bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Testimonial 7 naga - Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramu...

31 Aug 2013

Pecah Lubang...Dalang Disebalik Bendera Sang Saka Malaya Tunjukkan Diri!!!


Dulu PKR X mengaku mereka mahu mengubah bendera Jalur Gemilang dengan bendera Sang Saka Malaya. Kononnya itupun kerja "BN". Mereka difitnah...

Malm tadi telah terang lagi bersuluh... Siapa yang bawa bendera tu.... 

Mereka cuba memeca-belahkan negara dan salah satu caranya adalah dgn melalui  penggunaan bendara baru!!!

Sumber klik sini.

Hari ini, Negara Menyambut Kemerdekaan Yang ke 56!!!

PERTUNJUKKAN bunga api memeriahkan lagi sambutan Ambang Merdeka kali ke-56, di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur, tengah malam tadi. - Foto Farizul Hafiz Awang. Aug 31, 2013 3:29 am

Selamat menyambut kemerdekaan negara yang ke 56!!!

Jagalah kemerdekaan ini sebaiknya dan berikan pengisian yang berguna supaya kita akan selama2nya merdeka!!! 

Jangan diperkuda oleh "kuasa asing" yang sentiasa mencemburui kekayaan hasil-mahsul, kemakmuran dan kesejateraan negara kita ini!!!

28 Aug 2013

Anwar Layak Menjawat Jawatan Pengarah Popaganda AS???

Yuktes Vijay mendakwa bekas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sesuai menjadi Perdana Menteri (PM) kerana hanya pakar dalam politik persepsi.

“Cara Anwar berpolitik memang senang, kalau ada isu, create another isu lain. Klasik, cerita zaman lama.

”Anwar didakwanya suka mencipta isu untuk menimbulkan persepsi. Dari isu pengundi hantu, warganegara Bangladesh hingga isu blackout, semuanya dicipta Anwar, walaupun sehingga ke hari ini tidak dapat dibuktikan dengan fakta segala dakwaannya itu.

Sumber klik http://www.anwaraidc.com/?p=37981

Komen Isac;

Kalau dilihatkan kepada kepakaran Anwar di dalam mengandu-domba dan mereka persepsi....

Anwar sememangnya layak untuk menjawat jawatan di atas.

Hoki Piala Asia - Malaysia Melangkah ke Semi Final.

Perlawanan yang membuatkan jantung kita berdegup kencang. Ketinggalan 2:1 tetapi akhinya Malaysia berjaya mengalahkan Jepun 4:2.

27 Aug 2013

Gagal Pengaruhi Kaum India, PKR Bela Kongsi Gelap India???

Dulu... Kononnya PKR membela kaum India....


Tetapi sebenarnya mereka cuma hendak mempergunakan mereka...mempergunakan pengaruh Hindraf...di dalam mempengaruhi/memenangi undi kaum India...

Menang sahaja beberapa negeri selepas PRU 12, Kg Buah Pala tergadai....

Lepas satu, satu tembelang PKR menipu kaum India telah pecah...

Kini selepas undi kaum India kembali kepada BN, PKR cuba menggunakan isu "tembak mati gangster India"... Mereka mahu menangguk di air yang keruh...

Membela gangster dari kaum india dan kononnya PKR membela mereka...

Kerana kaum India sudah tidak mempercayai DSAI yang dah banyak menipu mereka... Kini, PKR gunakan "orang India" untuk menipu orang India... 


Baru2 ini N Surendran mempertikaikan mengapa pihak polis menembak mati penjenayah2 kaum India. Tuduhan yang berbentuk perkauman dan boleh menyebabkan pergaduhan kaum...

26 Aug 2013

Akibat Terlalu Kerap Gagal Punca Husam Digugur Menganggotai Exco Kelantan???

Heboh cerita mengatakan bahawa sebenarnya pihak Istana yang sebenarnya telah menolak nama Husam dari terus mengganggotai barisan exco kerajaan negeri yang dilantik. Apa sebabnya? Hanya pihak Istana Kelantan yang mengetahuinya.
Mungkinkan sebab pihak Istana kecewa dengan Husam yang telah terlalu banyak "gagal" mengotakan janji dan hanya bermain politik???
Mungkin juga....

