bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Feb 2010

Siapa Kata Lelaki Berumur 63 Tahun Tak Kuat....

Foto 1: Gambar Hiasan, Kena Bicara DSAI (63 Tahun) Dah Sakit Balik....Betul Atau Auta?
Foto 2: Gambar Hiasan, TG Hj. Hadi (63 Tahun) Semakin Gagah...

Bomoh tak mengaku rogol anak tiri 2010/02/20

IPOH: Seorang bomoh warga emas mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan apabila dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol anak tirinya di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, dekat sini, awal pagi 2 Februari lalu.
Berdasarkan pertuduhan, warga emas berusia 70 tahun itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas anak tirinya berusia 24 tahun di bilik hadapan dalam sebuah rumah bernombor 8, PPRT Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, kira-kira jam 1 pagi, 2 Februari lalu.


Tertuduh didapati melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari enam tahun atau tidak lebih 20 tahun dan sebatan.


Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izalina Rajaai, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. Dalam hujah pendakwaan, Nurul Izalina memohon mahkamah supaya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana bimbang dengan keselamatan mangsa atau kemungkinan perbuatan itu berulang.


Tertuduh memohon maaf kepada Hakim Noor Hayati Mat dan meminta wang jaminan RM15,000 dikurangkan dengan alasan tidak bekerja, sudah berusia dan mempunyai ramai tanggungan. Justeru, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dan memerintahkan tertuduh menjauhi serta tidak boleh tinggal bersama mangsa.

Komen Isac;

Siapa kata lelaki berumur 63 tahun sudah tak kuat? Lihat sahaja TG Hj Hadi, walaupun penampilannya nampak macam "atok-atok" beliau masih lagi gagah dan boleh jadi hero lagi...


Lihat sahaja bomoh yang berusia 70 tahun dalam insiden di atas, katanya beliau merogol anak tirinya di hadapan isteri. Kadang-kadang modalnya mudah, seperti yang diberitakan oleh berita di TV, beliau memberitahu mangsa mahu mempeturunkan "ilmunya" melalui persetubuhan. Jika engan siibu pula akan menjadi mangsa dera dan akan diceraikan....
Begitu jugalah halnya jika ketua jabatan/pegawai atasan melakukan "sex harrasement" selalunya pegawai bawahan tidak mempunyai peluang. Apa lagi jika pegawai atasan adalah seorang yang berkarisma. Dalam kes DSAI lawan Saiful, penulis tidak mahu "jump to conclusion" tetapi orang ramai di minta jangan terpedaya dengan"tipu-muslihat" DSAI, samada kita mahu mengakui ataupun tidak kita telah menyaksikan DSAI "berlakon" dipentas politik sejak lebih 30 tahun yang lalu.
Segala tipu-helahnya juga sedikit sebanyak telah kita ketahui, justru itu berilah peluang kepada mahkamah untuk menguruskan kes tersebut sebaik-baiknya. Bagi Saiful pula bagaimana seorang bekas pelajar yang kurang pintar (telah gagal di universiti) dapat bercerita dengan hebat di mahkamah tentang kes berkenaan, jika beliau benar-benar tidak diliwat. Sedangkan kita juga pernah saksikan seorang yang berjawatan Pesuruhjaya Polis pun tergagap-gagap bila disoal balas di mahkamah.
Seperti kata DSN ia adalah kes peribadi dan lebih terarah kepada kes "gangguan seksual di tempat kerja" tak perlulah ia di bawa ke Dewan Rakyaat. Usahlah kes ini terus dipolitikkan. Jika mahu ikutilah perjalanan kes tersebut dengan teliti dan dengan dada yang lapang, dan anda mungkin akan dapat kenali siapakah yang "menipu" jika tidak anda yang akan terus tertipu!!!

6 comments:

  1. Jenis manusia hipokrit betul. Makin lama makin muak tengok lakonan Anwar..

    ReplyDelete
  2. Salam 1Malaysia saudara ISAC,

    ini, sebelum saya 'perturunkan komen' disini hehehe.. saya nak bagitau sikit pasal payah sangat nak buka blog saudara ini.

    ...setiap kali pasti lama tersekat dan kekadang trafik jem macam keadaan dijalanraya pukul 8 pagi, maka terpaksa berkali-kali saya 'disconnect' talian dan lepas tu 'connect' balik baru dapat akses dan baca n3 anda.

    saya rasa mungkin perlu dibuang elemen-elemen tertentu diblog seperti chatroll-box yang banyak menyebabkan lambat dan berat. Terima kasih.

    Pasal umur tu saya fikir bukan itu yang menjadi masalah kepada mereka yang punya nafsu tetapi undang-undang serta larangan agama.

    Umur 63 tahun belum tua lagi, kalau kawen satu lagi boleh menghasilkan produk sampai cukup satu team bolasepak. Pasal mereka yang dari jenis ini berpegang kepada prinsip "dimana ada kemahuan, disitu ada jalan" ~~~tapi malangnya prinsip itu juga telah disalahgunakan untuk tujuan memuaskan hawa nafsu dan bukannya untuk mempertingkatkan daya saing kehidupan yang sempurna...

    Satu lagi, usia bukan penghalang bagi kelompok ini untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah mereka, sebabnya 'syaitan dan iblis' sentiasa berlegar-legar disekeliling dan sekiranya golongan ini berjaya diperdaya dan menurut muslihatnya, maka kekuatan kuasa yang ada pada dua makhluk yang berasal dari api ini akan menyerapkan kuasa yang ada padanya kepada mereka yang telah kerasukan dan ini juga akan melemahkan mereka-mereka yang bakal menjadi mangsa "can i fuck you today" tu... "what???"... "are you okay???"... (MOKHTAR)

    ReplyDelete
  3. Siapa kata lelaki lebih 60tahun tidak gagah perkasa..kadang2 mereka la yg lebih kuat dari lelaki yang bawah 60 tahun...Badan tua hati ada muda juga..

    ReplyDelete
  4. Solat 5 waktu ada buat kah? Bawalah sifat dalam sembahyang 2 di luar sembahyang, takutlah dengan Allah....memfitnah itu adalah perbuatan keji.Ko mati nanti masuk dalam api neraka.

    ReplyDelete
  5. Itulah sebabnya ada ura-ura nak naikkan umur bersara menjadi 60 tahun. Sekarang umur 60 tahun tak termasuk dalam senarai warga emas melainkan sakit, kurang upaya atau tak sihat. Amali yang dijalankan bagi bantuan warga emas oleh organisasi tertentu memperuntukkan iaitu hanya yang berumur 65 tahun ke atas sahaja yang di kirakan warga emas dan layak menrima bantuan.

    Jadi 63 tahun masih kuat weh!!!!!

    ReplyDelete
  6. kalu yg bkn penyokong pkr dikatakan fitnah. bila yg cakap tu penyokong semuanya betul walhal itulah fitnah dan bohong semata-mata

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3