bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Testimonial 7 naga - Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramu...

28 Feb 2010

Gara-gara Perlu Membayar MMS Lucah Pelajar Perempuan Bersubahat Rompak Rumah Sendiri...

Foto: Gambar Hiasan.



Malaysian teen robs own house to pay off porn-MMS debt!
Malaysia Sun
Saturday 27th February, 2010
(ANI)

http://story.malaysiasun.com/index.php/ct/9/cid/48cba686fe041718/id/606466/cs/1/







A Malaysian teenager schemed with her two friends to break into her own house to clear a debt stemming from downloading pornographic clips on her handphone.

The 16-year-old student asked her pals to rob her house in Jertih, Terengganu during a family trip to Kuala Lumpur, the Star Online reported.

The girl even managed to loosen the lock to help her friends enter the premises, according to District police chief Supt Kamaruddin Mohd Zakaria.

She later confessed to the plot after her father returned to find the house in a mess and reported the burglary to the authorities, who later recovered three gold chains, a bracelet and a ring belonging to the girl's mother. (ANI)

Kes Liwat DSAI - Kalau X Salah Mengapa Nak Takut???



Komen Isac;

Kalau X salah mengapa nak takut? Kata nak jadi pejuang Islam? Pejuang Islam tulen tak kan takut pulak??? Bukankah bagi seorang pejuang Islam segalanya dilakukan hanyalah bersandarkan untuk mendapat redha Allah, "Lillah hi Taala". Semata-mata kerana Allah s.w.t. Sayangnya ada di antara kita sanggup "mensyirikkan" kalimah Allah....Kepada DSAI, jika tak bersalah, janganlah berdalih lagi, hadapi sahajalah mahkamah. Paling tidakpun rakyaat berhak untuk melihat dan menilai sendiri segala bukti-bukti dan saksi-saksi yang bakal dikemukakan oleh pihak pendakwa.

Dalam sejarah Islam selalunya "pejuang tulen" akan ditimpa bermacam-macam malapetaka, cuma kita di Malaysia ini kita beruntung kerana dapat mengecapi segala nikmat dunia dan dalam masa yang sama juga dapat mengejar akhirat tiada siapa yang menghalangnya.

Adakah terdapat Ulamak di Malaysia yang dipenjara, diseksa dan dibunuh kerana hendak menyebarkan Islam? Kerana hendah meninggikan syiar Islam? Ulamak di Malaysia naik Mercedes duduk belakang siap dengan "driver", duduk rumah banglo, anak menantu merasa jadi CEO, dapat projek sana-sini, dapat mengecapi segala nikmat dan lain-lain lagi bentuk kemewahan dunia.

Bak kata Saidina Umar Al Khatab r.a., "apakah yang melayakkan aku untuk bermewah-mewah selain daripada apa yang pernah dinikmati oleh Rasullullah s.a.w?"

Tentu para ulamak kita, terutamanya ulamak-ulamak politik, susah nak jawab ni....


27 Feb 2010

Pilihanraya Sarawak - Pakatan Rakyaat Malaysia Dah Bersedia BN Macam Mana???


http://www.malaysiakini.com/news/125261
Pakatan: Satu lawan satu di Sarawak
Hafiz Yatim
Feb 27, 10
1:21pm


Pakatan Rakyat telah bersetuju agar semua pertandingan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang adalah pertembungan satu lawan satu antara Pakatan dengan BN. Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan telah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijangka diadakan beberapa bulan akan datang, kemungkinan antara bulan Jun dan Julai ini.


Pilihan raya negeri Sarawak - yang terakhir berlangsung pada 2006 - mesti diadakan dalam tempoh 16 bulan ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya Parlimen. Saifuddin berkata, strategi satu lawan satu itu - yang telah menghasilkan kemenangan besar kepada pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 - akan digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.


"PKR, DAP dan PAS pada prinsipnya telah bersetuju dengan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Kita pastinya berharap ia akan memberi impak yang besar kali ini," katanya kepada Malaysiakini. Tsunami politik pada 2008 menyaksikan lima negeri di Semenanjung jatuh ke tangan pembangkang serta menafikan BN penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen.


Sarawak mempunyai 71 kerusi negeri, dengan 62 daripadanya dikuasai oleh BN. Manakala DAp, Parti Cinta Malaysia yang baru ditubuhkan dan Bebas, menang sembilan kerusi. Pilihan raya umum 2008 telah menyaksikan berlakunya beberapa pertandingan tiga penjuru yang membabitkan parti-parti Pakatan di Sabah dan Sarawak.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang berkata, perkara itu telah dibincangkan oleh majlis presiden Pakatan pada hari Isnin. Majlis itu, kata beliau, seterusnya akan menumpukan kepada perbincangan mengenai pilihan raya negeri Sarawak, khususnya mengenai strategi pertandingan satu lawan satu, serta memanfaatkan jentera pilihan raya bersama.
Komen Isac;

Pakatan Pembangkang dah bersedia, BN macam mana? Masih lagi enak diulit mimpi? Adakah isu "penggunaan kalimah Allah" oleh agama lain akan memenangkan pakatan pembangkang?

Yang jelas BN perlu bersedia dan mengatur strategi yang ampuh, jangan sesekali mengambil mudah kekuatan lawan. DSN juga mungkin perlu mempertimbangkan kedudukan setiausaha penerangan "goblok" BN... Kalau dilihat dari segi "KPI" di dalam PRK pada tahun lalu, sudah masanya beliau ini digantikan.

Disebabkan oleh tuntutan semasa, media "baru" juga perlu diberikan perhatian. Penulis ingin mengesyurkan agar dilantik satu jawatan kuasa/ketua untuk mengetuai "tentera" media baru ini agar hasrat dan cita-cita kerajaan dapat disalurkan kepada rakyaat dengan berkesan. Ia juga diharap agar dapat menyatupadukan suara blogger yang pada hari ini dilihat ada yang berpuak-puak dan menyerang di antara satu sama-lain.

Jawatankuasa ini juga akan berperanan untuk menyalurkan arahan parti dan peruntukan (sekiranya ada) kepada blogger dengan lebih saksama agar tidak dimanupulasi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Ia juga diharapkan akan menjadi satu saluran untuk para blogger dan rakyaat bawahan (yang tidak mempunyai parti) untuk menyampaikan teguran dan nasihat yang membina kepada pucuk pipinan.


Ku Li Tetap Setia Pada Umno & Juga Pada Negeri Kelantan...





http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=4781896


Februari, 2010 14:26 PM


Razaleigh Akui Masih Setia Dengan Perjuangan UMNO





GUA MUSANG, 26 Feb (Bernama) -- Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengakui dirinya masih setia kepada perjuangan UMNO walaupun terus menyuarakan hak Kelantan dalam tuntutan royalti minyak. Beliau menolak dakwaan pelbagai pihak yang menyatakan beliau tidak setia kepada perjuangan UMNO berikutan tindakannya memperjuangkan hak Kelantan untuk mendapat bayaran royalti minyak.



Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang memberitahu pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan UMNO bahagian itu di Bukit Chekati dekat sini bahawa beliau masih setia kepada perjuangan parti itu. Pada 28 Jan lepas, Tengku Razaleigh turut berceramah di program solat hajat dan ceramah perdana Isu Royalti Minyak Kelantan anjuran badan bukan kerajaan di Stadium Sultan Mohammed IV yang turut dihadiri oleh pemimpin PAS.



Beliau dalam ceramah itu menegaskan bahawa Kelantan layak menerima wang royalti minyak sebanyak lima peratus, dan selepas itu terus mempertahankan pandangannya itu.

--- BERNAMA

Komen Isac;

Layak terima, atas dasar "ikhsan" Kerajaan Persekutuan lah...Suka hatilah nak letak "nama" apa...Wang Ikhsan? Royalti Minyak? Wang Hasil Husam? Apa-apa aje lah....

Kalau ikut akta maupun undang-undang negara memanglah tak ada hak. Walau bagaimanapun atas dasar peraiaran negeri Kelantan merupakanh pantai negara yang terdekat dengan kawasan explorasi minyak/gas kawasan tersebut jadi bagilah jugak, jangan tak bagi...Untung jugak pemimpin-pemimpin Umno/BN dulu bijak-bijak jika tidak, "masuk angin keluar asaplah", sebab semua hasil "orang lain" yang punya...

Ketua Kaki Bangkang/Protes Lawan Mahkamah...



Siapa yang nak bertindak ?

Oleh: LUKMAN ABDULLAH

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?


Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tersenyum meleret melihat gelagatnya terus mempermainkan undang-undang dengan mempertikaikan kes liwatnya diatas pentas ceramah berlangsung bebas tanpa halangan. Apa lagi di luar sana ada yang sudah berani nak campurtangan seperti 50 anggota parlimen Australia menyuarakan bantahan secara formal bagi menggesa Malaysia menghentikan perbicaraan kes liwat yang sidang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Bukan satu, dua malah beberapa siri ceramah sudah diadakan. Terbaru di Dewan Sri Siantan, Sungai Tua dekat Kuala Lumpur dan pada malam Selasa 16 Februari ini di Dewan Milineum, Kepala Batas pula. Agendadaily sendiri menerima sebilangan panggilan telefon dan email dari pembaca yang mempersoalkan kenapa pihak berkuasa berkenaan tidak bertindak. Bagi mereka perbuatan menghina mahkamah seperti ini tidak harus dibendung tak kira orang itu Anwar atau siapa saja. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sendiri berkata beliau sendiri tidak pernah dengar ada orang lain yang berani berkempen tentang kes mahkamah mereka seperti dilakukan Anwar.

Komen Isac;

DSAI satu-satunya individu di Malaysia yang begitu "menguasai" siri demi siri demonstrasi jalanan dari sejak Zaman Mahasiswanya, Zaman Abim, (hanya bercuti semasa menyertai Umno), Zaman "Reformasi" dan sekarang Zaman Mengetuai Pakatan Pembangkang. Sebagai ketua kaki bangkang dan protes beliau sememangnya tiada tandingan.

Bayangkan betapa hebatnya propaganda beliau semasa menjadi antara penggerak "Mogok Lapar di Baling", sehingga berjaya menarik keluar sekumpulan Pengganas Komunis dari hutan belantara kerana kononnya simpati dan mahu membantu penduduk Baling yang kelaparan sehingga ada yang kononnya "dikatakan mati kebuluran". Ataupun mungkinkan DSAI sememangnya mempunyai hubungan yang "intim" dengan Chin Peng sejak dulu?

DSAI sememangnya hebat kerana beliau mempunyai kebolehan untuk mempengaruhi dan menghasut penyokong-penyokongnya untuk berbuat apa sahaja demi kepentingan peribadi beliau. Terbaru, beliau sekali lagi cuba mengerah penyokong-penyokongnya agar menentang Mahkamah....Mengadakan siri demonstrasi dan ceramah untuk mengatakan beliau tidak bersalah di dalam kes perbicaraan liwat terbarunya.

Adakah ini adil untuk mahkamah? Mengapa "perbicaraan" dibawa ke jalanraya-jalanraya, dewan-dewan dan padang-padang? Jika kita sendiri tidak menghormati undang-undang dan mahkamah negara ini, siapa pula yang kita harapkan untuk menghormatinya? Bagaimana agaknya DSAI hendak memulihkan semula reputasi institusi-institusi Polis, SPRM, Tentera, SPR, Sektor Awam dan Mahkamah jika beliau berjaya menjadi PM kelak?

Itupun masih ramai kakitangan awam yang begitu menyangjungi beliau....


Itulah Resam Binatang Buas - Bila Datang "Anginnya" Yang Jinakpun Mampu Membunuh.....

Jumaat Februari 26, 2010
Jurulatih Maut Dilemaskan Paus

Foto: Dawn Brancheau merupakan antara jurulatih paling berpengalaman di taman tersebut.

ORLANDO (Florida): Seekor paus pembunuh di taman marin Sea World Adventure Park, menyambar seorang jurulatih dari platform di tepi kolam semalam dengan mulutnya, melibas wanita malang itu di dalam air dan membunuhnya sambil disaksikan pengunjung-pengunjung yang ketakutan.


Ini merupakan kali ketiga haiwan itu mengakibatkan kematian manusia. Berikutan insiden itu, para pengunjung yang cemas segera diarahkan keluar daripada kawasan kejadian dan taman marin itu ditutup. Mangsa, Dawn Brancheau, 40, merupakan antara jurulatih paling berpengalaman di taman tersebut.

Adiknya berkata, Brancheau sudah tentu tidak mahu paus yang membunuhnya diapa-apakan kerana dia sayangkan haiwan itu sama seperti kanak-kanak. Ketua jurulatih haiwan Sea World, Chuck Tompkins berkata, Brancheau sedang menggosok-gosok badan paus yang dinamakan Tilikum selepas satu pertunjukan tengah hari semalam apabila haiwan seberat 5,500 kilogram itu secara tiba-tiba menyambar dan menariknya ke dalam air.

Tidak jelas sama ada wanita malang itu maut akibat dilibas paus tersebut atau lemas. Disebabkan saiz besar paus berkenaan dan kematian-kematian sebelum ini, jurulatih lain tidak dibenarkan masuk ke dalam air bersama-sama Tilikum dan hanya 12 daripada 29 jurulatih di taman itu dibenarkan melatih mamalia tersebut. Brancheau merupakan jurulatih paling berpengalaman dengan Tilikum yang berusia 30 tahun berbanding jurulatih lain.

