bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Dec 2009

Saman RM 800 Juta - Kerajaan Negeri Kelantan Bakal Bankrap?


Kerajaan Negeri Kelantan diarah Bayar Ganti rugi RM800 juta.


KOTA BHARU 30 Dis. – Kerajaan negeri Kelantan diarah membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu. Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi merupakan antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.


Utusan Malaysia difahamkan menurut fakta kes, syarikat pembalakan itu memperoleh konsesi balak beratus ribu hektar di Hulu Kelantan. Bagaimanapun keluasan asal dikurangkan kepada separuh tetapi masih mengekalkan perkongsian di antara kedua-dua pihak.



Masalah dipercayai timbul apabila kerajaan negeri didakwa melanggar perjanjian konsesi dengan tidak membenarkan syarikat itu menjalankan pembalakan di kawasan yang dimilikinya. Ekoran daripada itu syarikat yang dikatakan milik bumiputera terbabit terpaksa menanggung kerugian besar selepas pelaburan bernilai jutaan ringgit termasuk pembinaan beberapa buah kilang kayu tidak dapat beroperasi.


Komen Isac;





Masak...masak....kalau masih gagal dalam rayuan nanti, kerajaan negeri bakal bankrap!!! RM800 juta tu banyak bukannya sikit....Kerajaan negeri pun dilihat sebagai mempunyai dana yang begitu terhad, bagaimana mereka mahu mambayar saman tersebut???





Nampak gayanya "wang royalti/ehsan minyak" yang bakal rakyaat Kelantan terima, pastinya tidak akan dapat digunakan untuk memakmurkan rakyaat dan negeri, ini kerana ia akan terpaksa digunakan untuk "menebus" balik negeri ini dari "tergadai". Ya....lah takkan nak dibiarkan negeri Kelantan bankrap gara-gara isu ini.....

Adakah "bala" ini juga akan dipersalahkan kepada UMNO/BN? Ataupun "bala" ini sebenarnya adalah "kifarah" terhadap "doa bala" yang ditujukan kepada Dato' Seri Najib hanya Allah yang maha mengetahui dan cuma masa yang akan menentukan. Perut siapakah pula yang akan "pecah" selepas ini......Waliyazubillah.....Nauzubillah himin zaliq...

Perlunya Mewajibkan Talipinggang Keledar Untuk Penumpang-Penumpang Bas Ekspress!!!

Pastinya banyak nyawa yang dapat diselamatkan sekiranya semua bas ekspress diwajibkan menggunkan talipinggang keledar untuk semua penumpang-penumpangnya. Kini bukannya masa untuk saling tunding-menunding, lakukan sesuatu untuk menghentikan "tragedi" ini.

30 Dec 2009

Saksikan Gerhana Bulan Jummat Ini!!!!!





Rabu Disember 30, 2009
Gerhana Bulan Separa Dijangka Berlaku Jumaat Ini
PUTRAJAYA: Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.


Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

"Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum," kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

"Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam," kata Jakim. - BERNAMA

Lagi Kuncu-kuncu Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tunjuk Samseng????



Lelaki bantah k'jaan P. Pinang diserang
Dec 28, 09 3:37pm



Seorang lelaki yang terlibat dalam kekecohan semasa satu demonstrasi di hadapan DUN Pulau Pinang pada 30 Nov lepas, cedera diserang sekumpulan lapan lelaki di kawasan Perusahaan Mak Mandin di sini, semalam. S Krishnan Nair, 46, berkata dia yang diserang dengan senjata tajam, menerima 16 jahitan apabila paha kanan dan bahagian belakang badannya dikelar manakala dadanya ditumbuk.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai penghantar surat dalam perjalanan dari Butterworth ke Mak Mandin dengan menunggang motosikal. "Semasa saya tiba di Kawasan Perusahaan Mak Mandin, saya rasa ada beberapa orang yang saya tidak kenal mengekori saya dengan menaiki motosikal," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di balai polis Mak Mandin kira-kira 12 tengah malam tadi. Beliau berkata kumpulan itu kemudiannya bertindak menghalang perjalanannya dengan alasan mahu berbual. "Saya kata pada mereka jika mahu sembang mari kita pergi minum atau balik rumah tetapi mereka tidak mahu dan terus menyerang saya dan lari," katanya.
Krishnan berkata beliau terus menelefon seorang rakannya untuk mendapatkan pertolongan yang kemudian membawanya ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan. Pada 30 Nov lepas, sekumpulan 100 penduduk Pulau Pinang yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan DUN Pulau Pinang. Perhimpunan yang disertai beberapa pemimpin dan anggota parti komponen BN serta penduduk Kampung Buah Pala itu menyaksikan potret Ketua Menteri Lim Guan Eng dibakar dan gesaan supaya beliau meletak jawatan. Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Supt Mohamad Sukri Awang, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan tiada tangkapan dibuat setakat ini. BERNAMA
Komen Isac;
Samseng betul mereka ni....Nasib baik setakat kena pukul, kalau sampai kena bakar....Lagi panjang cerita. Tak pernah pulak penulis terdengar di zaman Khalifah Umar Abd. Aziz dulu, ada wujud perkara-perkara sebegini.....Dua hari sudah pukul anggota RELA, ini pukul rakyaat pulak budaya samseng manalah yang mereka ni ikuti agaknya....

29 Dec 2009

Mana Nasruddin Tantawi???? Yang Kononnya Pembela Isteri-isteri Kedua, Ketiga dan Keempat...


