bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Dec 2009

Daerah Bandar Kapit, Sarawak. Membangun Bersama BN.

Peta Lokasi



Negeri Sarawak terbahagikep ada 11 bahagian pentadbiran. Bahagian Kapit diisytiharkan sebagai Bahagian Ketujuh pada 2 April 1973. Bahagian ini terletak di tengah-tengah Kepulauan Borneo yang disempadani oleh Kalimantan di sebelah selatan dan timur, Bahagian Miri dan Bintulu di sebelah utara dan Bahagian Sibu di sebelah barat. Bahagian Kapit juga merupakan bahagian terbesar di Sarawak dengan keluasan sebanyak 38,934 km persegi iaitu kira-kira satu pertiga daripada keluasan negeri Sarawak (124,450 km persegi).



Kapit dikenali sebagai ‘Jantung Borneo’ atau ‘The Heart of Borneo’ mengikut nama sebuah buku ‘Into The Heart of Borneo’ yang dikarang oleh Redmond O’Hanlon tentang pengembaraannya ke Batang Baleh pada tahun 1980-an. Batang Rajang di Kapit mempunyai kelebaran 500 meter. Pada musim kemarau, tebing sungai menjadi curam apabila tahap air adalah rendah. Tahap air yang rendah tidak memungkinkan perjalanan bot ekspres ke hulu sungai termasuklah Belaga. Walau bagaimanapun, apabila berlakunya banjir, tahap air mencecah lebih daripada 10 meter seperti yang dibuktikan oleh tanda-tanda air banjir pada dinding Kubu Sylvia. Banjir paling besar pernah berlaku pada 28 Januari 1934 dengan ketinggian air mencecah 62 kaki atau 18.9 meter.



Bandar Kapit mempunyai bilangan penduduk seramai 13,610 orang (banci 2000). Pengunjung yang menjangkakan Kapit sebagai bandar sunyi akan terkilan apabila mereka tiba di bandar ini. Walaupun Kapit terletak di pertengahan Batang Rejang, bandar ini merupakan pusat perniagaan dan sosial yang penting ekoran sumbangan sektor pembalakan. Bagi masyarakat hulu sungai dan para pekerja pembalakan, Kapit merupakan sebuah ‘bandar besar’ untuk mereka menjalankan urusan jual-beli serta menikmati kehidupan bandar. Bandar Kapit bukanlah sebuah bandar yang besar dan banyak urusan dapat dilakukan dengan hanya berjalan kaki sahaja. Tidak seperti bandar-bandar utama lain di Sarawak, pengangkutan awam utama di bandar Kapit ialah van penumpang. Jika anda ingin bergerak ke tempat yang agak jauh, terdapat puluhan van penumpang yang beroperasi di sekitar bandar yang membawa penumpang dari pusat bandar ke laluan Jalan Selirik dan Jalan Bukit Goram melalui Jalan Airport.



Bandar Kapit hanya dapat dihubungi ke bandar Sibu dan pekan lain (Song dan Belaga) oleh pengangkutan sungai sahaja. Walaupun terdapat banyak jalan balak yang menghubungi Kapit dengan kawasan pedalaman, sungai masih merupakan jalan pengangkutan utama di Kapit. Bot-bot sungai seperti seperti bot ekspres, bot laju dan bot kargo (tongkang) merupakan satu-satunya pengangkutan penumpang dan kargo utama yang bergerak dari Sibu ke Kapit hingga ke Baleh dan Belaga atau sebaliknya. Selain itu, penduduk-penduduk luar bandar juga menggunakan perahu-perahu panjang menggunakan enjin sangkut untuk berulang-alik ke bandar Kapit. Lapangan Terbang di Kapit telah berhenti beroperasi sejak tahun 1997.


Bandar Kapit terletak lebih kurang 126Km dari bandar Sibu dan 41Km dari Pekan Song. Perjalanan menaiki bot/feri ke bandar ini akan memakan masa lebih 3 jam. Perjalanan menyusuri Sungai Rajang akan terlebih dahulu melalui pekan Kanowit dan Song. Semasa penulis terlibat di dalam kerja-kerja "Kajian EIA/Hidraulik" untuk pembinaan empangan Bakun kira-kira 15 tahun yang lalu, pembangunannya memang jauh ketinggalan.


