bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Feb 2010

Perang Psikologi - DSAI Kata Walaupun Beliau Dipenjara Pakatan Akan Tetap Kukuh.








Tanpa 'jeneralnya' pun, Pakatan tetap kukuh
Humayun Kabir
6 Feb 2010, 8:49pm
http://www.malaysiakini.com/news/123861

Pakatan Rakyat akan terus kukuh walaupun jika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan liwat dan merengkok dalam penjara.

Inilah mesej yang disampaikan oleh Anwar ketika berucap kepada kira-kira 2,000 orang yang menghadiri majlis ulangtahun pertama rampasan kuasa BN di Perak, yang dianjurkan oleh Pakatan di Air Tawar malam tadi.

Anwar percaya Umno tersalah tanggapan bahawa dengan mengeluarkannya dari arena politik, Pakatan akan tumbang.

Ketua pembangkang itu, yang mendakwa tuduhan liwat terhadapnya adalah satu konspirasi politik oleh musuh politiknya, menegaskan bahawa beliau berdepan dengan tugas yang berat.

"Insya-Allah, kita harap akan menang kes ini kerana kita mempunyai pasukan peguam yang kuat yang diketuai oleh Karpal Singh," katanya.

Dewan gemuruh dengan tepukan apabila Anwar menegaskan bahawa sama ada beliau di dalam atau di luar penjara, perjuangan politik Pakatan tidak akan terjejas dan tetap akan diteruskan.

Kehadiran anggota polis yang ramai tidak menghalang orang ramai membanjiri dewan untuk mendengar ucapan beberapa pemimpin Pakatan termasuk Lim Kit Siang dan menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Walaupun terdapat spekulasi bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan Selasa ini mengenai siapakah menteri besar Perak yang sah, mungkin berpihak kepada Nizar, tetapi pemimpin Pakatan tidak begitu optimistik.

Tetapi apabila giliran pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham naik ke pentas dan bertanya sama ada Nizar akan menang, dewan gemuruh dengan laungan 'ya'.

Dalam ucapannya, Nizar berkata jika menang kes tersebut, beliau akan memohon perkenan Sultan untuk membubarkan dewan undangan negeri bagi mengadakan piliha raya negeri yang baru.

Beliau juga menjangka Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd kadir juga akan melakukan perkara yang sama.

Komen Isac;

Kenyataan "reverse psycology"? Mengetahui bahawa beliau mungkin akan didapati bersalah oleh mahkamah? Persoalannya, adakah beliau benar-benar bersalah? Mengapa DSAI tidak menafikan tuduhan tersebut?

Tuduhan bahawa semua ini adalah konspirasi politik, tidak membuktikan bahawa DSAI benar-benar tidak bersalah!!! Datuk Seri Dr Chua Sooi Lek adalah mangsa "konspirasi musuh politiknya", betul. Tetapi beliau sememangnya melakukan "kesalahan" tersebut dan beliau telah mengaku dan memohon maaf. Bagaimana pula dengan DSAI?

Dalam kes di Perak MB lawan MB, mengapa beliau juga mahu bermain politik agar Datuk Dr. Zambry melepaskan jawatan sekiranya keputusan mahkamah menyelebahinya? Yang menang dikira menang, adakah jika DS Ir. Nizar diistiharkan menang, beliau akan benar-benar membubarkan dewan? Secara logiknya memanglah beliau perlu berbuat demikian kerana beliau sememangnya telah kehilangan majoriti Dewan. Tetapi adalah kuasa mutlak Sultan untuk bersetuju atau sebaliknya.

Jika Sultan tidak bersetuju sidang DUN pasti dipanggil untuk membuang undi yang membolehkan undian dibuat untuk "memecat" DS Ir Nizar. Jika beliau kalah dalam undian "hilang kepercayaan" yang sememangnya majoriti DUN dimiliki oleh BN, ia adalah mengikut perlembagaan dan selari dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Jadi apa yang salahnya? Adakah undang-undang hanya akan dikira "adil" jika ia memenangkan Pakatan??? Rakyaat perlu membuka mata!!!!!!


1 comment:

  1. Salam Isac, begitulah suara dari seorang PELIWAT yang sudah tahu akan ke penjara...... andaikata dia jadi PM, maka penuhlah dengan pembantu-pembantu khas dari kalangan gay di Putera Jaya.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3