KOTA BHARU: Suasana tegang menyelubungi perkarangan rumah isteri kedua bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir, 35, di Kampung Telipot di sini, semalam, apabila dikepung sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit yang didakwa enggan mematuhi perintah mahkamah syariah mengarahkan mereka dimufarakah (dipisahkan) sehingga perbicaraan kes mereka selesai.Tindakan mengepung kediaman Dr Rosli dan isteri, Ilyani Mohd Noor, 30, itu dipercayai dilakukan selepas bapa mentuanya, Mohd Noor Che Man, 58, tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit yang didakwa gagal mematuhi perintah mufarakah dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Mohd Yusof Awang pada 21 Disember lalu.

Difahamkan, Dr Rosli bersama Ilyani dikatakan pulang ke rumah sewa terbabit kira-kira jam 9 pagi semalam selepas beberapa hari menghilangkan diri tanpa dapat dikesan bapa mentuanya.Sebaik mendapat tahu kepulangan Ilyani dan Dr Rosli, Mohd Noor meminta bantuan beberapa rakannya mengepung rumah berkenaan, kira-kira jam 3 petang.


Komen Isac;



Mana dia saudara "Tantawi" kita ni????? Katanya dia ni pejuang isteri-isteri kedua, ketiga & keempat....



Masa saudara Rohaizat tempohari (PRK Permatang Pasir), begitu berkobar-kobar dia (Tantawi) "menelanjangi" isu Rohaizat "simpan" isteri keduanya dari pengetahuan umum. Walaupun nikah Rohaizat dengan isteri keduanya pada waktu itu tiada "masalah" dari segi syarak, tetapi disebabkan Rohaizat mengunakan "temberang Madu-Tiga (P. Ramlee)" demi masa depan politiknya, maka "isteri kedua Rohaizat dan Bapa Mertuanya" diusung ke sana-kemari di pentas-pentas politik untuk mengaibkan Rohaizat.
Mengapa kini, bila "puak" sendiri nikah tanpa wali yang sah, isteri kedua tersebut tidak dibela? Mengapa hanya dibiarkan perkara tersebut kepada pak mertua Rosli?
Saya bukan mahu mengaibkan sesiapa, semua manusia tidak sepi dari membuat kesilapan. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mempelajari sesuatu dari insiden ini. Jangan jatuhkan maruah orang lain, negara ini ada undang-undang. Jika tersilap, maka kembalilah ke pangkal jalan. Katanya saudara Roslipun telahpun bernikah semula di Selatan Thailand, walaupun ianya bukan sesuatu yang patut dijadikan ikutan/dicontohi, bagi penulis perkara ini dianggap telah selesai.
Tidak perlulah diperpanjangkan lagi isu ini kerana ia dikira selesai. Ia lebih berbentuk peribadi dan melibatkan maruah diri dan keluarga mereka yang terlibat, biarlah pihak berkuasa yang memutuskannya. Sebagai seorang Islam kita ditegah membuka aib orang lain terutamanya untuk mereka yang telah insaf. Jadikan ianya sebagai panduan.

MIG 29 Fulcrum Oh MIG 29.......Kumpulan Posting-Posting




Posting-posting lepas yang berkaitan dengan pesawat pejuang Mikoyan MIG 29 Fulkrum;


1) http://bumiyang.blogspot.com/2009/10/mig-29-tudm-akan-dibesarakan-secara.html

2) http://bumiyang.blogspot.com/2009/10/pesawat-jet-pejuang-mig-29-tudm-akan.html

3) http://bumiyang.blogspot.com/2009/12/kenali-mikoyan-mig-29nnub-milik-tudm.html

4) http://bumiyang.blogspot.com/2009/12/kenali-pesawat-jet-pejuang-fa-18d.html

5) http://bumiyang.blogspot.com/2009/12/kenali-pesawat-jet-pejuang-sukhoi-su.html

6) http://bumiyang.blogspot.com/2009/12/perbandingan-keupayaanspesifikasi-mig.html

7) http://bumiyang.blogspot.com/2009/12/f-22-raptor-pesawat-jet-pejuang.html

8) http://bumiyang.blogspot.com/2009/12/masalah-sebenar-mikoyan-mig-29-falcrum.html

9) http://bumiyang.blogspot.com/2009/12/masalah-sebenar-mikoyan-mig-29-falcrum_27.html

10) http://bumiyang.blogspot.com/2009/12/beli-dan-simpan-mig-29-dirumah.html

Tujuan posting "summary" MIG 29 ini adalah untuk memudahkan pembaca-pembaca.

Saksikan video di bawah, sekadar selingan;


Beli dan Simpan MIG 29 Dirumah?




Daripada penerangan dalam posting-posting yang lepas, adakah sesuatu yang logik bila kita mengatakan penyelenggaraan jet-jet MIG 29 yang berumur 10-12 tahun ini lebih mahal berbanding jet F5E/F5F yang telah berumur 40 tahun ? Nak servis enjin-enjin Jet F5E/F5F pun hantar balik ke US juga.....Kos US lagi murah ke? Spare part barang yang dah berumur 40 tahun, senang ke nak cari?






Jika kerajaan masih bertegas mahu membersarakanya, alangkah bagus jika penulis mampu membelinya dan menyimpannya di rumah. Mana tahu jika berlaku perperangan, penulis dapat menggunakannya untuk membantu mempertahankan negara....:)

Macam yang penulis katakan di dalam posting-posting yang terdahulu, MIG 29 masih di antara 10 jet pejuang terbaik dunia. Malah lebih hebat jika hendak dibandingkan dengan F18 Hornet dan Sukhoi SU 30MKM.

