bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Feb 2010

Guan Eng Bakal Disaman Zahrain - Yang Untungnya Peguam....


Zahrain Nak Saman Lim Guan Eng

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang baru sahaja meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


"Saya dah minta peguam untuk teliti perkara ini, tengoklah nanti lepas sambutan Tahun Baru Cina mungkin beliau (Guan Eng) dapatlah (surat peguam). "Saya perlu ambil tindakan undang-undang sebab Guan Eng dah melampau, sekarang dia fitnah saya dengan isu lain pula sebab nak tutup kelemahan dia sendiri," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.


Tindakan Zahrain untuk menyaman Guan Eng itu dibuat sebagai reaksi kepada kenyataan Guan Eng yang menyifatkan keputusannya keluar daripada PKR demi menjaga kepentingan peribadinya. Ketua Menteri itu turut mendakwa keretakan antara beliau dan Zahrain berpunca daripada keputusan kerajaan negeri menolak tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort oleh sebuah syarikat RM2 yang disokong oleh Zahrain.


Zahrain adalah pengerusi dan anggota lembaga Island Golf Properties iaitu anak syarikat perbadanan negeri itu, PDC. Selain itu, Setiausaha Agung DAP itu turut mempersoalkan tindakan Zahrain meletak kesemua jawatannya dalam parti, tetapi tidak sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Pengarah Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP) sedangkan jawatan itu dilantik oleh kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang.


Mengulas lanjut mengenai kedudukannya dalam IGP, Zahrain membayangkan akan turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah. "Saya tahu dia persoalkan kedudukan saya di situ, tapi tunggulah sebab hari Jumaat saya baru umum keluar parti.


"Mungkin lepas Tahun Baru Cina ini saya akan umumkan... tunggu sajalah," katanya. Mengenai dakwaan Guan Eng yang Zahrain kecewa kerana sokongannya ke atas tender sebuah syarikat untuk menguruskan Bukit Jambul Golf Resort ditolak oleh kerajaan negeri, Zahrain menyifatkan Guan Eng sebagai pemimpin yang suka berbohong serta sengaja menyebarkan fitnah demi kepentingan politiknya.


"Itu semua satu pembohongan yang besar, fitnah. Guan Eng memang kaki bohong. Ini fitnah Guan Eng yang nak putar belit cerita. "Tak ada kena-mengena tindakan saya keluar daripada PKR dengan isu berkenaan," tegasnya.


Jelas beliau, keputusan memilih mana-mana syarikat bagi mendapatkan tender mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort dibuat bersama Ahli Lembaga Pengarah IGP dan bukannya keputusan mutlak beliau. "Bukan saya yang pilih syarikat itu, tak kisahlah syarikat 'dua ringgit' ataupun 'syarikat dua ratus'.


"Yang penting ia tak ada kaitan dengan kepentingan peribadi saya sendiri sebagai Pengerusi dan juga Ahli Lembaga Pengarah," katanya. Tambah Zahrain, beliau mempertahankan syarikat berkenaan demi menjaga integriti Lembaga Pengarah.


"Pemilihan syarikat berkenaan adalah dengan cadangan pihak pengurusan dan ia telahpun dipersetujui oleh anggota Lembaga Pengarah... semuanya dibuat mengikut peraturan. "Tambahan pula pihak Lembaga Pengarah menaruh kepercayaan kepada syarikat berkenaan berdasarkan anggotanya yang terdiri daripada golongan profesional dalam bidang berkenaan yang diyakini, kita bukan pilih syarikat yang dimiliki oleh individu sebarangan," katanya.

Komen Isac;

A ah...DS Zahrain, jangan bagi "chance", saman aje "Khalifah" LGE tu....Kalau boleh sampai dia bankrap, lagi bagus....Itulah juga cara yang Pakatan gunakan selama ni.......Nak berselindung disebalik kesalahan yang mereka lakukan, kalau orang ada buat pendedahan tentang "kejahatan" yang mereka lakukan, mereka sebaliknya yang akan disaman sampai RM 100 Juta. DSAI pun sama, hakim pun beliau berani lebelkan sebagai "pembohong demi untuk lari daripada masalah utama, iaitu "mereka/beliau" yang sedang dibicarakan....

Keadilan cara DSAI/Pakatan, Tetapi penyokong2 tegar mereka tetap percaya dan kena tipu idup2.....Sekolah tinggi2 tapi "bengap"......:) Maaf yek..... Kasar sikit...

Yang untung adalah golongan peguam...apa2 pun "masyuk".....Bayar pakai duit siapa? Jadi TPM X sampai 10 tahun banyak sangat ke pendapatan dia? Sampai 2-3 keturunan X habis2....Boleh bayar peguam-peguam yang handal2 pulak tu....Amik duit manalah agaknya yek?

2 comments:

  1. Itulah padahnya berkawan dengan orang jahat (saki baki komunis)

    ReplyDelete
  2. Salam Isac, dia orang yang ajar pasal saman menyaman ni.....patut pun dibalas dengan saman juga.... lagi pun berapa ramai peguam-peguam di dalam pembangkang.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3