Gaji baru Polis Diraja Malaysia diumum esok – Hishammuddin
02/02/2010 8:54pm
Ia juga, katanya, adalah sebahagian daripada cadangan yang dirumuskan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Kadar baru ini yang akan saya umumkan esok adalah sebagai memenuhi janji yang saya berikan sewaktu saya mula menerajui KDN,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasport Malaysia versi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.
Laporan akhbar ini menyebut bahawa skim gaji dan elaun itu akan membolehkan pegawai polis berpangkat inspektor menerima gaji bulanan lebih RM3,000, manakala sarjan pula sehingga RM2,000 sebulan. Menerusi skim ini, inspektor baru berpeluang menikmati kenaikan terbesar dengan gaji permulaan sebanyak RM2,060 berbanding RM1,492 sebelum ini serta pertambahan beberapa elaun lain seperti perumahan dan sara hidup.
Bagi para pemegang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mereka dibenarkan menyertai PDRM dengan pangkat sarjan dan akan menikmati gaji permulaan RM1,500 berbanding RM800 sebelum ini. Semua kenaikan itu berkuat kuasa pada 1 Januari tahun lepas, sekali gus bermakna anggota dan pegawai terlibat bakal mendapat durian runtuh melalui bayaran tunggakan bermula tarikh tersebut. – Bernama
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.