bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Feb 2010

Melayu/Bumiputera Kena Bermuhasabah Diri.....






Foto: Semangat "gotong-royong" Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (tengah) turut turun padang memindahkan rumah Ramli Ismail ke tempat baru di Kampung Wang Belimbing, Kangar, hari ini. Md Isa Sabu yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bintong dan lebih 250 penduduk kampung mengambil masa 15 minit untuk meletakan rumah berkenaan di tapak baru yang jaraknya 10 meter. "Melayu Boleh Bersatu" - foto BERNAMA





Orang-orang Melayu/Bumiputera kena bermuhasabah diri, di dalam dunia yang semakin mencabar siapa kuat dialah kudrat, Melayu/Bumiputera kena bersatu. Bak kata pepatah,"bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Kita bukannya mahu merampas hak orang lain, tetapi kita cuma tidak mahu hak kita dirampas. Untuk memupuk semangat "Satu Malaysia" kita semua sepatutnya hormat-menghormati dan saling bertimbang-rasa di antara satu dengan yang lain. Janganlah apabila melihatkan kaum Melayu/Bumiputera berpecah-belah maka kau-kaum lain membuat tuntutan yang melampau, hanya disebabkan mereka boleh mempengaruhi undi. Janganlah tamak, "orang yang tamak selalunya rugi, seperti anjing dengan bayang-bayang". Kaum-kaum lain sepatutnya menghormati dan menghargai pengorbanan kaum Melayu/Bumiputera yang telah sanggup berkongsi sama tanah bertuah ini dengan mereka. Maka gunakanlah kemakmuran negara ini untuk sama-sama mencari kekayaan dan rebutlah peluang yang ada tanpa merampas hak orang lain. Apalah gunanya kekayaan jika tanpa kemakmuran dan keamanan. Hormatilah diantara satu sama-lain demi kesejahteraan anak-cucu kita.

1 comment:

  1. Salam Isac, itulah kenyataannya, Melayu perlu bermuhasabah diri untuk mempertahan hak bangsa Melayu, bukan nak merampas hak orang lain.... ini juga perlu disedari oleh kaum lain yang jadikan Malaysia negara mereka.........

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3