28 Dec 2009

PAS Jangan Jadi UMNO.....Dengarlah Suara Pengundi-pengundi.....



Aduan polis terhadap 'penyokong, pengundi PAS'
Salhan K Ahmad Dec 28, 09 12:48pm


Pemuda PAS Selangor hari ini membuat aduan polis berhubung dakwaan percubaan mensabotaj hubungan parti itu dengan dua lagi rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat melalui demonstrasi semalam. Aduan oleh timbalan ketua dewan tersebut Ahmad Zaidi Abdul Mutalib dibuat di Shah Alam tengah hari ini, berhubung demonstrasi kumpulan yang digelar Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor di hadapan ibu pejabat parti itu semalam. Ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi Abd Halim, yang berada di ibu pejabat polis daerah tersebut, berkata aduan itu dibuat setelah mendapati kumpulan tersebut bukanlah mewakili PAS kawasan itu seperti didakwa.
"Kita mendapat kepastian mereka bukanlah daripada kalangan ahli kita, lebih-lebih lagi jurucakap mereka bernama Wan Hilman Wan Abd Rahim," katanya. "Kita sudah semak dan mereka bukan ahli PAS Gombak." Tambahnya, kepastian itu diperolehi selepas membuat semakan dengan pangkalan data senarai keahlian PAS. "Kita dapati ini adalah cubaan untuk sabotaj (Pakatan Rakyat) dan memburuk-burukkan PAS di Selangor sebab mereka berdemo untuk minta PAS supaya jangan digunakan DAP, tetapi mereka bukan ahli PAS," katanya lagi.
Komen Isac;
Apakah dengan mendakwa "mereka" sebenarnya bukan ahli PAS, maka itu sudah cukup untuk menutup gesaan/suara-suara dari dalam Parti PAS agar PAS keluar dari Pakatan Pembangkang? Adakah semua ahli PAS dan pengundi-pengundi mereka berpuas hati dengan nasib yang sedang dan bakal menimpa orang-orang Melayu hasil kerja-sama PAS dengan Pakatan Pembangkang?
Adakah suara mereka yang pernah menjadi ahli PAS seperti Skrewkuat, Bumiyang, Wadat dan bloger-bloger lain yang kini telah beralih arah dengan menyokong/bersimpati terhadap perjuangan UMNO demi perpaduan Agama/Bangsa juga akan dinafikan status mereka?
Nasihat penulis kepada PAS, dengarlah rintihan dan harapan pengundi-pengundi anda dan hargailah mereka.....Ambillah pengalaman UMNO/BN dalam PRU 12 yang lalu sebagai iktibar....Berubahlah sebelum undi anda beralih-arah. Kepada ahli-ahli dan pengundi-pengundi yang lain kuatkan dan bulatkan protes anda!!!!!
PAS adalah hak semua ahli-ahlinya dan penyokong-penyokongnya, bukannya hak mutlak YB Salahuddin, Ahmad Zaidi, TG Hj. Hadi maupun TG Nik Aziz. Suara akar-umbi dan pengundi-pengundi adalah suara keramat yang perlu dihalusi dan didengar bukannya dinafikan hak mereka untuk menyuarakan pendapat!!!!!

Budaya Samseng DAP Menular Di Pulau Pinang?


Sekumpulan lelaki menyerang anggota Rela dengan menggunakan topi keledar pada kejadian sambutan Hari Krismas di Pulau Pinang. -Foto THE STAR Oleh TAN SHIN CHOW

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/27/mstar_berita/20091226203025&sec=mstar_berita

GEORGE TOWN: Hiruk-pikuk sambutan Hari Natal malam kelmarin bertukar menjadi ganas apabila dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dibelasah teruk dan diserang dengan topi keledar oleh orang ramai yang sedang berpesta di sini. Seorang jurukamera Bernama TV turut menjadi mangsa apabila dia ditumbuk pada bibir dan wartawan bertugas ditolak oleh pengunjung yang asyik berpesta sementara motosikal dan kenderaan yang melintasi Persiaran Gurney itu turut disembur dengan buih aerosol.

Pasukan petugas khas terpaksa campur tangan apabila sambutan yang disifatkan terburuk pernah berlaku di Pulau Pinang itu semakin tidak terkawal. Sekumpulan lelaki yang terdiri daripada 10 orang tiba-tiba membelasah anggota Rela yang sebelum itu menahan rakan mereka kerana menyembur buih aerosol kepada pemilik kenderaan yang lalu dikawasan itu.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 12.30 malam itu, kumpulan lelaki itu bertindak ganas menendang dan menumbuk anggota Rela terbabit dalam percubaan menarik rakan mereka yang dalam lingkungan 20-an dari ditahan. Serangan berlaku apabila anggota dan polis yang berpakaian preman sedang membawa suspek ke balai polis berdekatan.

Komen Isac;

Adakah keganasan sebegini patut dihalalkan kerana mereka mencontohi pimpinan DAP yang menerajui Pulau Pinang? Bak kata pepatah, "bapa borek, anak rintik...."

"Guru kencing berdiri, murid kencing berlari".......Pemimpin berlagak samseng.....asyik melemparkan tuduhan dan tohmahan.....Anak buah betul-betul "samseng".