Kini bukan sahaja bandar-bandar dan pekan-pekan sekitar Sungai Rajang telah pesat membangun, tetapi kebanyakkan rumah-rumah panjang yang didiami oleh penduduk peribuminya juga telah mengalami pemodenan. Mungkin saudara BH dari blog "Beranikan Hati" boleh mengadaptasikan pemodenan yang dialami oleh penduduk peribumi Sarawak kepada penduduk-penduduk asli di Pahang. Sudilah untuk mengikuti perjalanan penulis ke Bandar Kapit, mungkin rakan blogger dari Sarawak merasa cemburu dengan penulis kerana berpeluang meninjau ke kampung halaman mereka sedangkan mereka ramai yang terpaksa berada diperantauan.



Foto 1: Pekan Kapit, Sarawak.




Foto 2: Deretan Bot/Feri di Jeti Bandar Kapit, Sarawak.



Foto 3: Jalan Air Menggunakan Bot/Feri Merupakan Pengangkutan Utama Ke Kapit, Sarawak. Foto Sebuah Feri Sedang Meluncur Dengan Laju Meninggalkan Bandar Kapit Menuju ke Bandar Sibu.


Foto 4: Aktiviti Pembalakkan di Hulu Sungai Rajang, Masih Merupakan Aantara Aktiviti Ekonomi Yang Utama Di Bandar-bandar Sepanjang Sungai Rajang. Iaitu Belaga, Kapit, Song, Kanowit, Sarikei dll. Foto Kayu Balak Sedang DiTarik Menguunakan "Barge" Oleh Work/Tug Boat Ke Kilang-kilang Papan.



Foto 5: Jeti Balak Berhampiran Bandar Kapit, Sarawak.



Foto 6: Kayu Balak Yang Sedia Untuk Di Angkut Keluar Berdekatan Bandar Kapit, Sarawak.




Foto 7: Sebuah Sekolah Rendah, Berhampiran Bandar Kapit, Sarawak.





Foto 8: Antara Rumah Panjang Moden Yang Terletak Diantara Pekan Song Dan Bandar Kapit, Sarawak.




Foto 9: Lagi Antara Rumah Panjang Moden Yang Terletak Diantara Pekan Song Dan Bandar Kapit, Sarawak.



Foto 10: Lagi Antara Rumah Panjang Moden Yang Terletak Di Kapit, Sarawak.



Antara kesan pemodenan di Sarawak, ialah Celcom 3G pun telah sampai di sana, bahkan di hotel-hotel "tanpa bintang" di sini juga dilengkapi dengan "wifi" percuma.










2 comments:

  1. Salam sdra ISAC,

    Selamat datang ke Bumi Kenyalang,

    benar saudara...itulah nikmat yang kami rakyat Sarawak perolehi setelah menjadi sebahagian dalam negara Malaysia.

    harap lain kali kiranya boleh dapat lagi saudara berkunjung ke tempat yang mungkin belum pernah saudara jejaki lagi seperti Tjg. Manis, Mukah, Dalat, Balingian, Oya, Igan, Tatau, Bintulu(pernah?), Suai, Niah, Marudi, Limbang, Lawas, Long Seridan dan banyak lagi.

    Disana boleh dilihat hasil usaha kerajaan BN selama mentadbir negeri Sarawak walaupun ada tempat kawasannya sangat sukar untuk dibangunkan tetapi semua itu bukan alasan bagi kerajaan BN untuk membantu rakyat di pendalaman Sarawak mengikut kemampuan.

    Kerajaan BN sangat jujur dalam usaha mereka untuk memajukan keseluruhan kawasan di Sarawak yang dihuni oleh rakyatnya walaupun terdapat kadangkala ada berlakunya kecacatan atau kegagalan projek akibat penyelewengan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan dengan peruntukkan yang telah disalurkan oleh BN Pusat kepada Sarawak.

    ReplyDelete
  2. u org jgn ngomong sbrngan bro.....u asal mana????????????.........100 kturunan sya tgal di Kapit sya ktrunan yg k 101 apa yang istmwa sgt pbngunan di Kapit..U COBA TRANGKAN..KALAU ADA PUN PMBNGUNAN ITU PUN SMPAI TBERAK NAK MPUS MINTA BRU DAPAT.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3