Khas untuk Anonymous, , jawapan kepada soalan anda, ya Ir Ariffahmi menantu TG Nik Aziz memang seorang Jurutera Professional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM).
Anda boleh semak di sini: http://www.bem.org.my/v3/professional.html
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memasukkan nama penuh "orang yang anda cari", jika anda tahu discipline/bidang penghususannya adalah lebih baik, lebih cepat untuk mendapat hasilnya.
Untuk pengetahuan semua Jurutera Professional mestilah berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia, walau bagaimanapun ada di antara mereka (Jurutera Professional) yang mengambil pereriksaan/temuduga Jurutera Professional melalui persatuan jurutera Malaysia (Institution Engineer of Malaysia - IEM). Mereka ini selepas lulus juga perlu mendaftarkan diri sebagai Jurutera Professional dengan Lembaga Jurutera Malaysia untuk mendapatkan "Nombor Pendaftaraan Jurutera Professional".
Sebagai contoh, Nombor Pendaftaran Jurutera Professional Ir. Arrifahmi adalah 11800 dan Discipline/Bidang Penghususan adalah Civil (Kejuruteraan Awam). Dia (Ir Ariffahmi) adalah Jurutera Professional yang ke 11,800 dalam Malaysia. Bagi DS Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN Nombor Pendaftaraan Jurutera Professionalnya tidak dapat dipastikan kerana namanya tiada dalam carian di LJM.
Antara kemungkinan mengapa namanya tiada dalam carian di LJM mungkin kerana beliau (DS Ir Nizar) tidak mendaftar dengan LJM sebaik beliau lulus peperiksaan/temuduga Jurutera Professional dengan IEM ataupun beliau tidak memperbaharui pendaftaraan Jurutera Professionalnya. Setiap tahun seorang Jurutera Professional perlu menghantar CPD (Continuing Professional Development) dan membayar yuran RM 200.00 kepada LJM.
Jurutera Professional yang tidak berbuat demikian akan terbatal pendaftaran mereka. Bermula dari tahun 2008, mana-mana jurutera yang bukannya Jurutera Professional, pihak Lembaga Jurutera & IEM telah bersetuju untuk membenarkan semua Jurutera/"Graduate Engineer" untuk menggunakan "title" "Ir" ataupun "Egr" di hadapan nama mereka sebagai pengenalan profession seorang jurutera.
Walaubagaimanapun hanya Jurutera Professional sahaja yang boleh mengesahkan segala pelan dan laporan kejuruteraan.
Salam.
ReplyDeleteHanya nk btulkan statement diatas..yang silap.
Bermula dari tahun 2008, mana-mana jurutera yang bukannya Jurutera Professional, pihak Lembaga Jurutera & IEM telah bersetuju untuk membenarkan semua Jurutera/"Graduate Engineer" untuk menggunakan "title" "Ir" ataupun "Egr" di hadapan nama mereka sebagai pengenalan profession seorang jurutera.
Sebenarnya title IR hanya dikeluarkan bila seseorng jurutera register dgn BEM (Lembaga jurutera malaysia) sahaja. title ENGR. Dikeluarkan jika seorng jurutera itu menjadi ahli IEM( institution of engineers malaysia)...Hanya IR boleh sahkan apa2 report. title ENGR hanyalah sebagai pengenalan Ahli IEM.