bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Oct 2012

Demi Undi "Penjenayah" Wajib Dibela???


Apa hendak dihairankan.... Selain PR begitu ghairah di dalam membela penjenayah2 yang diberkas dan di"torture" oleh pihak polis demi untuk kelihatan sebagai "hero" memperjuangkan kemanusiaan sejagat, pakatan parti2 pembangkang itu juga turut dianggotai oleh barisan peguam2 yang selama ini "ditanggung" oleh penjenayah2 bagi membebaskan mereka daripada belengu undang2. Ala-ala Mafia.




30 Oct 2012

LagiCubaan Pakatan Rakyaat Untuk Mengabui Mata Rakyaat???


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini meminta Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang untuk menjelaskan jumlah hasil pendapatan kewangan yang diperoleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran pembangkang secara terperinci kerana angkanya meragukan. 

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata sebagai contoh di Pulau Pinang, laporan kewangan Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2011 negeri itu dipercayai bukan jumlah yang sebenar. 

"Dakwaan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini yang mengatakan bahawa hutang negeri itu turun kepada kepada RM600 juta adalah tidak tepat kerana jumlah RM600 adalah hutang yang dipindahkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk urusan berkaitan bekalan air di sana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Berita penuh klik sini.


Komen Isac:

Pandai... Nya....

Kalau bab "menipu", memutar-belitkan fakta serta mengambil faedah daripada usaha orang lain, berilah kepada Pakatan Rakyaat.

Al maklum... mereka kan mempunyai seorang penasihat ekonomi yang berwibawa....

Bukan setakat pandai memfitnah, pandai "menangguk di air yang keroh", sehinggakan "Lembu punya susu, Sapi yang mendapat nama".

Bayangkan, wang sumbangan daripada kerajaan pusat untuk mereka mentadbir negeri masing2 didakwa mereka sebagai "pendapatan" yang mereka usahakan sendiri.

Umpama "melepaskan anjing tersepit".

Ingat rakyaat Malaysia ni bodoh ke?

29 Oct 2012

Ibadat Korban Mengajar Kita Supaya Berpecah-belah???

Hari ini hari Tasrik yang ke 13. Banyak yang kita boleh pelajari daripada ibadat korban....

Dalam zaman mewah seperti sekarang ini, ramai daripada kita yang mampu  untuk menjalankan ibadat korban...

Ironinya kita masih berpecah belah dan sesetengah daripada kita lebih mengutamakan politik peribadi berbanding kemaslatan ramai, agenda agama, bangsa dan negara. 

Kakitangan syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bersama penduduk di sekitar Balok bergotong royong melakukan ibadah korban dan mengagihkan daging korban untuk orang ramai pada Majlis Ibadah Korban di Dewan Orang Ramai Balok, Kuantan, semalam. - (Ikhsan Foto Bernama)

27 Oct 2012

MotoGP Australia - Zulfahmi Bakal Memenangi Podium Lagi Esok???


KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Mohammad Zulfahmi Khairuddin hanya meraih tempat kelima pada sesi kelayakan MotoGP Australia di litar Philip Island, sebentar tadi.

Petak pertama untuk perlumbaan esok dibolot penumpa Jerman, Sandro Cortese (KTM) dengan catatan 1 minit 38.334 saat, tempat kedua, Jonas Folger (JER/Kalex KTM) dengan masa 1 min 38.393s dan ketiga, Efren Vazquez (ESP/Honda) 1 min 38.845s
Tempat keempat penunggang dari Britain, Danny Kent 1 min 38.888s, manakala Zulfahmi yang menunggang motosikal KTM dengan catatan 1 min 38.895s.

Zulfahmi dari pasukan AirAsia SIC Ajo Racing Team, menaiki podium di litar Sepang, minggu lalu apabila menghabiskan perlumbaan di tempat kedua.


Komen Isac;

Jika beliau memenangi podium sekali lagi... Kuranglah seorang yang meraikan kemenangan dengan memancutkan champagne. 