Apa tidaknya kegagalan Koridor Depu, Stadium Baru, Dinnar Emas, Lebuhraya KB-Kuala Kerai, Kambing Jampari, Pembangunan Pantai Seri Tujuh, Royalti Minyak dan banyak lagi mungkin menyebabkan pihak Istana merasakan muka2 baru perlu untuk menyelamatkan Kelantan...

Salinan surat di atas diambil dari sini.









23 Aug 2013

Siapa Pembunuh Altantunya dan Adakah Anwar Ibrahim Benar2 Meliwat Saiful???

Pembangkang PASTINYA akan kembali bernyawa MENGGUNAKAN ISU INI, setelah Mahkamah Rayuan sebentar tadi membuat keputusan untuk membebaskan 2 bekas anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Omar dari dakwaan membunuh Altantunya Shaariibu.

Isu ini pasti akan dijaja dalam siri ceramah pembangkang pada saban malam dan siang. Mempersoalkan keputusan Mahkamah dan akan dijadikan sebagai modal untuk mereka mengaitkannya Perdana Menteri, atas alasan hanya "orang politik yang berkuasa" sahaja yang mampu untuk "mengubah" keputusan mahkamah ataupun mempengaruhi hakim2.

Kononnya wujudnya konspirasi, ada arahan dari PM/Rosmah, itulah, inilah dan sebagainya.  Menipu memang kepakaran mereka, kalau rayuan hukuman ditolak sekali pun pasti pembangkang akan ada alasan lain untuk mempolitikkan perkara tersebut, jadi usahlah terkejut.

Apapun, panel hakim Mahkamah Rayuan yang jauh berpengalaman itu sudah pasti mempunyai segala sebab dan alasan mengapa keputusan tersebut diambil. 

Buat penyokong2 pembangkang, dahulu ketika Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat walaupun telah dijumpai air mani Anwar di dalam dubor Saiful Bukhari, mengapa mereka boleh bersorak dan bergembira meraikan keputusan tersebut?

Berbanding dengan pendakwaan terhadap Azilah dan Sirul ini yang lebih bersifat circumstancial evidence (bukti berdasarkan keadaan) semata-mata kerana tidak ada senjata pembunuhan ditemui, motif dan sebagainya, kes Anwar kalau nak diikutkan jauh lebih kukuh tapi dia masih bebas jugak, kenapa tidak ada sesiapa nak mempersoalkan keputusan tersebut? Anwar bukannya ada kuasa untuk mempengaruhi keputusan Hakim, dia bukannya PM... Seorang hakim akan menolak menjatuhkan seseorang itu bersalah jika ada keraguan terhadap satu2 bukti dan kesakian yang dikemukakan. Jestru jika anda boleh merimanya di dalam kes Anwar mengapa lain pula halnya dalam kes ini???

Malah jika Anwar benar2 tidak bersalah mengapa beliau cuba untuk melengahkan-lengahkan kes rayuan Liwat II ??? Tidakah ini akan membuatkan kita terfikir adakah beliau sememangnya bersalah dan Mahkamah telah terkhilaf ketika membebaskan beliau?

Kes pembunuhan Altantunya tiada kaitan dengan DS Najib kerana isu utama yang cuba dikaitkan pembangkang antara Najib dengan Altantunya iaitu ’skandal’ pembelian Scorpene telah dibuktikan sebagai tidak berasas sama sekali kerana Najib tidak pernah mengenali Altantunya dan Alantunya juga tidak terlibat dalam proses pembelian Scorpane.

Malah Antantunya juga hanya mengenali Razak Baginda pada 2004 sedangkan perjanjian jual beli Scorpene telah selesai sejak 2002 lagi!!

Walau bagaimanapun, Anwar Ibrahim pasti tidak akan berdiam diri dan akan mencari akal luntuk "menghidupkan" semula isu ini!!!
 
Cuma pertanyaan penulis jika proses rayuan terhadap kes "Liwat II" nya sebelum ini ditangguhkan atas alasan Karpal masuk hospital, apa pula selepas ni??? 

Sumber klik sini.

22 Aug 2013

Perjuangan Kalimah Allah Juga Sama Penting Dengan Palestine, Syria dan Mesir?

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengetepikan permohonan Ketua Biskop Roman Katolik Murphy Pakiam untuk membatalkan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bible disambut dengan laungan takbir oleh kira-kira 150 ahli NGO Islam yang berkumpul di perkarangan mahkamah sejak pagi tadi.