"Kami sedar yang Tilikum ada menunjukkan perubahan," kata Tompkins. Dia bagaimanapun berkata, belum ada sebarang keputusan dibuat tentang apa yang akan dilakukan kepada Tilikum seperti kemungkinan untuk memindahkannya ke fasiliti lain. - AP
Komen Isac;
Sememangnya tak boleh nak salahkan mereka, mereka ni walaupun jinak tetapi bukanya berakal. Kadang-kadangpun mugkin mereka ingat bahawa jurulatih mereka ini kuat macam mereka juga, jadi dalam pada nak bergurau dah "terbunuh" pulak. Bunuh tanpa niat...
Itu binatang, dalam dunia manusia yang rata-rata berakalpun ada yang sengaja mensabotaj negara sendiri gara-gara tidak berpeluang untuk menjadi pemimpin tertinggi....

26 Feb 2010

Anwar Kata Ekonomi Malaysia Kini Retak Dan Bakal Berkecai - Lagi Percubaan Mensabotaj Ekonomi Negara???

Anwar: Ekonomi Malaysia kini retak dan bakal berkecai
Feb 26, 10 11:47am

http://www.malaysiakini.com/news/125212

Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana ia merupakan hasil suntikan ransangan ekonomi, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, pengumuman oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga dibuat terlalu awal memandangkan kesan daripada pakej ransangan ekonomi itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan.

"Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.

"Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," katanya lagi dalam kenyataan medianya hari ini.

Najib pada Rabu lalu mengumumkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu yang disifatkannya sebagai pencapaian di luar jangkaan, hasil permintaan dalam dan luar negara yang lebih kukuh.

'Malaysia paling lembap di rantau ini'

Namun, menurut Anwar, pengumuman itu tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan paling lembap di kalangan negara-negara serantau pada tahun ini.

"Apa yang tidak diuar-uarkan oleh Perdana Menteri di sebalik anggaran pertumbuhan 5 peratus itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak," katanya.

Tambahnya lagi, ini merupakan perbezaan ketara berbanding pencapaian sebelum ini yang meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura.

"Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi.

"Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," katanya.

Tambahnya, keadaan ini timbul hasil daripada dasar ekonomi BN dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan bagi menutup kegagalan menarik pelaburan individu dan swasta.

"Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2 peratus, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1 peratus secara purata sejak 11 tahun lepas.

"Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun.

"Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu," katanya lagi.

Komen Isac;

Percubaan DSAI untuk menghilangkan kepercayaan kepada Malaysia dan berharap dapat mensabotaj ekonomi negara? Dari situ pelabur akan lari dan rakyaat akan kehilangan pekerjaan, tertekan dan menderita. Ini diharapkan akan membuatkan rakyaat bangun memberontak? Ekonomi moden yang banyak bersandarkan kepada penawaran dan permintaan juga mengharapkan kepada "world and public confident" jika ianya runtuh maka kemungkinan besar akan runtuhlah ekonomi sesuatu negara. Adakah ini yang sedang diusahakan oleh DSA?

Melihatkan kepada "gerak kerjanya selama ini" ianya tidak mustahil, pastinya jika startegi ini berjaya dilaksanakan, agenda tersebut akan menjadi 'serampang dua mata" buat DSAI, percubaan "merampas kuasa" dan juga percubaan untuk mengalih perhatian rakyaat daripada perbicaraan kes liwatnya di mahkamah.

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul .....

Foto: Kerana Semangat, Walaupun terpaksa berkerusi roda, Ustaz Ismail Ishak (kanan) tetap memimpin bacaan selawat kontinjen Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ketika perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu hari ini. - Foto BERNAMA





http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/2/26/mstar_berita/20100226114557&sec=mstar_berita
Umat Islam Perlu Perkukuhkan Perpaduan Agar Terus Menjadi Umat Terbilang - Timbalan Agong

PUTRAJAYA: Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Syah bertitah umat Islam perlu mengukuhkan persaudaraan, membina perpaduan dan meningkatkan pencapaian agar terus menjadi umat yang terbilang.

Baginda bertitah tanpa menghayati ajaran Islam yang sebenar diyakini umat Islam tidak akan mampu menjadi umat contoh bahkan akan terus dihina dan diperlekehkan.

"Sejarah telah membuktikan bahawa keagungan tamadun Islam yang dahulunya hebat dan gagah akhirnya tersungkur lantaran ada antara penganutnya yang tidak mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam.

"Malahan yang lebih mendukacitakan telah berlaku perpecahan, pergeseran dan persengketaan di kalangan sesama umat Islam," titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Putra di sini hari ini.

Turut hadir Sultanah Kedah Tuanku Hajah Haminah Hamidun, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Sehubungan itu, baginda bertitah umat Islam perlu mengambil iktibar daripada peristiwa lampau dan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh dalam kehidupan agar benar-benar menjadi mukmin yang hebat.

Baginda bertitah tema sambutan pada tahun ini iaitu "Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah" menuntut agar umat Islam mencontohi ukhuwah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad dan menjadikan intipati ajaran Islam sebagai asas membangun ummah.

"Dalam mengorak langkah ke arah itu, umat Islam perlu sentiasa bersedia dan menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan maklumat semasa agar dapat bergerak seiringan dengan tuntutan zaman.

"Sikap sambil lewa membuang masa dan takut bersaing perlu dihapus dan diganti dengan nilai-nilai positif yang boleh membentuk jati diri mukmin sejati," titah baginda.

Baginda bertitah Al-Quran dan As-Sunnah perlu dijadikan sebagai panduan dalam membina kekuatan diri ke arah membangun ummah yang mapan dan berjaya.

Baginda bertitah umat Islam perlu menjadi yang terbaik, mementingkan pencapaian dan mampu membawa perubahan ke arah kebaikan dan bukan hanya mengikut telunjuk dan budaya orang lain serta berpuas hati dengan apa yang ada.

"Sepatutnya umat Islam sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan dan mencipta kemajuan.

"Inilah semangat yang perlu ada pada setiap peribadi Muslim yang menerima dan yakin dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W," titah baginda.

Baginda bertitah hakikatnya, Islam sentiasa menganjurkan umatnya berusaha ke arah pencapaian hidup yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan.

Sehubungan itu, titah baginda, umat Islam perlu mempersiapkan diri dengan keimanan yang utuh, penguasaan ilmu yang mantap, akhlak yang mulia dengan mengorak langkah yang tersusun rapi dan salin membantu ke arah kebaikan.

"Beta pasti cahaya Islam akan terus menyinari bumi yang tercinta ini dengan rahmat dan kasih sayang Ilahi," titah baginda.

Sementara itu di SRI AMAN, kira-kira 5,000 masyarakat Islam termasuk kira-kira 100 masyarakat kaum Dayak dan Cina menyertai majlis perhimpunan dan perarakan sempena sambutan maulidur rasul peringkat negeri Sarawak di sini hari ini.

Perhimpunan yang bermula dan berakhir di Padang Kementerian Pembangunan Sosial (KPUS) Lama di sini turut disertai Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama-sama 122 kontinjen yang terdiri daripada agensi kerajaan, pelbagai persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Di KOTA KINABALU, hampir 10,000 umat Islam menyertai Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah dan 88 kontinjen dalam perarakan Maulidur Rasul dari Padang Merdeka ke Bangunan Majlis Ugama Islam (Wisma Muis) di Sembulan.