Amoi Penang Kencing Sambil Berdiri Dalam Lif???


Mungkin inilah "kebebasan" yang diperjuangkan oleh kerajaan PR pulang Pinang.

Semuanya boleh!!! Klik sini.

26 Oct 2012

Berapa Lama Lagi LKS Nak Jadi Wakil Rakyaat???



Hidup hanya makan elaun wakil rakyaat???

Orang lain X layak menjadi wakil rakyaat???

Cuba lihat gmbar di atas beliau sejak tahun 73 lagi dah jadi ketua pembangkang.

25 Oct 2012

Siapa Yang Menyebabkan Pas Fikir Mereka Kebal Dalam Bab Agama???

SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur PAS kerana menganggap pimpinannya begitu arif dalam agama sehingga tidak boleh ditegur sama sekali.

Asri berkata, kalau PAS terus beranggapan bahawa orang agama yang berkuasa politik tidak harus ditegur, negara akan menjadi lebih korup sekiranya pembangkang menawan Putrajaya.

“Saya rasa ini satu masalah dalam PAS, masalah sekarang ini PAS belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh.

“Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk PAS... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih korup,” katanya pada wacana anjuran Sinar Harian.

Asri juga mempersoalkan kesesuaian golongan ulama untuk memegang teraju politik, sesuatu yang diamalkan secara meluas oleh PAS dengan Murshidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan lebih dua dekad.

“Yang jadi ulama belum tentu mampu cakap politik. Ulama mungkin dia pandai bab munakahad jadi dia tidak boleh sentuh bab yang dia tidak tahu kerana agama tidak membenarkan menyentuh apa yang kita tidak tahu dan agama tidak membenarkan kita mengikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya.

“Jangan kamu ikut benda yang kamu tiada ilmu mengenainya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mendakwa budaya politik wang masih subur sehingga golongan ulama turut hanyut.

“Kalau kita tidak keluar dari budaya ini, parti pemerintah akan datang akan ikut rentak yang sama. Kerana terbiasa dengan masalah ‘hulur’ ini, apabila pilih pemimpin bukan dengan ketajaman minda dan baik ideanya tetapi soal dia ada duit.

“Tambah beliau, ulama bukan sekadar membaca nas-nas hadis dan lantik tok kadi, tetapi ulama perlu menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat,” kata Asri. -antarapos dan sini.

24 Oct 2012

Ulamak Masuk Umno Hanyut!!! - Dr MAZA X Masuk Umno Pun Hanyut???


Kalau dulu penulis begitu berminat dengan tulisan2 dan ceramah2 Dr MAZA kerana kalau beliau"bedal" X kira Umno atau Pas, siapa salah kena bedal.

Tapi sejak akhir2 ini sejak beliau kena tangkap kerana didakwa memberi ceramah tanpa tauliah, sasaran kritikkannya lebih tertumpu kepada Umno.

Adakah ianya kerana "dendam" disebabkan merasakan Umno yang menjadi dalangnya ataupun beliau sememangnya kini lebih "pro" PR, masa akan menentukannya.

"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul.

Petikkan di atas adalah satu bukti bahawa Dr MAZA  telah "hanyut" kerana sewenang2 menuduh tanpa mengemukankan bukti dan saksi seperti yang selalu dilakukan oleh Pas dan lebih2 lagi PR.

21 Oct 2012

Piala Jeputan Newspaper Vietnam - Harimau Muda Muncul Juara!!!

Gol jaringan Ahmad Hazwan Bakri cukup buat Harimau Muda menjuarai Piala Jemputan Newspaper Vietnam.

Terdahulu, selepas mendahului pada awal separuh masa kedua, skuad Harimau Muda terpaksa menyerap asakan bertali-arus Vietnam. Sesekali serangan balas pemain-pemain Malaysia hampir-hampir menghasilkan gol, walau bagaimanapun peluang-peluang tersebut telah dipersia-siakan.