Mereka turut berselawat dan menangis sebagai tanda syukur selepas mengetahui keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Abu Samah Nordin.Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.

Sumber klik http://m.malaysiakini.com/news/238970


Komen Isac;

Mereka sanggup sambil duduk di atas lantai sambil berdoa.

Alhamdulillah, doa mereka dimakbulkan....

Dalam keghairahan kita bersimpati  dengan saudara2 seislam kita yang dizalimi di luar negara, kita juga wajar untuk  mengisafi nasib mereka dan belajar bagaimana pentingnya untuk kita bersatu kerana apa yang berlaku adalah kerana hubungan yang rapuh membolehkan kita diadu-domba dan diketepikan dengan mudah.

Sebagai contoh, berapa kerat sahaja dari kita yang sanggup memberikan sokongan dalam isu kalimah Allah berbanding berdemonstrasi mengikuti "Bersih"???

Ke manakah haluan kita???



F

21 Aug 2013

Nahas bas di Genting: 33 penumpang dikhuatiri mati, 16 cedera

KARAK: Pasukan penyelamat kini dilaporkan sedang mengeluarkan 33 lagi penumpang nahas bas yang terhumban di Genting Higlands, yang dipercayai sudah mati.

Pasukan bomba dan penyelamat dikatakan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam lagi untuk mengeluarkan mangsa terbabit.

Setakat jam 6 petang ini, 16 penumpang yang cedera sudah dikeluarkan dan mereka kini dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.Nahas berlaku jam 3 petang tadi ketika bas ulang-alik itu sedang menghala ke Kuala Lumpur dari pusat peranginan itu.

Sumber BH.

Isteri Yang Diliwat Suami Perlu Melaporkan Kepada Pihak Berkuasa!!!


Bukit Mertajam: Seorang wanita membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan tabiat pelik suaminya memilih ‘jalan belakang’ atau luar tabii setiap kali ketika mereka melakukan hubungan seks.

Jururawat berusia 30 tahun di hospital swasta itu mendakwa diperlakukan sedemikian oleh suaminya berusia 31 tahun sejak tahun lalu, tetapi enggan membuat laporan kerana mahu menyelamatkan rumah tangganya.

Bagaimanapun, selepas kejadian terbaru 14 Ogos lalu, dia hilang sabar lalu membuat laporan polis.

Jurucakap polis berkata, mangsa bertegas mahu meneruskan kes berkenaan kerana tidak sanggup lagi menanggung kesakitan.

Mangsa juga mendakwa suaminya memperlakukan demikian dua kali pada tahun lalu tetapi ketika itu tidak membuat laporan polis kerana mahu mempertahankan rumah tangga mereka,.Berikutan laporan dibuat mangsa, polis menahan suaminya. Sumber klik sini.


Komen Isac:

Bukan sahaja undang2 Syariah, malah undang2 civil di Malaysia juga melarang seks luar tabii ini dilakukan walaupun terhadap isteri yang sah.

Ini mungkin disebabkan sisuami telah dipengaruhi kerana menonton video2 seks dan juga pengaruh LGBT.




19 Aug 2013

Pulang Pinang Yang Lebih Selamat Berbanding Johor Bahru???

GEORGETOWN, SUNGAI NIBONG - Seramai lima lelaki yang disyaki ahli kongsi gelap 04 mati ditembak polis dalam satu kejadian berbalas tembakan di sebuah pangsapuri dekat Jalan Pantai Jerejak di sini, pagi ini.


Kejadian berlaku kira-kira jam 4:45 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengadakan sidang media pada jam 3.30 petang ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang(IPK).


Sumber klik sini dan sini.


Komen Isac;

Ini lah negeri yang dahulu Lim Guan Eng kata jauh lebih aman berbanding bandar Johor Bahru...

Kerajaan Perpaduan - Anwar Tawarkan Selangor dan Pecat Khalid???

Attikel penuh klik Taktik jahat Anwar jatuhkan Najib

Jika benar seperti apa yang diceritakan ianya barat melepaskan ular yang berbisa... 

Sebaik dilepaskan selain kemungkinan dibelit.... kita  juga mungkin dipatuk....

Kesihan Khalid Ibrahim....Anwar bila2 masa sahaja sanggup mengorbankan beliau....Sayangnya belisu berjasa kepada Anwar yang tidak tahu berterima kasih.