27 Dec 2009

Salahuddin/PAS Dengarlah Suara Rakyaat.....



http://www.malaysiakini.com/news/120667
Salahuddin: Pendesak PAS keluar Pakatan, bukan ahli
Dec 27, 09 5:31pm

PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut. "Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.
Ditanya sama ada PAS bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini PAS mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut. "Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu," katanya.Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu. Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut.
Komen Isac;
Jangan ingat mentang-mentang orang tu awak tak kenal dia bukannya orang PAS. Muhasabah lah diri...... Orang menegur kerana sayangkan PAS. PAS pasti tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa sokongan pengundi-pengundi....Ingatlah ada bermacam-macam jenis pengundi yang mengundi PAS. Perlu diingat, PAS tidak akan menang tanpa sokongan pengundi-pengundi dan pengundi-pengundi PAS pula datangnya dari berbagai golongan seperti berikut;
1) Ahli PAS Totok.
2) Ahli yang Pasif/tidak aktif sehingga tidak dikenali oleh Salahuddin.
3) Mereka yang jadi ahli kerana simpati pada DSAI 1998/99 (boleh beralih-arah bila-bila masa).
4) Pengundi yang mengundi kerana handak menzahirkan "protes" lepada Umno/BN (boleh beralih-arah bila-bila masa).
5) Pengundi-pengundi bukan Melayu yang mahu memenangkan Parti Ultra Kiasu. (Cuma kita sahaja yang buta)
Penulis menyeru agar pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong PAS yang telah sedar, agar mengadakan perhimpunan yang lebih besar di dalam mendesak PAS agar keluar dari Pakatan Pembangkang. Bergeraklah sekarang sebelum terlambat. Jika pengundi-pengundi bukan Melayu boleh bersatu untuk kehidupan yang lebih selesa, mengapa pula pengundi-pengundi Melayu tidak boleh bersatu demi survival Agama dan Bangsa?

Masalah Sebenar Mikoyan MIG 29 (Falcrum) Siri 2

Foto 1: MIG 29 & Persenjataannya

Negara-negara di dunia yang masih menggunakan khidmat MIG 29;


MIG 29 Current Operators

Algeria - 51 MiG-29s in service as of Nov. 2008.
Azerbaijan
Bangladesh - 14 MiG-29SE and 2 MiG-29UB in service.
Belarus
Bulgaria - 16 MiG-29S and 4 MiG-29UB, modernized in 2009
Cuba
Eritrea
Hungary - to be phased out in 2010.
India - Indian Air Force has 69 MiG-29s in service and the Indian Naval Air Arm has 12 MiG-29Ks on order as of Nov. 2008.
Iran
Kazakhstan
Kyrgyzstan - Not airborne. Kept in bunker in operational condition.
Malaysia - To be retired
Lebanon - 10 to be delivered.
Myanmar - Ordered next 15 in 2009
Peru - 19 in service as of Nov. 2008.
North Korea - 40 in service as of Nov. 2008. 12 initially bought from Belarus in 1995 and a follow up order of 18 MiG-29SE plus 3 new from Russia in 1996. Two were lost in accidents leaving 31 MiG-29 total, only 19 MiG-29 are in active service while the remaining 12 are in reserve flying occasionally to keep it in circulation with the active fleet.
Poland - 36 in service
Russia - 406 in service as of Nov. 2008. An additional 100 MiG-29S (SE for the export designation) and another 34 MiG-29SMT are new from an order rejected from Algeria.
Serbia - 4 in service all modernized to Mig-29SM level
Slovakia - 21 MiG-29s, 12 in active service
Sudan - 12 on order and 11 in service as of November 2008.
Syria
Turkmenistan
Ukraine - 220 in use as of November 2008.
United States - Evaluation only.
Uzbekistan
Yemen


Jika negara Cina boleh mengeluarkan jet-jet pejuang J-11A & J-11B mereka sendiri, bersandarkan kepada model Sukhoi SU 27. Malah mereka juga pernah mengingkari perjanjian dengan Soviet kerana cuba mengeksportnya kepada dunia ketiga. Mengapa pula kita masih tidak boleh "overhaul" enjin jet-jet pejuang kita sendiri, setelah lebih sepuluh tahun memiliki dan menggunakannya?


Pada pandangan penulis, sepatutnya kita cuma perlu menukar injin-injin jet tersebut dengan injin-injin jet yang baru selepas setiap 4000 jam penerbangan seperti yang dimaklumkan oleh pihak pengeluar. Sememangnya jet-jet pejuang memerlukan keupayaan maksimum agar mereka boleh beroperasi dengan baik dan bukannya sekadar untuk menjadi bahan tontonan umum.



J-11A production is the base model of the 4th generation Su-27 manufactured from supplied kits from Russia with Chinese components, while the 4.5th generation J-11B is a modernised indigenous multi-role fighter developed in China using the Su-27 airframe. 200 numbers of J-11A licensed for production and about 96 J-11A are in service, with aproximate 24 numbers J-11B serving along side the J-11A.

Jika injin jet yang menjadi penyebab mengapa MIG 29 milik kita terpaksa dibersarakan, mengapa kita tidak mahu mempelajarinya dari negara Cina? Cina mengambil keputusan untuk membangunkan injin jet mereka sendiri kerana Soviet tidak melakukan perpindahan teknologi untuk injin jet dan sistem avionik untuk pesawat-pesawat J11A/B.


Foto 2: Jet Pejuang J11 Milik Tentera Republik Rakyaat Cina


Saksikan Video jet-jet pejuang jenis J-11B Cina, sudah pasti kita boleh mendapatkan alat-alat ganti dan ganti injin untuk jet-jet pejuang MIG 29 kita daripada negara Cina sekiranya Soviet tidak mahu membekalkannya.