Suatu bukti bahawa tahap permainan pemain2 Malaysia telah semakin meningkat. Tanpa 5 tunggak yang diserapkan ke skuad utama, tanpa Rozaimi dan tanpa Nazmi Faiz Mansor mereka masih mampu untuk menjadi juara!!!

Tahniah!!! Harimau Muda!!! Tahniah Ong Kim Swee!!!

Piala Newspaper Vietnam - Harimau Muda Mendahului Vietnam 1 : 0


Malaysia dah score sebijik. Menonton di laptop sambil tersenggut-senggut kerana mengantuk tunggu buffering dan kerana tak berapa nak faham sangat sebab dalam bahasa Vietnam... 

Untuk mengikuti perlawanan secara langsung, klik sini. 

Nukilan daripada blog "Pilihan Anda".

Perlumbaan Moto GP Sepang - Zul Fahmi Menang Tempat Kedua!!!

Zul Fahmi yang bermula dipetak pertama telah beberapa kali dipotong oleh beberapa pelumba lain sebaik pelumba-pelumba dilepaskan. 

Kedudukan tempat pertama saling bertukar-ganti dalam perlumbaan yang sengit. Menjelang 6 pusingan terakhir Zul Fahmi berjaya mendahului pelumba-pelumba lain walupun beberapa kali dipotong oleh Sandro Cortese.

Walaubagaimanapun Zul Fahmi dipotong oleh Sandro Cortese. yang dimahkotakan sebagai Juara Dunia Moto3 2012 di garisan penamat.

Ini merupakan kemenangan podium pertama oleh Zul Fahmi. Tahniah dan semoga lebih berjaya di tahun-tahun yang mendatang!!!

Buat penganjur perlumbaan, penulis berharap agar sambutan memancutkan champagne terutamanya di Malaysia pada masa hadapan akan dapat dimansuhkan demi untuk menghormati Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

19 Oct 2012

Piala Newspaper Vietnam - Harimau Muda Melangkah ke Final!!!

Malaysia U21 kalahkan Thailand U21, 1-0. Gol pada minit ke 51' oleh Syahrul Azwari. Harimau Muda melancarkan serangan bertali-arus dan akhirnya berhasil memecah kebuntuan.

Malaysia layak ke perlawanan akhir dan akan bertemu samada Vietnam ataupun Sydney FC di perlawanan akhir.

Foto: Gambar fail, Syahrul Azwari ketika beraksi dalam Sukan Sea yang lalu.

Tahniah Harimau Muda, tahniaj Ong Kim Swee!!!

Walaupun ke Vietnam tanpa 5 tunggak yang diserapkan oleh Dato' Raja Gopal ke dalam skuad utama (Harimau Malaya), tanpa Rozaimi Sabah/Selangor dan tanpa Nazmi Faiz Mansor, mereka masih dapat beraksi dengan baik.

DAP lebih Baik Berbanding UMNO kata Husam - Apa Komen Pok Nik???




16 Oct 2012

Apa Bezanya PR Dengan BN ????

Poster BN dibaling cat. - Poster Pakatan X pernah lagi.

Bas Pakatan dibaling cat merah. 


Lori BN pun mengalami nasib yang sama. Dibaling cat merah.


PM naik bas mewah, Anwar yang gila nak jadi PM pun tiru juga.


"Patung" Anwar??? Untuk mendewakan beliau???

"Patung" Najib di Batu Cave.

Chua mengaku beliau terhilaf.


Walaupun analisa mengatakan 99.99% lelaki di atas adalah Anwar, beliau tetap menafikannya.

13 Oct 2012

Badri Razi Ditaja Nasi Lemak


Mungkin kerana tak sehebat Safi Sali, tak seglamer Apek dan tidak sekreatif dan semuda Najmi...

Pemain "hebat" Kelantan, Mohd Badri Mohd Radzi hanya "ditaja" oleh "Ajihs Nasi Lemak - 80 sen".