Menjatuhkan Khalid iaitu rakan sekutu Wan Azizah juga membawa maksud Azizah juga boleh "dikorbankan" demi kepentingan politik Anwar...

Published with Blogger-droid v2.0.10

18 Aug 2013

Rumah Mufti Perlis Datuk Dr. Juanda Jaya di Samariang Dirompak!!!

KUCHING - Mufti Perlis Datuk Dr. Juanda Jaya hari ini menyarankan supaya perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dipertingkatkan memandangkan ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.

"Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya menerima panadol serta ubat luka," katanya.Juanda membuat saranan itu berikutan kedatangannya ke HUS untuk mendapatkan rawatan bersama isterinya ekoran mereka dirompak di rumah di Samariang, dekat sini oleh dua lelaki bersenjatakan pedang samurai, awal pagi semalam.

Insiden kira-kira 4.30 pagi itu menyebabkan beliau kerugian kira-kira RM50,000 selepas wang tunai serta pelbagai barangan kemas termasuk cincin perkahwinan dilarikan perompak berkenaan.Isteri beliau turut cedera di tangan dan muka manakala pembantu rumah mereka mengalami kecederaan di belakang kepala dan mulut.   

Sumber klik http://www.sinarharian.com.my/mobile/tunggu-5-jam-hanya-dapat-panadol-ubat-luka-1.192918

Komen Isac;

Rumah Mufti dan rumah Menteri pun kena rompak.

Baru sekarang rakyaat sedar bahawa akta ISA dan OC yamg selama ini dihentan dan ditolak PR sebenarmya telah menjamin keselamatan kita sejal lebih 50 tahun dahulu....


17 Aug 2013

Anwar Belakangi Pas - Mohon Najib Untuk Kerajaan Perpaduan???

Datuk Seri Anwar ke Indonesia sekali lagi dan berjumpa Jusuf Kalla merayu-rayu meminta Jusuf agar menolongnya sekali lagi menjadi perantara antara beliau dan Najib.

Jusuf agak keberatan untuk menjadi orang tengah sekali lagi kerana beliau telah ada pengalaman ditipu Anwar semasa menjadi orang tengah dalam kes perjanjian PRU lepas.

Selepas pertemuan Anwar berkali-kali menghubungi Jusuf merayu-rayu agar menolongnya.

Dalam bulan Ramadhan Anwar ada menghubungi Jusuf dan salah satu ayat yang digunakan dalam perbualan tersebut seperti berikut,"Bilang sama Pak Najib di bulan Ramadhan perlu bermaaf-maafan".Baca lanjut di http://www.rbfonline.net/2013/08/kisah-sebenar-anwar-yang-tawarkan.htm

Sumber klik http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/kisah-sebenar-anwar-yang-tawarkan-perpaduan-dengan-najib.html


Komen Isac;

Mungkin selama ini  DSAI cemburu sebab UMNO cuma mahu mewujudkan kerajaan perpaduan hanya dgn PAS dan bukannya dgn PKR.

Apapun mengenali Anwar yang penuh dengan tipu muslihat.... Tidak menyahut  pelawaan Anwar adalah suatu tindakan yang terbaik!!!

16 Aug 2013

Kerajaan Perpaduan Dengan PKR - Sanggupkah Rakyaat Malaysia Beragama Islam Menerima Pemimpin LGBT???

Mesir Berdarah:Malaysia Perlu Kemuka Bantahan Rasmi!!!

Penulis berharap YB PM DS Najib boleh mengemukakan bantahan tersebut secepat yang mungkin.

Mungin sidang tergempar Dewan Rakyaat juga boleh meluluskan bantahan rasmi ahli2 Parlimen Malaysia.

Bukan bertujuan untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran negara mereka, tetapi sebagai negara Islam yang sama2 menganggotai OIC dan atas semangat persaudaraan sesama Islam, pastinya kita bertanggung-jawab untuk menegur kesilapan yang mereka telah lakukan.

15 Aug 2013

DAP Akan Adakan Pemilihan CEC Semula - Apa Pula Muslihat Mereka Kali Ini???

Dalam Pemilihan yang lepas.... Sekitar 700 orang mereka yang layak mengundi telah diketepikan gara2 mereka ini dilihat "anti" pucuk pimpinan terdahulu ....

