bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Dec 2009

Nasib "Tuan" Yang Kini Menjadi "Hamba".....Nak Bersuarapun Tak Boleh



Dipetik Dari Malaysiakini
Ketuanan Melayu: Aduan polis terhadap wakil DAP
Jimadie Shah Othman Dec 8, 09 1:28pm

Badan Bertindak Perpaduan Ummah membuat laporan polis terhadap naib pengerusi DAP N Kulasegaran yang didakwanya telah mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Laporan tersebut dibuat oleh sekumpulan anggota badan bertindak tersebut di ibu pejabat polis daerah Shah Alam hari ini. Mereka membuat aduan itu berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, antara lain, memetik Kulasegaran sebagai berkata beliau berpandangan dasar ketuanan Melayu bertentangan dengan slogan 1Malaysia dan tidak mencerminkan kesejahteraan rakyat negara ini. Akhbar itu juga melaporkan Kulasegaran sebagai berkata, beliau tidak faham mengapa setelah bertahun-tahun lamanya, masih ada kelompok manusia percaya kepada warna kulit atau penampilan yang lebih tinggi daripada satu kaum yang lain.



Artikel Penuh Sila Layari Link http://www.malaysiakini.com/news/119264.
Komen Isac;
Apalah sangat hendak "didengkikan" dengan ketuanan Melayu......Ianya hanyalah sekadar suatu ucapan, biarpun dilihat menjadi kaum yang paling dominan dan berkuasa di Malaysia, kaum Melayu masih menghuni kedudukkan ketiga dari segi pendapatan perkapita negara.
Kaum India dan Cina yang selalu melaung-laungkan mereka dianak-tirikan di negara ini sebaliknya menghuni tangga kedua dan pertama. pendapatan perkapita tertinggi negara (mengikut kaum). Jika Melayu tidak adil dan bersikap mementingkan orang Melayu sahaja, perkara ini tidak akan berlaku.
Bagaimana pula dengan salah-satu daripada tuntutan Hindraf yang mahukan orang-orang India juga diiktiraf sebagai kaum bumiputera?

1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3