bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

1 Aug 2013

Harimau Malaya Terkulai Lagi - Kalah 5 : 0 Kepada Kelab Divisyen 2 Jepun.


KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya mengakhiri siri perlawanan persahabatan dengan tiga kelab di Jepun tanpa sebarang kemenangan mahupun melakukan jaringan.


Pada perlawanan terakhir hari ini, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal tumpas 5-0 kepada kelab divisyen dua, Tokyo Verdy.

Dalam kunjungan seminggu ke negara itu, skuad negara kalah 2-0 kepada kelab divisyen satu, Shimizu S-Pulse, Khamis lepas sebelum diaibkan 5-0 oleh satu lagi kelab divisyen satu, Shonan Bellmare, dua hari kemudian.

Perlawanan persahabatan di Jepun adalah sebagai persiapan menentang Bahrain pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di sini, Oktober ini.Untuk rekod, daripada 12 perlawanan persahabatan pada tahun ini, Harimau Malaya hanya mencatat dua kemenangan, seri sekali dan tewas sembilan perlawanan. - BERNAMA



Komen Isac;

Telah sampai masa untuk kita menukar ketua jurulatih skuad kebangsaan?

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

  1. stop rajagobal. kamu dah 'fail'. resign, org dh meluat...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3