bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

27 Feb 2010

Itulah Resam Binatang Buas - Bila Datang "Anginnya" Yang Jinakpun Mampu Membunuh.....

Jumaat Februari 26, 2010
Jurulatih Maut Dilemaskan Paus

Foto: Dawn Brancheau merupakan antara jurulatih paling berpengalaman di taman tersebut.

ORLANDO (Florida): Seekor paus pembunuh di taman marin Sea World Adventure Park, menyambar seorang jurulatih dari platform di tepi kolam semalam dengan mulutnya, melibas wanita malang itu di dalam air dan membunuhnya sambil disaksikan pengunjung-pengunjung yang ketakutan.


Ini merupakan kali ketiga haiwan itu mengakibatkan kematian manusia. Berikutan insiden itu, para pengunjung yang cemas segera diarahkan keluar daripada kawasan kejadian dan taman marin itu ditutup. Mangsa, Dawn Brancheau, 40, merupakan antara jurulatih paling berpengalaman di taman tersebut.

Adiknya berkata, Brancheau sudah tentu tidak mahu paus yang membunuhnya diapa-apakan kerana dia sayangkan haiwan itu sama seperti kanak-kanak. Ketua jurulatih haiwan Sea World, Chuck Tompkins berkata, Brancheau sedang menggosok-gosok badan paus yang dinamakan Tilikum selepas satu pertunjukan tengah hari semalam apabila haiwan seberat 5,500 kilogram itu secara tiba-tiba menyambar dan menariknya ke dalam air.

Tidak jelas sama ada wanita malang itu maut akibat dilibas paus tersebut atau lemas. Disebabkan saiz besar paus berkenaan dan kematian-kematian sebelum ini, jurulatih lain tidak dibenarkan masuk ke dalam air bersama-sama Tilikum dan hanya 12 daripada 29 jurulatih di taman itu dibenarkan melatih mamalia tersebut. Brancheau merupakan jurulatih paling berpengalaman dengan Tilikum yang berusia 30 tahun berbanding jurulatih lain.

"Kami sedar yang Tilikum ada menunjukkan perubahan," kata Tompkins. Dia bagaimanapun berkata, belum ada sebarang keputusan dibuat tentang apa yang akan dilakukan kepada Tilikum seperti kemungkinan untuk memindahkannya ke fasiliti lain. - AP
Komen Isac;
Sememangnya tak boleh nak salahkan mereka, mereka ni walaupun jinak tetapi bukanya berakal. Kadang-kadangpun mugkin mereka ingat bahawa jurulatih mereka ini kuat macam mereka juga, jadi dalam pada nak bergurau dah "terbunuh" pulak. Bunuh tanpa niat...
Itu binatang, dalam dunia manusia yang rata-rata berakalpun ada yang sengaja mensabotaj negara sendiri gara-gara tidak berpeluang untuk menjadi pemimpin tertinggi....

1 comment:

  1. Salam Isac, sejinak-jinak harimau, kalau lapar menerkam juga.......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3