/2015/11/09/perkaitan-dengan-nizar-keluarga-dap-perak-husam-diminta-tampil-membuat-penafian/

Boleh bagi kawasan balak bagai....

Kalau Nizar, Ngah dan Ngeh X hairan sebab katanya mereka sepupu...

Ini Husam.....

Kalau boleh bagi orang lain kawasan balak sebab benarkan adun Pas jadi MB...X Hairan kalau boleh ambil utk diri sendiri juga.....


Hudud Boleh Dibentang di Parlimen Mari Kita Lihat Siapa Yang Akan Menolaknya!!!

Ramai yang kelihatan panas apabila ada ura2 Pas mahu berbaik dengan Umno....

Bila DAP yang berbuat sedemikian kita faham sebab DAP pasti rasa terancam.....

Bila PKR dan Amanah pun kita boleh faham sebab mereka akan menjadi tidak lagi releven.

Marilah kita lihat siapa yang akan menyokong Hudud di Parlimen.

9 Nov 2015

Mengapa Tun M, Husam, DAP dan lain2 Takut Jika Pas dan Umno Bergabung???


Adakah ini merupakan sebab utama yang menyebabkan semua orang menyerang batang tubuh DS Najib dan TD Hj Hadi???

Jika Umno dan Pas bergabung maka, "Game Over" bagi parti2 politik yang lain???

Melayu akan bersatu....+ bumiputera + 10% Cina dan + 50% India mereka akan jadi parti dominan dan undi 2/3 Parlimen dalam tangan!!!

Maka dengan sokongan 2/3 di Parlimen Hudud bakal  dapat ditegakkan...

Adakah mereka ini semua sebenarnya bersengkokol dengan anasir "asing" yang tidak mahu Islam dan Hudud ditegakkan di Malaysia???

Sumber klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3