DAP sememangnya dari dulu telah terkenal akan menyingkirkan mana2 pemimpin yang tidak menyokong dinasti keluarga "Lim"....

Lihat sahaja nama2 besar yang telah tersingkir termasuklah Tan Sri Lee Lam Tye.

Apa pula muslihat mereka kali ini???

Mungkin untuk menghalalkan apa jua tindakkan mereka nanti bahawa mereka berusaha untuk membersihkan parti daripada pemimpin2 yang "pro-BN"....

Umat Islam Wajar Istihar Perang Terhadap Pemerintah Mesir???


Menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyaat.


Membunuh rakyaatnya yang cuba mempertahankan presiden yang dipilih secara demokrasi.

Walaupun demokrasi adalah acuan barat....kerana yang menggulingkan kerajaan pro islam ini adalah proksi barat....

Maka mereka dibiarkan bemaharajalela......menggulingkan kerajaan... dan membunuh rakyaat mereka sendiri....

Sememangnya ironi dan tragis....
Published with Blogger-droid v2.0.10

14 Aug 2013

Siapa NGO Peguam Untuk Label Pihak Berkuasa Agama Macam "Taliban"??

Siapa di belakang NGO ini yang begitu lancang menggelar pihak berkuasa Agama Islam di sebuah negara yang Islam merupakan agama resmi negara???

Kalau tanya penulis.... 

Orang sebegini boleh pilih negara lain yang mereka suka....

Buat apa mahu tinggal di Malaysia???

Betul tak???

Pertama Kali Baru Mazlan Alimin (Felda) Bertindak Bijak???


Mmmm...

13 Aug 2013

X Makan di Hotel 5 Bintang Alasan Guan Eng Parking Kereta Bersepah???

Sumber klik Lim: Boleh saman jika tidak nasib baik - Malaysiakini

Boleh buat apa sahaja...Janji X kena tangkap???

Parti yang kononnya telus...bersih....adil....bla..bla..bla...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Mengapa Pas Tak Mahu PR Istihar Harta Sorang2 ???

Biasanya pemimpin Islam "tulen" berbuat sesuatu "lillah hitaala"....

Sentiasa menjadi contoh yang baik....

Sebaliknya Pas dan PR....

Hanya mahu mengistiharkan harta apabila "tersepit' dengan isu "Anwar Ibrahim membayar RM 50 Juta kepada Karpal"...

Karpal pula main "wayang" sedia istihar harta jika ketua parti/ketua kerajaan negeri mengarahkan beliau berbuat demikian...

Pas lagi sedap....Ketua penerangannya mempertikaikan mengapa mereka sahaja yang perlu mengistiharkan harta??? Mengapa pemimpin2 BN tidak diarah berbuat perkara yang sama???

Sah lah... Bagi Pas, kepimpinan tidak melalui tauladan....

12 Aug 2013

Gempar!!! Ekonomi Singapura Parah!!! - Bakal Bankrap Dalam Masa Terdekat???


Teruknya ekonomi Singapura berbanding Malaysia???

Sebab tu LKY marah kepada PR agaknya....

Selepas berabis duit "menaja" mereka.... dah 2 PRU masih X menang2...

Singapura pulak dah nyaris bankrap dibuatnya....

Kena tipu dengan penasihat ekonomi RM 1.00 = S $ 0.41


Nampaknya kalau ekonomi Malaysia nak bankrap sebagaimana yang dicanang oleh pemimpin2 PR.... Singapura akan bangkrap dulu lah.....Kalau mcm tu....

Sumber klik sini.

Imam Al-Azhar Sedia Jadi Pemerhati Rundingan Damai Mesir - Semoga Rundingan Berhasil!!!


11 Aug 2013

Bukan Setakat Tembak, Kini Penjenayah Guna Bom!!!

SEORANG kerani Sekolah Kebangsaan Manek Urai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, maut selepas satu bungkusan dipercayai bahan letupan meletup di dalam keretanya di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat, hari ini. - Foto Nik Abdullah Nik OmarAug 11, 2013 3:59 pm

Sikap tidak menghormati institusi polis yang ditunjukkan oleh peguam2 PR telah menyebabkan institusi polis semakin tidak dihormati oleh rakyaat malah juga tidak lagi digeruni oleh penjenayah2....

Published with Blogger-droid v2.0.10

10 Aug 2013

Harimau Malaya Berjaya Ikat Barcelona 1 : 1...


