bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Feb 2010

Isu Wang Royalti Minyak/Wang Ikhsan - Kerajaan Umno/BN Mengaku Kalah Sahajalah.....


Berilah alasan apapun, rakyaat kelantan tidak akan terima...Mereka mahu Kerajaan Negeri Kelantan yang mentadbirkan sendiri "wang ikhsan"/"royalti minyak". Perkara ni telah menjadi begitu sensitif, telah jadi isu semangat kenegerian...



Betul atau salah itu tolak tepi, rakyaat Kelantan yang mejoritinya terpaksa merantau untuk mencari kerja samada di sektor awam ataupun swasta sememangnya begitu dahagakan pembangunan....


Kerajaan negeri sememangnya bijak memainkan isu ini. Silap-silap haribulan Tok Pa dan Awang Adek akan dilabel sebagai "pengkhianat" kepada negeri Kelantan dan pasti akan ditolak oleh pengundi-pengundi dalam PRU 13 nanti.


Bila rakyaat begitu dahagakan pembangunan dan Umno/BN pula dijadikan kambing hitam, maka betul atau salah sudah tak bererti lagi hak orang lain pun akan sanggup mereka rampas.....Rakyaat Kelantan termakan akan "tohmahan" yang Kerajaan Negeri mainkan, mereka telah lupa, apa yang Kerajaan Pas telah buat selama 20 tahun memerintah negeri tersebut, mereka juga telah lupa untuk bertanya ke manakah perginya hasil balak yang telah diteroka sejak 20 tahun yang lalu, mereka juga terlepas pandang terhadap tanah-tanah kerajaan negeri yang telah tergadai, pembangunan yang di bawa oleh Kerajaan Persekutuan pula mereka sangkakan adalah usaha Kerajaan Negeri...


Terbaru "royalti minyak Terengganu" pula cuba "dirompak"!!!!! Sekarang ni perompakpun ada yang pakai serban.....


Pada pendapat penulis, janganlah diperpanjangkan isu ini, kerana secara dasarnya Umno/BN sememangnya telah kalah....Bagi sahaja "wang ikhsan" ataupun "royalti minyak" yang berkaitan untuk ditadbir oleh Kerajaan Negeri Kelantan, biarlah rakyaat kelantan melihat sendiri bagaimana "Ulamak" mereka menghabiskan duit rakyaat.


Lihat sahajalah nasib rumah Kelantan di Jalan Stoner, sekiranya benar seperti yang dilaporkan oleh para blogger, ianya telah diberi secara percuma kepada pihak ketiga. Bongkarkan sahaja isu ini.


Bongkar juga ke mana perginya dana RM 35 Juta yang telah diberikan oleh Pusat kepada kerajaan negeri untuk menaik taraf bandar KB. Jangan biarkan isu ini menyumbang kekalahan Umno/BN dalam PRU 13 nanti. Jestru itu tutup sahaja isu ini dan carilah isu-isu yang sebenar dan isu-isu yang boleh dimenangi....Biar lah hari ini kita berundur selangkah demi kejayaan hari esok!!!

5 comments:

  1. Sangat bersetuju ..... berikan sj kpd kerajaan kelantan untuk diurus.

    Cuma jumlahnya yg perlu diperhalusi.

    Menang di mahkamah pon, BN akan dilihat sbg perompak. Beralahlah utk memenangi hati rakyat.
    Jgn dilihat sbg double standard, kenapa layanan trhadap Kelantan lain dr Sabah/Sarawak n Trengganu.

    Apa jd dgn janji gomen utk buat jambatan di Manik Urai aritu ..... sekadar mengingat.

    ReplyDelete
  2. Anonymous, February 22, 2010 1:41 PM

    Setuju dengan anda 100%. Dalam politik, benar atau salah tak penting tetapi "persepsi" adalah teramat penting.

    Lagi satu orang politik ni memang suka berjanji...Tan Sri Muhyidin kena settle lah isu jambatan di Manek Urai. Jangan nanti rakyaat merasa tertipu....Nampak macam dia dah lupakan Manak Urai...

    ReplyDelete
  3. biasanya pemimpin politik akan berjanji manis itu dan ini pada waktu pilihanraya tapi bila dah manag atau kalah janji terus hilang seperti asap,hal royalty minyak, memang kelantan seperti dianaktirikan berbanding negri sabah, atau mungkin kerna sabah diperintah oleh bn maka bn menganaktirikan kelantan.

    ReplyDelete
  4. Couldn't agree more. Wang ehsan/royalti bakal menjadi trojan horse buat umno kalau tak ditangani dengan betul. Mungkin orang luar susah nak fahami tapi sememangnya ia telah menjadi isu kenegerian buat kelantan dan terengganu. Bukan lagi isu politik.

    ReplyDelete
  5. sabah sarawak ad perjantijan mse nak bersama nak msuk ke dala malaysia..dgn kelantan xde pejanjian khas ape2..lg pelantar minyak terletak luar dari 3 batu nautika perairan negeri...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3