Gelagat Badri Razi ketika meraikan gol kemenangan pada perlawanan Piala Malaysia Separuh Akhir Kedua di Stadium Shah Alam semalam. - Foto Bernama

Apapun tahniah Kelantan!!!

12 Oct 2012

Najib, Anwar dan Suaram Semuanya Boneka Soros (Yahudi)???



Sebagaimana hujah "Bar Council" yang mempertahankan tindakan Suaram yang menganbil sumbangan Soros dan dana asing sebagai tidak menyalahi undang2 dunia dan negara. Apa salahnya Najib berjumpa Soros???

Dalam politik, apa lagi politik antarabangsa, walaupun kita tidak menyukai "musuh" kita, bila bersua, kita tetap tersenyum...

Tidak kiralah samada ikhlas, terpaksa ataupun demi kepentingan negara!!!

Tak percaya???

Cuba lihat foto di bawah;



Walaupun saling bermusuh, takkan nak bertumbuk pulak bila berjumpa, ya tak?

Lion XII Kecundang - Tahniah ATM !!!

Berita penuh klik sini.

Mungkin Anwar meroyan sebab "sekutu" kuat beliau kecundang ditangan ATM.

Sungguh simbolik....

11 Oct 2012

Jual Satey 20 Sen - Walaupun Harga Barangan Naik Melambung!!!

Foto Hiasan.


Petang tadi selepas pergi ke Maybank  Jalan Awang, dalam pukul 5 lebih, penulis sempat membeli satay.

Walaupun telah lama mendengar akan kisah pasangan suami-isteri lewat pertengahan usia yang menjual satay murah, ini merupakan kali pertama penulis membeli dari mereka.

Tergantung papan tanda harga "20 sen secucuk termasuk daging kulit dan lemak". Papan tanda yang berpusing2 ditiup angin dalam hujan renyai. Penulis tak "masuk kepala" sangat pasal tanda harga tersebut sebab "jualan murah" oleh peniaga biasanya hanya gimik.

Lihat sahaja peniaga durian di tepi jalan.... Papan tanda RM 1.00 sekilo, bila kita datang hendak melihat, RM seringgit tu adalah durian tak elok yang diasingkan dalam bakul lain....

Penulis meminta dibungkuskan satay ayam 20 cucuk. Tak nampak pulak satay daging. Bila penulis bertanyakan makcik tu berapa harganya, beliau memberitahu harganya RM 4.00. 

Subhanaullah.... Rupanya ada lagi manusia dalam dunia ni yang berniaga sambil bersedekah... Bukan macam kebanyakkan peniaga yang menjual dengan harga yang mahal kerana nak pakai BMW, Lexus,  Mercedes ataupun Audi.

Semoga kemurahan hati pakcik dan makcik tu Allah s.w.t. akan membalasnya. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan hingga ke akhir hayat dan mati dalam iman, amin.

Walaupun dari cara penampilan pasangan tersebut nampak mereka bukanlah dari kalangan orang yang berada, tetapi mereka mempunyai jiwa yang "besar".

Dahulu penulis memang pernah diberitahu oleh seorang teman (penduduk tempatan di Segamat) bahawa ada pasangan penjual satay yang tidak menaikkan harga jualan mereka sejak berapa lama kerana menuruti nasihat arwah ibu mereka dan baru kini penulis terjumpa.

Mungkin peniaga sebegini, wajar diziarah oleh PM sebagai galakkan dan mungkin juga diberikan bantuan agar lebih ramai anggota masyarakat akan mencontohi mereka.

7 Oct 2012

Anwar Bapak Nepotisme????



ROMPIN 6 Okt. - Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang didedahkan baru-baru ini memperlihatkan amalan nepotisme dan kronisme oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila isteri dan anaknya turut disenaraikan sebagai anggota jemaah menteri.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, masyarakat boleh menilai sendiri sikap Anwar yang 'cakap tak serupa bikin, apabila mempraktikkan amalan yang ditentang sebelum ini.

"Bila saya tengok Kabinet bayangan itu, saya tertanya-tanya kerana jelas dan nyata Anwar adalah pemimpin yang betul-betul cakap tak serupa bikin.

"Sekian lama beliau meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO, beliau kutuk pasal nepotisme, tapi sejak beliau mewujudkan parti pembangkang, semuanya nepotisme totok!," katanya selepas menghadiri Majlis Taklimat Gerak Kerja Jalinan Rakyat dan Pelancaran Program Salam Sayang Wanita UMNO Rompin di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang bukan sahaja menyenaraikan Anwar sebagai Perdana Menteri, malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah turut disenaraikan sebagai anggota jemaah menteri.

Menurut Shahrizat, senarai Kabinet bayangan itu membuatkan beliau tertanya-tanya mengenai kedudukan Pas yang kononnya dijanjikan jawatan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya.

"Semua yang disenaraikan adalah kroni Anwar dan saya tertanya-tanya kerana sebelum ini mereka kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang layak kerana tidak mempunyai sebarang isu.

"Macam mana pula apabila disenaraikan Pas boleh terlepas dan Anwar pula jadi Perdana Menteri," ujarnya. Katanya, pada masa sama, hubungan PKR dan DAP kini semakin cacamarba atau kucar-kacir apabila cuba menghentam sesama sendiri.

Katanya, pada masa sama, hubungan PKR dan DAP kini semakin cacamarba atau kucar-kacir apabila cuba menghentam sesama sendiri.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121007/po_02/Kabinet-bayangan-nepotisme-totok#ixzz28ZRYK6mT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

5 Oct 2012

Dana Asing RM 100 Juta Untuk Suaram Dibawa Masuk Secara Tunai???


Komen Isac:

Dengarnya wang tersebut telah digunakan untuk "menaja" demonstrasi jalanan juga untuk menyogok beberapa pegawai kerajaan daripada mengambil tindakan terhadap mereka.

Jika cukup bukti dan dana2 tersebut tidak diikrarkan ketika ianya dibawa masuk ke dalam negara, mungkin ada undang2 berkaitan "penyeludupan matawang" boleh diguna-pakai.

Semoga pihak berkuasa menyiasat dengan lebih mendalam.


4 Oct 2012

Ranking Tidak Penting!!! Harimau Malaya Akan Kekalkan Piala AFF!!!


Dengan skuad yang kita ada sewajarnya mengekalkan piala tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil.

Apapun penulis kagum dengan semangat jurulatih skuad bawah 23 tahun negara yang tetap optimis dalam menghadapi sesuatu kejohanan walaupun saban kali beliau terpaksa melepaskan 4 - 6 pemain regularnya untuk memenuhi panggilan skuad senior.

Alangkah baiknya jika dalam kejohanan jemputan bawah 23 tahun di Vietnam nanti Ong boleh menggunakan pemain2 regularnya sebagai medan ujian untuk skuadnya..


Pas Dah Mula "Rimas" Dengan Rakan-rakan Dalam Pakatan Rakyaaat???


Klik sini.

Kita tengok pulak apa kataa Pas apabila senarai "kabinet bayangan" telah dikeluarkan nanti...

3 Oct 2012

Gara-gara Isteri Sarat Mengandung - Lesen Gerai Dibatalkan???


Foto: Teluk Bahang (Sekadar Hiasan)

GEORGE TOWN, 2 Okt — Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin hari ini mendakwa beliau mengesyaki Ketua Menteri Lim Guan Eng telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membatalkan lesen operasi gerainya di Pasar Teluk Bahang di sini.

Katanya, alasan yang diberikan untuk pembatalan lesen itu ialah beliau telah tidak menjalankan perniagaan selama sebulan dan beliau telah menjelaskan sebab gerai itu tidak dibuka adalah kerana isterinya sedang sarat mengandung anak keempat mereka.

