Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
Baginda yang juga Sultan Kedah bertitah, umat Islam mesti meletakkan kepentingan syariat mengatasi segala-galanya kerana hanya dengan berbuat demikian mereka akan terselamat daripada pelbagai gangguan, tohmahan, pergeseran dan perpecahan.
"Umat Islam hendaklah sentiasa menanam rasa kasih sayang antara satu sama lain. Sebarang bentuk perbezaan pendapat yang boleh merugikan dan memecahbelahkan ummah haruslah diselesaikan dengan baik dan bijaksana,” titah baginda. Baginda bertitah pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
Majlis itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tuanku Abdul Halim turut menyeru umat Islam menjadikan peristiwa hijrah sebagai titik permulaan untuk melakukan perubahan bagi memantapkan ukhwah agar dapat membina umat yang terbilang.
"Mudah-mudahan dengan ukhwah yang terjalin kukuh, kita mampu menjadi sebuah umat yang terbilang dan sentiasa mendepani cabaran semasa. "Hanya melalui ketulusan hati dan iman yang kukuh sahaja dapat menjana kembali persaudaraan dan kecintaan kepada Islam," titah baginda.
Komen Isac;
Jika kesejahteraan dan perpaduan umat dibelakangkan dan sebaliknya mengutamakan semangat asobiyyah kepartian, wajarkah pemimpin sebegini mendakwa diri memperjuangkan Islam?
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW, "Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri".
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.