Turut serta Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, anggota Kabinet negeri dan ketua-ketua jabatan kerjaan persekutuan dan negeri.

Di SEREMBAN, kira-kira 13,000 orang mengambil bahagian dalam sambutan dan perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri di Padang Majlis Perbandaran Seremban dan berakhir di Jalan Datuk Bandar Tunggal.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mendahului perarakan 86 kontinjen dengan kira-kira 12,000 peserta yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi serta pelajar sekolah.

Turut serta Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin, anggota Exco, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan.

Di KUALA TERENGGANU, Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang disertai oleh 4,000 umat Islam yang bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah hingga ke Stadium Negeri.

Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah, para Exco Kerajaan Negeri dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Sebanyak 109 kontinjen terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, sekolah, Institusi Pengajian Tinggi, swasta dan NGO mengambil bahagian dalam perarakan itu.

Di MELAKA, Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob mengetuai perarakan yang disertai oleh kira-kira 8,000 orang dari Stadium Tun Fatimah di Bukit Serindit ke Kompleks Al Azim di sini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Othman Muhammad, anggota Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan turut menyertai perarakan yang disertai oleh 137 kontinjen termasuk jabatan dan agensi kerajaan, NGO, syarikat swasta, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Ekspo Perdagangan Islam selama empat hari turut diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini.

Di KUANTAN, sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri akan diadakan malam ini di Auditorium RTM Pahang.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri baginda Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar dijangka berangkat ke majlis itu yang akan turut dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. - BERNAMA

Yee Sang Fadilatnya Lebih Besar Dari Maulidur Rasul???


Komen Isac;
Jika sambutan Maulidur Rasul adalah satu "bidaah" yang disambut bertujuan untuk mendidik umat Islam menanam perasaan kasih dan cinta kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dipandang sinis oleh sesetengah golongan Ulamak dengan alasan "tiada fadilat" meraikannya tetapi sebaliknya begitu "megah" untuk bersama-sama meraikan "Chinese Yee Sang", apalah lagi yang dapat kita katakan. Jika jati diri DS Dr. Zambry dipersoalkan kerana menjadi "MB Melayu" yang pertama menganjurkan rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Perak? Bagaimakah pula dengan Ulamak-ulamak ini? Masihkah ada yang melihat mereka sebagai "maksum" ?
Selamat menyambut Maulidur Rasul!!!

25 Feb 2010

"Ulamak" Tidak Boleh Ditegur?


Komen Isac;


Islam itu hak semua penganutnya. Sebagai penganut sedikit sebanyak kita juga mengaji agama, ada yang mengikuti sekolah-sekolah agama, ada yang sampai ke darjah khas, ada yang ambil 4 Thanawi ada yang belajar di kelas-kelas fardhu ain dan ceramah di masjid-masjid.
Bagi pelajar-pelajar di Malaysia kita belajar Agama Islam dari darjah satu sampai ke tingkatan lima, bahkan yang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti tempatan pula, mereka akan belajar agama disamping mengikuti kursus Sijil, Diploma, Ijazah, Master bahkan hingga ke peringkat PhD.

Walaupun pengkhususan mereka ini bukan dalam bidang Agama, tetapi janganlah merendah-rendahkan intelektual mereka sehingga perlu "mengiyakan/menuruti" segala yang "ulamak" katakan walaupun ianya secara terang-terangan bersalahan dengan ajaran Islam.

Waima di dalam fardhu solat (satu fardhu yang menuntut kita agar sentiasa menuruti Imam)pun kita dibolehkan untuk "mufarakah" sekiranya Imam melakukan perkara yang membatalkan solat apalagi dalam kehidupan kita seharian, janganlah kita menuruti pemimpin secara "totok", membuta-tuli ataupun bertaklik secara membabi-buta....

Raja Petra - Sebenarnya Tak Kisah Langsung Pasal Anaknya???



http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_35d05050-7f000010-175b7f90-80c72b20
Telan pisau cukur:Ini kisah sebenarnya…

Heboh konon,Raja Azman anak pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin telan bilah pisau cukur di penjara Sungai Buloh pada 8 Februari lalu kerana didera dan sebagainya. Malah bapanya sendiri yang lari ke luar negara untuk elak kes mahkamah sendiri mencanangkannya menerusi laman webnya. Ini diikuti oleh berbagai pihak yang cuba mencetuskan keraguan tentang kejadian itu.

Sebaliknya pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang turun padang menyiasat sendiri dakwan itu mendapati ia tidak berasas sama sekali. Pesuruhjayanya, Datuk N. Siva Subramaniam, memberitahu wartawan selepas menemui Raja Azman,33 di Penjara Sungai Buloh hari ini, anak Raja Petra itu mengaku bertindak demikian sebagai tanda protes apabila diasingkan sel oleh warden.

“Dia berbuat demikian hanya semata-mata tidak berpuas hati dan tiada kena mengena dengan tekanan mental mahu pun fizikal,” katanya. Siva bersama tiga yang lain dari Suhakam berada selama dua jam setengah di penjara itu untuk menyiasat hal berkenaan. Katanya tiada sebarang bukti penderaan ditemui.

Raja Azman ditahan di situ selepas mengaku bersalah di mahkamah atas tuduhan mencuri pada 19 Mei lalu.Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 24 April.-25/2/2010
Komen Isac;
Anak yang baru berumur 14 tahun sudah dihalau dari rumah dan tergamak untuk dibiarkan hidup sendirian di jalanan, jangan baru sekarang mengaku "sayangkan anak" semata-mata mahu menunding jari kepada kerajaan. Bolehkah orang sebegini dipercayai? Apalagi banyak dokomen-dokumen yang didedahkannya kini terbukti adalah dokumen palsu? Jika beliau telah melarikan diri dan gagal untuk dikesan, mengapa "sekutu terdekatnya" tidak ditangkap?

DSAI Tersilap Pilih Atau Rakyaat Yang Silap Pilih DSAI???




Siapa yang salah pilih ?




Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengakui beliau tersalah memilih beberapa calon bagi mewakili PKR bertanding pada pilihan raya umum Mac 2008. Alasan beliau PKR masih baru dan terpaksa mengambil sesiapa sahaja yang mahu jadi calon terutama bagi kerusi Parlimen yang dipilih olehnya sendiri. Pengakuan itu dibuat selepas ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bertindak keluar parti tersebut dan memilih menjadi ahli parlimen Bebas. Ada juga yang merasai ini satu langkah terhormat Anwar sedia mengakui kesilapannya. Namun kalau dikaji balik ada sikit pelik bila mengenangkan kenyataan yang dibuat oleh Zahrain pada sidang media ketika mengumumkan keluar PKR baru-baru ini menjawab soalan Agendadaily, beliau mengakui mengenali Anwar bukan baru tetapi sudah selama 30 tahun.





