bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 Dec 2009

Mana Nasruddin Tantawi???? Yang Kononnya Pembela Isteri-isteri Kedua, Ketiga dan Keempat...


KOTA BHARU: Suasana tegang menyelubungi perkarangan rumah isteri kedua bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir, 35, di Kampung Telipot di sini, semalam, apabila dikepung sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit yang didakwa enggan mematuhi perintah mahkamah syariah mengarahkan mereka dimufarakah (dipisahkan) sehingga perbicaraan kes mereka selesai.Tindakan mengepung kediaman Dr Rosli dan isteri, Ilyani Mohd Noor, 30, itu dipercayai dilakukan selepas bapa mentuanya, Mohd Noor Che Man, 58, tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit yang didakwa gagal mematuhi perintah mufarakah dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Mohd Yusof Awang pada 21 Disember lalu.

Difahamkan, Dr Rosli bersama Ilyani dikatakan pulang ke rumah sewa terbabit kira-kira jam 9 pagi semalam selepas beberapa hari menghilangkan diri tanpa dapat dikesan bapa mentuanya.Sebaik mendapat tahu kepulangan Ilyani dan Dr Rosli, Mohd Noor meminta bantuan beberapa rakannya mengepung rumah berkenaan, kira-kira jam 3 petang.


Komen Isac;



Mana dia saudara "Tantawi" kita ni????? Katanya dia ni pejuang isteri-isteri kedua, ketiga & keempat....



Masa saudara Rohaizat tempohari (PRK Permatang Pasir), begitu berkobar-kobar dia (Tantawi) "menelanjangi" isu Rohaizat "simpan" isteri keduanya dari pengetahuan umum. Walaupun nikah Rohaizat dengan isteri keduanya pada waktu itu tiada "masalah" dari segi syarak, tetapi disebabkan Rohaizat mengunakan "temberang Madu-Tiga (P. Ramlee)" demi masa depan politiknya, maka "isteri kedua Rohaizat dan Bapa Mertuanya" diusung ke sana-kemari di pentas-pentas politik untuk mengaibkan Rohaizat.
Mengapa kini, bila "puak" sendiri nikah tanpa wali yang sah, isteri kedua tersebut tidak dibela? Mengapa hanya dibiarkan perkara tersebut kepada pak mertua Rosli?
Saya bukan mahu mengaibkan sesiapa, semua manusia tidak sepi dari membuat kesilapan. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mempelajari sesuatu dari insiden ini. Jangan jatuhkan maruah orang lain, negara ini ada undang-undang. Jika tersilap, maka kembalilah ke pangkal jalan. Katanya saudara Roslipun telahpun bernikah semula di Selatan Thailand, walaupun ianya bukan sesuatu yang patut dijadikan ikutan/dicontohi, bagi penulis perkara ini dianggap telah selesai.
Tidak perlulah diperpanjangkan lagi isu ini kerana ia dikira selesai. Ia lebih berbentuk peribadi dan melibatkan maruah diri dan keluarga mereka yang terlibat, biarlah pihak berkuasa yang memutuskannya. Sebagai seorang Islam kita ditegah membuka aib orang lain terutamanya untuk mereka yang telah insaf. Jadikan ianya sebagai panduan.

4 comments:

  1. Nasruddin tantawi tak leh nak cakap lagi..dia tunggu ada prk kat mana-mana baru ada bateri balik.

    ReplyDelete
  2. Tantawi... ? TanTAIK adalah.....

    ReplyDelete
  3. HidupMelayu

    Salam tuan blog ..tumpang lalu

    Blog yang baik berinformasi..teruskan perjuangan mu

    www.bio-asli.com/daftar.asp?id=moyubi01

    ReplyDelete
  4. Salam Isac, biarlah dia selamat dengan cara dia..... betul sangat komen tuan.... Tantawi sendiri pun sudah lama nak tambah satu lagi......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3