http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
41 maut, 75 cedera
Antara yang cedera dalam runtuhan menara Masjid Bab Berdieyinne di bandar lama tersebut, 51 daripadanya sudahpun dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan, demikian menurut pegawai pertahanan awam, Mohamed Ismael Alaoui. Masjid kurun ke-18 berkenaan sesak dengan orang ramai yang menunaikan solat Jumaat ketika insiden berlaku dan pegawai tempatan memberi amaran angka korban berkemungkinan besar akan meningkat.
Kebanyakan penduduk berpendapat ia berpunca daripada hujan lebat yang melanda sejak beberapa hari lalu. “Menara dan sebahagian daripada bumbung masjid runtuh ke atas dewan solat ketika jemaah berkumpul untuk sembahyang Jumaat,” kata seorang penduduk. Gambar rakaman televisyen menunjukkan beratus penduduk mengalihkan runtuhan dalam usaha pantas untuk mencari mangsa yang masih hidup. Pasukan menyelamat menggunakan penyodok malah tangan kosong ketika ramai yang lain membentuk rantaian manusia untuk mengalihkan runtuhan dari kawasan kejadian.
“Selain solat Jumaat, jemaah juga akan menyembahyangkan jenazah yang diletakkan di dalam masjid,” kata seorang pegawai. Kementerian Dalam Negeri sebelum ini mengumumkan insiden itu berlaku pada 1245 GMT (pukul 8.45 malam tadi waktu Malaysia) dengan korban sekurang-kurangnya 11 orang, namun ia semakin meningkat. Penyelamat pada awalnya berdepan kesukaran mengalihkan runtuhan kerana masjid itu terletak di kawasan padat Bandar Lama yang dipisahkan dengan tembok-tembok tinggi. Perkhidmatan kecemasan menghantar kebanyakan mangsa ke hospital di Fes, 60 kilometer di utara bandar ini. Mereka yang cedera ringan dirawat di Meknes.
Tragedi di Masjid Bab Berdieyinne adalah yang terburuk dalam sejarah negara utara Afrika ini, dengan kebanyakan bandar dan pekannya masih mengekalkan bangunan yang berusia beberapa kurun. Masjid itu sendiri diperbuat daripada batu-bata campuran lumpur serta jerami dan menaranya menjadi mercu tanda Meknes. – AFP
Komen Isac;
Walaupun ianya dikira sebagai satu malapetaka, tetapi setidak-tidaknya mangsa berada di rumah Allah dan mati ketika sedang berbuat ibadat.....Cuma pihak berwajib sepatutnya menjalankan pemeriksaan terhadap bangunan milik kerajaan dan rumah-rumah ibadat dari masa ke semasa untuk mengelakkan tragedi seperti ini berulang.
Detguaq, February 21, 2010 7:59 PM
ReplyDeleteIni mesti projek UMNO....
oppsss...bukan di Malaysia rupanya....
huh!!!! Ini mesti ada konspirasi yang melibatkan UMNO!!!
he he he....
salah umno? hahaha.
ReplyDeletealhamdulillah .... untungnya .... mati tengah beribadat ..
ReplyDelete