Komen Isac;



Mmmm....Mengajar rakyaat dan pemimpin-pemimpin agar melompat parti demi mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Tetapi apabila strateginya gagal dan sebaliknya menjadi "strategi makan tuan" dia melemparkan tohmahan-demi tohmahan kepada Umno/BN yang kononnya mengamalkan amalan rasuah untuk "membeli" MP dan ADUN Pakatan.


Apabila semakin hari semakin ramai pemimpin-pemimpin pakatan yang meninggalkan beliau (DSAI), dia meminta maaf kerana kononnya tersalah pilih pemimpin. Tetapi semasa melancarkan serangan terhadap Umno/BN dahulu tiada apa satupun yang baik tentang Umno/BN, walaupun beliau pernah menerajui parti tersebut selaku orang nombor dua.


Bukankah sebenarnya apabila beliau mengata Umno/BN, beliau seperti, "menepuk air di atas dulang, mercik ke muka sendiri?". Pemimpin-pemimpin yang meninggalkan DSAI pula memberikan berbagai-bagai alasan, mengapa mereka meninggalkan Pakatan, cuma mereka tidak pula berani menyatakan bahawa mereka sebenarnya telah tersilap kerana memilih untuk "berketuakan" DSAI.


Nasihat penulis kepada rakyaat Malaysia, sila teliti semula pentadbiran Pakatan selama lebih kurang 2 tahun kebelakangan ini dan tanyalah diri anda sendiri, adakah pemimpin-pemimpin inikah yang anda mahuan? Tidakkah rakyaat Malaysiaa juga berasa tersilap kerana memilih DSAI?



Isu tanah: 30 Orang Asli berdemo di Gombak
Salhan K Ahmad
Feb 24, 10
1:29pm
http://www.malaysiakini.com/news/125036
Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan hospital Orang Asli Gombak tengahari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang melibatkan pendaftaran tanah mereka.

Dalam satu petisyen yang berkaitan daftar tanah masyarakat Orang Asli, mereka mendakwa telah mendapat maklumat bahawa tanah saka dan tanah rayau mereka tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini.

Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi "Kembalikan hak kami" dan 'Jangan rampas hak kami".

Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka kemudiannya mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.

Petisyen itu, katanya, akan diserahkan kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Orang Asli.

Dalam petisyen tersebut juga, mereka mendakwa berlaku penganiayaan terhadap kakitangan Orang Asli yang berkhidmat dengan jabatan tersebut.

Sokyen berkata, mereka membuat petisyen itu berdasarkan enam laporan polis yang dibuat sebelum ini oleh penduduk kampung terlibat.

Menurutnya, dua laporan polis yang dibuat itu melibatkan kematian dua pesakit yang menerima rawatan di hospital Orang Asli di Gombak.

Selain itu, katanya, dua laporan lagi ialah mengenai dakwaan berlakunya ugutan terhadap pesakit yang membuat laporan polis mengenai kematian tersebut.


Komen Isac;

Satu kebaikan sistem dua parti adalah rakyaat dapat membandingkan kedua-dua parti dan memilih siapakah yang terbaik di antara mereka. Walau bagaimanapun dengan adanya banyak fitnah-fitnah dan propaganda jahat, rakyaat mungkin akan mudah tertipu. Mungkin perlunya ada satu badan berkecuali, yang memantau perkembangan ini.

Percubaan "Mintak Nyawa" Lim Kit Siang???








1Malaysia: Muhyiddin kata Kit Siang cuba lagakannya dengan Najib…


Tan Sri Muhyiddin Yassin menilai cabaran Lim Kit Siang supaya beliau supaya menyatakan pendiriannya mengenai 1Malaysia tidak lebih satu perangkap untuk melagakannya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Perdana Menteri menegaskan beliau sememangnya menyokong gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri itu kerana ia bersandarkan kepada prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan."Saya harap kita semua tidak terjebak dengan politik mereka yang mahu melaga-lagakan pemimpin-pemimpin kita. Ini adalah cara mereka sejak dari dahulu lagi," katanya pada wartawan selepas satu majlis di Muar Selasa.Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas cabaran Kit Siang itu yang disiarkan dalam laman web Malaysia Insider.Orang kuat DAP itu juga mendakwa kononnya Muhyiddin kebelakangan ini sering membuat kenyataan yang bertentangan dengan Najib berhubung gagasan 1 Malaysia.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-23/2/2010

Komen Isac;

"Mintak nyawa" tu maksudnya nak ambil nafaslah....Kan ke akhir-akhir ni Pakatan sibuk menangani masalah "dalaman" mereka. Jadi ini adalah "percubaan" mereka untuk mengalih pandangan rakyaat...... Mintak nyawa...mintak nyawa.....



23 Feb 2010

Memang Sah Ir Ariffahmi Menantu TG Nik Aziz Adalah Seorang Jurutera Professional!!!

Khas untuk Anonymous, February 23, 2010 3:26 PM, jawapan kepada soalan anda, ya Ir Ariffahmi menantu TG Nik Aziz memang seorang Jurutera Professional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM).









Anda boleh semak di sini: http://www.bem.org.my/v3/professional.html





Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memasukkan nama penuh "orang yang anda cari", jika anda tahu discipline/bidang penghususannya adalah lebih baik, lebih cepat untuk mendapat hasilnya.



Untuk pengetahuan semua Jurutera Professional mestilah berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia, walau bagaimanapun ada di antara mereka (Jurutera Professional) yang mengambil pereriksaan/temuduga Jurutera Professional melalui persatuan jurutera Malaysia (Institution Engineer of Malaysia - IEM). Mereka ini selepas lulus juga perlu mendaftarkan diri sebagai Jurutera Professional dengan Lembaga Jurutera Malaysia untuk mendapatkan "Nombor Pendaftaraan Jurutera Professional".



Sebagai contoh, Nombor Pendaftaran Jurutera Professional Ir. Arrifahmi adalah 11800 dan Discipline/Bidang Penghususan adalah Civil (Kejuruteraan Awam). Dia (Ir Ariffahmi) adalah Jurutera Professional yang ke 11,800 dalam Malaysia. Bagi DS Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN Nombor Pendaftaraan Jurutera Professionalnya tidak dapat dipastikan kerana namanya tiada dalam carian di LJM.



Antara kemungkinan mengapa namanya tiada dalam carian di LJM mungkin kerana beliau (DS Ir Nizar) tidak mendaftar dengan LJM sebaik beliau lulus peperiksaan/temuduga Jurutera Professional dengan IEM ataupun beliau tidak memperbaharui pendaftaraan Jurutera Professionalnya. Setiap tahun seorang Jurutera Professional perlu menghantar CPD (Continuing Professional Development) dan membayar yuran RM 200.00 kepada LJM.
Jurutera Professional yang tidak berbuat demikian akan terbatal pendaftaran mereka. Bermula dari tahun 2008, mana-mana jurutera yang bukannya Jurutera Professional, pihak Lembaga Jurutera & IEM telah bersetuju untuk membenarkan semua Jurutera/"Graduate Engineer" untuk menggunakan "title" "Ir" ataupun "Egr" di hadapan nama mereka sebagai pengenalan profession seorang jurutera.
Walaubagaimanapun hanya Jurutera Professional sahaja yang boleh mengesahkan segala pelan dan laporan kejuruteraan.

