bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Aug 2013

Halang Jamaah Haji Iran - Kuota Haji Malaysia Bakal Dinaikkan???

KUALA LUMPUR – Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.

Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan ‘Syari’ah dan Kehidupan’ pada bulan Jun tahun ini.

Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seakidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbollah.

“Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka selayaknya digelar Hizbosyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka.

“Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbollah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria,” katanya dalam rancangan tersebut.

Sumber klik sini.


Komen Isac:

Jika benar Syiah itu sesat mengapa tidak halang sahaja mereka mengerjakan haji dan umrah???

Pada pandangan penulis kita janganlah begitu mudah mengikut telunjuk barat....

Selagi mereka (Syiah) mengucap 2 kalimah syahadah dan berpegang kepada rukun Islam dan rukun iman tiada sesiapapun yang berhak untuk mengkafirkan mereka waima Dr. Yusof Qardawi sendiri....

Perkara yang sama pernah berlaku di zaman sahabat, hampir berlaku peperangan. Tetapi komander  ketika itu (tak ingat namanya) telah bertanyakan siapakah Muhammad bin Abdullah kepada komander perang Syiah, komander perang Syiah mengatakan Muhammad itu adalah rasulullah s.a.w..

Kemudian beliau ditanya lagi, siapakah Ali r.a.? Beliau menjawab, Ali adalah sepupu Rasulullah s.a.w. dan seorang yang mulia.

Kerana jawapan2 tersebut tidak menyalahi akidah, komander sunni telah mengundurkan bala tenteranya maka tidak berlakulah sebarang pertempuran apa lagi peperangan.

Jika para sahabat boleh berkompromi dan bertindak berdasarkan Al Quran dan Al Sunnah, siapa kita mahu menghukum Syiah secara keseluruhannya sebagai kafir???

Adat manusia, ada malaikat di kalangan manusia, bahkan tak kurang juga yang menjadi syaitan. 

6 comments:

  1. Boleh dikatakan hampir semua negara Islam yang mengikuti ajaran Allah SWT melalui Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW (Ahli Sunnah Wal Jamaah) porak peranda dan musnah. Tetapi mengapa Iran yang mendukung syiah kebal? Siapa sebenarnya yang begitu mudah mengikut telunjuk barat....? Anda pernah mendengar ucapan ulama syiah yang berkata Jibril AS tersilap menurunkan wahyu kepada Rasulullah SAW yang sepatutnya diturunkan kepada Ali RA? Tersilap?
    Mungkin juga anda tidak pernah mendengar ucapan ulama syiah yg mengatakan perintah Allah supaya syaitan yang direjam tidak mahu sujud pada Adam kerana syaitan yang direjam itu mahu sujud kepada Ali?
    Anda manusia, malaikat atau syaitan?

    ReplyDelete
  2. Study betul2 dulu apa dia fahaman tu, kmdian baru komen..pengetahuan Dr Yusuf Al Qardawi tentulah lebih mendalam berbanding admin...

    ReplyDelete
  3. Walaupon dia percaya kpd allah dan rasul...tp mengkafirkan 3 khalifah abubakar..umar dan usman.bahkan membunuh umar dn usman.mereka juga melaknat 3 sahabat tersebut dlm doa mereka..syiah adalah serpihan yahudi sejak zaman rasullullah.

    ReplyDelete
  4. anon 23:58,

    1.US,UK,France yg menganut Kristian pun kebal sekarang adakah bermakna Keristian yg 'benar'?.

    2.Kalau Jibrail di katakan tersilap oleh ulamak syiah,apakah ulamak syiah tidak tersilap mengatakan Jibrail tersilap?.

    3.Apakah kelahiran Ali lebih awal dari Adam mengikut ulamak syiah,menjadikan Iblis mahu sujud pada Ali.

    Kesimpulannya mereka yg percaya kepada cerita karu ulamak syiah adalah mereka yg gagal menggunakan otaknya.

    ReplyDelete
  5. jaga2 dgn artikel yg ditulis. kekadang boleh menyesatkan. syiah memusuhi ahli sunnah. yg terang tanpa bersuluh berlaku di syria sekarang. admin Islam dari belah mana? masih ahli sunnah atau dah 'upgrade' ke syiah?

    ReplyDelete
  6. qardawi? negara sendiri pun huru hara..lps tu dia hidup mewah di qatar

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3