bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 Oct 2012

Gara-gara Isteri Sarat Mengandung - Lesen Gerai Dibatalkan???


Foto: Teluk Bahang (Sekadar Hiasan)

GEORGE TOWN, 2 Okt — Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin hari ini mendakwa beliau mengesyaki Ketua Menteri Lim Guan Eng telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membatalkan lesen operasi gerainya di Pasar Teluk Bahang di sini.

Katanya, alasan yang diberikan untuk pembatalan lesen itu ialah beliau telah tidak menjalankan perniagaan selama sebulan dan beliau telah menjelaskan sebab gerai itu tidak dibuka adalah kerana isterinya sedang sarat mengandung anak keempat mereka.

"Saya yakin pembatalan lesen itu mempunyai kaitan dengan insiden kekecohan yang berlaku di Teluk Bahang pada 30 Jun lepas yang melibatkan Ketua Menteri dengan penduduk di kawasan itu, dan saya berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang menjalankan perniagaan pakaian dan keperluan harian berkata MPPP telah menolak dua rayuannya dan beliau dimaklumkan pada 25 Sept lepas menerusi sepucuk surat yang menyatakan masih boleh membuat rayuan.

Mohd Rizuad berkata beliau membayar sewa gerai pada setiap bulan dan apabila ditanya kenapa rayuannya ditolak, pegawai MPPP cuma menjawab mereka menerima arahan dari "orang atasan".

Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail gagal dihubungi untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara itu. —Bernama


Komen Isac:

Beginikah kerajaan yang memperjuangkan rakyaat???

1 comment:

  1. Terkini di muka depan Utusan ... Kabinet Bayangan PR.

    Dengan tersiarnya kabinet bayangan kerajaan PR ini maka tahu lah kita akan status Pas dalam kabinet PR.

    Saya masih menjadikan Hudud sebagai isu pokok. Pas berkeras nak laksana Hudud. Syabash diucapkan. Persolannya BOLEH ka ?

    Khas untuk penyokong Pas yang rata2 tak berapa celik metamatik. Daripada 33 ahli kabinet PR hanya ada 10 orang dari Pas (30.3%). PKR pula hanya ada 9 orang wakil beragama islam. Yang selebihnya adalah wakil bukan islam.

    Penyokong2 Pas yang tak berapa pandai metamatik, mereka sokong Pas kerana yakin Pas akan laksana Hudud jika diberi peluang ke Putrajaya. Ya memang benar, peluang dah diberi, tapi cuba tengok kedudukan taukey Pas sendiri, dalam apa jawatan dia berada .... setakat jadi TPM1 saja. Kalau dia nak juga laksana Hudud dia terpaksa melalui banyak halangan :

    1. Hadi Awang kena langkah kepala Anwar.
    2. Hadi Awang kena lobi YB islam dari PKR.
    3. Hadi Awang kena lobi YB dari Umno.
    4. Hadi Awang kena dapatkan sokongan 2/3 ahli dewan.

    Kalau dia lulus empat halangan itu, saya gerenti Hudud akan menjadi kenyataan.

    Saya tak halang orang2 Pas kalau nak undi Pas ... undilah kerana dia parti kamu. Tapi janganlah undi Pas kerana duk pasang angan2 kononnya Pas akan melaksanakan Hudud sedangkan Umno tidak. Janganlah jadi bodoh sampai macam tu sekali.

    Saya tak harap penyokong Pas nak undi Umno. Cuma saya harap jangan kerana benci kan Umno sampai sanggup undi DAP. Umno tak laksanakan Hudud, ya saya akui memang benar dakwaan itu. Tapi pernah kah kita terdengar atau terbaca atau terpandang Umno menolak dan menentang Hudud ... yang pernah tolong sebut Bila ? Dimana ? Siapa ?. Sedangkan DAP terang2 menolak dan menentang Hudud ... Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng satu nada.

    Saya nak ulang. Tak apa orang Pas tak mahu undi Umno. Tapi jika orang Pas undi DAP maknanya orang Pas juga sebenarnya secara terang2 menolak dan menentang Hudud ... kerana jika DAP menerima dan menyokong perlaksanaan Hudud maka wajarlah orang2 Pas memberi undi kepadanya atas nawaitu ingin melihat hukum Allah itu ditegakkan di bumi Malaysia ini.

    Saya percaya orang2 Pas ni bukan lah robot yang tak punya akal dan fikiran, mereka juga manusia seperti orang2 Umno yang mampu berfikir dengan waras tanpa dipengaruhi oleh emosi.

    Maaf terpanjang sedikit leteran saya. Bukan apa cuma nak bagi sahabat2 dalam Pas ni cerdik sikit.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3