Kenali Empat Orang Yang Bernama Nizar Berdaftar Sebagai Jurutera Professional Dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

Hanya tinggal empat orang Jurutera Professional bernama "Nizar" yang berdaftar/memperbaharui pendaftaran mereka dengan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM/BEM) dan mereka adalah seperti di bawah;





Untuk kepastian lanjut sila rujuk link berikut; http://www.bem.org.my/v3/professional.html


Samada DS Ir Nizar tidak memperbaharui pendaftaraannya dengan (LJM), itu kena tanya dialah.


Walau bagaimanapun nama Dato' Seri Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN ada didaftarkan sebagai seorang Jurutera Professional dengan Institution of Engineer Malaysia (IEM) di dalam directory tahun 2008. Keahlian "MIEM" hanya untuk "Jurutera Professional" yang berdaftar dengan IEM. Buktinya adalah seperti dibawah;






PG 185 IEM DIRECTORY


MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (14616)

B.SC.(ASTON IN BIRIMINGHAM) 0012 M 1982 MIEM, P.ENG 004 4/24/1993






Untuk maklumat lanjut sila rujuk;
http://www.iem.org.my/external/IEM2008/OEM/IEM%20Directory%20CDROM/Members/Directory-Members%20pg86-268.pdf



DS Ir. Nizar juga telah dianugerahkan gelaran keahlian "Fellow Kehormat" IEM pada tahun 2009. Sila rujuk http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_09.htm

Walau bagaimanapun anugerah "Fellow Kehormat" IEM, tidak terhad untuk seorang Jurutera Professional sahaja kerana Tun Mahathir & DYMM Sultan Azlan juga pernah dianugerahkan untuk menerimanya. Sila rujuk sini; http://www.iem.org.my/external/IEM2008/OEM/IEM%20Directory%20CDROM/Distinguished%20Honorary%20Fellows/Directory-Honorary%20Members%20pg66.pdf









Sekarang ni setiap Jurutera Professional diwajibkan menghantar butiran "CPD" mereka setiap tahun untuk memperbaharui pendaftaraan Jurutera Professional mereka.

Satu Lagi Pemimpin Pakatan Bakal Ke Jawatankuasa Disiplin PAS???


BUTTERWORTH: Seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pulau Pinang memberi amaran kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, supaya menghentikan penggunaan slogan Amar Makruf Nahi Mungkar serta kenyataannya mahu mencontohi peribadi Saidina Umar Abdul Aziz.

Amaran itu diberikan Pengerusi Badan Anti IFC (Badai), Mohd Hafiz Nordin, yang juga Ketua Penerangan Pas cawangan Bagan Ajam.

Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang itu juga berkata, amaran diberikan berikutan tindak tanduk Guan Eng yang mempermain-mainkan orang Islam di negeri ini dalam pelbagai isu, termasuk perarakan Maulidur Rasul....

Katanya, sikap Guan Eng dalam menangani pelbagai isu di negeri ini jelas berbeza dengan apa yang dilaung-laungkannya.

"Tokoh Islam seperti Khalifah Umar Abdul Aziz tidak pernah memutarbelit fakta seperti Guan Eng dalam isu perarakan Maulidur Rasul. Dalam surat pekeliling cakap tiada, tetapi tiba-tiba cakap pula dengan memberi pelbagai alasan.

"Beliau hanya mempermainkan syiar Islam dan tokoh Islam. Bagi saya, beliau tidak sama sikapnya dengan Saidina Umar Abdul Aziz. Kalau benar-benar hendak gunakan slogan Amar Makruf Nahi Mungkar, maksiat tidak akan semakin berleluasa seperti kita lihat pada sambutan Valentine’s Day serta Tahun Baru Cina, baru-baru ini," katanya di sini, semalam.
Dipetik dari blog;http://sejarahmelayu.blogspot.com/2010/02/amaran-untuk-guan-eng-jangan-permainkan.html
Komen Isac;
Nampaknya Mohd. Hafiz ni pulak yang bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Pas kerana menemplak "anak emas" TG Nik Aziz, iaitu Khalifah LGE. Rasa nak muntah pulak bila sebut "Khalifah LGE"......Mengapa ? Anda fikir-fikirkan lah sendiri....

22 Feb 2010

Resam Dunia - Pejuang Dituduh Pengkhianat, Pengkhianat Sebenar Dapat Nama.



21 Februari, 2010 18:49 PM

Mustapa Sedih Dituduh Derhaka Dan Pengkhianat Kepada Rakyat Kelantan

KOTA BAHARU, 21 Feb (Bernama) -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed meluahkan rasa sedih apabila dianggap mengkhianati rakyat Kelantan kerana tidak memihak kepada kerajaan negeri yang diteraju PAS dalam menuntut royalti minyak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkata beliau telah melakukan yang terdaya mengikut keupayaannya sebagai anggota kerajaan persekutuan sejak 1996 dalam memperjuangkan nasib rakyat Kelantan meskipun mereka ditadbir oleh parti PAS.

"Sebagai anak jati Kelantan, saya sanggup meluluskan peruntukan berpuluh juta ringgit bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan warga jabatan-jabatan persekutuan di sini.

Beliau memberi contoh antara projek pembangunan yang pernah diluluskannya ialah pembangunan Medan Tuan Padang bernilai RM1 juta, Pasar Siti Khadijah (RM3.3juta) dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan bernilai RM5 juta.

"Saya amat sedih dan dukacita jika dalam begini saya masih dikatakan sebagai rakyat yang derhaka dan mengkhianati rakyat Kelantan kerana semata-mata tidak menyokong kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan kerajaan negeri ini," kata Anggota Parlimen Jeli itu.

Mengenai isu royalti itu, Mustapa berkata beliau telah membantu rakyat Kelantan mendapat wang ihsan yang bakal diagih pada Mac ini. "Soal tuntutan kerajaan negeri untuk mendapatkan wang royalti itu tidak berbangkit lagi, yang pastinya rakyat akan mendapat faedah melalui wang ihsan, cuma kaedahnya berbeza," katanya.

Mustapa diminta mengulas mengenai ceramah-ceramah yang diadakan penyokong PAS yang antara lain menyifatkan beliau sebagai pengkhianat dan menderhaka kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti minyak tersebut. Mustapa menegaskan kerajaan persekutuan juga tidak pernah menganak tirikan Kelantan dalam agihan peruntukan pembangunan sepanjang negeri itu ditadbir PAS sejak 20 tahun lepas.

Malah katanya peruntukan yang diberi kepada kerajaan negeri Kelantan adalah berkali ganda lebih banyak berbanding kutipan hasil yang diserah kepada kerajaan pusat.

