Siapa kata bangsa Melayu adalah bangsa yang terlampau bergantung kepada ikhsan kerajaan untuk mendapatkan Subsidi? Berapa sangat nak dibandingkan subsidi kepada orang-orang Melayu dengan perompak-perompak subsidi di bawah ini;
1) Perompak Subsidi Diesel.
Foto 1: AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menahan dua kapal bersama 33 kru yang dipercayai sedang melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Pengarah Operasi Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Kapten Mohd Zubil Mat Som, berkata kapal terbabit yang dikenal pasti sebagai MT Eastern Star dan MT Marida Marguerite, ditahan pada kedudukan kira-kira 2.5 batu nautika Selatan Tanjung Kapal, Pengerang, tidak berapa lama dahulu.
Foto 2: TIGA pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menyita satu stesen minyak di Changlun, kerana menjual minyak bersubsidi melebihi kuota kepada kenderaan asing. Foto Rahmat Othman
Mereka ini terdiri daripada sebahagian pengusaha-pengusaha stesyen minyak yang tamak, pengusaha-pengusaha bunker (kapal-kapal tangki) pemandu-pemandu lori minyak, nelayan-nelayan mahupun rakyaat biasa yang tidak bertanggung-jawab.
Modus operandinya mudah menjual diesel bersubsidi kepada pengusaha-pengusaha kilang yang memerlukan, menjual kepada kapal-kapal dagang dan menyeludupnya ke luar negara secara pukal atau runcit. Secara runcit oleh nelayan-nelayan dan rakyaat biasa.
2) Perompak Subsidi Gas LPG
Foto 3: PENGARAH Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNNKK), Che Halim Abdul Rahman (kiri) bersama anggotanya memeriksa sebahagian daripada tong gas memasak yang disalahguna bagi menjalankan operasi industri ketika mengadakan serbuan ke sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Ulu Tiram di Johor Bahru, hari ini. Serbuan pada 1 petang oleh lima anggota KPDNNKK Putrajaya itu menemui 1,334 tong gas memasak subsidi bersaiz 14 kilogram. - Foto Bernama
Mereka ini adalah terdiri daripada peniaga-peniaga yang mencuri LPG kegunaan domestik untuk dijualkan kepada sektor industri (harga LPG industri adalah lebih mahal -tanpa subsidi). Begitu jugalah halnya dengan pemilik-pemilik kilang yang membeli LPG-LPG yang telah dibotolkan semula ke dalam selinder industri dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.
3)Pemborong dan peruncit barangan kawalan.
Modus operandi mereka, ialah memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang dan menyorokkan barang-barang tersebut jika perlu demi mengurangkan jumlah barangan berkenaan di pasaran. Bila barang naik harga mereka boleh menjualnya dengan harga baru yang lebih tinggi.
Ia juga diplopori oleh peniaga-peniaga kecil yang biasanya beroperasi berhampiran dengan sempadan. Barangan keperluan harian bersubsidi seperti minyak masak, tepung, gula, selinder LPG dan lain-lain adalah komoditi yang bernilai tinggi apabila diseludup ke negara-negara jiran.
Foto 4: TERBONGKAR: Timbalan Ketua Bahagian Risikan dan Operasi Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua, Asisten Superintendan Rohizan Mohamad Said, (dua dari kiri) menunjukkan barangan kawalan yang cuba diseludup menggunakan bot perdagangan tukar barang yang ditahan di muara sungai Batu Pahat, hari ini. - Foto Mustapha Ismail
4) Syarikat Ali-Baba.
Mempunyai rakan kongsi di kalangan orang Melayu sebagai "teman tidur" semata-mata dan sebaliknya kontrak kerja dan keuntungan dimonopoli oleh kaum-kaum lain. Kebanyakkan syarikat Melayu/Bumiputera ini hanya mengambil komisyen dan segala kontrak kerja, pembekalan bahan mentah dan pekerja-pekerja diberikankan kepada syarikat milik kaum-kaum lain. Kaum-kaum lain sepatutnya menjadi rakan-kongsi yang membina dengan memberikan peluang pengalaman dan pekerjaan kepada kaum Melayu/Bumiputera dan bukannya hanya mahu mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri.
Pembolot-pembolot duit subsidi rakyaat yang telah mengkayakan diri mereka sendiri ini sewajarnya dibasmi. Saban tahun puluhan billion wang negara mengalir ke kantung "perompak-perompak" ini. Bayangkan berapa ramai rakyaat yang akan mendapat faedah jika perkara ini dapat dibendung!!!
Yg Melayu dapat ciput(bukan CIFUT)je, tokeh besar sapa agaknya ye??? Melayu takat mewah sekejap tapi tokeh 7 generasi mmkn tak abis wooo.... Kena tangkap plak sapa ek???
ReplyDeletetokeh besar sapa agaknya ye...???? ABANG JIB la sape lagi....
ReplyDelete