bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

27 Feb 2010

Ketua Kaki Bangkang/Protes Lawan Mahkamah...



Siapa yang nak bertindak ?

Oleh: LUKMAN ABDULLAH

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?


Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tersenyum meleret melihat gelagatnya terus mempermainkan undang-undang dengan mempertikaikan kes liwatnya diatas pentas ceramah berlangsung bebas tanpa halangan. Apa lagi di luar sana ada yang sudah berani nak campurtangan seperti 50 anggota parlimen Australia menyuarakan bantahan secara formal bagi menggesa Malaysia menghentikan perbicaraan kes liwat yang sidang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Bukan satu, dua malah beberapa siri ceramah sudah diadakan. Terbaru di Dewan Sri Siantan, Sungai Tua dekat Kuala Lumpur dan pada malam Selasa 16 Februari ini di Dewan Milineum, Kepala Batas pula. Agendadaily sendiri menerima sebilangan panggilan telefon dan email dari pembaca yang mempersoalkan kenapa pihak berkuasa berkenaan tidak bertindak. Bagi mereka perbuatan menghina mahkamah seperti ini tidak harus dibendung tak kira orang itu Anwar atau siapa saja. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sendiri berkata beliau sendiri tidak pernah dengar ada orang lain yang berani berkempen tentang kes mahkamah mereka seperti dilakukan Anwar.

Komen Isac;

DSAI satu-satunya individu di Malaysia yang begitu "menguasai" siri demi siri demonstrasi jalanan dari sejak Zaman Mahasiswanya, Zaman Abim, (hanya bercuti semasa menyertai Umno), Zaman "Reformasi" dan sekarang Zaman Mengetuai Pakatan Pembangkang. Sebagai ketua kaki bangkang dan protes beliau sememangnya tiada tandingan.

Bayangkan betapa hebatnya propaganda beliau semasa menjadi antara penggerak "Mogok Lapar di Baling", sehingga berjaya menarik keluar sekumpulan Pengganas Komunis dari hutan belantara kerana kononnya simpati dan mahu membantu penduduk Baling yang kelaparan sehingga ada yang kononnya "dikatakan mati kebuluran". Ataupun mungkinkan DSAI sememangnya mempunyai hubungan yang "intim" dengan Chin Peng sejak dulu?

DSAI sememangnya hebat kerana beliau mempunyai kebolehan untuk mempengaruhi dan menghasut penyokong-penyokongnya untuk berbuat apa sahaja demi kepentingan peribadi beliau. Terbaru, beliau sekali lagi cuba mengerah penyokong-penyokongnya agar menentang Mahkamah....Mengadakan siri demonstrasi dan ceramah untuk mengatakan beliau tidak bersalah di dalam kes perbicaraan liwat terbarunya.

Adakah ini adil untuk mahkamah? Mengapa "perbicaraan" dibawa ke jalanraya-jalanraya, dewan-dewan dan padang-padang? Jika kita sendiri tidak menghormati undang-undang dan mahkamah negara ini, siapa pula yang kita harapkan untuk menghormatinya? Bagaimana agaknya DSAI hendak memulihkan semula reputasi institusi-institusi Polis, SPRM, Tentera, SPR, Sektor Awam dan Mahkamah jika beliau berjaya menjadi PM kelak?

Itupun masih ramai kakitangan awam yang begitu menyangjungi beliau....


2 comments:

  1. Masuk jer BN haru biru UMNO dia keja kan sekarang masuk Pakatn Rakyat haru biru PAS dia kejakan.Tubuh je le persatuan yang yang satu ni belum ada daftar secara sah kat Malaysia baru le dia aman.Tau- tau jel le persatuan apa yang dimaksudkan,Nak masuk persatuan password kena ingat tau

    ReplyDelete
  2. Isac..cekap macam mana pun kena ingat..Kalau guna ke arah kebaikan, insyaAllahakan menaikkan tuan punya badan tetapi kalau guna utk mewujudkan persengketaan..rasanya Anwar dah rasa dah kot..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3