-- BERNAMA


Komen Isac;


Bukan ke penulis dah cakap, jangan mainkan lagi isu ini. Penulis berada di bawah.... Pada pengamatan penulis, dalam isu ini sememangnya Umno/BN dah kalah. Betul atau salah itu isu lain. Bila isu kononnya pimpinan ulamak ditindas dan faktor kenegerian dimainkan, Umno/BN pasti akan kalah terutamanya di Kelantan. Tok Pa & Awang Adek yang sememangnya orang Kelantan sepatutnya memahami dan mengerti bahawa jika dua isu ini dimainkan, rakyaat Kelantan akan menyebelahi TGNA dan PAS.



Bila kedua isu ini dimainkan "kewarasan" rakyaat Kelantan akan hilang dan perasaan kenegerian akan membuak2...Semangat anti Kerajaan Federal akan menjadi dendam kesumat. Segala bantuan, usaha dan wang pembangunan berbillion ringgit yang dihulurkan oleh Kerajaan Pusat dengan hasil usaha Tok Pa dan Awang Adek hanyalah ibarat, "mencurah air ke daun keladi".



Berhenti mainkan isu ini sebelum terlewat, jangan biarkan Umno/BN semakin terbelit oleh isu ini. Ambillah nasihat ikhlas saya ini, sememangnya saya sangat memahami "tabiaat orang Kelantan". Sebagai orang Kelantan saya pasti Gomo dan Panglima akan sependapat dengan saya.

Isu Wang Royalti Minyak/Wang Ikhsan - Kerajaan Umno/BN Mengaku Kalah Sahajalah.....


Berilah alasan apapun, rakyaat kelantan tidak akan terima...Mereka mahu Kerajaan Negeri Kelantan yang mentadbirkan sendiri "wang ikhsan"/"royalti minyak". Perkara ni telah menjadi begitu sensitif, telah jadi isu semangat kenegerian...



Betul atau salah itu tolak tepi, rakyaat Kelantan yang mejoritinya terpaksa merantau untuk mencari kerja samada di sektor awam ataupun swasta sememangnya begitu dahagakan pembangunan....


Kerajaan negeri sememangnya bijak memainkan isu ini. Silap-silap haribulan Tok Pa dan Awang Adek akan dilabel sebagai "pengkhianat" kepada negeri Kelantan dan pasti akan ditolak oleh pengundi-pengundi dalam PRU 13 nanti.


Bila rakyaat begitu dahagakan pembangunan dan Umno/BN pula dijadikan kambing hitam, maka betul atau salah sudah tak bererti lagi hak orang lain pun akan sanggup mereka rampas.....Rakyaat Kelantan termakan akan "tohmahan" yang Kerajaan Negeri mainkan, mereka telah lupa, apa yang Kerajaan Pas telah buat selama 20 tahun memerintah negeri tersebut, mereka juga telah lupa untuk bertanya ke manakah perginya hasil balak yang telah diteroka sejak 20 tahun yang lalu, mereka juga terlepas pandang terhadap tanah-tanah kerajaan negeri yang telah tergadai, pembangunan yang di bawa oleh Kerajaan Persekutuan pula mereka sangkakan adalah usaha Kerajaan Negeri...


Terbaru "royalti minyak Terengganu" pula cuba "dirompak"!!!!! Sekarang ni perompakpun ada yang pakai serban.....


Pada pendapat penulis, janganlah diperpanjangkan isu ini, kerana secara dasarnya Umno/BN sememangnya telah kalah....Bagi sahaja "wang ikhsan" ataupun "royalti minyak" yang berkaitan untuk ditadbir oleh Kerajaan Negeri Kelantan, biarlah rakyaat kelantan melihat sendiri bagaimana "Ulamak" mereka menghabiskan duit rakyaat.


Lihat sahajalah nasib rumah Kelantan di Jalan Stoner, sekiranya benar seperti yang dilaporkan oleh para blogger, ianya telah diberi secara percuma kepada pihak ketiga. Bongkarkan sahaja isu ini.


Bongkar juga ke mana perginya dana RM 35 Juta yang telah diberikan oleh Pusat kepada kerajaan negeri untuk menaik taraf bandar KB. Jangan biarkan isu ini menyumbang kekalahan Umno/BN dalam PRU 13 nanti. Jestru itu tutup sahaja isu ini dan carilah isu-isu yang sebenar dan isu-isu yang boleh dimenangi....Biar lah hari ini kita berundur selangkah demi kejayaan hari esok!!!

Siapakah Musuh Nombor Satu "Gagasan 1 Malaysia" DSN Yang Sebenar???



Foto: Inilah Orangnya, Kalau Mamat Homo Menengok Bibir Mamat Ni, Mesti Geram Punya. Bak Delima Merekah...

LKS kata Umno adalah musuh nombor satu kepada " Gagasan 1 Malaysia", tetapi bagi penulis, orangnya tidak lain dan tidak bukan adalah seperti foto di atas. Beliau mempunyai berbagai-bagai wajah dan taktik politik tetapi motifnya hanyalah untuk "merepublikkan" Malaysia dan meminggirkan golongan Melayu/Bumiputera.


Beliau adalah ketua kepada parti 2 beranak, pastinya semua telah lama mengenali beliau.


21 Feb 2010

Malang Sememangnya Tidak Berbau - Menara & Bumbung Masjid Runtuh, Inipun Salah Umno/BN?????



SUKARELAWAN ‘Medina’ membantu pasukan penyelamat mencari mangsa yang masih hidup dan yang terkorban selepas menara Masjid Bab Berdieyinne runtuh di Meknes, Maghribi, kelmarin. – AP/AFP




http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


41 maut, 75 cedera


MEKNES, Maghribi 20 Feb. – Menara sebuah masjid bersejarah yang runtuh menyebabkan kira-kira 41 orang terbunuh dan mencederakan 75 yang lain di bandar Meknes, tengah Maghribi, kata pegawai tempatan hari ini.

Antara yang cedera dalam runtuhan menara Masjid Bab Berdieyinne di bandar lama tersebut, 51 daripadanya sudahpun dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan, demikian menurut pegawai pertahanan awam, Mohamed Ismael Alaoui. Masjid kurun ke-18 berkenaan sesak dengan orang ramai yang menunaikan solat Jumaat ketika insiden berlaku dan pegawai tempatan memberi amaran angka korban berkemungkinan besar akan meningkat.


Kebanyakan penduduk berpendapat ia berpunca daripada hujan lebat yang melanda sejak beberapa hari lalu. “Menara dan sebahagian daripada bumbung masjid runtuh ke atas dewan solat ketika jemaah berkumpul untuk sembahyang Jumaat,” kata seorang penduduk. Gambar rakaman televisyen menunjukkan beratus penduduk mengalihkan runtuhan dalam usaha pantas untuk mencari mangsa yang masih hidup. Pasukan menyelamat menggunakan penyodok malah tangan kosong ketika ramai yang lain membentuk rantaian manusia untuk mengalihkan runtuhan dari kawasan kejadian.