26 Dec 2009

Terbaru!!!! Rampasan Kapal Terbang Oleh Pengganas Gagal.


AP sources: Al-Qaida link in failed plane attack

By LARRY MARGASAK and LARA JAKES and JIM IRWIN, Associated Press Writers Larry Margasak And Lara Jakes And Jim Irwin, Associated Press Writers – 37 mins ago


DETROIT – A Northwest Airlines passenger from Nigeria, who said he was acting on al-Qaida's instructions, set off an explosive device Friday in a failed terrorist attack on the plane as it was landing in Detroit, federal officials said.


Flight 253 with 278 passengers aboard was 20 minutes from the airport when it sounded like a firecracker had exploded, witnesses said. One passenger jumped over others and tried to subdue the man. Shortly afterward, the suspect was taken to a front row seat with his pants cut off and his legs burned.


The White House said it believed it was an attempted act of terrorism and stricter security measures were quickly imposed on airline travel, but were not specified. Law enforcement officials identified the suspect as Umar Farouk Abdul Mutallab. Others had slightly different spellings.


One law enforcement source said the man claimed to have been instructed by al-Qaida to detonate the plane over U.S. soil. "It sounded like a firecracker in a pillowcase," said Peter Smith, a passenger from the Netherlands. "First there was a pop, and then (there) was smoke."


At least one passenger acted heroically. Smith said the passenger, sitting opposite the man, climbed over passengers, went across the aisle and tried to restrain the man. The heroic passenger appeared to have been burned.

Isac's Comment;

When this kind of drama is going to be end? What worries me, there will be an Islamic country that will be invaded due to this incident.

After 11 September, Afghanistan and Iraq was occupied by the US military. Is this is a license to attack Iran, only time will tell......

Masalah Sebenar Mikoyan MIG 29 (Falcrum) Siri 1

Foto 1: MIG 29 Milik TUDM



Berikut dimuatkan keratan-keratan akhbar yang menceritakan masalah yang dihadapi oleh MIG 29 oleh negara-negara lain dii dunia untuk pengetahuan pembaca;



Pesawat-pesawat MIG 29 Soviet diLarang Terbang




Flightglobal. com melaporkan bahawa, 1/3 daripada jet-jet pejuang Soviet jenis MIG 29 telah dihalang untuk melakukan penerbangan pada awal 2009 kerana masalah pengaratan. Pemeriksaan secara besar-besaran ini telah dijalankan berikutan 2 kemalangan yang membabitkan pesawat-pesawat ini dari Rejamen Pesawat Pejuang ke 120 di Wilayah Chita pada bulan November dan Disembar 2009. Daripada 291 buah pesawat yang mereka miliki, pemeriksaan terhadap 190 buah mendapati 90 daripadanya mempunyai masalah pengaratan.



Permeriksaan terhadap kedua-dua pesawat yang terhempas mendapati masalah pengaratan yang teruk pada bahagian sambungan badan pesawat dan "vertical empennage".



Russian MiG-29 fighters resume flights after December crash

MOSCOW, February 4 (RIA Novosti) - The Russian Air Force has resumed flights of MiG-29 Fulcrum fighters, grounded after a December 2008 crash in East Siberia that killed a pilot, a Defense Ministry official said on Wednesday.


The crash was the second in East Siberia involving a MiG-29 fighter in less than two months. In mid-October, a MiG-29 fighter crashed 60 kilometers (37 miles) from the Domna airfield during a regular training flight. The pilot ejected safely.


"We inspected all aircraft of this type after the crash and found traces of corrosion on the tail unit of some of the planes," Lt. Gen. Sergei Bainetov said, adding that tail damage was the most likely cause of December's accident.


"Aircraft with no corrosion were allowed to resume flights," he said. The official said experts were currently attempting to find what caused the corrosion by conducting "artificial aging" experiments with the remains of the tail units of the MiG-29 aircraft that crashed last year. "We will need at least two months to make a conclusive report on the causes of the accident because the experiments are quite complex and lengthy," Bainetov said.


India is worried about its fleet of MIGS -29
Associated Press of Pakistan
DELHI, March 14 2009

APP: Alarming signals triggered in Indian Air force after the grounding of major chunk of MIGs by Russia due to structural defects as India operates three MiG-29 squadrons along the western front. “We have received no word from Russia. We are continuing to fly our MiG-29s from Halwara and Jamnagar,” Times of India quoting a senior IAF officer said.


Russian has reportedly grounded about 100 MiG-29s out of three hundred in its arsenal by declaring them unsafe to fly during ongoing checks. Algeria had last year returned its 15 MiG-29s to Russia holding that that their quality was poor. The decision to ground them was taken when a couple of them crashed in southern Siberia in October-December due to the disintegration of their tail fins. The India Air Force with its big fleet of MIGs operates over 60 MiG-29s.


“Times of India” reported the Indian Navy is soon to get 16 MiG-29Ks’ the fighter’s naval variant designed to operate from an aircraft carrier’s deck” as part of the original $1.5 billion package deal signed with Russia in 2004 for aircraft carrier Admiral Gorshkov, Russia is preparing for India. The daily quoting sources said a an Indian navy team recently returned empty-handed from Moscow When Russia postponed the delivery of 16 MiG-29Ks due to grounding of its own MiG-29s.

