bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

14 Feb 2010

DSAI Kata DS Zaharin Khianti Penyokongnya - Siapa Pula Yang Khianati Penduduk Kg Buah Pala???



http://www.malaysiakini.com/news/124342
Anwar: 'Zahrain khianati penyokongnya'
Feb 12, 10 6:44pm

Peletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim daripada PKR merupakan 'pengkhianatan' terhadap mereka yang bertungkus-lumus memenangkannya dalam pilihan raya lepas, kata ketua umumnya.

"Ini belum pernah terjadi, beliau telah mengkhianati semua yang bekerja keras membantunya memenangi kerusi tersebut (Bayan Baru) untuk PKR dan Pakatan Rakyat," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga ketua pembangkang diminta mengulas keputusan Zahrain yang meletakkan semua jawatannya dalam PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas pagi ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Anwar berkata, beliau kesal dengan keputusan Zahrain tersebut.

Beliau juga menambah, segala tuduhan yang dilemparkan Zahrain terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berasas sama sekali.

Anwar juga tidak bersetuju bahawa DAP 'tidak dapat disentuh' dan berkata PKR, PAS dan DAP telah berjaya duduk bersama membincangkan pelbagai isu.

"Semalam baru saja kami bertemu, (Presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, Lim dan saya," katanya.

Anwar bagaimanapun enggan mengulas berhubung soalan sama ada lebih ramai wakil rakyat PKR akan meninggalkan parti itu.

Zahrain sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua PKR bagi cabang Bayan Baru.

Sementara itu, timbalan ketua PKR cabang itu M Nyanasegaran - yang juga kawan rapat Zahrain - mengakui berasa sedih terhadap keputusan itu.

Bagaimanapun, Nyanasegaran menambah, cabang itu akan terus bekerja mempersiapkan cabaran menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Ini bukanlah penghujung dunia... hidup mesti diteruskan," katanya.


Komen Isac;



Dasar orang politik....Bab mengata orang nombor satu....Diri sendirioun belum tentu lebih baik...Siapa pula yang telah berjanji kepada penduduk Kampung Buah Pala untuk membantu mereka tetapi apabila undi telah diperolehi, Kg. Buah Pala lenyap dari peta Malaysia.....



3 comments:

  1. Salam,
    Adakah Anwar fikir rakyat Malaysia sudah lupa komplot beliau cuba 'membeli' 30 ahli parlimen BN (peristiwa 16 September) bagi menggulingkan kerajaan yang sah?

    Rakyat sedang menolak pembangkang!

    ReplyDelete
  2. Bawah DAP semua nya bakal lenyap dari peta malaysia....just wait and see.......

    I guess ada hikmahnya Allah beri kemenangan kepada DAP and the gang sebab nak tunjuk pada orang Melayu (yang menyokong mereka) bertapa BAGUSNYA DAP memerintah...

    ReplyDelete
  3. Salam Isac..Zahrain kecewakan rakyat sebab khianati kepercayaan rakyat. Yang dia sendiri guna rakyat untuk tagih simpati kerana dikatakan dianiaya sehingga dituduh meliwat tu apa pulak? Tukaq sajalah nama parti kepada Parti Bela Anwar.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3