"Saya yakin pembatalan lesen itu mempunyai kaitan dengan insiden kekecohan yang berlaku di Teluk Bahang pada 30 Jun lepas yang melibatkan Ketua Menteri dengan penduduk di kawasan itu, dan saya berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang menjalankan perniagaan pakaian dan keperluan harian berkata MPPP telah menolak dua rayuannya dan beliau dimaklumkan pada 25 Sept lepas menerusi sepucuk surat yang menyatakan masih boleh membuat rayuan.

Mohd Rizuad berkata beliau membayar sewa gerai pada setiap bulan dan apabila ditanya kenapa rayuannya ditolak, pegawai MPPP cuma menjawab mereka menerima arahan dari "orang atasan".

Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail gagal dihubungi untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara itu. —Bernama


Komen Isac:

Beginikah kerajaan yang memperjuangkan rakyaat???

Kerajaan Negeri Selangor Perlu Pulangkan Tanah YBK 323.7 Hektar di Serendah Hulu Selangor



Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan negeri Selangor mengembalikan semula tanah milik YBK yang dirampasnya kepada yayasan itu.

Siapa yang nak jawab??? Ganti-rugi macam mana???

Penasihat ekonomi RM Seringgit cakap apa???

2 Oct 2012

Walaupun Lebih Tinggi Darjat, Perbahasan Anwar Hambar Berbanding KJ???



Mungkin malu dengan kelemahan pembentangan "ketua" sendiri, pembangkang cuba mempertikaikan mengapa masa perbahasan yang sama telah diberikan kepada "budak berhingus" seperti KJ. 

Kononnya martabat Anwar sebagai Ketua Pembangkang begitu tinggi....

Yang pasti apabila KJ kelihatan dapat berhujah dengan lebih baik dan lengkap dengan fakta2, mereka cuba mengganggu dan menggagalkan perbahasan KJ.

Itulah Pakatan Rakyaat yang kononnya memperjuangkan keaadilan dan hak kebebasan bersuara...

Gara-gara Budget "Kurang Gula" - Rakyat Kelantan Terjebak Dengan Pengedaran Dadah???

SEORANG suri rumah beranak dua juga rakyat Kelantan , Norasnida Mat Uji, 32 (kiri) dijatuhi hukuman penjara lapan bulan di Mahkamah Majistret di Kota Bharu Kelantan.


Kedua-duanya mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan memiliki dadah berbahaya termasuk ganja, Mei lalu di Kok Lanas, Ketereh sementara adik ipar Norasnida, Nur Ezza Jasmine Abdullah, 20, (kanan) yang dibicarakan terhadap pertuduhan sama mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mereka mengaku bahawa di negeri Kelantan sudah tidak mempunyai peluang pekerjaan jadi untk mencari sesuap nasi mereka terpaksa melakukan apa sahaja untuk hidup.

Sumber klik sini.

Gempar!!! Penduduk Bintulu, Kertih, Gabeng dan Pasir Gudang Semua Akan Mati Kerana Barah???



Bintulu, Kertih, Gebeng/Kuantan dan Pasir Gudang adalah merupakan kawasan terawal di Malaysia di mana industri petrokimia dijalankan. Klik sini dan sini

Jika benar projek di Pengerang akan menyebabkan barah, klik sini maka, sudah tentulah penduduk2 di sekitar Bintulu, Kertih, Gebeng/Kuantan dan Pasir Gudang dah ramai yang mati kerana barah....




Samada Pakatan Rakyaat sememangnya anti pembangunan/establishment, ataupun mereka sememangnya mahu mensabotaj ekonomi negara!!!



1 Oct 2012

Boleh Ke Orang Melayu Islam Menerima Bantuan TOKONG???


Patutlah duit sumbangan syarikat judipun mereka agih2 kan pada orang2 Melayu/Islam...

Apa yang nak diharapkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3