The IAF is already facing “a huge dip” in the number of its fighter squadrons, down to just 32 from the “sanctioned strength” of 39.5. The IAF had inducted over 70 twin-engined MiG-29s from 1986 onwards but it has lost lost several of them in crashes, though these fighters are not as accident-prone as the single-engined MiG-21s or the recently phased out MiG-23s. The daily said six IAF MiG-29s are currently in Russia for a mid-life upgrade under a huge $964 million contract signed in March 2008.


India says its MiG-29 safe despite Russian grounding of such aircraft
2009-03-14 22:04:02


NEW DELHI, March 14 (Xinhua) -- India's Air Force chief said on Saturday that the country's MiG-29 jet fighters are safe despite Russia' decision to ground a large number of such aircraft due to structural defects, the semi-official Press Trust of India reported.


Chief of Air Staff Air Marshal Fali Homi Major said MiG-29s were of various series and he did not know details of what series of aircraft the Russians had grounded, according to the report. He also said that India had carried out checks with its MiG-29 aircraft and found no problem.


Foto 2: Nama-Nama Skuadren MIG 29 Milik TUDM

25 Dec 2009

Di Bawah PKR Kelantan "Kaya" Dengan Berhala, Kini Selangor Pula Akan Kaya Dengan "Jirat".

Foto 1: Gambar Hiasan - Pemandangan Kawasan Jirat Moden


Foto 2: Gambar Hiasan - Antara Jirat Yang Paling Mahal.


Foto 3: Gambar Hiasan - Jirat Canggih


Foto 4: Gambar Hiasan - Jirat Paling Mahal?

Komen Isac;

72.366 Hektar = 178.82 ekar = 7, 789, 411.41 kaki persegi, itulah jumlah keluasan kawasan tanah yang asalnya telah diperuntukkan untuk pembinaan rumah rakyaat berpendapatan rendah, tetapi akhirnya telah "dirompak" oleh kerajaan PR Selangor.....Jika apa yang diberitakan ini benar, ianya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana industri Jirat Cina sememangnya suatu perniagaan yang menguntungkan.

Satu tapak kubur boleh mencecah harga sehingga ratusan ringgit....Jika injin jet yang berkatan dengan keselamatan negara dan melambangkan kesetiaan pun boleh dijual, demi kepentingan diri sendiri, apalagi setakat menukar status dan penggunaan tanah milik kerajaan negeri...Cuma perlu menulis surat....

Jika tahun lepas korbankan lembu yang bukan haknya, kali ini Khalid "merampas" tanah pula..... Tapi jika itu yang rakyaat Selangor mahukan, biarkanlah...Mungkin suatu hari nanti kita akan kenali negeri Selangor dengan gelaran "Selangor Darul Jirat".


24 Dec 2009

F-22 Raptor - Pesawat Jet Pejuang Terhebat di Dunia


Wikipedia free encylopedia
http://en.wikipedia.org/wiki/F-22_Raptor


USD 138 Juta (Harga Sebuah - unit prototaip)


Specifications (F-22 Raptor)

Performance
Maximum speed:
At altitude:
Mach 2.25 (1,500 mph, 2,410 km/h)[78]
Supercruise: Mach 1.82 (1,220 mph, 1,963 km/h)[78]
Range: 1,600 nmi (1,840 mi, 2,960 km) with 2 external fuel tanks
Combat radius: 410 nmi[165] (471 mi, 759 km)
Ferry range: 2,000 mi (1,738 nmi, 3,219 km)
Service ceiling: 65,000 ft (19,812 m)
Wing loading: 77 lb/ft² (375 kg/m²)
Thrust/weight: 1.08 (1.26 with loaded weight & 50% fuel)
Maximum g-load: -3.0/+9.0 g
[78]




Menurut penganalisis, pesawat jet pejuang ini selain ianya hebat dari segi kelajuannya dan keupayaaanya mendaki, ia juga sukar dikesan olah radar kerana menggunakan teknologi yang sama dengan pesawat pejuang stealth. Ia adalah katogari jet pejuang dari genarasi ke 4. Jarak simpanannya minyaknya melebihi 3,000 km (jarak penerbangan). Kelajuan maksimumnya menyamai MIG 29 sementara keupayaan mendakinya jauh lebih hebat dari mana-mana pesawat pejuang di dunia. Jestru itu tidak hairanlah jika pesawat jenis "multi role" ini boleh menjalankan tanggung-jawabnya dengan baik, tidak kira samada sebagai pengiring mahupun "interseptor"/pemintas.
Jika pesawat ini yang mahu dibeli oleh Malaysia untuk menggantikan MIG 29 kita, penulis tidak akan membantah, kerana sememangnya ianya lebih hebat dan dikatakan terhebat di kala ini. Tetapi dari segi harganya pula, sudah tentulah kita tidak termampu, iaitu kira-kira hampir RM 500 Juta sebuah. Bayangkan untuk mempunyai sebuah skuadran kecil seperti skuadran F18 (8 buah) kita perlukan RM 4.0 Billion tidak termasuk alat-ganti, latihan dan kos penyelenggaraan.
Sekadar perbandingan sila lihat video dibawah. Ada sedikit kesilapan "taipan/typo error" Kelajuan semua jet-jet pejuang ini adalah melebihi 2.0 Mach. Mana yang kurang itu adalah "typo error", harap maklum. Jika diperhatikan Jet-jet pejuang Sukhoi SU 27, Sukhoi SU 30 dan Sukhoi SU 35 mempunyai rupabentuk yang hampir sama, begitu juga halnya dengan MIG 29 dan MIG 35. Pada pengamatan penulis model-model ini hanyalah model yang dinaik-taraf. Sehingga 2008 Sukhoi SU 35 (http://en.wikipedia.org/wiki/Sukhoi_Su-35) dan MIG 35 (http://en.wikipedia.org/wiki/Mikoyan_MiG-35) yang digunakan oleh tentera Soviet bolehlah dikatakan sebagai jenis model prototaip (kurang/hanya 10 buah bagi setiap model).

Ini Tidak Adil !!! - Ariffahmi



Dipetik Dari Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/120442
Ariffahmi: 'Ini tidak adil'


Jimadie Shah Othman Dec 23, 09 11:04am
Menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman mendakwa beliau dilayan secara tidak adil berhubung isu peletakan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). "Saya diarah tutup mulut tapi dalam masa yang sama banyak orang yang terus mengulas perkara itu," katanya ketika menghubungi Malaysiakini semalam. Beliau merujuk kepada laporan sebuah akhbar arus perdana Ahad lalu, yang memetik ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kader yang mendesak Ariffahmi melepaskan segera jawatan tersebut.Semalam, Dr Rosli mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ahli jawatankuasa PAS Kelanta, berkuatkuasa serta merta.
Beliau memberitahu satu sidang akhbar semalam bahawa keputusannya itu untuk memastikan imej parti tidak terjejas ekoran perintah Mahkamah Syariah Kota Bharu supaya dia tinggal berasingan dengan isternya keduanya.Sebelum ini pucuk pimpinan PAS telah meminta menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu melepaskan jawatannya dalam PMBK bagi mengalak tanggapan wujudkan kronisme dalam pentadbiran PAS di Kelantan. Ekoran itu, Ariffahmi mengumumkan yang beliau akan menghantar notis esok dan peletakan jawatannya secara rasmi berkuatkuasa Mac depan. Beliau dilaporkan berkata, ia selaras dengan terma dan syarat pelantikannya ke jawatan tersebut serta untuk memberi masa kepada kerajaan negeri mencari penggantinya. Ariffahmi memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataan-kenyataan yang berterusan dari pelbagai pihak, khususnya di dalam PAS, telah mengeruhkan keadaan.






Komen Isac;






Mana ada keadilan dalam dunia ni............Apalagi dalam dunia politik...... Bila orang suka kita, maka dipujinya sehingga melangit....Bila kita dibenci, jangankan muka kita, kesan tapak kaki kita pun orang tak mahu pandang......

23 Dec 2009

Perbandingan Keupayaan/Spesifikasi MIG 29N Fulcrum, F18 Hornette dan Sukhoi 30 Milik TUDM




Specifications (Mikoyan MiG-29)
Performance

Maximum speed: Mach 2.25 (2,400 km/h, 1,490 mph) At low altitude: 1,500 km/h, 930 mph
Range: 700 km (430 mi)
Ferry range: 2,100 km (1,800 mi) with 1 drop tank
Service ceiling: 18,013 m (59,100 ft)
Rate of climb: initial 330 m/s average 109 m/s 0-6000 m[91] (65,000 ft/min)
Wing loading: 442 kg/m² (90.5 lb/ft²)







Specifications (F/A-18C/D)

Performance

Maximum speed: Mach 1.8 (1,190 mph, 1,915 km/h) at 40,000 ft (12,190 m)
Combat radius: 330 mi (290 NM, 537 km) on hi-lo-lo-hi mission
Ferry range: 2,070 mi (1,800 NM, 3,330 km)
Service ceiling: 50,000 ft (15,000 m)
Rate of climb: 50,000 ft/min (254 m/s)
Wing loading: 93 lb/ft² (450 kg/m²)





http://en.wikipedia.org/wiki/Sukhoi_Su-30

Specifications (Su-27PU/Su-30)


Performance
Maximum speed: Mach 2.0 (2,120 km/h, 1,320 mph)
Range: 3,000 km (1,620 nmi) at altitude
Service ceiling: 17,300 m (56,800 ft)
Rate of climb: 230 m/s (45,275 ft/min)
Wing loading: 401 kg/m² (82.3 lb/ft²)





Komen Isac;




Melihatkan perbandingan dari segi spesifikasi tidak keterlaluan jika penulis katakan MIG 29 masih tidak ketinggalan jauh dari pesawat-pesawat lain dan dalam beberapa segi ia masih jauh lebih baik berbanding 2 pesawat jet pejuang lain yang kita miliki. Malah MIG 29 memang direkabentuk sebagai pesawat pemintas, jestru itu kelajuannya (2.25 Mach) dan keupayaannya untuk mendaki sehingga 18km tidak tercapai/terlawan oleh F18 maupun oleh Sukhoi 30MKM. Keupayaan jarak penerbangannya pula (drop tank) juga adalah lebih baik berbanding keduanya, jadi mengapa perlunya pesawat-pesawat ini hendak dilupuskan? Tidak masuk akal bukan?
Berbalik kepada alasan Dato' Seri Zahid yang mengatakan perlunya pesawat MIG 29 dihantar pulang ke Soviet untuk di"overhaul" itu hanyalah masalah teknikal. Masalah teknikal boleh diatasi. Penulis hairan, mana mungkin TUDM tidak berupaya meng"overhaul" MIG 29 tetapi boleh berbuat demikian untuk jet-jet F 18, Sukhoi 30MKM malah F5F/F5E dan pesawat-pesawat jet pejuang Hawk?
Perlu diingatkan perkara-perkara ini adalah soal strategik dan berkaitan dengan keselamatan negara, semestinya TUDM berkeupayaan untuk melakukannya sendiri atau setidak-tidaknyapun ianya boleh dilakukan di dalam negara, oleh Airod misalnya. Takkan dalam suasana genting (peperangan) kita masih lagi mahu menghantar jet-jet pejuang kita pulang ke Soviet, Amerika Syarikat maupun England untuk dibaik-pulih? Adakah ini logik?