Walaupun diasak oleh pemain2 Barca sejak minit pertama lagi....
Malaysia mampu menyerap asakkan mereka dan beberapa kali melakukan cubaan. Malah kelecekkan Mat Yo yang disudahi dengan rembatan hanya dinafikan oleh tiang gol apabila penjaga gol Barca sebenarnya telah tertewas.
Atas kesilapan Apek yang tidak menepis bola tandukan lemah Checs Ferbagas membolehkan Barca mendahului 1 : 0. Malaysia mengatur beberapa serangan balas yang menarik dan akhirnya Amri Yahyah berjaya menyamakan kedudukan 1 : 1.
Walau bagaimanapun gol itu hanya bertahan sekitar dua minit spabila Neymar berjaya menjaringkan gol kedua Barca menuju penghujung separuh masa pertama apabila mudah menewaskan Apek.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Harimau Malaya - Misi Tebus Maruah!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

7 Aug 2013

3 Penyakit "Gila" Yang Paling Merbahaya di Malaysia???

Kalau bercita2... Tak salah...

Kalau berusaha untuk mencapai cita2... pun tak salah...

Tapi jangan lah bercita2 nak jadi Rasul, Nabi, Tuhan!!!

Kalau bercita2 nak jadi wali... dan banyakkan ilmu dan beramal dangan ilmu yang ada... Tak apa lah jugak....


Juga...Kalau selepas berusaha bersungguh...masih X dapat mencapai cita2 tu... Terimalah ianya sebagai qada dan qadar.... Kita perlu redha...

Ini 3 penyakit "gila" yang boleh memporak-perandakan negara...




Akibat Salah Urus Pas Kos Gaji KUIN Menjangkau RM 17 Juta???

Dakwaan pihak tertentu kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah tidak membayar gaji kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah tidak benar.Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir menjelaskan, semua kakitangan KUIN dibayar gaji kecuali kakitangan Insaniah Holdings (IHSB).Ini kerana syarikat swasta itu mengendalikan kuliah secara tidak sah atau tanpa perjanjian, kata Mukhriz kepada Agendadaily.

Beliau diminta mengulas tuntutan berpanjangan kakitangan IHSB yang mendakwa kerajaan Kedah tidak membayar gaji mereka sejak tiga bulan lalu.Harakahdaily melaporkan tulisan seorang staff IHSB yang mendakwa mereka teraniaya dan kerajaan baru mahu cuci tangan dalam isu tersebut.

Menurut Mukhriz, kerajaan negeri tiada kaitan dengan isu tersebut tetapi didesak membayar gaji kakitangan yang diambil bekerja tanpa mengikut kadar ditetapkan bagi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Ketika kerajaan BN dahulu, hanya RM7 juta dibelanjakan untuk KUIN tetapi sejak diperintah PAS, perbelanjaan meningkat RM17 juta setahun termasuk membiayai IHSB,” tegasnya.

Sumber klik http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/kerajaan-kedah-bayar-gaji-kakitangan-kuin-mukhriz.html

Komen Isac;

Suatu lagi fitnah terhadap kerajaan BN!!!

6 Aug 2013

Tiada Rekod Imigresen Alntantunya Memasuki Perancis? Tetapi Tetap Cuba Kaitkan Najib???

Sumber http://m.malaysiakini.com/news/237791

Ini satu lagi cubaan jahat untuk mengaitkan DS Najib dengan pembunuhan mendiang Altantunya..., Walaupun tiada bukti perjalanan rentas sempadan yang dapat dikemukakan mereka tetap mahu cuba untuk mengaitkan DS.

Cuba untuk menimbulkan seolah2 Altantunya sememangnya terlibat dengan perundingan jual-beli semata2 untuk menimbulkan keraguan dan mewujudkan motif.

Ini kerana mereka sedar tampa motif sesuatu jenayah tidak mungkin akan berlaku...

DS Najib Dah Buat Salah Besar???


Siapa yang buat salah sebenarnya???


Inilah semangat Assobiyyah....

Bila pemimpin2 sendiri "dilihat" buat salah..... Mereka akan pertahankan... Walaupun kesalahan tersebut suatu dosa besar....Tak ditanyapun adakah foto itu gambar mereka atau bukan....

