Rakan Bumiyang;

Translater

A is for Allah

Wednesday, February 10, 2010

Percubaan Menangguhkan Lagi Perbicaraan Kes Liwat Berjaya???





Kes liwat: Permohonan Anwar lucut hakim diketahui 18 Feb



KUALA LUMPUR, Feb 10 — Keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dari mendengar kes liwatnya akan diputuskan Khamis depan.


Hakim Mohd. Zabidin ketika memutuskan demikian berkata beliau memerlukan masa untuk mempertimbangkan permohonan Anwar yang dikemukakan oleh peguam utamanya Karpal Singh.


Kelmarin Anwar memohon agar Hakim Mohd Zabidin menarik diri daripada mendengar kes itu kerana dianggap berat sebelah dalam permintaan mereka agar mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia.


Prosiding itu ditangguhkan sehingga pagi ini berikutan permohonan Karpal semalam agar diberikan lebih masa bagi menjawab afidavit jawapan yang difailkan pihak pendakwaan.


Karpal membuat permohonan supaya Hakim Mohd Zabidin menarik diri berdasarkan keputusan hakim berkenaan berhubung dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.


Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Perbicaraan kes liwat, yang menarik perhatian ramai termasuk wakil media luar negara, bermula Rabu lepas, selepas 18 bulan Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 7 Ogos, 2008.


MENYUSUL LAGI





Komen Isac;


Pandainya......

Read more...

Nizar Hina Sultan Perak dan Mahkamah??? Keadilan Hanya Jika Keputusan Menyebelahi Beliau?


"Ia akan memberikan ruang supaya demokrasi di Malaysia jauh lebih kusut kerana ia seolah-olah menjurus kepada absolute monarchy", kata DS Ir. Nizar.

Foto 1: Teruknya Bila Orang Kehilangan Kuasa Ni.

"Maknanya kita tak perlu adakan pilihan raya, tak perlu ada Parlimen oleh kerana monarki boleh menetapkan siapa menjadi pemimpin sesebuah negari ataupun negara," katanya pada sidang media sejurus selepas keputusan berkenaan diisytiharkan di sini hari ini.




Foto 2: Lagaknya Bak Aktor/Selebriti.




Foto 3: Demi Sokongan Politik?







Foto 4: Malang Tidak Berbau....





Foto 5: Alhamdulillah - Cuma Luka-luka Kecil Sahaja.





Foto 6 & 7: Eh..eh...Esoknya Tak Boleh Jalan Pulak......






Komen Isac;

Orang kata, "gambar menceritakan 1000 perkataan/cerita". Pengunjung dijemput melihat foto-foto ini dan nilaikan sendiri. Bukan senang hendak menerima hakikat bila kita kehilangan "kuasa", lebih-lebih lagi bila kita sebenarnya tidak pernah bermimpi untuk mendapatkannya sebelum ini.

Apapun jika "orang biasa" boleh mempertikaikan dan memperlekeh perlembagaan, undang-undang dan keputusan mahkamah untuk kepentingan peribadi dengan kenyataan yang berbau hasutan apakah peranan KDN???

























Read more...

Tuesday, February 9, 2010

Perbicaraan Kes Liwat DSAI Ditangguh Lagi - "Borrrrr ring........."

Kes liwat Anwar : perbicaraan ditangguhkan ke esok...


Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berlangsung sekejap saja pagi Selasa. Ia ditangguhkan ke pagi esok. Perbicaraan bermula pada jam 10.06 pagi dan ditangguhkan jam 10.15 pagi. Ia dibuat selepas peguam Karpal Singh mengemukakan hujah mengapa beliau kemukakan permohonan minta hakim tarik diri.-9/2/2010

Komen Isac;

Kenapa penyokong-penyokong DSAI tidak ramai yang menghadiri perbicaraaan kes beliau kali ini, iaitu tidak seramai sepertimana kes tersebut dibicarakan pada sekitar tahun 1998/1999???

1) Penyokong-penyokong yakin beliau sememangnya bersalah?

2) Meluat nak datang mahkamah kerana beliau asyik mencari peluang untuk menangguhkan perbicaraan?

3) Penyokong-penyokong tahu bahawa kes tersebut akan semakin dilanjutkan dengan penangguhan demi penangguhan?

4) Penyokong-penyokong dah tak ada duit tambang, maklumlah telah di tangguhkan sejak 18 bulan dahulu? Modal tambang dah habis?

5) Tembelang DSAI telah pecah?

6) PKR dah tak bayar upah untuk menghadiri perbicaraan?

7) Ingat penyokong-penyokong tak payah nak kerja ke? Asyik nak kena datang ke mahkamah dan kes ditangguhkan, ditangguhkan dan ditangguhkan lagi?

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

About this blog

bumiyang kupijak
bumiyang dimana diatasnya langitnya kujunjung
dimana dari dalamnya
mengalir darah merah
dimana didalamnya
tertanam jasad dan roh-roh
nenek moyang
bangsa bergelar Melayu
bumiyang dimana
wajib ku pertahankan
bumiyang satu ini
syahid sebagai ganjaran


Slideshow

Loading...

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP