Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kiri) beramah mesra dengan imam-iman dari Wilayah Selatan Thai ketika hadir pada Majlis Penamaan Jambatan Persahabatan di Kampung Buketa, Narathiwat (Selatan Thailand) si sini. Najib dalam lawatan rasmi dua hari ke Thailand berakhir hari ini. Jambatan itu adalah usahasama kedua-dua kerajaan bukti hubungan baik kedua negara dalam membangunkan masyarakat yang tinggal di sepanjang sempadan bersama itu. --foto BERNAMA
Pejuang yang sebenar selalunya tidak menghiraukan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada mereka. Bagi mereka sanjungan dan pujian bukanlah matlamat utama. Sebagai pemimpin, ada banyak perkara baik yang dilakukan tetapi kerana sesuatu sensitiviti, mereka tidak boleh menceritakannya kepada umum....Hanya masa dan sejarah sahaja yang akan menceritakannya.....
Nasib orang-orang Melayu/Islam di Selatan Thai misalnya, pastinya tidak boleh kita abaikan. Kita adalah "saudara" mereka yang terdekat, yang sepatutnya menghulurkan bantuan. Bukan sahaja kerana kita mempunyai pertalian sejarah dan agama, bahkan sebahagian dari kita juga mempunyai pertalian darah.
Lawatan DSN ke sana tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri, diharapkan akan dapat memberikan sokongan moral kepada masyarakat Melayu/Islam disana. Dengan jaminan kerajaan Malaysia yang akan bersama-sama berperanan untuk membangunankan kawasan tersebut sudah pasti memberikan isyarat secara halus kepada kerajaan Thai, bahawa kita sebenarnya tidak berpeluk tubuh di dalam melihat nasib saudara-mara kita di sana. Kerajaan Thai yang baru ini juga dilihat telah berusaha untuk mengendurkan ketegangan yang melanda di kawasan bergolak tersebut, dengan mengambil beberapa langkah yang dilihat sebagai "kemenangan" kepada masyarakat Melayu/Islam di sana.
Disebalik perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan oleh pemimpin-pemimpin ini, ironinya mereka akan tetap difitnah dan ditohmah oleh anak-nak bangsanya sendiri....Yang mengaku lebih "Islam" yang mengaku memperjuangkan agama dan bangsa...
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.