Sebaliknya jika pemimpin parti lawan...Setakat pinkan pingat pun dah jadi satu kesilapan... DS Najib guna hujung jari aje tu... Takut tersentuh.... Apa ingat DS Rosmah X tengok ke foto ni....

Apa pun pihak penganjur di lain masa sepatutnya lebih peka....

Tak pun.... mungkin untuk penerima wanita, cukup sekadar diberikan di tangan penerima.


Sumber klik sini.

5 Aug 2013

Awas Penculik Kanak2???

Sila hubungi pihak berkuasa jika anda mempunyai apa2 maklumat mengenai lelaki ini.

Jadilah masyarakat yang perihatin!!!

4 Aug 2013

Anwar Bayar Karpal RM 50 Juta??? - Mana Dapat Duit???

“I believe the individual wants me to be the go-between to expose Anwar’s dealings with Karpal.

“The person wants to expose that Anwar had paid more than RM50 million via cheques to Karpal since 2008.

“He had claimed that besides settling legal fees, the amount was also to allegedly bribe judges and prosecutors.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Banyaknya duit.... Jika benar sebagaimana yang didakwa, mana dia dapat duit tu???

Kecualilah...pemberian projek2 bernilai berbilillion ringgit semasa beliau menjadi TPM/Menteri Kewangan memberikan beliau keuntungan secara terus/tidak langsung ataupun sememangnya beliau menerima dana bernilai jutaan ringgit daripada agensi2 milik Yahudi...

Juga jika benar patutlah Karpal yang merupakan antara individu pertama yang mendedahkan salah-laku seks Anwar pada 1998 kini bertindak menjadi "penyelamat" Anwar ketika beliau dilihat terdesak...


3 Aug 2013

Tolak 753 Perwakilan India Dalam Pemilihan CEC dan Lantik Zairil Bukti DAP Bukan Parti Multi Racial!!!

Mynewshub – Kes penipuan dalam pemilihan CEC DAP mencatatkan sejarah menarik dalam politik Malaysia. Sebuah parti pembangkang yang begitu lantang melaungkan ketelusan dan keterbukaan serta sering menghentam kerajaan kerana korup dan sebagainya kini terpahat sebagai parti paling hipokrit dan penipu tegar.

Melalui penipuan ini juga terbukti kini bahawa DAP adalah parti paling rasis. Ini kerana siasatan mendapati bahawa DAP telah dengan sengaja tidak menghantar notis kepada 753 orang ahli dari kaum India yang layak menjadi perwakilan. Selain itu, pengiraan semula yang dibuat pula membuktikan berlakunya manipulasi di mana DAP dengan sengaja memenangkan Zairil Khir Johari setelah pengiraan awal menyaksikan tiada langsung wakil dari kaum Melayu terpilih.

Namun, cubaan DAP untuk mengaburi sikap rasis mereka melalui perlantikan Zairil hanya menyebabkan sikap tersebut semakin terserlah kerana Zairil bukan Melayu tetapi Cina. Kenapakah seorang Cina yang diangkat dan diumumkan sebagai ‘wakil Melayu’ melainkan kerana DAP terlalu rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu dalam barisan kepimpinan parti itu?

Tidak cukup dengan tidak telus, menipu dan rasis, DAP juga kini terbukti sebagai kejam apabila menolak keputusan ROS agar diadakan pemilihan semula.

Sudah tentu sekali DAP tidak sanggup mengadakan pemilihan semula kerana ia akan bermakna mereka terpaksa menjemput 753 orang perwakilan India yang telah diketepikan sebelum ini. Ini juga bermakna mereka perlu menghadapi kemungkinan Zairil mendapat undi corot sekali lagi sepertimana pengiraan awal. Malah, ia mungkin menyebabkan kedudukan Guan Eng dan kroni serta kuncunya terpelanting.


Komen Isac:

Parti yang mengamalkan Nepotisma untuk keluarga "Lim" dan keluarga "Karpal"???

Benar atau tidak, tetapi itulah yang dapat kita lihat...

2 Aug 2013

Halang Jamaah Haji Iran - Kuota Haji Malaysia Bakal Dinaikkan???

KUALA LUMPUR – Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.

Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan ‘Syari’ah dan Kehidupan’ pada bulan Jun tahun ini.

Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seakidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbollah.

“Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka selayaknya digelar Hizbosyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka.

“Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbollah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria,” katanya dalam rancangan tersebut.

Sumber klik sini.


Komen Isac:

Jika benar Syiah itu sesat mengapa tidak halang sahaja mereka mengerjakan haji dan umrah???

Pada pandangan penulis kita janganlah begitu mudah mengikut telunjuk barat....

Selagi mereka (Syiah) mengucap 2 kalimah syahadah dan berpegang kepada rukun Islam dan rukun iman tiada sesiapapun yang berhak untuk mengkafirkan mereka waima Dr. Yusof Qardawi sendiri....

Perkara yang sama pernah berlaku di zaman sahabat, hampir berlaku peperangan. Tetapi komander  ketika itu (tak ingat namanya) telah bertanyakan siapakah Muhammad bin Abdullah kepada komander perang Syiah, komander perang Syiah mengatakan Muhammad itu adalah rasulullah s.a.w..

Kemudian beliau ditanya lagi, siapakah Ali r.a.? Beliau menjawab, Ali adalah sepupu Rasulullah s.a.w. dan seorang yang mulia.

Kerana jawapan2 tersebut tidak menyalahi akidah, komander sunni telah mengundurkan bala tenteranya maka tidak berlakulah sebarang pertempuran apa lagi peperangan.

Jika para sahabat boleh berkompromi dan bertindak berdasarkan Al Quran dan Al Sunnah, siapa kita mahu menghukum Syiah secara keseluruhannya sebagai kafir???

Adat manusia, ada malaikat di kalangan manusia, bahkan tak kurang juga yang menjadi syaitan. 

Cerdiknya FAM - Perlawanan Persahabatan di Jepun Siang Hari di Bulan Ramadhan???

Apa sudah jadi? Mengapa tidak diperhalusi jadual perlawanan sebelum membuat keputusan untuk berlatih di Jepun?

Adakah kerana stadium2 mereka tiada lampu limpah??? Kos tinggi? Menguramgkan penggunaan tenaga elektrik??? Green???

Bahkan jika diteliti kepada jadual perlawanan2 EPL, disebabjan faktor penonton di Asia diberikan keutamaan kebanyakkan perlawanan2 mereka dilakukan di waktu siang hari.

Jestru FAM sewajarnya peka dengan jadual perlawanan yang bakal mereka tempuhi dalam bulan Ramadhan dan bertegas agar ianya dijalankan pada waktu malam. Jika tidak ianya seolah2 mendera pemain2...

Apa pun "nasi sudah menjadi bubur...", pemergian mereka ke Jepun X ubah seperti makan angin... Tapi yang menyedihkan maruah Harimau Malaya telah tercalar gara2 ada pihak yang tidak membuat "kerja-rumah" mereka dengan betul!!!

Sumber klik Ramadan punca M'sia kalah, kata Rajagopal - Malaysiakini

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 Aug 2013

Manipulasi Pengundian CEC - Pucuk Kepimpinan DAP Haram!!!




Bersih sangat lah konon.....

Lebih 700 anggotanya yang boleh mengundi telah dinafikan hak untuk mereka membuang undi bagi memilih pucuk pimpinan....

"Cakap tak serupa bikin"



Published with Blogger-droid v2.0.10

Harimau Malaya Terkulai Lagi - Kalah 5 : 0 Kepada Kelab Divisyen 2 Jepun.


KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya mengakhiri siri perlawanan persahabatan dengan tiga kelab di Jepun tanpa sebarang kemenangan mahupun melakukan jaringan.


Pada perlawanan terakhir hari ini, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal tumpas 5-0 kepada kelab divisyen dua, Tokyo Verdy.

Dalam kunjungan seminggu ke negara itu, skuad negara kalah 2-0 kepada kelab divisyen satu, Shimizu S-Pulse, Khamis lepas sebelum diaibkan 5-0 oleh satu lagi kelab divisyen satu, Shonan Bellmare, dua hari kemudian.

Perlawanan persahabatan di Jepun adalah sebagai persiapan menentang Bahrain pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di sini, Oktober ini.Untuk rekod, daripada 12 perlawanan persahabatan pada tahun ini, Harimau Malaya hanya mencatat dua kemenangan, seri sekali dan tewas sembilan perlawanan. - BERNAMA



Komen Isac;

Telah sampai masa untuk kita menukar ketua jurulatih skuad kebangsaan?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3