“Selain solat Jumaat, jemaah juga akan menyembahyangkan jenazah yang diletakkan di dalam masjid,” kata seorang pegawai. Kementerian Dalam Negeri sebelum ini mengumumkan insiden itu berlaku pada 1245 GMT (pukul 8.45 malam tadi waktu Malaysia) dengan korban sekurang-kurangnya 11 orang, namun ia semakin meningkat. Penyelamat pada awalnya berdepan kesukaran mengalihkan runtuhan kerana masjid itu terletak di kawasan padat Bandar Lama yang dipisahkan dengan tembok-tembok tinggi. Perkhidmatan kecemasan menghantar kebanyakan mangsa ke hospital di Fes, 60 kilometer di utara bandar ini. Mereka yang cedera ringan dirawat di Meknes.


Tragedi di Masjid Bab Berdieyinne adalah yang terburuk dalam sejarah negara utara Afrika ini, dengan kebanyakan bandar dan pekannya masih mengekalkan bangunan yang berusia beberapa kurun. Masjid itu sendiri diperbuat daripada batu-bata campuran lumpur serta jerami dan menaranya menjadi mercu tanda Meknes. – AFP





Komen Isac;



Walaupun ianya dikira sebagai satu malapetaka, tetapi setidak-tidaknya mangsa berada di rumah Allah dan mati ketika sedang berbuat ibadat.....Cuma pihak berwajib sepatutnya menjalankan pemeriksaan terhadap bangunan milik kerajaan dan rumah-rumah ibadat dari masa ke semasa untuk mengelakkan tragedi seperti ini berulang.

Nak Tangkap Tedung Selar pun Kena Pakai Password ? Sebut "Mokhtar" ke?

Foto: PENANGKAP ular, Fauzi Syarwani Seman, 27, (kanan) dibantu rakannya menunjukkan seekor ular tedung selar yang berjaya ditangkap selepas memasuki sebuah rumah penduduk di kampung Padang Lalang, Jaya Gading dekat Kuantan. Fauzi mengambil masa hanya lima minit untuk 'menumpaskan' ular berbisa sepanjang 4.2 meter dan seberat 20 kilogram itu. Kemahiran yang dimilikinya itu berjaya menyelamatkan nyawa seorang ibu, Hanifah Hamzah, 44 bersama dua anak lelakinya berusia 11 dan 18 tahun. Menurut Fauzi, tiga beranak itu bernasib baik meskipun dipercayai telah bermalam terlebih dahulu dengan haiwan berbisa itu yang didakwa telah menyelinap masuk pada hari sebelumnya. - Foto Bernama Feb 21, 2010 9:20 am
Hebat mamat ni, kalau silap haribulan, kena patuk ular sebesar ni pasti racunnya akan sampai ke jantung kita sebelum kita sempat ke hospital.... Ular sepanjang ini kalau dia berdiri mungkin hampir 4m tinggi. Ada rahasia ke nak tangkap ular tedung selar sebesar ini? Mungkin ada "pasword" yang mungkin akan membuat ular ni jinak, seperti menyebut, "Mokhtar" ke? Maaf yek bergurau aje, apapun mamat ni memang betul-betul hebat!!!!!!

Siapa Kata Lelaki Berumur 63 Tahun Tak Kuat....

Foto 1: Gambar Hiasan, Kena Bicara DSAI (63 Tahun) Dah Sakit Balik....Betul Atau Auta?
Foto 2: Gambar Hiasan, TG Hj. Hadi (63 Tahun) Semakin Gagah...

Bomoh tak mengaku rogol anak tiri 2010/02/20

IPOH: Seorang bomoh warga emas mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan apabila dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol anak tirinya di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, dekat sini, awal pagi 2 Februari lalu.
Berdasarkan pertuduhan, warga emas berusia 70 tahun itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas anak tirinya berusia 24 tahun di bilik hadapan dalam sebuah rumah bernombor 8, PPRT Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, kira-kira jam 1 pagi, 2 Februari lalu.


Tertuduh didapati melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari enam tahun atau tidak lebih 20 tahun dan sebatan.


Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izalina Rajaai, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. Dalam hujah pendakwaan, Nurul Izalina memohon mahkamah supaya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana bimbang dengan keselamatan mangsa atau kemungkinan perbuatan itu berulang.


Tertuduh memohon maaf kepada Hakim Noor Hayati Mat dan meminta wang jaminan RM15,000 dikurangkan dengan alasan tidak bekerja, sudah berusia dan mempunyai ramai tanggungan. Justeru, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dan memerintahkan tertuduh menjauhi serta tidak boleh tinggal bersama mangsa.

Komen Isac;

Siapa kata lelaki berumur 63 tahun sudah tak kuat? Lihat sahaja TG Hj Hadi, walaupun penampilannya nampak macam "atok-atok" beliau masih lagi gagah dan boleh jadi hero lagi...


Lihat sahaja bomoh yang berusia 70 tahun dalam insiden di atas, katanya beliau merogol anak tirinya di hadapan isteri. Kadang-kadang modalnya mudah, seperti yang diberitakan oleh berita di TV, beliau memberitahu mangsa mahu mempeturunkan "ilmunya" melalui persetubuhan. Jika engan siibu pula akan menjadi mangsa dera dan akan diceraikan....
Begitu jugalah halnya jika ketua jabatan/pegawai atasan melakukan "sex harrasement" selalunya pegawai bawahan tidak mempunyai peluang. Apa lagi jika pegawai atasan adalah seorang yang berkarisma. Dalam kes DSAI lawan Saiful, penulis tidak mahu "jump to conclusion" tetapi orang ramai di minta jangan terpedaya dengan"tipu-muslihat" DSAI, samada kita mahu mengakui ataupun tidak kita telah menyaksikan DSAI "berlakon" dipentas politik sejak lebih 30 tahun yang lalu.
Segala tipu-helahnya juga sedikit sebanyak telah kita ketahui, justru itu berilah peluang kepada mahkamah untuk menguruskan kes tersebut sebaik-baiknya. Bagi Saiful pula bagaimana seorang bekas pelajar yang kurang pintar (telah gagal di universiti) dapat bercerita dengan hebat di mahkamah tentang kes berkenaan, jika beliau benar-benar tidak diliwat. Sedangkan kita juga pernah saksikan seorang yang berjawatan Pesuruhjaya Polis pun tergagap-gagap bila disoal balas di mahkamah.
Seperti kata DSN ia adalah kes peribadi dan lebih terarah kepada kes "gangguan seksual di tempat kerja" tak perlulah ia di bawa ke Dewan Rakyaat. Usahlah kes ini terus dipolitikkan. Jika mahu ikutilah perjalanan kes tersebut dengan teliti dan dengan dada yang lapang, dan anda mungkin akan dapat kenali siapakah yang "menipu" jika tidak anda yang akan terus tertipu!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3