22 Dec 2009

Kenali Pesawat Jet Pejuang Sukhoi Su-30MKMs Milik TUDM

Foto 1: Sukhoi Su-30MKMs



Dalam tahun 2003 Kerajaan Malaysia telah menandatangani pembelian 18 buah pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKMs yang penerimaannya akan dibuat dalam tiga peringkat bermula dari tahun 2007. Pesawat-pesawat jet pejuang ini akan bertindak sebagai jet pejuang pelbagai guna/"multi-role combat aircraft" (MRCA). Setiap penghantaran akan melibatkan enam buah jet pejuang.


Dipetik dari Wikipedia the free encyclopedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Sukhoi_Su-30



Specifications (Su-27PU/Su-30)
Performance
Maximum speed: Mach 2.0 (2,120 km/h, 1,320 mph)
Range: 3,000 km (1,620 nmi) at altitude
Service ceiling: 17,300 m (56,800 ft)
Rate of climb: 230 m/s (45,275 ft/min)
Wing loading: 401 kg/m² (82.3 lb/ft²)
Thrust/weight: 1.0




21 Dec 2009

Jika MB Azizan Memang Baik, Mengapa Perlu Dijatuhkan? Melayu Perlu Lebih Bijak Berpolitik....


Kelainan Azizan
Dipetik Dari Mingguan Malaysia
Oleh Awang Selamat.




Menteri Besar Kedah, Azizan Razak boleh dianggap lain daripada menteri besar negeri pembangkang. Pendirian beliau tidak menjurus kepada pemikiran sempit beberapa peneraju pentadbiran pembangkang sebagaimana di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.




Terbaru, beliau tidak menyertai negeri pembangkang melarang kursus Biro Tata Negara (BTN) di kalangan kakitangan dan pelajar. Biarpun baru menjadi menteri besar, beliau memperlihatkan keterbukaan dan kematangan. Apa yang baik, tidak dinafikan. Pendirian Azizan dalam beberapa isu tertentu juga menarik perhatian. Salah satunya beliau tidak mengikut langkah memulaukan media arus perdana terutama Utusan Malaysia sebagaimana diambil oleh kerajaan Selangor dan Pulau Pinang - inisiatif DAP dan PKR.




Beliau dilaporkan pernah berkata, kalau pakatan pembangkang mendakwa mengamalkan kebebasan media atas nama demokrasi sebagaimana dijanjikan pada pilihan raya umum lalu, mengapa harus memulaukan media. Pendekatannya itu secara tidak langsung 'menyelamatkan' imej Pas yang kian merudum ekoran banyak kepincangan termasuk kenyataan pemimpin tertentu yang tidak disenangi rakyat khususnya masyarakat Melayu.



Di kalangan ahli Pas, Azizan dikatakan tidak mudah tunduk kepada rentak DAP dan PKR. Bukan itu sahaja, beliau ada keberanian untuk tidak sependapat dengan pemimpin Pas seperti Nik Aziz Nik Mat atas prinsip kebenaran dan pegangan Islam sebenar.



Awang melihat pendekatan Azizan mencerminkan budaya politik yang tinggi. Rakyat Kedah selesa dengan gaya kepimpinannya. Beliau dilihat tidak riak seperti Nik Aziz apatah lagi bekas MB Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin yang bersikap kebudak-budakan. Tetapi pada masa yang sama inilah juga cabaran besar kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula Kedah pada pilihan raya umum akan datang. Faktornya bukan Pas tetapi Azizan.





Komen Isac;



Umno/BN perlu bersikap lebih terbuka.....Pemimpin seperti Ustaz Azizan, jika beliau seperti apa yang selalu diperkatakan, sepatutnya beliau "dipertahankan" dan bukannya "dijatuhkan". Orang Melayu perlu lebih bijak di dalam mempertahankan pemimpin dan hak mereka. Umno perlu mencari "sekutu" yang dapat membantu bukannya "sokong" yang membawa rebah.
Mungkin "pemimpin" yang sebenarnya perlu disingkirkan adalah "MP-MP" Umno/BN yang tanpa alsan yang munasabah telah sengaja tidak hadir ke Parlimen tempoh hari, sehingga hampir-hampir menyebabkan Umno/BN menanggung aib yang dahsyat jika pembentangan budget ditolak!!!!!

Kenali Pesawat Jet Pejuang F/A-18D Hornet Milik TUDM



F18 Hornet ditauliahkan dalam perkhidmatan dengan TUDM pada tahun 1997, iaitu dua tahun selepas MIG 29 ditauliahkan.

Specifications (F/A-18C/D)

Performance

Maximum speed: Mach 1.8 (1,190 mph, 1,915 km/h) at 40,000 ft (12,190 m)Combat radius: 330 mi (290 NM, 537 km) on hi-lo-lo-hi mission
Ferry range: 2,070 mi (1,800 NM, 3,330 km)
Service ceiling: 50,000 ft (15,000 m)
Rate of climb: 50,000 ft/min (254 m/s)
Wing loading: 93 lb/ft² (450 kg/m²)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3