bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Feb 2010

"Kerana Bedal LGE" - Lagi Sorang Pemimpin PR Dilebel Sebagai Agen Umno???






Ketika kes liwat Datuk seri Anwar Ibrahim masuk hari pertama Rabu…’ tembak menembak’ dalam pakatan pembangkang di Pulau Pinang belum nampak tanda-tanda bakal reda. Siapa kata Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim yang hingga hari ini tidak berganjak dari kenyataannya menghentam Ketua Menteri Lim Guan Eng keseorangan.

Rabu Ahli Parlimen PKR kawasan Nibong Tebal, Tan Tee Beng tampil memberi sidang akhbar di Kuala Lumpur mendakwa Guan Eng yang berasal dari Melaka sudah tidak layak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Tan berkata sudah tiba masanya untuk rakyat Pulau Pinang menentukan kedudukan Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya beliau tidak kisah kalau pemimpin DAP anak tempatan lain ambilalih asalkan bukan Guan Eng.
Lebih teruk beliau mendakwa Guan Eng melayan wakil rakyat PKR seperti anjing. "Sebenarnya beliau tidak endahkan wakil rakyat PKR langsung dan terlalu berlagak dengan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya.

Kata Tan lagi hampir semua wakil rakyat di negeri itu sudah muak dan bosan dengan janji-janji Guan Eng yang kononnya akan memperjuangkan nasib rakyat.
"Bayangkan setiap kali mesyuarat dalam negeri atau perjumpaan biro diadakan, Guan Eng tidak pernah mengambil tindakan susulan daripada perkara berbangkit sebaliknya hanya cakap kosong.

"Sehubungan itu, saya sebagai wakil akar umbi bertindak menegur beberapa perkara berbangkit kepada Guan Eng namun beliau menuduh saya telah mengkritik kepimpinannya," katanya. Tan turut mencabar Guan Eng menafikan dakwaannya itu jika ia salah.

Ditanya sama ada Anwar menyedari mengenai kebimbangan beberapa pemimpin PKR di Pulau Pinang terhadap Guan Eng,katanya beliau percaya Penasihat PKR itu menyedari keadaan terkini politik di Pulau Pinang tetapi tidak bertindak untuk menanganinya. "Saya rasa beliau tidak bertindak menanganinya...mungkin beliau fikir berkompromi (dengan DAP) adalah cara terbaik," katanya.

Tan mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan menarik balik atau berhenti membuat kenyataan mengenai "keangkuhan" Lim meskipun menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussein Ali, supaya berbuat demikian. Pulau Pinang ditadbir oleh pakatan parti DAP, PKR dan Pas.

Dalam perkembangan berkaitan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Dr Mansor Othman memberitahu wartawan di Georgetown PKR Pulau Pinang tidak akan terjejas jika ada seorang dua anggotanya mahu keluar daripada parti. Beliau yang juga Pengerusi badan perhubungan parti negeri berkata, kedudukan PKR dalam pakatan pembangkang juga tidak akan tergugat dengan tindakan itu.

"Kami tidak akan menangis hanya kerana ada dua orang anggota mahu keluar parti," katanya ketika mengulas laporan media bahawa terdapat segelintir anggota PKR khususnya di negeri itu berhasrat keluar parti berikutan krisis kepimpinan.
Mengenai gesaan Ahli Parlimen Nibong Tebal agar PKR mendesak Ketua Menteri ditukar, Mansor berkata saranan itu bukan pendirian parti.

"Keretakan yang berlaku sekarang berpunca daripada seorang dua anggota baru yang hanya menyertai parti pada tahun kebelakangan ini," katanya. Sementara itu, Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi menafikan wujud keretakan dikalangan anggota Exco.
Memang ada berlainan pandangan dan kami bebas bercakap, tetapi tidak ada di antara kami yang berkecil hati selepas keputusan dibuat," katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan bekas anggota DAP, Tham Weng Fatt, bahawa ada perselisihan antara kalangan ahli Exco dari DAP dengan Guan Eng. Sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia hari ini memetik Tham sebagai berkata bahawa terdapat keretakan antara Lim dan beberapa anggota Exco seperti Phee Boon Poh, Law Hen Kiang dan Ooi sendiri, dan masalah itu semakin buruk.-3/2/2010.





Komen Isac;


Pastinya PR akan berkata dia ni pun "Agen" Umno. Kira Umno "Cina" lah..... Walaupun mereka mendakwa Umno sebagai parti cauvanis kaum Melayu, tetapi bagi orang-orang Cina yang "jahat-jahat" (yang tak sokong mereka) akan tetap dikaitkan dengan Umno.

Terbaru LGE mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin PR yang "menentangnya" sengaja mahu mengalih perhatian rakyaat dari perbicaraan kes Liwat DSAI. Sebenarnya siapa yang jelas cuba mengalih perhatian rakyaat? Memohon supaya perbicaraan dilakukan secara tertutup misalnya.....Bukankah itu sebenarnya mahu menyekat informasi mengenai kes diketahui oleh umum?







No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3